SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA

SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA | Hai korang!  Sekejap saja dah Ramadhan ke 18. Lagi beberapa hari saja nak sambut Hari Raya. Rasa sesih pula Ramadhan nak tinggalkan kita. Sekejao sangat rasanya.  Setiap kali berpuasa masing masing akan kongsi resipi untuk berbuka puasa kan. At least boleh bantu orang di luar sana idea menu apa nak masak untuk berbuka nanti,  betul tak? Macam Mimi kadang kadang buntu juga nak masak apa untuk berbuka. Tapi nasib baik ada SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA tau. 

Mimi dulu memang suka makan pedas tapi pedas yang so-so jelah. Kalau tahap sampai muka merah,  berpeluh peluh menahan pedas tu memang taklah nak makan. Tapi sejak preggy anak yang kedua memang Mimi lagi bertambah suka makan pedas.  Sampailah sekarang.  Masa cuti Wesak,  Mimi balik kampung di Melaka sekejap ada urusan dengan keluarga mertua.  Masa nak balik Seremban,  mertua kirimkan buah mangga.  Ada 5 biji kesemuanya.  Semua besar besar. Mangga ni kalau simpan lama akan jadi benyek kan.  

Hari Rabu lepas, masa dah nak siap siap masak juadah berbuka,  terpandang mangga. Bila pandang mangga,  tiba tiba teringat pula sambal mangga. Apa lagi,  terus siapkan bahan bahan nak buat sambal mangga untuk berbuka nanti. Walaupun hari tu dah masak kari sotong dan ikan cencaru goreng dengan sambal kicap tapi tetap juga nak buat sambal mangga. 

Sambal Mangga


Nak buat senang saja korang. Ada cili padi,  bawang merah,  belacan dan mangga dah cukup. Tak lupa sedikit garam.  Macam Mimi lebih suka guna bawang besar India.

So,  bawang besar India dan cili padi Mimi sangaikan dalam kuali. Lepas tu tumbuk bagi lumat,  masukkan mangga tumbuk ala kadar. Masukkan sedikit garam!  Dah siap.

Hah part belacan tu, Mimi tak letak pun sebab Mimi ak boleh makan belacan. Sensitif!  Tapi kalau korang suka,  sebelum tumbuk belacan dengan bawang dan cili padi,  sila bakar belacan tu dulu ya. Dah bakar baru tumbuk. Kalau ada belacan lagi umpp rasa sambal mangga tu tau korang. Kalau tak ada belacan sedap juga tapi tak umpp lah kan. Yang penting cili padi mau banyak dan terangkat rasa dia. Kalau tak tahan pedas letak sikit jela cili padinya.  Macam Mimi untuk satu mangkuk kecil tu,  Mimi letak 5 biji cili padi. Hah,  memang pedas! Barulah thrill. Tapi jangan amalkan selalu tau tak elok! 

Korang ada resipi sambal yang sedap tak nak kongsi? Mana tahu boleh beri idea Mimi nak buat untuk menu berbuka hari ni pula. Sejak dua menjak ni memang duk gila nak makan sambal tak kisah sambal jenia apa pun. Janji sambal!  Korang dah fikir ke apa menu berbuka hari ni? Mimi belum fikir lagi. Tengah cari idea lagi ni. Jangan lupa kongsi idea sambal apa yang sedap tau! 

Post a Comment

16 Comments

  1. Sedapnya Mimie.. Kak Sue kalau tak pedas tak puas makan..

    ReplyDelete
  2. Swkarang tengah musim mangga kan?? Hehhehe sedap ni pembuka selera. nak makan dengan nasi panas-panas. Adoiii mimi terkeliur Nora tau..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sambal mangga. Makan ngan nasi panas² memang tambah nasi. Ohbmy diet . Huhuu...

    ReplyDelete
  4. LaLa betul tak makan sambal mangga macam ni. Sedap Nye kalau colek dgn ikan kembung goreng panas panas.

    ReplyDelete
  5. Tiba2 tengok sambal gini pun boleh terliur bulan2 puasa ni. Senangnya nak menyediakannya. Makan dengan nasi panas, ikan pekasam, telur goreng pun dah sedap sangat dah ni.

    ReplyDelete
  6. i dont have any sambal recipe but wow..i dont think i have tried manggo sambal before...can kirimkan to my house? nak try...hhehehe malas nak masak...ehem ehem...

    ReplyDelete
  7. Oh, cara buat dia lebih kurang macam sambal biasa saja, cuma ada bawang merah dengan mangga je. Boleh lah cuba nanti alang-alang husband peminat tegar sambal macma ni.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedapnyalah hai sambal mangga tu..sis tak pandai buat tapi pandai makan je..hehehe.
    Dulu ayah memang suka buat sambal mangga ni..fuhhh terangkat dia buat, bila dah tua2 ni dia dah tak buat lagi..so kita beli je lah

    ReplyDelete
  9. Masa kat kg memang mak selalu buat sambal Mangga ni sebab kat tepi rumah tu ada pokok mangga tapi sekarang ni dah tebang pokok tu sayang sangat...

    ReplyDelete
  10. So far I only tried before durian taste... Never try mango before but mango is my favorite food.. wanna try this do much...

    ReplyDelete
  11. Ya allah sedapnya sambal mangga. Kalau pergi buffet ramadhan, nampk je sambal mangga mesti wajib ambik. Okay lepas nie dah boleh cuba buat sendiri. Senang je rupanya

    ReplyDelete
  12. Terliurnya tengok sambal mangga tu . Memang tambah selera lah mkan ni dengan nasi panas2. Boleh tambah berpinggan lagi ni .

    ReplyDelete
  13. baru tengok gambar dah terliur ni...

    ReplyDelete
  14. uii...xpernah dgr sambal mangga... dia lebih kurg macam sambal belacan la ea... tp bahan2 dia tu xgoreng dlu ke cili, bawang tu? semua makan mentah2 ke? mcm nk try la nnti....kecur air liur..huhu

    ReplyDelete
  15. ooi terlio jadinyaa ha.. sedap ni nasi panas2 makan sambal ni peergh..

    ReplyDelete
  16. wah. ni resepi baru ni, mimi.
    tak pernah buat gini.
    kuning diraja warnanya.
    normally, sambal belacan campur skit mangga.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com