KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA

KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA | Hai korang! Sekejap saja dah Ramadhan 19 kan. Lagi beberap hari saja lagi Hari Raya nak menjelang tiba.  Bila Hari Raya pasti macam macam aktiviti yang akan dilakukan bersama saudara mara kan? Jadi,  sebagai ibu bapa macam mana korang nak pastikan anak anak korang KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA nanti. 

KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA


Macam Mimi sendiri,  Mimi akan pasti anak anak Mimi kekal dilindungi ketika berkongsi kemeriahan Hari Raya nanti dengan rangkaian produk Dettol. Sebab apa Mimi memilih Dettol?  Kerana Dettol diyakini selamat dan melindungi keluarga Mimi daripada kuman. Ada anak anak kecil yang tengah membesar ni faham faham sajalah kan. Diorang aktif ke sana sini jadi memang kena beri perlindungan yang lebih kan. 

Rangkaian Produk Cecair Pencuci Tangan  Dettol


Jadi,  Mimi ambil inisiatif sendiri lindung anak anak dengan Dettol. Pergi mana mana Mimi tak lupa bawa wet wipes dan juga cecair pencuci tangan Dettol. Senang nak bawa ke mana mana saja tau korang.  So,  lepas ni tak ada nak risau dah kalau tangan anak kotor ke apa sebab ada cecair pencuci tangan Dettol bersaiz kecil. Bawa saja anak anak ke paip air dan cuci tangan bersih bersih. 

Wet Wipes Dettol


Macam Mimi sendiri pun kalau tangan kotor atau pegang apa apa mesti nak cuci tangan. Yelah kita tak tahukan berapa banyak kuman yang ada pada tangan kita kan. Nak nak seharian berhari raya sini sana mana kita sedar apa kita pegang. Jadi,  memamng kena cuci tangan bersih bersih. Mimi pun sentiasa didik anak anak jaga kebersihan. Setiap kali makan kena cuci tangan dengan cecair pencuci tangan yang Mimi sediakan di sinki.




Bukan setakat mencuci tangan saja tau,  selepas diorang penat bila mandi pun Mimi galakkan diorang mandi dengan sabun mandian Dettol. Bagi bersih badan diorang dari peluh dan kekotoran. Barulah badan sentiasa bersih dan bebas dari kuman.

Bila nak raya ni lagilah kena sentiasa pastikan diorang dilindungi dengan Dettol. Pagi Raya sudah tentulah Mimi suruh anak anak mandi dengan mandian Dettol supaya diorang sentiasa rasa segar dan bersih.  Dan  semestinya Mimi takkan lupa bawa ke mana saja cecair pencuci tangan Dettol. Hari Raya memang sibuk menziarah rumah saudara mara kan,  makan ketupat lah,  rendang lah,  biskut raya,  memang bagus sangat standby wet wipes dan cecair pencuci tangan Dettol untuk pastikan tangan anak anak Mimi sentiasa bersih. Memang setiap tahun, kalau tangan tu tak kotor tak sahlah. Nama pun budak budak kan.  Sabar sajalah. Kira produk Dettol memang wajib ada dalam handbag tau! 

Berkongsi cerita pasal Dettol ni, korang tahu tak sekarang ni Dettol Malaysia menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan secara besar besaran  di beberapa kawasan Rehat dan Rawat sempena Hari Raya yang akan akan menjelang tidak lama lagi. 


Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini


Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan. 

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Sebuah keluarga yang sedang berhenti seketika di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk menyegarkan diri memgambil peluang untuk mencuci tangan mereka


Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengen mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri) , Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura





“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini", Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Seorang ibu menolong anaknya mencuci tangan dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol di dalam tandas di kawasan Rehat dan Rawat


Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.

Ena Abas,  Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri)  bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol

“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.

Untuk pengetahuan korang, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.

Post a Comment

38 Comments

  1. tertawan tgk model yg cun melecun tu.. apapun barangan dettol mmg boleh dipercayai

    ReplyDelete
  2. Kita memang pakai mandian dettol ni

    ReplyDelete
  3. LeYa memang pengguna produk Dettol ni.. Best kan.. Dapat melindungi ahli keluarga kita dengan Dettol.. Di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan

    ReplyDelete
  4. wah I love dettol bukan sahaja wangi dan bersih malahan mampu menghapuskan kuman yang berbahaya... macam menarik nampaknya kena pergi watsons lah kalau nak beli nanti heheheh

    ReplyDelete
  5. Bestnya..akak suka product dettol..selain memberi keutaamaan pada kebersihan..akak suka sebab baunya wangi..memang perlu ada dalam setiap rumah..

    ReplyDelete
  6. saya mmg pengguna tegar Dettol dan Dettol bodywash tu mmg best dgn bau yang menyegarkan. Bagusnya Dettol akan ada kat R&R..terbaik Dettol

    ReplyDelete
  7. produk dettol ni memang bagus, terkenal dari dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  8. I love Dettol also . Is very good product and they new GOLD product is one of my favorite

    ReplyDelete
  9. betul la, hari raya pun kita kena protect diri sendiri. kot kot la tiba2 tak sihat terus tak dapat nak beraya. lagipun dettol ni tak mahal sangat dan mudah didapati

    ReplyDelete
  10. Baguslah produk dettol nie. Yelah, time raya nanti dengan ntah sape2 kita bersalaman kan. So guna je dettol untuk membasmi kuman. Nak jugak review produk dettol 😭

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat guna produk dettol ni... memang trusted brand since many years ago.. smells nice too!

    ReplyDelete
  12. Dettol produk di percayai.. mmg ptut ada di rumah.. lagi2 nk raya ni kan.. kena stanby.. nk gi rumah terbuka bawa wet tissue dettol.pon bgus

    ReplyDelete
  13. Dettol memang jenama yang sentiasa menjadi pilihan pengguna kan.. Harga yg berpatutan dan mudah dapat..

    ReplyDelete
  14. Barangan dettol ni memang dah lama pakai..memang produk yang terbaik..harap2 dapat jumpa team dettol di r&r nanti..

    ReplyDelete
  15. Now banyak guna produk Dettol dekat rumah... dari sabun mandian kepada sabun cuci tangan....

    ReplyDelete
  16. saya pun suka bau dettol..sedap mcm bau ubat..balik kampung pun boleh bawak ni kan..kecil dan mudah

    ReplyDelete
  17. Dettol memang jenama keluarga yang dipercayai. Saya pun selesa sangat gunakan produknya. Betul juga, terutama di bulan Syawal yang selalu keluar, berjumpa dengan orang dan menjamah berbagai jenis makanan, memang kena utamakan kebersihan juga kan.

    ReplyDelete
  18. kite pengguna dettol juga! tak dinafikan memang bagus dari dulu lagi, sesuai untuk seisi keluarga kan? highly recommend

    ReplyDelete
  19. Dettol ni kalau pakai sabun mandi mesti segar sebab bau minty tu. Bagus usaha dettol ni boleh educate pengguna jalan raya tentang cara betul untuk membersihkan tangan. Bukan semua orang tahu cara yang betul.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog sis untuk blog walking petang selasa ni. Semoga Allah lindungi kita semua kan Mimi. Amin

    ReplyDelete
  21. Dettol ni kalau pakai lepas makan sedap baunya takde bau kari dekat tangan rasa diri di lindungi dari kuman kan

    ReplyDelete
  22. Apa khabar hari ni cik sayidah. Mama singgah BW. Bagus jaga kebersihan diri

    ReplyDelete
  23. Bagus juga dettol ni..picit sikit je dah bersih tangan.Bau pun sedap je.Kalau pegang ikan ke, ayam ke memang akak cuci dengan dettol.Tak selesa bila tangan berbau..

    ReplyDelete
  24. Betul la.. kadang-kadang kita lupa pasal persediaan kebersihan di hari raya macam ni.

    ReplyDelete
  25. Bagus ada dettol ni tau..sbb ia menjaga kebersihan diri kita.. Tp skrg dettol dh de wipes tissue ke kak? Baru tau kita..huhu.. Sllu beli yg body wash & hand wash je..

    ReplyDelete
  26. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis mimi. Maklumlah raya salam salam lepas tu pegang hidung. Mesti banyak kuman

    ReplyDelete
  27. Dettol memang dari dahulu lagi membantu dalam penjagaan kebersihan kan.
    Kita pun sememangnya pengguna dettol. Ingt lagi masa prgntkan zara, kita suka bau dettol. Rasa menenangkan. Mandi memang suka la dengan sabun atau guna cecair mandian dettol.

    ReplyDelete
  28. Dari dulu sampai sekarang memang sis pakai dettol..dari sabun mandi hinggalah ke wet tissu sis pakai dettol. Dengan dettol ni rasa bersih je sepanjang hari walau tak sepenuhnya

    ReplyDelete
  29. Orang kata banyak penyakit berpunca dari tangan sebab tu kena jaga kebersihan tangan yang kita gunakan hari-hari. Tambah-tambah musim perayaan ni banyak makan kat serata rumah...

    ReplyDelete
  30. Suka sangat dengan sabun dan pencuci dettol baru ni. Wangi!

    ReplyDelete
  31. These are a very good products and brand. My whole family use them on daily basis too.

    ReplyDelete
  32. My household memang guna Dettol. We practically grew up with the brand. Last time, I tak tahan dengan bau Dettol but now they are OK, not so strong anymore.

    ReplyDelete
  33. wow fefeeling sgt 1st gmbr tu mimi peluk produk dettol ye..hihi..ciktom sekeluarga memang pengguna dettol...dulu shower dettol xbest mana baunya..skang dh byk pilihan dan bau pun dah best..

    ReplyDelete
  34. Is very important to keep itself clean and hygiene especially festive season as we are meeting different people and for children, they are the ones easily get closer to the terms and bacteria. Detail really could reduce and help everyone...

    ReplyDelete
  35. Kak Sue pun antara pengguna Dettol juga, suka bau Dettol nie..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com