Jumaat, 4 Mei 2018

AKTIFKAN DIRI BERSAMA SAFI SHAYLA PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

AKTIFKAN DIRI BERSAMA SAFI SHAYLA PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG | Hai korang! Semalam Mimi berkesempatan join relaunch produk Safi Shayla di District 21, IOI City Mall. Relaunch Sagi Shayla memang havoc dan happening sangat tau. Mimi berpeluang melihat produk SAFI SHAYLA yang berwajah baru dan produk baru SAFI SHAYLA. Korang guna SAFI SHAYLA tak? Mimi memang pengguna setia SAFI SHAYLA tau. Jom aktifkan diri bersama Safi Shayla pakar rambut wanita bertudung.

AKTIFKAN DIRI BERSAMA SAFI SHAYLA PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG


RELAUNCH SAFI SHAYLA


Relaunch ini dimulakan dengan kata aluan emcee yang sangat ceria. Kemudian, Chief Executive Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy memberi ucapan beliau dengan berkongsi informasi mengenai SAFI SHAYLA yang telah diperbaharui dengan formula dan packaging yang lebih up to date. Seterusnya, kitorang diberi taklimat serba sedikit mengenai packaging, formula dan produk Safi Shayla. Kitorang juga berpeluang melihat montaj iklan baru SAFI SHAYLA yang bakal disiarkan di televisyen.

RELAUNCH SAFI SHAYLA

RELAUNCH SAFI SHAYLA - UCAPAN DARIPADA CHIEF EXECUTIVE WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN BHD, MR SRIRAM KRISHNAMURTHY

RELAUNCH SAFI SHAYLA


Setelah selesai, montaj tersebut sesi gambit pelancaran produk pula. Gimik gambit pelancaran yang diadakan memang happening sangat tau. Selepas gimik, para blogger dan media melakukan aktiviti zumba. Bukan main masing masing berzumba. Selepas selesai zumba, barulah games yang dianjurkan bermula di mana setiap orang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tag warna yang dipakai pada pergelangan tangan. Mimi tak join atas faktor kesihatan.

RELAUNCH SAFI SHAYLA

RELAUNCH SAFI SHAYLA - AKTIVITI ZUMBA 

Okey dah cerita serba sedikit mengenai relaunch semalam, Mimi nak perkenalkan korang SAFI SHAYLA berwajah baru dan produk terbaru SAFI SHAYLA pula. Untuk pengetahuan korang, kini SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung SAFI SHAYLA. Produk ini bukan sahaja ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA memperkenalkan Mist 2 in 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut sihat dan bersinar.

SAFI SHAYLA mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. Habbatus Sauda membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan mencegah oenghasilan bakteria. Habbatus Sauda juga dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia menghindari keguguran rambut serta membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

RELAUNCH SAFI SHAYLA


Micro Bamboo Charcoal pula membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Micro Bamboo Charcoal juga menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama mengawal bau rambut.

Rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik dengan haruman yang menyegarkan di dalam pelbagai saiz. Yang paling best, harumannya berkekalan sehingga 48 jam tau korang.

Mist 2 in 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Jangan risau tau korang produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Mist 2 in 1 ini memberi haruman yang memyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Mimi dah cuba sembur pada rambut. Memang wangi sangat.

RELAUNCH SAFI SHAYLA


Untuk serum rambut SAFI SHAYLA pula ia didatangkan dengan 2 variasi iaitu Licin Terurus dan Hitam Menawan. Manakala minyak rambut SAFI SHAYLA dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus rambut akan kelihatan sihat dan memberikan keharuman pada rambut berpanjangan.

RANGKAIAN PRODUK SAFI SHAYLA DALAM PELBAGAI SAIZ


RELAUNCH SAFI SHAYLA


1) Syampu (8 variasi) - 160G (RM8.35) / 320G (RM1.65)

🌸SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya
Mengandungi Nano Lipid Enchancer di mana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut selain daripada membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
Mengandungi Teknoligi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
Mengandungi Micro ZPT Complex di mana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan
Mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
Mengandungi minyak argan dan menthol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak
Mengandungi sitrus dan menthol di mana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan.

🌸SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak
Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberi kelembapan pada rambut.

RELAUNCH SAFI SHAYLA


2) Syampu Pouch (5 variasi) - 480G (RM14.65)

🌸SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
🌸SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya
🌸SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
🌸SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
🌸SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

RELAUNCH SAFI SHAYLA


3) Syampu Pump (5 variasi) - 520G (RM19.90)

🌸SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
🌸SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya
🌸SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
🌸SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
🌸SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

RELAUNCH SAFI SHAYLA


4) SAFI SHAYLA Mist 2 in 1 Rambut & Hijab - 100ML (RM17.90)

Mengandungi Habbatus Sauda perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 di mana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan juga membuat rambut lebat dan sihat.

RELAUNCH SAFI SHAYLA


5) SAFI SHAYLA Serum Rambut (2 variasi) - 50ML (RM17.90)

- Mengandungi minyak organik Habbatus Sauda, (memberi perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria)
- Minyak Moroccan Argan Organik (kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang membantu dalam hidrasi rambut. Juga menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh)
- Minyak Zaitun Asli (menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting)
- Minyak Vitamin E (mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana ia memgandungi anti-oxida yang meneutralkan radikal di rambut)

RELAUNCH SAFI SHAYLA


6) SAFI SHAYLA Minyak Rambut (3 variasi) - 100ML (RM11.90)

🌸SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan
Mengandungi vitamin E, A & C yang menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindungi daripada sinaran matahari.

🌸SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur
Mengandungi minyak argan  yang memberikan rambut lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

🌸SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur
Mengandungi ejen anti-kelemumur dan menthol di mana ia berkesan memgurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala berminyak. Digunakan sebelum mencuci rambut.

Semua orang tahu SAFI SHAYLA sangat bersesuaian bagi semua golongan wanita. SAFI SHAYLA sangat sesuai untuk wanita yang berkerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet ski  kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Untuk pengetahuan korang, rangkaian SAFI SHAYLA adalah harga mampu milik dan memiliki  sijil HALAL. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga laman web dalam talian.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, boleh layari :

Instagram : @safimalaysia

31 ulasan:

  1. dah lama duk cari perfume mist untuk hijab. nak kena pi cari la lepas ni

    BalasPadam
  2. Cantiknya packaging baru ni.. Nampak ekslusif giler. Ty tak berhijab pun suka pakai shampoo ni.

    BalasPadam
  3. bestnya pergi time event macam ni. siap zumba lagi. memang kegemaran. safi shayla ni memang terkenal dengan syampu untuk wanita bertudung. tapi, saya lebih suka kalau nak promote tentang barangannya beserta dengan khasiat. kalau serum ni untuk apa, yang ni untuk apa. kalau info tak lengkap, orang akan teragak-agak untuk membeli. just my 2 cent

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan. Saya share bdasarkan info yang saya tahu. Info lanjut boleh rujuk di socmed yang saya share.

      Padam
  4. Nina suka pakai produk Safi. Sebab kesemua produk dia Halal. Paling suka shampoo dia. wangi. .!!
    Pasni nak try yang terbaru ni lak...

    BalasPadam
  5. Safi shayla ni memang best.sekarang dah design baru cantik nya tak sabar nak beli semua haha.bau dia memang wangi

    BalasPadam
  6. Menarik la packaging nya ni ..nak juga rembat satu set ni hehe

    BalasPadam
  7. Looks like a good shampoo for Muslims. Will recommend this shampoo to my Malay friends who had difficulty to get a suitable one.

    BalasPadam
  8. Yesza...gempak giler event semalam kan...best..menyesal tak tunggu sampai habis..katanya yang display diorang bagi je kat blogger..giler la meriah..nasib tengah demam batuk selsema..kalau tak..sure dah stay sampai habis join aktiviti...

    BalasPadam
  9. Cantiknya packaging baru dia. Geram je tengok. Nak try lah nanti sebab boleh kurangkan minyak di kepala dan membantu mengatasi masalah kelemumur. Confirm rambut bau harum je nanti.

    BalasPadam
  10. Bagusla ada syampu khusus untuk wanita bertudung macam ni.
    Sesuai la untuk wanita aktif yang berpluh kat kepala.
    Senang la lepas ni, kepala pun sentiasa segar dan tak berbau

    BalasPadam
  11. Aida & anak-anak memang guna sari Shayla ni. Daughter tambah produk rambut! Wow! Wajib beli lah ni karang. Kami sesuai dgn safi ni. Wangi. ringan kepala. And tambah dgn mist tu. Nak kena try.
    Bertudung ni memang lebih kena jaga rambut. If not, rosak, busuk, kering :-(

    BalasPadam
  12. wah, macam-macam produk dah sekarang safi shayla. Packaging pun menarik. Nanti nak try la syampu dan serum rambut safi shayla yang terbaru ni.

    BalasPadam
  13. cantik botol dia nampak eksklusif. sebenanrya sangat tak suka bila terbau busuk dekt mereka yang bertudung sebab takde penjagaan. harap dorang gunalah ye produk ni

    BalasPadam
  14. Sekarang ni walaupun wanita bertudung tidak menghalang mereka untuk terus aktif dan beraksi lasak pada tempatnya betul tak dengan produk yang ada sekarang ni buat wanita muda lebih yakin...

    BalasPadam
  15. Rasa tak sabar Kak Sue nak cuba Mist untuk rambut dan tudung tu Mimie, 2 in 1 lagi kan..

    BalasPadam
  16. Memang best event semalam walaupun tak join aktiviti tu. Kinah memang dari dulu lagi guna safi. Bila keluar safi shayla teruja juga nak try dan memang serasi dengan rambut kinah. Bau pulak wangi tambah pula safi keluarkan rangkaian produk penjagaan lengkap untuk rambut. Hair mist tu memang best. Wangi sangat.

    BalasPadam
  17. suka sgt dgn bau hair mist dia..liez nak cuba sbb rambut liez mmg jenis cepat berpeluh dancepat berminyak.. bila pakai tudung seharian mmg lagi la teruk.. safi shayla boleh bantumasalah-masalah mcm nie kan

    BalasPadam
  18. Meriah event pelancaran Safi Shayla Baharu, sukalah dengan iklan baharu Safi Shayla tu he he he

    BalasPadam
  19. bestnya tengok wajah baru safi shayla. nampak lebih berani dan energetic. kini berhijab bukanlah alasan untuk tidak aktif kerana safi shayla merupakan pakar rambut wanita bertudung. wahhhh !

    BalasPadam
  20. Rugi pulak tak join hari tu, tapi sb bertindih dengan event lain so terpaksalah berkorban. Sis tengok aktiviti yg uoll buat memang menarik sangat..siap berzumba lagi..hehehe. Insaallah next event sis nak join jugak

    BalasPadam
  21. Wah, packaging baru ni nmpk lagi wow lah k.mimi kan. Aina nk try lah utk rambut gugur.

    BalasPadam
  22. LN suka SAFI SHAYLA Mist 2 in 1 Rambut & Hijab..bau wangi dan segar sepanjang hari..

    BalasPadam
  23. Best lah, kita memang nak try shampoo ni semalam ada nampak kat tesco. tapi cam ragu-ragu nak pakai. banyak nampak review best ni, kita nak pi beli lah sat lagi. - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    BalasPadam
  24. cantik betul packaging safi sekarang ni. dah macam collectible merchandise plak, safi sememang shampoo yang khas untuk para wanita berhijab yang sukakan aktivit luar, bau yang sedap dan semestinya bila pakai safi rambut tidak rasa gatal masa buat aktiviti lasak.

    BalasPadam
  25. Best betul safi shayla upgrade produk. Kena cari ni

    BalasPadam
  26. perfume mist untuk hijab - i think this will be the best seller product. with the hot weather in Malaysia, this would be the best choice to have!!

    BalasPadam
  27. saya pun ada. shampoo botol warha hijau!

    BalasPadam
  28. Ibu singgah blog walking di petang isnin. Semoga sis mimi sihat sentiasa

    BalasPadam
  29. memang faveret! packaging cantik, bau wangi. memang dabest lah ^_^

    BalasPadam
  30. Boleh tak kat sini siapa² tahu cara nak open safi shayla mist tu...? Sbb i not so sure how to open.. Please i need a help????

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.