Selasa, 3 April 2018

RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY

RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY | Hai korang! Sihat tak? Kali ni Mimi nak kongsi dengan korang resipi rendang. Rendang ni Mimi belajar dari buku masakan. Walaupun tahu masak tapi Mimi tak malu mengaku Mimi masih belajar dan belajar memasak dari buku masakan. Kadang kalau buntu tak tahu nak masak apa, memang Mimi cari ilham dari buku masakan. Kali ni, Mimi nak kongsi dengan korang RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY.

RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY

Resipi Rendang Hijau Ayam Tak Crispy


Selalunya Mimi masak tak banyak mana pun sebab bukan ramai mana pun. Suami dan anak anak. Anak anak pun bukan kuat makan sangat. Makan tapi sikit. Jadi, kalau masak banyak membazir pula. Jadi resipi yang Mimi kongsikan ni kuantitinya ikut pada bilangan ahli keluarga Mimi tau. Kalau korang keluarga besar kena lebihkan kuantiti lah.

Bahan bahan :

7 ketul ayam dipotong sederhana
3 biji lada hijau - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
1 labu bawang besar India - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia
1 batang serai dititik
1/2 kotak santan
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit
Air
Minyak
Garam

Cara membuat :

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga kekuningan tetapi jangan terlalu masak dan garing. 
2. Kisar lada hijau, cili padi, halia, bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masukkan bahan yang dikisar tadi dan serai. Biarkan masak sampai pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam. Gaul rata.
5. Masukkan santan, air dan kerisik. Gaul rata dan biarkan sehingga kuah mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Kalau korang nak rendang kering, biarkan saja tak payah gaul. Kalau nak berkuah, dah mendidih boleh angkat. Dah siap sedia untuk dihidang.

Resipi Rendang Hijau Ayam Tak Criapy


Kalau nak lagi sedap korang boleh saja letak daun limau purut dan daun kunyit. Tapi disebabkan rumah Mimi kedua jenis daun tak ada, masak saja guna bahan yang ada. Tak jadi masalah kalau daun tak ada tapi tuhlah kan tak rasa kick pula. Tapi rasa tetap sedap. Lagi satu rendang Mimi buat semalam berkuah sebab nak makan dengan nasi lemak Mimi suka ada kuah. Baru puas makan. Korang boleh juga tonton video Mimi masak RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY seperti di bawah.



Terasa macam nak raya pula masak rendang bagai. Macam Mimi semalam masak RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY semalam sebab teringin nak makan demgan nasi lemak. Tapi sorrylah RENDANG HIJAU AYAM Mimi ni TAK CRISPY pun macam yang judger MasteChef UK u nak..Opss!!! Makan dengan nasi lemak panas panas memang sedap tau korang. Nanti korang bolehlah cuba masak untuk raya nanti. Selamat mencuba korang!

10 ulasan:

  1. Sedap ni....betul..bila sebut rendang terus terbayang ketupat...hehe...

    BalasPadam
  2. Takpe Mimie. Fiza pun kalau dah ketandusan idea nak masak... Kekadang ada jugak try resepi dalam buku. Hehe. Seriously, tak pernah lagi masak resepi ni. In Shaa Allah, nanti boleh cuba. Thanks atas resepinya mimie.

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan rendang..sedapnyaaa..

    BalasPadam
  4. fulamak.. sedap tu mimi.. nnti bolehlah cuba

    BalasPadam
  5. selalunya bila balik Melaka je dapat makan rendang hijau ni..Kakak ipar yang rajin buatkan,,kita tukang makan,teringin jugak nak buat rendang hijau ni...

    BalasPadam
  6. Makan degan roti je pun dah sedap ni. Rasa mcm bulan puasa pula tgk entri mimi ni.

    BalasPadam
  7. Rendang ayam hijau.wahh mcm sedap jer.boleh try buat ni

    BalasPadam
  8. Sedap nie, boleh cuba nanti. Sana sini orang tak habis lagi bercakap pasal Rendang Ayam Tak Crispy tu ya.. hehehe..

    BalasPadam
  9. Selalu makan rendang biasa je.. Cam menarik pula tengok rendang hijau ini..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.