Selasa, 26 Jun 2018

Tengok Wayang Filem Jurassic World : Fallen Kingdom

2:57:00 PTG 18 Comments
Tengok Wayang Filem Jurassic World : Fallen Kingdom | Hai korang!  Jumaat lepas waktu rehat kan lama. So,  Mimi dan officemate pergi TENGOK WAYANG FILEM JURASSIC WORLD : FALLEN KINGDOM di Palm Mall. Masa pergi ni tak ramai lagi ada di pejabat,  masih ramai bercuti mood Raya kan. Selalunya waktu rehat panjang kitorang duduk office saja tak pun balik rumah. Mengenangkan waktu tu memang dah bosan tahap gaban,  so decide keluar tengok wayang. Sekali sekala ber'me time' dengan kawan kawan. Janji dah minta izin suami. 

TENGOK WAYANG FILEM JURASSIC WORLD : FALLEN KINGDOM


Sesekali keluar dengan kawan kawan tengok wayang apa salahnya kan. Masa ni,  Adhwa ada sekali sebab pengasuh dia cuti. Memang seminggu la dia ikut Mimi pergi pejabat. 

Nasib baik Adhwa behave je dalam wayang. Buat hal sendiri lepas tu dia tidur. Kalau sebelum ni dia tak duduk diam tau. Habis satu wayang dia nak redah. Sebab masa bawa dia tengok wayang tu,  dapat seat depan sekali memang bebas lah dia. Kali ni duduk seat paling atas dan tengah tengah agak terbatas dia nak gerak sana sini. 

Lepas habis saja wayang kitorang terus pecut singgah McD Drive Thru dan terus balik pejabat. So far,  enjoy sangat tengok Jurassic World : Fallen Kingdom. Memang best dan tak jemu. Yang penting lepas ni confirm ada sambungan nak tengok. Nak plan tengok movie lain pula lepas ni. Maybe tunggu encik suami balik kot.hehehe..

Isnin, 25 Jun 2018

HAPPY 2ND BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA FARIS

12:37:00 PTG 7 Comments
HAPPY 2ND BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA FARIS | Sabtu baru ni 23 Jun birthday Adhwa yang ke 2 tahun. Pejam celik pejam celik dah dua tahun hero seorang ni. Sekejap rasanya masa berlalu. 


Birthday Adhwa kali ni Mimi dan plan dengan suami sambut lambat sikit. Tunggu abinya balik semenanjung baru celebrate. Suami cakap tak apa sambut lambat janji anak happy. 


Dalam family Mimi sendiri ramai yang lahir bulan Januari.  Adhwa lahir bulan Jun sama bulan dengan mak langnya (adik Mimi). Lepas ni tengah fikir nak belikan Adhwa kek apa. Bila makin besar ni dia dah pandai pilih apa yang dia nak dan suka. 

Tak apa yang Mimi harapkan cuma doa Mimi Adhwa sentiasa dilindungi Allah dari segala kemungkaran, dilimpahi rezeki yang meruah dan membesar menjadi anak yang solehah. 

Khamis, 21 Jun 2018

Jejak Kasih di Hari Raya Kedua

8:54:00 PTG 38 Comments
JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA | Hari ni cerita kisah Hari Raya kedua pula. Satu kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Sebelum ni Mimi adik beradik hanya kenal makcik dan pakcik sebelah mama saja iaitu adik beradik mama. Keluarga sebelah ayah pula kitorang tak pernah tahu dan kenal pun. Ada tak ada pun yang Mimi ingat ingat lupa adik tiri ayah yang Mimi panggil Cik Nyah. Tu pun sebab sama sama tinggal satu blok di kuarters TLDM suatu masa dulu, pasal keluarga lain tak pernah tahu pun. Sebab apa? Panjang ceritanya. 

Keluarga besar ayah 


Siapa sangka kan,  berlaku pertemuan JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA di kampung. Menurut cerita ayah, dia ada adik beradik sama ibu. Arwah nenek (ibu ayah) kahwin sebanyak empat kali (kahwin dan berpisah). Suami pertama ada dua anak, suami kedua seorang anak iaitu ayah Mimi,  suami ketiga dapat seorang anak. Dan perkahwinan dengan suami yang akhir (duda anak 9 kalau tak silap)  ada tiga orang anak. Kira adik beradik seibu ayah Mimi ada tujuh orang. Tiga orang telah meninggal jadi tinggal empat orang masih ada. 

Ayah pernah jugalah jumpa adik beradik yang dah meninggal tu cuma kitorang adik beradik saja lah tak pernah jumpa tiga orang arwah pakcik. Tapi,  dapat jumpa induk induk dan pakcik yang ada pun syukur.

Mimi dan adik bersama Induk Zana


Masa Raya kedua tu untuk pertama kali Mimi dan adik adik dapat bertentang mata dengan adik beradik ayah yang kitorang tak pernah jumpa dan kenal berpuluh tahun lamanya. Yang paling sedih mestilah ayah. Sejak dia menamatkan perkhidmatannya dalam TLDM, terus dia lost contact dengan adik beradiknya yang lain. Seumur hidup Mimi,  tak pernah tengok ayah nangis. Tapi masa Raya Kedua tu Mimi nampak ayah menangis teruk sampai masuk bilik. Mimi dah nampak tu terus lari ke dapur sebab takut nangis sekali. Nampak je macam kuat hati sado tapi orang nangis confirm Mimi nangis sekali..hahaha.

Mimi dengan induk Niza adik ayah


Alhamdulillah,  pertemuan kitorang berjalan dengan lancar. Kitorang adik beradik jamu diorang semua dengan Nasi Hujan Panas,  Ayam Masak Merah, Jelatah,  Kek, Biskut Raya dan Air Sirap. Pada pertemuan tu,  sempat juga kitorang beramah mesra. Mimi pun berkesempatan berjumpa dengan sepupu sepupu yang langsung Mimi tak pernah jumpa. Tak sangka selama ni adik adik ayah tinggal di Johor. Lepas ni,  kitorang boleh dah beraya atau makan angin di Johor pula.

Ayah,  Induk Zana,  Induk Niza,  Pakcik Zani,  Cik Nyah,  Mama


Lama juga diorang bertandang ke rumah kitorang. Banyak cerita yang nak dikongsikan selama berpuluh tahun tak jumpa kan. Sebelum balik sempat juga kitorang ambil video beramai ramai dan bergambar. Tak tergambar dengan kata kata rasa gembira dan terharu berjumpa dengan keluarga ayah. Yelah selama ni Mimi dan adik adik tahu ayah cuma anak tunggal saja tapi tak sangka pula ada adik beradik seibu.

Cuma impian ayah nak jumpa bapa kandung tak kesampaian. Arwah nenek pernah janji nak bawa ayah jumpa bapa kandung tapi nenek dah bertemu penciptaNya terlebih dahulu. Sampai sekarang ayah tak dapat jumpa bapa kandung dia. Entah masih ada atau tidak. Yang ayah tahu,  bapa kandungnya ada keluarga di Kuala Pilah. Area mana tak tahulah. Ayah cakap dia ada adik beradik sebapa tapi tuhlah kan tak ada rezeki nak kenal. Nak cari pun macam tak berbaloi sebab tak ada sebarang petunjuk nak jejak bapa kandung ayah.  

Walau bagaimanapun, kitorang tetap bersyukur sebab dapat jumpa dan kenal adik beradik seib, ayah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Hopefully , lepas ni dapat jumpa diorang lagi. 

Rabu, 20 Jun 2018

KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018

12:11:00 PTG 13 Comments
KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018 | Selamat Hari Raya buat korang semua,  Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni korang cuti Raya lama tak? Mimi tak cuti pun. Just cuti Raya pertama sampai Raya ketiga lepas tu Isnin dah masuk kerja. Tahun ni pun Mimi beraya berempat saja dengan anak anak tanpa suami. Tahun lepas tema baju raya kitirang warna Maroon dan Dark Emerald.  Tahun ni KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018.

KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018




Tahun ni Mimi dan anak anak berbaju kurung moden cotton saja. Adhwa pula Mimi belikan kurta warna dark grey. Memang decide tahun ni warna kelabu pink tema baju raya 2018. Tahun ni sambut raya pun biasa biasa saja. Mood nak beraya tak ada sangat. Anak anak saja yang seronok beraya. 



Tahun ni Mimi beraya di sebelah family Mimi di Port Dickson. In shaa Allah tahun depan beraya di Melaka pula. Raya kali ni pun Mimi tak beraya sangat rumah saudara mara lain sebab ramai pula demam tahun ni, tak sihat kan. Sempatlah beraya beberapa rumah wan saudara. Tapi sambutan Raya tahun ni tetap meriah sebab kitorang 7 beradik dapat berkumpul sama. 

Adik no. 4, Amar,  Mimi,  adik ipar Zul,  adik no. 3 Suria, adik no. 2 Dian,  adik ipar Wan,  Rania. Depan adik bongsu Baby.  Adik no. 5 tak ada kerja yang no. 6 merayau. 
So,  sambutan raya pertama Mimi biasa saja. Tak meriah macam sebelum sebelum ni sebab ramai pula ahli keluarga yang sakit dan demam. Musim demam kan sekarang ni. Mimi pun Raya pertama dah cirit birit. Memang lemau jadinya. Nanti,  Mimi sambung cerita hari Raya kedua pula. Gembira + sedih! Kira raya kali ni bermakna sangat untuk Mimi sekeluarga terutama ayah Mimi. Nak tahu apa nanti Mimi share ya! 

Isnin, 18 Jun 2018

BOSCH MENGESYORKAN PEMERIKSAAN WIPER (PENGELAP CERMIN) KERETA UNTUK MELINDUNGI INSAN TERSAYANG PADA MUSIM BALIK KAMPUNG INI

3:46:00 PTG 4 Comments


Kajian mendedahkan betapa pentingnya wiper untuk keselamatan kereta


  • Kajian Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus rakyat Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 membeli wiper
  • 70 peratus pemandu berpendapat fungsi wiper adalah amat penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang
  • Pemandu boleh menggantikan sendiri wiper dengan Bosch Clear Advantage hanya dengan satu langkah muda

Satu kajian yang dilakukan oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus pemandu Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 untuk membeli wiper manakala 28 peratus dan 15 peratus lagi masing-masing membelanjakan antara RM41-RM60 dan RM80-RM120.

Kajian itu turut mendedahkan 70 peratus pemandu Malaysia berpendapat wiper amat penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Bagaimanapun, 53 peratus pemandu cenderung untuk menggantikan wiper kenderaan mereka melebihi tempoh 12 bulan; hanya 32 peratus menukarnya dalam tempoh setahun. Pihak Bosch menyarankan semua pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan apabila wiper berusia enam bulan dan menukarnya selepas setahun.

“Walaupun kebanyakan wiper hari ini boleh bertahan dalam tempoh sehingga setahun, kami menyarankan pemeriksaan wiper dilakukan dalam tempoh enam bulan sekali bagi memeriksa bilah sama ada haus dan kerosakkan,” kata Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.” Tambahnya, kualiti getah yang digunakan pada bilah wiper akan merosot dari masa ke masa disebabkan serpihan jalan raya, bahan kimia dan perubahan iklim selain terdedah kepada perubahan cuaca.

“Hujan lebat dan musim monsun terutama di negara tropika seperti Malaysia, pemandu bergantung kepada wiper untuk memastikan cermin hadapan kenderaan bersih ketika hujaan dan penglihatan jelas. Kos selenggara wiper adalah kecil, namun peranan dimainkannya dalam memastikan keselamatan pemandu dan insan tersayang adalah besar,” kata Pang.

“Pemandu yang bakal Balik Kampung tidak lama lagi sempena cuti Aidilfitri perlu mengenal pasti tanda-tanda haus dan kerosakan pada wiper,” tambah Pang.

Wiper Bosch Clear Advantage dilengkapi klip pantas pasang yang membolehkan pemandu menggantikan bilah wiper sendiri dengan mudah dan hanya satu langkah. Getah pada bilah wiper disaluti dengan grafit untuk mengurangkan geseran antara bilah dan cermin depan untuk prestasi mengelap lebih lancar dan senyap



Bilah wiper yang rata turut dilengkapi dengan spring besi mono Evodium meliputi keseluruhan bilah, menghasilkan tekanan seragam ketika bilah wiper mengelap cermin depan kenderaan. Faktor-faktor ini bagi memastikan prestasi mengelap secara konsisten dalam apa jua keadaan, menjadikan Clear Advantage sebagai pilihan wiper paling ideal untuk cuaca di Malaysia.

Panduan pemasangan wiper kereta :  https://www.youtube.com/watch?v=EIZyw3o1F3Y


Cari pengedar sah Bosch untuk wiper: http://startwithbosch.com/my 

A FRESH NEW ADDITION TO DOMINOS HOTTEST KOREAN SENSATION

12:33:00 PTG 1 Comments
Fall in love all over again with the sweet and spicy Ssamjeang flavors especially created by Dominos Pizza. Hot on the trail of its popular Ssamjeang Pizza range, Dominos introduces its latest addition, the new Ssamjeang Prawn pizza, the fourth variant added to the range.



Featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled with nutritious seaweed thats rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green peppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and textures. 

Speaking on the new flavors, Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Dominos Pizza Malaysia and Singapore said, We received tremendous love and support from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the growing request of the Ssamjeang pizzas, we have taken it further and created Ssamjeang Prawn. We believe this new addition enhances the flavor profile of the Ssamjeang sauce especially with the delicious combination of multiple flavours and textures in a single pizza.



We are heartened by the positive response from our customers and we hope this new flavor will be well received as well. Fasting month and the Raya period is a great opportunity to get together with family and friends while enjoying your favorite pizzas. We are offering fantastic deals for the festive period and we hope our customers will take up the opportunity to enjoy this latest item on our menu while it lasts! 

Truly inspired by Malaysians love for Korean food, Dominos Ssamjeang Pizzas were specially crafted to deliver the perfect combination of savory, sweet and spicy flavors. Versatile and flavorful, the Ssamjeang sauce is also available with Ayam-haseyo Chicken Wings, a side of chicken wings baked to perfection with an outer coating of the deliciously addictive Ssamjeang sauce. 

During the festive Ramadan and Raya period, customers can enjoy Ssamjeang Prawn with the two combo deals namely Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo. Priced at RM37.65 (GST zero-rated price), the Ssamjeang Buddy Combo includes one Regular Ssamjeang pizza, one Ayam-Haseyo, one Garlic Twisty Bread and two cans of soft drinks; while the Ssamjeang Super Combo, priced at RM56.51 (GST zero-rated price) comprises of two Regular Pizzas, one Ayam-Haseyo, one Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix and a bottle of 1.5L soft drink. 



The all new Ssamjeang Prawn is available at all Dominos Pizza stores for a limited time only, from June 4 to July 1, 2018, while stocks last. 

Visit Dominos stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. To learn more about Dominos Pizza Malaysias Ssamjeang Prawn Pizza as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/

Selasa, 12 Jun 2018

Novel Andainya Takdir 2

9:31:00 PG 12 Comments
NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2| Hai korang! Lama betul rehat dari update blog. Hari ni moh ler rajinkan diri update blog. Korang pernah tengok drama Andainya Takdir di televisyen tak? Mimi tahu drama ni ada ditayangkan tapi Mimi tak tengok sangat sebab tak suka tengok adegan isteri kena pukul dengan suami yang cemburu buta dan baran. Sekarang ni ada sambungan drama ni Andainya Takdir iaitu Andainya Takdir 2. Disebabkan Mimi jarang tengok televisyen so,  Mimi beli NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2 jela. 

NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2


Novel Andainya Takdir 2

Bercinta tau Mimi nak habiskan novel tebal Andainya Takdir 2 ni.  Dulu masa bujang sehari boleh habiskan. Sekarang ambil masa sampai seminggu kadang sampai sebulan. Dulu kalau beli 3,4 novel confirm habis baca semua. Sekarang kalau beli novel 3,4 buah, simpan dulu di rak buku buat pekasam. Ada masa baca,  tak ada masa duduk diam diam dekat rak tu. 

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2


Andainya Takdir 2 mengisahkan tentang Airil yang berusaha untuk meraih cinta Fatihah kembali. Walaupun telah bercerai, Airil masih sayang dan cintakan Fatihah. Namun sebaliknya pada Fatihah. Selepas bercerai,  dia berubah jadi seorang yang keras hati, dan ego kerana masih takut dan trauma dengan kejadian yang menimpanya ketika masih menjadi isteri Airil. 

Kerana tidak tahan dengan sikap Airil yang masih mengawal segala perbuatan dan pergerakannya,  Fatihah membuat keputusan berpindah dan bekerja di Terengganu. Di Terengganu,  hidup Fatihah semakin kucar kacir kerana diganggu bosnya,  Nizam yang meraih cintanya. Namun,  Fatihah lebih menyenangi dan menyambut cinta Hafiz. 

Airil pula tekad mengubah nasibnya dan merujuk doktor pakar berkaitan penyakit cemburu buta yang dihidapinya untuk meraih kepercayaan dan cinta Fatihah semula. Namun,  dek kerana kecewa Fatihah tidak mahu menerimanya,  Airil cuba menerima dan menyambut cinta Sofea. 

Tapi,  adakah Fatihah dan Airil bahagia dengan pasangan pilihan masing masing. Bertaut atau tidak cinta mereka hah korang kenalah beli novel atau tengok drama Andainya Takdir 2. Tak bestlah kan kalau Mimi bongkar ending cerita tak feel korang nanti. So far, Mimi suka Andainya Takdir 2 sebab tak ada adegan Airil pukul Fatihah. Cuma Airil adalah pukul lelaki yang ganggu Fatihah. Cuma jadi kesian pada Airil sebab asyik kena marah dengan Fatihah. 

kKorang kalau jenis tak sabar nak tahu ending cerita beli sajalah novel Andainya Takdir 2 ni. Lagi puas hati. Macam Mimi beli sebab memang minat baca novel dan jarang tengok televisyen. Sekarang ni Mimi sambung baca novel lain pula yang diadaptasi ke drama juga.  Nak tahu novel apa tunggu Mimi update nanti! 

Sabtu, 9 Jun 2018

Masjid Al-Falah USJ 9 Melangkah ke Alam Digital Bersama Homegrown e-wallet Boost dan RHB Islamic

1:07:00 PTG 5 Comments
Awal bulan ini, Masjid Al-Falah USJ 9 telah mencatat pencapaian baharu sebagai masjid pertama untuk melangkah ke alam digital dengan menerima sumbangan tanpa tunai. Pencapaian ini dilakukan di bawah Kempen SyuQR RHB – satu inisiatif untuk membawa gaya hidup digital kepada konsep 'Memberi' dan / atau 'Sadaqah' - melalui Boost, aplikasi e-wallet yang dikendalikan oleh Axiata Digital.

QR Code di Masjid


“Ini merupakan kerjasama pertama antara RHB Islamic dengan Axiata Digital ke arah sadaqah digital bersempena bulan Ramadhan. RHB Islamic berbesar hati menjadi rakan kongsi dalam usaha untuk mendekati golongan kurang bernasib baik dengan menggalakkan umat Islam membuat sumbangan digital kepada Kempen SyuQR.” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.

Aplikasi e-wallet Boost menyediakan platform dimana sumbangan boleh dilakukan dengan mudah melalui pengimbasan kod QR yang dipaparkan di masjid dan semua sumbangan akan dipindahkan terus ke akaun bank RHB Masjid Al-Falah tanpa risiko kecurian atau kehilangan.

Dari Kiri ke Kanan: Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengerusi Masjid Al-Falah USJ 9
Khairil Abdullah, CEO Axiata Digital Services Sdn Bhd 
Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Pengurusan dan CEO RHB Islamic
Christopher Tiffin, CEO Boost 



Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Apabila kami bekerjasama dengan RHB Islamic dalam Kempen SyuQR, kami hanya ada satu matlamat, iaitu untuk memudahkan pengguna berbakti kembali dan berkongsi rezeki mereka kepada masyarakat”.

Tiffin juga menyatakan, “Malaysia mempunyai 20 juta pengguna telefon pintar dan terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan pengunaan aplikasi e-wallet. Kami yakin dengan kerjasama ini ia akan menjadi contoh terbaik untuk menggalakkan penggunaan tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Kami juga menjangka institusi sosial lain akan menyambut baik langkah ini dan melaksanakan transaksi tanpa tunai,”

Gambar beramai ramai 


Kempen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Sri Zainal Abidin, Pengerusi Masjid Al-Falah USJ 9, Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost. Mereka disambut meriah oleh kariah masjid dan berpeluang berbuka puasa bersama-sama penduduk sekitar Subang Jaya.

Kerjasama Boost dan RHB Islamic membangunkan inisiatif tanpa tunai di Masjid Al-Falah selari dengan Blueprint Bank Negara membabitkan Sektor Kewangan serta ia merupakan sebahagian daripada matlamat ke arah negara tanpa tunai menjelang tahun 2050.

Mengenai Boost

Boost adalah aplikasi mobile wallet gaya hidup yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Dengan Boost, pengguna boleh memulakan pengalaman mereka dengan menambah wang ke dalam aplikasi sama ada melalui kad kredit, kad debit atau mana-mana 17 rakan kongsi perbankan dalam talian kami.

Seterusnya, mereka boleh memilih jumlah prabayar yang diingini & ia selesai. Ia sememangnya mudah! Semua pengguna prabayar termasuk semua rangkaian boleh menambah tambah nilai kredit pada bila-bila masa, di mana sahaja, dalam beberapa saat. 

Tidak perlu lagi ke kedai dan memasukkan pin 16 digit. Pengguna prabayar turut akan menikmati rebat tunai! Hanya goncangkan telefon untuk mendapatkan pulangan tunai. Pengalaman ganjaran ini membezakan Boost dengan aplikasi tambah nilai lain.

Pada bulan Jun 2017, Boost lancar “Kedai Digital”. Pengguna Boost berupaya membeli baucar digital daripada mana-mana jenama kegemaran pada tawaran hebat/diskaun daripada rakan kongsi Boost. Terdapat pelbagai pilihan baucar meliputi beberapa segmen seperti:

Pemain – Boost menawarkan tambah nilai kredit permainan untuk Steam Credits, Garena, MOL Points, PlayStation, Asphalt8 dan A-Cash

Kaki Membeli-Belah Online – 11Street, Lazada, Zalora dan Shopee untuk baucar tunai sehingga 20%.

Penggemar Makanan – Tealive, Boost Juice, myBurgerlab, KGB (Killer Gourmet Burgers), Inside Scoop, The Chicken Rice Shop, La Juiceria, Krispy Kreme. SushiQ, Nelson’s, DOME

Muzik, Drama & Kaki Wayang – dapatkan langganan bulanan daripada Spotify, Joox, Dimsum, dan Tonton, baucar MBO cinema.

Untuk hiburan - Kami ada Sunway Lagoon, RedBox, Aquaria KLCC dan Legoland

Fesyen & Kecantikan – SimplySiti, SASA, Fashion Valet

Di samping membeli baucar, pengguna Boost juga boleh menghantarnya sebagai hadiah digital kepada orang tersayang. Kami memperkenalkan ciri baharu yang menarik ini bersempena Hari Raya sebagai alternatif pemberian “Duit Raya” dalam bentuk baucar berbanding kaedah tradisional. Baucar-baucar ini juga boleh dihantar sebagai hadiah kepada rakan-rakan & keluarga dengan pembalut khas & mesej.

Boost turut membolehkan pengguna membayar menggunakan telefon pintar di lokasi-lokasi terpilih dengan mudah tanpa perlu menggunakan kad atau tunai. Anda boleh membayar dengan Boost di lebih dari 12,000 lokasi seluruh negara seperti pasar malam, medan selera, trak makanan, membeli-belah online dan peruncit berjenama.

Sebagai tambahan, pengguna Boost juga boleh menghantar wang kepada pengguna lain tanpa perlu membayar caj antara bank dan tidak mengira rangkaian mudah alih mereka. Misi kami adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja tanpaa tunai, dan kami berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan menjadi Boost sebagai pilihan aplikasi e-wallet gaya hidup di Malaysia.

Pengguna Andriod boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau
‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram

Rabu, 6 Jun 2018

Tempah Tote Bag dan Mug di Printcious

8:29:00 PG 28 Comments
TEMPAH TOTE BAG DAN MUG DI PRINTCIOUS | Hai korang ! Mimi percaya korang semua pernah dengar pasal Printcious kan?  Baru baru ni Mimi tempah tote bag dan mug di Printcious tau. Semalam barang yang Mimi tempah selamat sampai. Memang happy sangat apa yang kita tempah tu m apa yang kita nak. 

TEMPAH TOTE BAG DAN MUG DI PRINTCIOUS


Tempah Tote Bag dan Mug di Printcious


Nak tempah tote bag dan mug di Printcious ni sangat mudah tau korang. Tak susah mana pun.  Korang nak design ikut selera korang sendiri pun boleh tau.  Banyak produk di Printcious yang boleh di custom made seperti tote bag,  mug,  cushion,  mouse pad, t-shirt dan sebagainya.  Mimi ada share cara nak design pada entry sebelum ni.



Tote bag yang Mimi design dan tempah ni bukan ready made tapi custom made.  Mimi guna gambar Captain America sebab memang minat gila dengan watak hero Marvel ni. Kebetulan Mimi memang guna gambar Captain America ni untuk wallpaper kat handphone. So,  Mimi guna gambar yang sama untuk desigm tote bag. Mimi design guna handphone je korang.  Tak susah mana pun. Tapi faham faham sajalah kalau guna handphone ni kena penuh kesabaran nak design. Hehehe.. 

Bahagian depan tote bag


Bahagian belakang tote bag #teamcapt

Sama juga dengan mug,  Mimi tempah yang custom made tapi mug yang Mimi order bukan mug yang biasa biasa tau. Mimi tempah magic mug!  Kebetulan 01 Jun yang lepas hari lahir officemate Mimi. Kebetulan ada rezeki lebih,  Mimi terfikir nak beri hadiah sempena hari lahir dia. So,  Mimi pilih dan tempah magic mug sebagai hadiah hari lahir dia. 

Rupa magic mug sebelum tukar rupa. Hitam! 


Apa yang istimewa magic mug ni ialah keseluruhan warna magic mug ni hitam tau.  Bila tuang air panas ke dalamnya magic mug ni akan berubah ikut design yang dibuat.  Korang boleh tengok gambar di bawah macam mana magic mug bertukar rupa. Sebab tu dipanggil magic mug.

Kualiti kedua dua barang yang Mimi tempah ni pun bagus tau! Memang terbaik.  Puas hatilah beli produk dari Printvious ni! 

Magic mug bertukar rupa selepas masukkan air panas

Tara!! Magic mug yang Mimi design sendiri


Korang kalau tak ada idea nak beri hadiah hari lahir  atau hadiah perkahwinan pada keluarga dan kawan kawan apa kata korang singgah je web Printcious. Di Printcious ada pelbagai jenis produk yang boleh ditempah dan paling best boleh design ikut pada kreativiti korang. Mimi higjly recommended pada korang!  Memang puas hati dengan servis yang diorang beri. 

Web :

Facebook : 

Instagram :


Hadiah Perkahwinan Istimewa dari Printcious

8:08:00 PG 29 Comments
Hadiah Perkahwinan Istimewa Dari Printcious | Hai korang! Sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan sebab jarang orang buat di bulan Ramadhan. Selalunya akan buat bulan Syawal. Mungkin ada antara korang yang akan hadir ke majlis perkahwinan saudara mara ataupun sahabat di bulan Syawal nanti. Tak lama lagi sajakan. So, korang dah buat beli hadiah untuk pengantin belum? Apa, korang buntu? Hah, jangan buntu nak beri hadiah apa. Mimi nak kongsi dengan korang satu laman web yang menjual hadiah perkahwinan istimewa dari Printcious khas untuk pengantin. Yang lebih istimewa, hadiah yang dijual berbeza dan lain daripada yang lain tau.

HADIAH PERKAHWINAN ISTIMEWA DARI PRINTCIOUS


Korang pernah dengar tak memgenai Printcious? Tak pernah dengar? Okey, apa kata korang baca apa yang Mimi kongsikan ni dengan lebih lanjut mengenai Printcious.

Printcious merupakan satu web yang menjual pelbagai jenis hadiah yang menarik tau. Bukan itu saja, hadiah yang dijual juga boleh custom made. Korang boleh design ikut kreativiti korang. Nak warna apa corak apa design apa terpulang. Nak guna gambar pengantin pada hadiah korang pun boleh. Dan lagi, bukan terhad untuk hadiah pengantin saja tau, hadiah untuk harijadi, ulang tahun perkahwinan, konvokesyen dan macam macam lagi pun boleh. Tapi, Mimi nak fokus pada hadiah perkahwinan sebab nak bantu korang yang buntu nak cari hadiah untuk pengantin.

Korang nak tahu apa idea hadiah perkahwinan untuk pengantin perempuan dan pengantin lelaki tak? Okey jom Mimi ajar cara nak login web Printcous dan korang boleh tengok idea hadiah perkahwinan untuk pasangan pengantin yang korang akan tertarik untuk beli.

Pertama sekali korang klik PRINTCIOUSKemudian korang klik pada login/register tu. Isi form seperti yang dikehendaki. Selesai daftar korang boleh login seperti biasa. Korang akan nampak laman utama Printcious. Okey, sekarang korang nak cari idea hadiah perkahwinan untuk pasangan pengantin kan? Korang klik tiga garis di atas sebelah kanan korang. Boleh rujuk gambar di bawah. Kemudian, ia akan keluar aparan seperti di bawah. Klik More gift ideas here.


Kemudian, akan keluar paparan seperti gambar di bawah. Korang skroll sikit ke bawah akan jumpa banner Wedding - Gift For A Special Day. Klik banner tersebut.


Tadaaa!!! Korang akan nampak paparan pelbagai idea hadiah perkahwinan untuk pengantin perempuan dan pengantin lelaki seperti di bawah ni.

1) T-Shirts


2) Mugs



3) Cushions


4) Puzzles


5) Canvas


6) Ceramic Tiles

Ini semua idea hadiah perkahwinan yang sangat menarik untuk korang hadiahkan kepada bakal pengantin. Kalau korang nak tengok lagi banyak pilihan korang cuma klik saja pada View All akan keluar paparan pelbagai jenis corak dan design yang ada.

Sebagai contoh, Mimi pilih canvas sebagai hadiah untuk pengantin. Jadi, Mimi klik View All dan pilih canvas yang Mimi nak hadiahkan. Untuk canvas ada dua jenis tau iaitu canvas square dan rectangle.



Let say, Mimi pilih canvas rectangle. Klik saja gambar canvas yang dipilih akan keluar paparan seperti di bawah. Nampak tak kotak biru yang perkataan Start Designing tu? Klik kotak tersebut.


Bila dah klik akan keluar paparan seperti di bawah. Korang boleh mula design ikut kreativiti korang. Perlu diingatkan kerja kerja design ni seeloknya korang guna komputer atau laptop supaya lebih mudah dan cepat. Handphone tidak digalakkan sangat. Kalau order yang ready made tak apa mudah kerja. Kalau custom made faham faham sajalah kan. 


Bila dah selesai kerja kerja design korang, skroll bawah dan jumpa kotak berwarna hijau Done. Klik Done! Kemudian, akan keluar paparan seperti di bawah dan klik Add to Cart.



Akhir sekali, paparan seperti di bawah akan keluar. Di sebelah kanan akan keluar Order Summary untuk korang semak. Dah selesai semak, klik saja Checkout. Dan korang boleh buat pembayaran seperti biasa. Hanya ikut saja arahan yang diberi. Selesai!


Korang hanya perlu tunggu saja order korang sampai depan pintu rumah korang. Masa yang diperlukan untuk penghantaran pun tak lama pun. Percayalah sebab Mimi dah beberapa kali order barang dari Printcious. Memang cepat, pantas dan terbaik perkhidmatan yang diberikan. Kualiti produk mereka pun memang terbaik!

Kalau korang mencari wedding door gifts yang terbaik, jangan lupa hubungi Printcious.
Atau akan datang korang akan adakan majlis harijadi dan nak impress para tetamu, souvenir gift ideas for wedding adalah layanan terbaik korang kepada para tetamu.

Printcious juga boleh didapati di  SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan

Web :

Facebook : 

Instagram :

Isnin, 4 Jun 2018

KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA

11:22:00 PG 38 Comments
KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA | Hai korang! Sekejap saja dah Ramadhan 19 kan. Lagi beberap hari saja lagi Hari Raya nak menjelang tiba.  Bila Hari Raya pasti macam macam aktiviti yang akan dilakukan bersama saudara mara kan? Jadi,  sebagai ibu bapa macam mana korang nak pastikan anak anak korang KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA nanti. 

KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA


Macam Mimi sendiri,  Mimi akan pasti anak anak Mimi kekal dilindungi ketika berkongsi kemeriahan Hari Raya nanti dengan rangkaian produk Dettol. Sebab apa Mimi memilih Dettol?  Kerana Dettol diyakini selamat dan melindungi keluarga Mimi daripada kuman. Ada anak anak kecil yang tengah membesar ni faham faham sajalah kan. Diorang aktif ke sana sini jadi memang kena beri perlindungan yang lebih kan. 

Rangkaian Produk Cecair Pencuci Tangan  Dettol


Jadi,  Mimi ambil inisiatif sendiri lindung anak anak dengan Dettol. Pergi mana mana Mimi tak lupa bawa wet wipes dan juga cecair pencuci tangan Dettol. Senang nak bawa ke mana mana saja tau korang.  So,  lepas ni tak ada nak risau dah kalau tangan anak kotor ke apa sebab ada cecair pencuci tangan Dettol bersaiz kecil. Bawa saja anak anak ke paip air dan cuci tangan bersih bersih. 

Wet Wipes Dettol


Macam Mimi sendiri pun kalau tangan kotor atau pegang apa apa mesti nak cuci tangan. Yelah kita tak tahukan berapa banyak kuman yang ada pada tangan kita kan. Nak nak seharian berhari raya sini sana mana kita sedar apa kita pegang. Jadi,  memamng kena cuci tangan bersih bersih. Mimi pun sentiasa didik anak anak jaga kebersihan. Setiap kali makan kena cuci tangan dengan cecair pencuci tangan yang Mimi sediakan di sinki.




Bukan setakat mencuci tangan saja tau,  selepas diorang penat bila mandi pun Mimi galakkan diorang mandi dengan sabun mandian Dettol. Bagi bersih badan diorang dari peluh dan kekotoran. Barulah badan sentiasa bersih dan bebas dari kuman.

Bila nak raya ni lagilah kena sentiasa pastikan diorang dilindungi dengan Dettol. Pagi Raya sudah tentulah Mimi suruh anak anak mandi dengan mandian Dettol supaya diorang sentiasa rasa segar dan bersih.  Dan  semestinya Mimi takkan lupa bawa ke mana saja cecair pencuci tangan Dettol. Hari Raya memang sibuk menziarah rumah saudara mara kan,  makan ketupat lah,  rendang lah,  biskut raya,  memang bagus sangat standby wet wipes dan cecair pencuci tangan Dettol untuk pastikan tangan anak anak Mimi sentiasa bersih. Memang setiap tahun, kalau tangan tu tak kotor tak sahlah. Nama pun budak budak kan.  Sabar sajalah. Kira produk Dettol memang wajib ada dalam handbag tau! 

Berkongsi cerita pasal Dettol ni, korang tahu tak sekarang ni Dettol Malaysia menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan secara besar besaran  di beberapa kawasan Rehat dan Rawat sempena Hari Raya yang akan akan menjelang tidak lama lagi. 


Dettol Malaysia berhasrat mendidik dan melindungi 1,000,000 warga Malaysia di jalan raya sepanjang musim perayaan ini


Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 

Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan. 

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Sebuah keluarga yang sedang berhenti seketika di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk menyegarkan diri memgambil peluang untuk mencuci tangan mereka


Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman.

Sebuah keluarga sedang membasuh tangan di kawasan Rehat & Rawat dengen mengikuti 7 langkah kebersihan tangan sambil dibantu oleh Ena Abas (kiri) , Pengurus Jenama Dettol Malaysia & Singapura





“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini", Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Seorang ibu menolong anaknya mencuci tangan dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol di dalam tandas di kawasan Rehat dan Rawat


Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman.

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.”

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena.

Ena Abas,  Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura (kiri)  bersama dengan kanak-kanak yang menunjukkan tangan mereka yang bersih selepas mencucinya dengan menggunakan Cecair Pencuci Tangan Dettol

“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim.

Untuk pengetahuan korang, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut.

Ahad, 3 Jun 2018

SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA

6:58:00 PG 16 Comments
SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA | Hai korang!  Sekejap saja dah Ramadhan ke 18. Lagi beberapa hari saja nak sambut Hari Raya. Rasa sesih pula Ramadhan nak tinggalkan kita. Sekejao sangat rasanya.  Setiap kali berpuasa masing masing akan kongsi resipi untuk berbuka puasa kan. At least boleh bantu orang di luar sana idea menu apa nak masak untuk berbuka nanti,  betul tak? Macam Mimi kadang kadang buntu juga nak masak apa untuk berbuka. Tapi nasib baik ada SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA tau. 

Mimi dulu memang suka makan pedas tapi pedas yang so-so jelah. Kalau tahap sampai muka merah,  berpeluh peluh menahan pedas tu memang taklah nak makan. Tapi sejak preggy anak yang kedua memang Mimi lagi bertambah suka makan pedas.  Sampailah sekarang.  Masa cuti Wesak,  Mimi balik kampung di Melaka sekejap ada urusan dengan keluarga mertua.  Masa nak balik Seremban,  mertua kirimkan buah mangga.  Ada 5 biji kesemuanya.  Semua besar besar. Mangga ni kalau simpan lama akan jadi benyek kan.  

Hari Rabu lepas, masa dah nak siap siap masak juadah berbuka,  terpandang mangga. Bila pandang mangga,  tiba tiba teringat pula sambal mangga. Apa lagi,  terus siapkan bahan bahan nak buat sambal mangga untuk berbuka nanti. Walaupun hari tu dah masak kari sotong dan ikan cencaru goreng dengan sambal kicap tapi tetap juga nak buat sambal mangga. 

Sambal Mangga


Nak buat senang saja korang. Ada cili padi,  bawang merah,  belacan dan mangga dah cukup. Tak lupa sedikit garam.  Macam Mimi lebih suka guna bawang besar India. So,  bawang besar India dan cili padi Mimi sangaikan dalam kuali. Lepas tu tumbuk bagi lumat,  masukkan mangga tumbuk ala kadar. Masukkan sedikit garam!  Dah siap. Hah part belacan tu, Mimi tak letak pun sebab Mimi ak boleh makan belacan. Sensitif!  Tapi kalau korang suka,  sebelum tumbuk belacan dengan bawang dan cili padi,  sila bakar belacan tu dulu ya. Dah bakar baru tumbuk. Kalau ada belacan lagi umpp rasa sambal mangga tu tau korang. Kalau tak ada belacan sedap juga tapi tak umpp lah kan. Yang penting cili padi mau banyak dan terangkat rasa dia. Kalau tak tahan pedas letak sikit jela cili padinya.  Macam Mimi untuk satu mangkuk kecil tu,  Mimi letak 5 biji cili padi. Hah,  memang pedas! Barulah thrill. Tapi jangan amalkan selalu tau tak elok! 

Korang ada resipi sambal yang sedap tak nak kongsi? Mana tahu boleh beri idea Mimi nak buat untuk menu berbuka hari ni pula. Sejak dua menjak ni memang duk gila nak makan sambal tak kisah sambal jenia apa pun. Janji sambal!  Korang dah fikir ke apa menu berbuka hari ni? Mimi belum fikir lagi. Tengah cari idea lagi ni. Jangan lupa kongsi idea sambal apa yang sedap tau! 

Jumaat, 1 Jun 2018

FOLDABLE SUEDE TRAVEL BAG DARI PTT OUTDOOR

10:06:00 PG 34 Comments
FOLDABLE SUEDE TRAVEL BAG DARI PTT OUTDOOR | hai korang!  Lagi beberapa hari lagi nak raya.  Korang dah siap siap kemas baju raya dan simpan dalam beg ke belum? Mesti beg yang korang guna tu besar kan?  Muat tak nak sumbat dalam bonet kereta? Mimi ada beg yang saiz besar tapi muat tau nak sumbat dalam bonet kereta. Beg yang Mimi maksudkan ialah FOLDABLE SUEDE TRAVEL BAG DARI PTT OUTDOOR.

PTT OUTDOOR TRAVEL GEARS IN MALAYSIA


Foldable Outdoor Travel Gears In Malaysia


Sebenarnya banyak jenama travel gears in Malaysia dan salah satunya ialah PTT Outdoor. Korang tahu tak apa tu PTT Outdoor?  PTT outdoor adalah jenama TRAVEL GEARS IN MALAYSIA ini menjual pelbagai jenis produk untuk travel dan sukan yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Apa saja keperluan untuk korang travel dan sukan semua ada tau. 

FOLDABLE SUEDE TRAVEL BAG JADI PILIHAN


Foldable Outdoor Travel Gears In Malaysia

Sebelum ni Mimi ada juga produk dari PTT Outdoor tau iaitu LASTS ™ Premium Calf Compression Sleeve.


Kali ni Mimi nak kongsi dengan korang mengenai Foldable Suede Travel Bag pula. Beg ni memang bersaiz besar tau korang.  Dulu kalau balik kampung mesti Mimi bawa dua tiga beg.  Baru baru ni Mimi balik kampung,  cukup bawa Foldable Suede Travel Bag saja. Memang muat masuk baju Mimi,  suami dan anak anak. Siap boleh sumbat beg mekap lagi tau. Memang sangat puas hati dengan beg ni.

Foldable Outdoor Travel Gears In Malaysia

Apa istimewanya Foldable Suede Travel Bag ni ialah materialnya kalis air. Dah tak perlu risau beg atau baju basah sebab terkena air. Didatangkan dengan 4 warna yang sangat awesome iaitu blue,  dark grey,  light grey dan orange.

UPDATED!  : 4 warna menarik Foldable Suede Travel Bag
(Sumber : www.pttoutdoor.com)


Jahitan pada foldable bag ni sangat kukuh dan tahan lama. Mimi highly recommended beg ni dekat korang tau sebab saiznya yang besar dan berkapasiti 32L. Kalau korang tak nak guna just lipat saja beg jadi kecil macam gambar di bawah. Sangat mudah di bawa ke mana saja. Kalau pergi travel mana mana bawah saja foldable bag ni. Mana tahu ada beli belah barang yang banyak boleh sumbat dalam foldable bag ni.

UPDATED!  : cara melipat Foldable Suede Travel Bag
(Sumber : www.pttoutdoor.com)


Foldable Outdoor Travel Gears In Malaysia

Mesti ada antara korang yang nak tahu ukuran beg ni kan kan. baik mengaku cepat. Untuk Foldable Suede Travel Bag ni ukuran ialah 180mm (T) x 200mm (L)  untuk yang telah dilipat. Manakala ukuran besar pula 350mm (T) x 450mm (L).  Boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.

UPDATED ! : Saiz Foldable Suede Travel Bag (Sumber : www.pttoutdoor.com)

Harga untuk Foldable Suede Travel Bag ni ialah RM35. Buat korang pembaca blog Mimi kalau nak beli Foldable Suede Travel Bag ni, korang akan dapat diskaun sebanyak RM5 jika korang masukkan kod "RAYA5" semasa membuat bayaran untuk setiap pembelian Foldable Suede Travel Bag ni. Klik link (https://www.pttoutdoor.com/shop/exclusive-suade-foldable-travel-bag/) untuk ketahui lebih lanjut mengenai Foldable Suede Travel Bag.   Jangan lengah lengah tau korang cepat dapatkan sebelum kehabisan stok.

Web : 

Facebook :

IG :