Sabtu, 26 Mei 2018

KASUT BATA KASUT RAYA 2018 PILIHAN HATI

Kasut BATA Kasut Raya 2018 Pilihan Hati | Bila bulan puasa, mak mak mesti sibuk buat persiapan raya. Seperti mak mak lain, setiap tahun, Mimi juga sibuk fikir persiapan raya seperti biskut raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya. Yang paling penting Mimi dulukan persiapan untuk anak anak. Bila raya mesti semua nak baru, betul tak? Baju, tudung, beg termasuklah kasut baru untuk anak anak. Kasut Aina dan Auni Mimi dah beli awal awal sebelum puasa lagi. Dan semeatinya kasut diorang Mimi beli di BATA. Untuk raya kali ni, kasut BATA kasut raya 2018 pilihan hati Mimi sekeluarga.

KASUT BATA KASUT RAYA 2018 PILIHAN HATI


Kasut BATA kasut Raya 2018 pilihan hati

Mesti korang tertanya juga kan kenapa Mimi  memilih kasut BATA. Mimi pilih kasut BATA kerana ia sangat selesa dan harganya yang berpatutan. Tahun lepas pun kasut raya Mimi jenama BATA tau. Siap daftar jadi ahli BATA lagi. Sebab itu raya tahun 2018 ni, sekali lagi Mimi pilih kasut BATA sebagai kasut raya Mimi sekeluarga. Selain daripada itu, setiap kali raya BATA pasti akan menawarkan diskaun yang best untuk pelanggan setianya. Sempena raya tahun 2018, BATA menawarkan diskaun raya yang sangat menarik tau!

Khamis lepas Mimi bawa anak anak pergi BATA di Aeon Seremban 2. Masuk saja BATA, terus jadi rambang mata sebab banyak pilihan kasut yang ada. Dan yang paling best ada tawaran yang menarik di BATA! Nak tahu apa tawaran menarik BATA? 

Belanja RM149 PERCUMA RM25 baucer diskaun dan Marie Claire Wrislet


Untuk pembelian RM149 korang akan dapat RM25 diskaun baucer dan Marie Claire Wrislet dan kalau korang berbelanja RM99, korang akan dapat 10% offer dan RM25 diskaun baucer. Diskaun baucer tu boleh digunakan untuk pembelian yang seterusnya. Hah best tak? Sebab tuhlah Mimi suka shopping di BATA.

PELBAGAI PILIHAN KASUT RAYA 2018 DI BATA


Di BATA ada pelbagai pilihan kasut raya 2018 tau korang. Dari kasut lelaki dan wanita dewasa sehinggalah kanak kanak. Pelbagai design yang menarik dan up to date ada di BATA. Korang hanya pilih saja mana yang berkenan di mata. Jom tengok pelbagai pilihan kasut raya 2018 di BATA yang sempat Mimi snap!

Pelbagai jenis dan design kasut untuk wanita


Cantikkan kasut ni

Pelbagai design high heel yang ada di BATA

BATA Comfit pun ada tau


Selain daripada pelbagai pilihan kasut raya 2018 di BATA, korang yang nak beraya sakan dengan beg baru pun boleh dapatkan di BATA okey. Beg jenama Marie Claire memang agak popular di BATA dengan pelbagai design yang dijual. Murah murah saja korang. Design pun cantik cantik tau.

Antara neg Marie Claire yang ada di BATA

Koleksi beg dan kasut di BATA




KASUT BATA JADI PILIHAN MIMI


Sibuk pilih kasut raya sendiri


Macam Mimi cakap tadi, raya tahun lepas kasut Raya Mimi memang jenama BATA. Boleh baca SINI. So, tahun ni sekali lagi BATA jadi pilihan Mimi. Mimi suka kasut BATA sebab kasutnya sangat selesa. Pakai lama pun tak sakit. Tapak kaki rasa lebih rilex tau. Tahun lepas wedges menjadi pilihan Mimi. Sekali lagi, tahun ni wedges jadi pilihan. Walaupun dah tinggi tetap juga pilih wedges yang tinggi. Wedges yang ada di BATA memang Mimi suka tau korang sebab design wedges up to date dan selesa bila dipakai.

Cantik juga wedges ni

Tengok jangan tak tengok

Ada sesetengah wedges kalau pakai lama, tapak kaki akan rasa sakit. Tapi sejak guna BATA pakai lah lama mana pun memang tak sakit dan selesa sangat walaupun wedges tuh tinggi. Macam Mimi sendiri ada masalah lutut dan tidak digalakkan pakai kasut tinggi tapi wedges BATA ni beri Mimi keyakinan dan kaki memang tak sakit bila pakai. Dan wedges pilihan Mimi korang boleh tengok gambar di bawah ni.

Tara!!!!Wedges BATA Kasut Raya 2018 pilihan Mimi


Dah selesai pilih kasut untuk diri sendiri, Mimi pilih kasut untuk Adhwa pula. Banyak juga pilihan kasut untuk budak lelaki. Ada kasut dari jenama Mickey, Avengers dan juga Bubble Gummers. Pilih punya pilih, Mimi berkenan kasut Bubble Gummers dan terus grab untuk Adhwa. Nampak comel saja bila Adhwa pakai tau.

Pelbagai pilihan kasut dan selipar untuk kanak kanak lelaki


Jom cuba kasut Bubble Gummers

Gaya santai seorang Adhwa dengan sebelah kasut Bubble Gummers

Kasut Raya Adhwa Bubble Gummers

Kasut untuk budak perempuan pun tak kurang hebatnya tau korang. Design cantik sangat. Geram saja bila tengok. Aina dan Auni dah berkenan dengan kasut Hello Kitty. Duk pujuk nak kasut walaupun diorang dah ada kasut dari BATA. Tapi, Mimi dah janji dengan diorang akan datang BATA lagi untuk belikan kasut yang diorang berkenan. Meriahlah anak anak Mimi beraya sakan dengan kasut BATA!



Korang yang belum beli kasut raya tu, cepat cepat datang ke Bata dan grab kasut yang korang berkenan. Jangan lambat sangat nanti saiz kasut yang korang nak habis pula. Lagi pula banyak tawaran diskaun yang diberikan BATA sehingga 31 Mei 2018 tau. Kalau lambat lambat nanti takut terlepas peluang tawaran istimewa BATA. Menyesal tak sudah nanti !



Kalau nak beli online pun boleh je korang. Janji korang tahu saiz. Korang layari saja www.bata.com.my

Untuk maklumat lanjut tentang BATA dan promosi lain, korang layari media sosial BATA seperti berikut :



35 ulasan:

  1. Sis pun sama, 2tahun lepas beli bag Bata lagi hehehe sampai sekarang tahan bagnya..

    BalasPadam
  2. Jenama bata dah banyak pilihan sekarang dengan rekaan Yang menarik . Tak dah macam dulu . Kasut pun berkualiti dan tahan lasak .

    BalasPadam
  3. Jenama bata dah banyak pilihan sekarang dengan rekaan Yang menarik . Tak dah macam dulu . Kasut pun berkualiti dan tahan lasak .

    BalasPadam
  4. dulu zamn sekolah suka la dgn bata ni, dah besar2 gini tak gi dah sbb bata kt kulim ni xbyk sgt choice, huhu..

    BalasPadam
  5. Banyak pilihan dekat bata tu kan. Harga pun reasonable.

    BalasPadam
  6. Kak Sue pun suka beli kasut kat Bata nie, siap jadi members lagi tau. Tahun nie pun nak cari kasut raya kat Bata juga lah..

    BalasPadam
  7. Haritu Bata ada buat sales kat mall area umah k.fiezz..murah2 tapi yg mana k.fiezz berkenan, semua dh abis size k.fiezz.. Uwaaa..

    BalasPadam
  8. Haritu Bata ada buat sales kat mall area umah k.fiezz..murah2 tapi yg mana k.fiezz berkenan, semua dh abis size k.fiezz.. Uwaaa..

    BalasPadam
  9. memang cantik-cantik dah sekarang ni design kasut di Bata, even kak lily pun dah terbeli jugak kasut range 'Raya Collection'.. ishkk tak sabo nak raya lah plak..

    BalasPadam
  10. Kasut Bata? Abby cukup familiar dengan nama brand ini sebab di Indonesia pun ada brand Bata. Abby suka produk Bata sebab kualitasnya sangat bagus dan tahan lama

    BalasPadam
  11. Hai Kak mimi. Cantiknya kasut2 Yang ditawarkan oleh bata untukkoleksi raya kali ni. Kualiti bata memang tidak dapat di sangkal lagi bukan? Dulu masa sekolah beli kasut pun kat bata hehe

    BalasPadam
  12. Kita setiap tahun beli kasut dekat Bata, cuma kalau selipar je cari dekat tempat lain. Kalau hilang, tak de la sedih sangat hahahah

    BalasPadam
  13. ciktom pun suka kasut jenama bata..yang tapak comfort fit tu selesa pakai lama pun. hargapun berpatutan.

    BalasPadam
  14. Bata mmg sedap pkai..saya pun suka pkai bata esp yg comfit tu
    Nk pi cari wedges bata la utk raya ni

    BalasPadam
  15. Banyaknya pilihan jenama Bata ni. Kalau dulu masa sekolah rendah dan menengah memang pakai kasut jenama Bata ke sekolah. Dulu pilihan kasut terhad tapi tengoklah sekarang. Macam2 gaya ada.

    BalasPadam
  16. Memang dari dulu suka dengan jenama Bata. Suka sebab kasut dia murah dan tahan lasak. Boleh guna sampai 3-4 tahun satu kasut tu.

    BalasPadam
  17. Jenama bata memang dah dikenali. nad suka beli wedges dekat bata. tapak dia lembut, sedap dipakai. nak jalan jauh, jalan banyak-banyak pun tak sakit. raya ni sesuailah beli bata, sebab nak jalan dari pagi sampai ke malam kan..hehe

    BalasPadam
  18. Saya mmg suka jenama bata. Sebab bukan hanya pda kualitinya best tapi harga dia juga mampu bilik. Lagi satu terdapat banyak pilihan menarik yang boleh kita pilih, mmg rambang mata

    BalasPadam
  19. waa bestnyaa dah start shopping raya! amboi macam-macam betul pilihan yang ada kat Bata kali ni yea, tengok tu kasut untuk budak-budak pon tak kurang juga! Siap ada Avengers tu confirm budak-budak suka ni hehee 😍

    BalasPadam
  20. Bonde pon peminat kasut Bata, suka lan info diskaun ni nnt nak belilah utuk kerja n raya.:)

    BalasPadam
  21. Rasanya Bata ada jenama dari dulu kita kecil sehingga sekarang masih kukuh dan ada peminatnya sendiri baguslah kita suka juga kasut mereka makin cantik dan tranding sekarang ni..

    BalasPadam
  22. Jenama bata memang jenama sepanjang zaman. Sis pun memang tak pernah tinggalkan Bata, memang selalu jugak beli Bata dan kasut sek anak pun beli kat Bata. Tahun ni pun sis akan melaram dengan kasut Bata jugak..hehehe

    BalasPadam
  23. Awakkkkkk, kita memang peminat setia kasut Bata. Biarlah ada orang kata jenama Bata tu sesuai untuk orang tua. tapi demi kaki, saya rela pilih yang selesa <3

    BalasPadam
  24. Alamak Mimi dah shopping Kasutlah, Boleh baru terhegeh-hegeh shopping baju, Senang shopping kasut dekat Bata sebab ada untuk semua dari dewasa hingga kana-kanak kan!

    BalasPadam
  25. Rawlins suka BATA sebab soles kasutnya memang best dan selesa dipakai. Memang insole kasut BATA selalu pilihan Rawlins untuk semua kasut yang Rawlins gunakan

    BalasPadam
  26. bata, sebuah jenama yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. nie dekat nak raya ada promosi, maka jimat sungguh. okay balik kerja nanti nak singgah sana. lama dh tak pergi Bata

    BalasPadam
  27. Lawa2 kasut bata ni kan kak.. Selain banyak pilihan design,harga pun mampu milik.. Lagi pun bata memang dari dulu antara pilihan ramai pengguna.. Zaza je belum beli lagi kasut raya.. Nanti la ada masa free singgah bata nk cari satu

    BalasPadam
  28. Cantik-cantik design kasut Bata sekarang ni. Ros pernah beli yang comfit punya tu.

    BalasPadam
  29. Sejak femes tun m pakai bata ni, ramai pulak yg kembali ke jenama bata ye. Hehe. Bata ni memang tak asing dalam kalangan masayarakat kita

    BalasPadam
  30. akak baru tau boleh beli online dekat Bata ni..senang la macam ni..

    BalasPadam
  31. wah.. TB ternampak kasut bubble gummers .. TB dah lama nak beli tapi masih tak beli2 lagi sebab terfikir macam mana lah kasut bubble gummers tu.. teringin nak baca review

    BalasPadam
  32. Dh lama tak pi bata... Sbb dh 2 thun raya xpakai kasut raya.. Pakai selipar atau sandal biasa je.. Mungkin thun ni kot utk melaram.. Hihi.. Ada diskaun tu bolehlah nk trjah bata nnti..

    BalasPadam
  33. Wah ,Ada sale ye bata. Hari ni last day semua cawangan ke ada sale ke tempat tertentu je

    BalasPadam
  34. Ehh.. Nampak banyak la kasut kat bata sekarang. Sejak duduk gemas, tak tertengok dah koleksi terbaru dari BATA. Dari kecik abh pun suka belikan kasut Bata. Nanti nak cuci mata la kat Bata. Kut ada yang berkenan.

    BalasPadam
  35. Kasut bata dah banyak design mengancam sekarang. Marsha pun berbata tahun ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.