Sabtu, 28 Julai 2018

BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE?

2:37:00 PTG 31 Comments
BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE?  | Hai semua! Dah try ke menu baru di McD Rio Burger tu. Mimi dah makan kedua dua jenis daging dan ayam. Mesti ada yang belum cuba dan tertanya tanya Brazil Rio Burger beef dan Chicken sedap ke? Of course sedap you alls! 

BRAZIL RIO BURGER  BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE? 




Brazil Rio Burger Beef Mimi makan masa keluar tengok wayang waktu rehat panjang hari Jumaat. Balik dari tengok wayang kami singgah McD, order makan.  Drive thru je sebab rushing nak masuk office. 

Apa yang Mimi puji dengan McD ni selain daripada packaging yang menarik,  ia juga menjaga kualiti makanan dan kebersihan makanan. Tengok contoh packaging burger cukup. Dah ditutup dengan kotak cover pula dengan kertas bungkusan. Good job McD! 


Serius cakap,  Mimi jatuh suka dengan Rio Burger ni tau korang. Dagingnya terasa juicy, bahan yang ada penuh dan puas makan lah. Pedasnya perghh meletop!  Pendek kata,  macam mana rupa dalam iklan dalam tv macam tu rupa Rio Burger in reality! Puas hati sangat! 

Tada! 


Tengok rupa pun dah nampak sedap. Belum makan lagi kan.  Selain Rio Burger Beef,  Mimi dah try Rio Burger Chicken. Pun sedap juga! 

Rio Burger Chicken Mimi order kat drive thru juga. Makan di rumah je. Anak anak Mimi orderkan Happy Meals! 


Ni pula rupa Rio Burger Chicken. Geram aje tengok. Serius memang puas hati makan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 


Kalau suruh Mimi pilih antara Rio Burger Beef dan Rio Burger Chicken, Mimi more pada Rio Burger Beef sebab pedasnya tu,  adoi buat rasa dunia ni Mimi punya. Memang sukalah makan pedas. Nikmat tak tahu nak cakap! Yang belum try Rio Burger cepat cepat singgah McD berdekatan. Rugi tak cuba! 

Psssstt dah try ke menu baru Mexican Burger di McD tu? Mimi dah try.. Sedapppp

Jumaat, 27 Julai 2018

2Escape: Nama penyelesaian bagi semua WD-40® BIKE di Malaysia

7:48:00 PTG 2 Comments
WD-40® bekerjasama dengan peneraju pakar basikal Malaysia, 2Escape, untuk menawarkan siri WD-40® BIKE - penyelesaian yang khusus untuk penyelenggaraan dan penjagaan semua jenis basikal di pasaran.



“Kami begitu teruja dengan kerjasama ini. Ia memberi kami peluang menawarkan solusi kepada pelanggan dan rakan-rakan penunggang dalam kerja penyelenggaraan basikal mereka,” kata Harish Vadher, Ketua Pegawai Eksekutif  2Escape.



Selain daripada botol biru WD-40® Multi-Use Product, juga dikenali sebagai ‘Botol dengan Beribu Kegunaan’,  di bawah adalah siri WD-40® BIKE yang boleh didapati di 2Escape:

1)WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser: Pembersih rantai basikal yang berbuih  ini bertindak balas dengan cepat untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal dan sistem kayuhan.



2)WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash: Pembersih basikal ini sangat berkesan dan selamat digunakan. Ia membantu menghilangkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan kerosakan komponen dan mengelakkan permukaan basikal tercalar semasa kerja pembersihan dilakukan. Ia selamat digunakan untuk semua jenis permukaan basikal termasuk serat karbon, titanium, krom, keluli, aluminium, getah dan plastik!



3)WD-40® BIKE Wet Chain Lube:  Dirumus khas untuk keadaan basah, berlumpur dan sukar, pelincir rantai basah ini memberi salutan yang tahan lama untuk mengelakkan air dan lumpur serta membantu melindungi rantai basikal anda dan memanjangkan tempoh penggunaannya. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax), dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



4)WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube: Gunakan ini untuk pelinciran berprestasi tinggi dalam semua cuaca, sama ada basah atau kering. Cepat dan mudah digunakan, formula ini membantu mengelakkan kerosakan dan memanjangkan hayat rantai basikal anda. Tidak mengandungi lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



5)WD-40® BIKE Dry Chain Lube: Polimer dalam formula ini membentuk filem kering untuk melindungi rantai anda dan mencegah kotoran yang melekat dalam keadaan kering atau berdebu. Ia membantu mencegah kerosakan akibat daripada geseran dan  membantu memanjangkan hayat rantaian. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



Jika anda serius dengan penyelenggaraan dan penjagaan basikal anda, carilah pakar basikal yang boleh dipercayai dan produk yang sesuai dengan penggunaan.


Berlokasi di 9, Lorong 51A/227C, Petaling Jaya, Selangor, 2Escape juga boleh dikunjungi menerusi laman sesawangnya https://2escape.bike

Selasa, 24 Julai 2018

TAMPIL CANTIK BERGAYA DENGAN KOLEKSI KASUT DARI FSJSHOES.COM

9:36:00 PG 36 Comments
Tampil Cantik Bergaya Dengan Koleksi Kasut Dari FSJshoes.com | Hai semua! Mimi percaya kita sebagai kaum wanita yang berkerjaya amat mementingkan penampilan diri bila berhadapan dengan orang ramai. Yang surirumah pun mesti nak nampak bergaya bila keluar bersiar-siar kan. Bukan senang tau nak pastikan penampilan kita kelihatan cantik dan bergaya sentiasa. Pemilihan baju,  handbag dan kasut kenalah betul dan sesuai. Bercerita mengenai kasut,  Mimi nak share dengan semua mengenai koleksi kasut yang boleh digayakan ketika majlis formal mahupun kasual. Kita boleh tampil cantik bergaya dengan koleksi kasut dari FSJshoes.com.

TAMPIL CANTIK BERGAYA DENGAN KOLEKSI KASUT DARI FSJSHOES. COM



Mesti ada yang tertanya tanya apa itu FSJshoes.com kan? FSJshoe.com merupakan satu laman web yang menjual pelbagai design,  warna dan saiz kasut yang up to date.  Dilancarkan pada tahun 1998, FSJ atau lebih dikenali sebagai Funny She Jill merupakan satu jenama kasut yang diselaraskan dengan fesyen antarabangsa,  di mana ia menampilkan rekaan fesyen yang mengagumkan dengan harya yang berpatutan. FSJ sendiri membawa maksud rekaan yang "Inovasi" atau "Cabaran" di mana ia melambangkan karakter hidup wanita moden yang sangat mementingkan fesyen dan penampilan muda remaja. 

Matlamat utama FSJ ialah membantu kaum wanita merealisasikan impian fesyen mereka di samping menitikberatkan kualiti. 

Dah tahu serba sedikit mengenai FSJ kan?  Sekarang jom cuci mata tengok koleksi kasut yang ada di FSJ. antara koleksi yang ada di FSJ ialah block heels, flats dan sandals. 




Banyak lagi koleksi yang ada tau, boleh saja nak pilih kasut yang jenis nude block heels dan black block heels.

Cantik cantik kan deaign kasut dari FSJ ni. Rambang mata dibuatnya. Ada beberapa yang Mimi dah berkenan tau. Sesuai untuk dipakai kalau ada majlis formal di pejabat nanti. Kasut untuk dipakai waktu bersiar siar pun ada.  






Sebelum Mimi terlupa, jika nak buat pembelian bayaran boleh dibuat melalui Paypal. Yang tak ada akaun Paypal boleh create satu akaun,  senang saja nak create.  Sekarang ni Paypal boleh download di Play Store/Apple Store. 

Kalau berkenan,  boleh saja terus klik banner FSJshoes yang ada di tepi side bar blog Mimi ni, lagi mudah terus link ke web fsjshoes. 

Maklumat lanjut mengenai fsjshoes.com seperti berikut :

Email : 
support@fsjshoes.com

Waktu bekerja :
Isnin - Ahad
10am - 4pm


Facebook :


Ahad, 22 Julai 2018

Jamuan Makan di Pejabat

12:30:00 PTG 5 Comments
Hai semua! 

Sihat ke? Mimi harap semua sihat ya. Lega kan bila Raya dah habis. Open house pun tak ada.  Ramai mengeluh berat badan naik sebab asyik pergi Open House saja kan. Mimi nasib baik berat maintain range 58kg - 60kg sebab lebih banyak puasa daripada makan. Walaupun Open House dah tak ada tapi still lagi ada jamuan makan. Macam tak bileh move on je masing masing. Hehehe...

Hari Rabu dan Jumaat baru ni office Mimi ada jamuan makan. Hari Rabu tu sempena birthday dua anggota di pejabat Mimi. Hari Jumaat pula Mimi dan officemate saja nak sedekah buat makan makan. 

Antara menu yang ada
Untuk hari Rabu tu menu yang ada Nasi Lemak,  Bakso, Bihun Goreng,  kuih karipap dan kuih kacang, air Sunquick dan teh.  Kek pun ada. Dsrk Chocolate dari Harold's Bread. 



Birthday women and man

Untuk hari Jumaat pula Mimi dan sorang akak officemate bergabung tenaga buat makan makan. Menunya Laksa Johor,  Sandwich Sardin dan Telur, air pula buat teh o je. 



Dengan officemate
Dua kali makan minggu ni. Rabu dan Jumaat. Isnin Selasa Mimi puasa. So,  minggu depan Isnin puasa semula. Puasa sunat. Memang kali ni berazam dah habis puasa ganti nak puasa sunat Isnin dan Khamis. Selain dari tambah pahala dapat juga maintain kan berat badan dan jaga kesihatan.  Betul tak? 

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

10:04:00 PG 4 Comments
SYAMPU RAMBUT KANAK KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | Hai korang!  Korang guna tak produk Carrie Junior untuk anak anak?  Mimi memang dari anak yang sulung sampai sekarang guna produk Carrie Junior.  Sebab baunya yang wangi dan banyak buih. Anak anak lagi suka beli Carrie Junior sebab ada permainan percuma di belakang botol tu. 



Sekarang ni,  ada produk baru Carrie Junior iaitu Syampu Rambut Kanak Kanak Carrie Junior Odour Buster.  Botol syampunya merah gitu. Hah,  kalau ada produk baru memang Mimi takkan lepaskan peluang untuk cuba. Baunya tak payah cakaplah, memang wangi! 


ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!





Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.



Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan

Selasa, 17 Julai 2018

KULIT WAJAH CANTIK DAN SIHAT DENGAN CLAY MASK ID.AZ DERM DERMASTIC

8:24:00 PG 34 Comments
Kulit Wajah Cantik Dan Sihat Dengan Clay Mask Id.Az Derm Dermastic | Hai semua! Sebelum ni Mimi pernah share dengan semua kegunaan dan kelebihan menggunakan mask Id.Az Derm. Kali ni Mimi nak share pula kegunaan dan kelebihan mask dari Id.Az Derm tapi kali ni jenis clay mask tau. Bila Mimi pakai kesemua jenis clay mask yang ada ni memang bagus. Setiap satu ada fungsi masing masing. Kalau rajin dan konsisten pakai,  confirm kulit wajah cantik dan sihat dengan clay mask Id.Az Derm Dermastic.

KULIT WAJAH CANTIK DAN SIHAT DENGAN CLAY MASK ID.AZ DERM DERMASTIC



Mask yang Mimi guna ni memang berbeza dengan mask yang sedia ada. Ada empat jenis clay mask Id.Az Derm yang Mimi guna sekarang ni tau iaitu Pore Clean (kelabu),  Brightening (kuning),  Oil Control (hijau)  dan Hydrating (pink).


Setiap kandungan dan fungsi Id.Az Derm Dermastic Clay Mask adalah berbeza. Mimi akan cerita dengan details apa fungsi dan kegunaan clay mask yang Mimi gunakan ni. 

1. ID.AZ DERM DERMASTIC HYDRATING CLAY MASK (PINK)





Fungsi : mengekalkan kulit wajah sentiasa dalam keadaan hidrasi dan bertenaga. 

Kandungan : Moroccan Lava, Calamine, Buah Delima

2. ID.AZ DERM DERMASTIC OIL CONTROL CLAY MASK (GREEN)




Fungsi : mengimbangi kulit berminyak untuk agar kulit wajah tampak segar dan sihat, iaitu mengimbangi dan mengawal minyak di kawasan T Zon. 

Kandungan : Canadian Glacier Clay,  Calamine,  Avocado

3. ID.AZ DERM DERMASTIC BRIGHTENING CLAY MASK (YELLOW) 




Fungsi : kesan pencerahan pada kulit membuatkan kulit wajah rasa lebih bermaya dan cantik di mana ia memantapkan tona kulit wajah

Kandungan : Amazonian White Clay,  Calamine,  Vitamin C (Absorbyl Glucoside) 

4. ID.AZ DERM DERMASTIC PORE CLEAN CLAY MASK (GREY)




Fungsi : memberikan kesan yang menenangkan pada kulit yang sensitif ketika proses membersih, mengetatkan liang pori dan pengelupasan. 

Kandungan : Hawaiian Sea Silt Fermented Clay,  AHA/BHA, Charcoal

Dah tahu apa fungsi setiap satu clay mask dan kandungannya kan.  Mesti nak tahu pula cara nak guna kan? Cara guna keempat empat clay mask ni sama saja.  Jimat masa tau! 

Sapu pada seluruh muka dan biarkan mengeringkan selama 5 minit SAHAJA.  Kemudian cuci bersih bersih dengan air bersih. Mudahkan? Sangat mudah nak sapu dan bersihkan.

TESTIMONI SELEPAS MENGGUNAKAN CLAY MASK ID.AZ DERM DERMASTIC

Bila menggunakan atau memakai sesuatu produk mestilah ada perbezaan sebelum dan selepas menggunakan.  Mimi dah pakai keempat empat clay mask Id.Az Derm Dermastic. Sebelum pakai memang muka nampak tak segar kulit pun tak lembut sangat. Just biasa biasa saja lepas mencuci muka. Tapi lepas guna clay mask memang nampak perbezaan ketara.



Terutama sekali clay mask pore clean dan oil control. Mimi mengalami masalah liang pori terbuka dan masalah minyak di kawasan T. Selepas apply clay mask pore clean,  memang nampak kulit muka nampak fresh dan liang pori tertutup sedikit. Kalau diamalkan selalu,  confirm masalah ni dapat diatasi. Yang paling Mimi suka clay mask oil control! Kulut muka memang mudah berminyak tapi lepas guna clay mask oil control memang nampak perbezaan ketara.  Kulit muka tak kering selepas guna. Kira ia mengimbangi minyak pada kulit muka.  So,  taklah nampak muka tu berkilat sebab berminyak kan.



Clay mask hydrating dan brightening tak kurang hebatnya tapi Mimi paling suka pore clean dan oil control lah. Memang fall in love. Nak guna pun tak susah,  sapu dan biar kering 5 minit,  lepas tu basuh. Siap!   Masa clay mask tu mengering pada kulit muka memang terasa tegang tau! Tuh yang best! Hah,  dinasihatkan untuk pakai clay mask dua hingga tiga kali seminggu. Selang seli kan! 

Untuk kandungan berat setiap clay mask ini ialah 150g dan berharga RM59 setiap satu. Id.Az Derm Dermastic Clay Mask ni merupakan produk terbaru yang dilancarkan di Watsons Malaysia. Yang penting clay mask ini merupakan produk jenama Dermatologi,  sangat selamat digunakan dan sesuai untuk kulit wajah yang sensitif.



Oh ya sebelum Mimi terlupa,  kesemua Id.Az Derm boleh di dapati hanya di semua store Watsons yang terdekat tau! Jom dapatkan cepat!  Confirm tak rugi membeli. 

Rabu, 11 Julai 2018

Bintang-Bintang Muda Taekwondo Berentap Rebut Emas & Takhta Di Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-13

11:48:00 PG 13 Comments
Kejohanan Taekwondo Remaja Ke-13 Nestlé KOKO KRUNCH® 2018 memperlihatkan bakat-bakat baru Taekwondo bertarung untuk merebut kejuaraan dalam Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


Dilancarkan pada tahun 2006 dengan sokongan Taekwondo Malaysia (WTF), Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menyediakan platform untuk membangunkan bakat muda di peringkat akar umbi dengan memberi mereka peluang menimba pengalaman pertama bertarung dalam pertandingan Taekwondo. Kejohanan ini selari dengan komitmen Nestlé untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


Kelab Koryo Taekwondo sekali lagi muncul juara tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan Tunku Imran. Mereka memenangi trofi dengan 11 emas, 8 perak dan 17 gangsa manakala Smart MA mendapat tempat kedua dengan 4 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Ahmad Muhaimin bin M. Al-Hafiidz dari A Team berjaya memenangi anugerah persembahan terbaik kanak-kanak lelaki untuk kategori umur 10-12 manakala Wei Jia Ying Cherry dari Singapura dinamakan pemenang kanak-kanak perempuan persembahan terbaik. Pemenang anugerah persembahan terbaik untuk kategori umur 7-9 dimenangi oleh Muhammad Adi Iskandar (kanak-kanak lelaki) dari RSB Perak dan Nurul Alya Qistina (kanak-kanak perempuan) dari TYC.


Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, yang merasmikan majlis penutup dan penyampaian pingat berkata, “Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan kepribadian belia. Sejak diperkenalkan, Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® telah diperluaskan, dan platform ini telah memberi peluang kepada beribu-ribu bakat muda untuk membangunkan potensi mereka.”

YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan [kiri] merasmikan penutupan Majlis dan pingat  dalam 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018 manakala kelihatan Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad [berbaju kuning - tengah].


“Ia amat menggalakkan untuk melihat sumbangan Nestlé KOKO KRUNCH® terhadap pembangunan bakat-bakat muda dalam Taekwondo melalui kejohanan ini. Dengan sokongan padu dan program yang tersusun di peringkat akar umbi, saya yakin bahawa negara Malaysia akan dapat meneruskan usaha melahirkan atlet yang berbakat besar dan mampu mengharumkan nama negara,” tambah YB Encik Syed Saddiq.

Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® juga bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak supaya lebih aktif dalam sukan.

Menurut Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, Jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kajian pada tahun 2015 tentang tabiat sarapan pagi kanak-kanak Malaysia telah menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal 1 dalam 3 orang adalah rendah. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak supaya lebih aktif. Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menawarkan peluang kepada kanak-kanak dari seluruh negara untuk memupuk minat terhadap sukan serta menyemarakkan semangat kesukanan mereka.”

“Di samping itu, platform ini juga berpotensi untuk melahirkan juara masa depan. Sebagai bukti, Rozaimi bin Rozali, bekas pemenang pingat gangsa kejohanan ini, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujar Encik Chew.

Seramai 384 pemenang pingat yang mewakili 21 kelab bertanding untuk merebut Piala Pusingan Tunku Imran Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH®. Daripada jumlah 384 peserta ini, 121 mewakili kawasan Tengah, 78 dari kawasan Selatan, 93 dari kawasan Utara, 86 dari kawasan Pantai Timur, dan 6 dari Singapura. Pusingan Akhir ini menyaksikan penyertaan daripada 193 peserta perempuan dan 191 peserta lelaki, dengan 161 peserta berumur 7-9 tahun dan 223 peserta berumur aged 10-12 tahun. Secara keseluruhannya, Kejohanan tahun ini yang sudah dijadikan acara tahunan kalendar WTF, berjaya menarik seramai 2,000 peserta dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Bintang bintang muda dari Kelab Taekwondo Koryo meraikan kemenangan mereka bagi tahun kedua berturut-turut


Kajian tentang tabiat sarapan pagi juga menunjukkan bahawa 9 dalam 10 kanak-kanak tidak makan bijian gandum penuh yang secukupnya. Selaras dengan komitmen Nestlé untuk menyediakan produk pemakanan yang lebih sihat dan lebih berkhasiat untuk rakyat Malaysia, semua produk Bijirin Sarapan Nestlé diperbuat daripada bijian gandum penuh. Nestlé KOKO KRUNCH® juga memberi ceramah nutrisi sepanjang Kejohanan ini untuk mendidik para ibu bapa dan kanak-kanak tentang betapa pentingnya memulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat dan seimbang.

Bintang-bintang muda Taekwondo gembira bertemu YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Dengan penuh kesedaran bahawa pembangunan atlet bertaraf dunia perlu dimulakan sejak kecil, Nestlé KOKO KRUNCH® benar-benar komited untuk menyokong acara-acara seperti Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® yang penting untuk membantu mencungkil bakat atlet, serta memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia.