Jejak Kasih di Hari Raya Kedua

JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA | Hari ni cerita kisah Hari Raya kedua pula. Satu kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Sebelum ni Mimi adik beradik hanya kenal makcik dan pakcik sebelah mama saja iaitu adik beradik mama. Keluarga sebelah ayah pula kitorang tak pernah tahu dan kenal pun. Ada tak ada pun yang Mimi ingat ingat lupa adik tiri ayah yang Mimi panggil Cik Nyah. Tu pun sebab sama sama tinggal satu blok di kuarters TLDM suatu masa dulu, pasal keluarga lain tak pernah tahu pun. Sebab apa? Panjang ceritanya. 

Keluarga besar ayah 


Siapa sangka kan,  berlaku pertemuan JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA di kampung. Menurut cerita ayah, dia ada adik beradik sama ibu. Arwah nenek (ibu ayah) kahwin sebanyak empat kali (kahwin dan berpisah). Suami pertama ada dua anak, suami kedua seorang anak iaitu ayah Mimi,  suami ketiga dapat seorang anak. Dan perkahwinan dengan suami yang akhir (duda anak 9 kalau tak silap)  ada tiga orang anak. Kira adik beradik seibu ayah Mimi ada tujuh orang. Tiga orang telah meninggal jadi tinggal empat orang masih ada. 

Ayah pernah jugalah jumpa adik beradik yang dah meninggal tu cuma kitorang adik beradik saja lah tak pernah jumpa tiga orang arwah pakcik. Tapi,  dapat jumpa induk induk dan pakcik yang ada pun syukur.

Mimi dan adik bersama Induk Zana


Masa Raya kedua tu untuk pertama kali Mimi dan adik adik dapat bertentang mata dengan adik beradik ayah yang kitorang tak pernah jumpa dan kenal berpuluh tahun lamanya. Yang paling sedih mestilah ayah. Sejak dia menamatkan perkhidmatannya dalam TLDM, terus dia lost contact dengan adik beradiknya yang lain. Seumur hidup Mimi,  tak pernah tengok ayah nangis. Tapi masa Raya Kedua tu Mimi nampak ayah menangis teruk sampai masuk bilik. Mimi dah nampak tu terus lari ke dapur sebab takut nangis sekali. Nampak je macam kuat hati sado tapi orang nangis confirm Mimi nangis sekali..hahaha.

Mimi dengan induk Niza adik ayah


Alhamdulillah,  pertemuan kitorang berjalan dengan lancar. Kitorang adik beradik jamu diorang semua dengan Nasi Hujan Panas,  Ayam Masak Merah, Jelatah,  Kek, Biskut Raya dan Air Sirap. Pada pertemuan tu,  sempat juga kitorang beramah mesra. Mimi pun berkesempatan berjumpa dengan sepupu sepupu yang langsung Mimi tak pernah jumpa. Tak sangka selama ni adik adik ayah tinggal di Johor. Lepas ni,  kitorang boleh dah beraya atau makan angin di Johor pula.

Ayah,  Induk Zana,  Induk Niza,  Pakcik Zani,  Cik Nyah,  Mama


Lama juga diorang bertandang ke rumah kitorang. Banyak cerita yang nak dikongsikan selama berpuluh tahun tak jumpa kan. Sebelum balik sempat juga kitorang ambil video beramai ramai dan bergambar. Tak tergambar dengan kata kata rasa gembira dan terharu berjumpa dengan keluarga ayah. Yelah selama ni Mimi dan adik adik tahu ayah cuma anak tunggal saja tapi tak sangka pula ada adik beradik seibu.

Cuma impian ayah nak jumpa bapa kandung tak kesampaian. Arwah nenek pernah janji nak bawa ayah jumpa bapa kandung tapi nenek dah bertemu penciptaNya terlebih dahulu. Sampai sekarang ayah tak dapat jumpa bapa kandung dia. Entah masih ada atau tidak. Yang ayah tahu,  bapa kandungnya ada keluarga di Kuala Pilah. Area mana tak tahulah. Ayah cakap dia ada adik beradik sebapa tapi tuhlah kan tak ada rezeki nak kenal. Nak cari pun macam tak berbaloi sebab tak ada sebarang petunjuk nak jejak bapa kandung ayah.  

Walau bagaimanapun, kitorang tetap bersyukur sebab dapat jumpa dan kenal adik beradik seib, ayah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Hopefully , lepas ni dapat jumpa diorang lagi. 

Post a Comment

38 Comments

  1. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis mimi. Itu baiknya bersilaturahim.. Yang jauh pun jadi dekat

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Happy eid mubarak!

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ReplyDelete
  4. meriahnya mimi beraya...jejak kasih tu memang best..hari raya ni lah dapat jumpa yang tak pernah jumpa dan jarang nak jumpa kan mimi...selamat hari raya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu ibu ucapkan. Sambung raya hari cuti ni. Ni pun nak pergi pusing raya

    ReplyDelete
  6. Mama singgah raya petang ahad ni. Semoga sis mimi makin murah rezeki sebab sambung silaturahim RAsulullah SAW kan berpesan, sesiapa yang nak di murah kan rezeki perlu bersilaturahim

    ReplyDelete
  7. Selalunyaa hari raya lah dapat berjumpa sesama saudara jauh atau dekat . Kita lebih mengenali dengan lebih rapat . Best baca kisah adik beradik ayah mimi . Semoga ayah mimi dapat berjumpa ayah kandung .

    ReplyDelete
  8. memang betul tuh mimi, masa raya nilah jejak kasih akan berlaku. ada je sedara yang kita tak kenal anak muncul kan tapi tak per semua ni mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete
  9. Wah besar keluarga ayah mimi ya...
    Mimi nk tanya..biasa yang nama2 Induk ni memang orang nismilah ye?

    ReplyDelete
  10. Eyqa baca, eyqa pulak sedih. Pernah lalui jejak kasih macam nie di hari raya. Kisah hampir sama. Sedih tu hanya Allah swt je tahu :'(

    ReplyDelete
  11. Hari raya dpt jejak kasih mengeratkan lg hubungan kekeluargaan

    ReplyDelete
  12. Allahu seronok dan sebabk baca story ni, benarlah kata orang aidilfitri ini banyak hikmahnya, yang pasti semoga ianya berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  13. wahhh mcm ni baru mengeratkan silaturrahim..time nk ada perayaan mcm ni la baru kita sempat nak mencari sedarakan..lepas ni raya haji pulakk ya..

    ReplyDelete
  14. Kebahagiaan sebenar di hari raya ni..dapat jumpa sedara yg lama terpisah kan..pasni boleh kontek2 selalu

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah dpt berjumpa ramai2 mcm ni..meriah betul raya tahun ni ye mimi..

    ReplyDelete
  16. seronok dpt jumpa darah daging sendiri.. tak kiralah tiri atau kandung kan

    ReplyDelete
  17. Meriahnya kak mimi... Kita xdan nk gmbr bila sdre mara dtg sbb sibuk kt dpur..raya pertama je smpt bgmbr awal...hehe

    ReplyDelete
  18. Gambar atas sekali , lelaki yang baju hijau yang kat depan tu muka dia sama macam kawan sekerja akak kat johor dulu.hahha.. pelanduk 2 serupa kot.

    ReplyDelete
  19. Wah, ramainya datang . Bestkan kumpul ramai macam ni meriah sangat

    ReplyDelete
  20. wahh.. besar jugak family mimi ye.. ni kalau raya mesti meriah.. ada kenduri ke apa mesti adik beradik je dah penuh rumah kan.. best kan jejak kasih di hari lebaran.. heee

    ReplyDelete
  21. Shad baca ni pun dh sebak kak mimi. Ada hikmah semua ni berlaku.. Selamat Hari Raya kak..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah momen raya bisa di jadikan ajang silaturahmi baik sama keluarga maupun tetangga lainnya. Semoga silaturahmi macam ini bisa berlanjut seterusnya bukan hanya saat lebaran atau raya

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, yang penting dapt bertemu kan..hari raya kali ni memang lebih meriah bila dapat beraya dengan keluarga yang jarang kita pergi..macam nad pun jarang pergi rumah sedara belah ayah

    ReplyDelete
  24. Wow meriahnya raya you ni, saudara mara pun ramai and best best. Biasa la kan time macam ini selfie and wefie jer kan.

    ReplyDelete
  25. Betullah orang kata masa musim Raya ni jer kita nak jumpa semua orang yang jauh dan kadang-kadang tak kenal pun rupanya sedara kita ini sahaja masanya...

    ReplyDelete
  26. uniknya raya bila kita dapat berjumpa dengan saudara mara dan rakan taulan...mmg mcm budaya wajib cari dan jumpa..ini yang meriah seronoknya hari raya...btw selamat hari raya buat mimi dan famili :-)

    ReplyDelete
  27. Such a big family from your dad side. Much be so happening during second Raya. Everyone looks cheerful and happy when gather together. Is a good family bonding.

    ReplyDelete
  28. Raya tahun nie kurang meriah sedikit, adik beradik ada yang balik raya lewat... wife pula xde beraya bersama... So xde la gambar raya beramai-ramai tahun nie...

    Eh, gambar raya berdua pun xde juga hahaha

    ReplyDelete
  29. Selamat Hari Raya, looking at your pics makes me miss my family, can't wait to see them and gather gather.

    ReplyDelete
  30. Seronok dpt berkumpul dengan sanak-saudara semua semasa Hari Raya! Salam Aidilfitri !

    ReplyDelete
  31. Meriahnya dan juga sedih at the same time. I think you get get on Facebook to search for your Atok. Do it for your father. If it is not successful, at least you tried. All the best.

    ReplyDelete
  32. Alahai sedihnya jejak kasih macam ni, sama macam kes keluarga saya tapi bukan nak jumpa adik beradik..nak jumpa kawan baik ayah yang tinggal di kuarters dulu2. Alhamdulillah dah berjumpa..

    ReplyDelete
  33. alhamdlillah, Syawal ni, banyak merapatkan hubungan silaturrahim

    ReplyDelete
  34. Ya Allah. Mesti sebak kan sebab lama tak jumpa,malah tak kenal pun. Syukur masih berkesempatan berkenalan dengan saudara mara. Ada drama air mata yang banyak tak aritu?

    ReplyDelete
  35. Alhamdullilah dapat jumpa dan eratkan silatulrahim macam nie kan Mimie.. sedih baca..

    ReplyDelete
  36. Sama dengan keluarga saya, family besar. Tapi sebab kami duk dekat-dekat, so tak putus hubungan walaupun arwah ayah dah takde. Seronok baca kisah jejak kasih macam ni. Time raya gini la pakat boleh berkumpul, jumpa mata dengan sanak-saudara.

    ReplyDelete
  37. Wow! that is really jejak kasih. The beauty of having a big family when it comes to festive memang very meriah kan.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com