Jumaat, 27 April 2018

Musim Sakura Akhirnya Tiba Jua!


Hai korang! Selamat pagi..

Setakat ni luar negara yang Mimi dah pernah pergi dan stay di sana ialah Singapura. Memang seronok duduk di Singapura tau korang tapi bak pepatah Melayu "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri". Ini satu satunya luar negara yang Mimi pernah jejak. Yang lain belum punya kesempatan sebab kekangan tugas suami. Lepas ni, in shaa Allah dapat jejak kaki ke negara orang.

Salah satu negara yang Mimi teringin nak pergi ialah negara Jepun. Memang nak sangat pergi Jepun, nak nak kalau kena waktu musim bunga. Mimi teringin nak tengok depan mata bunga Sakura di Jepun! Mimi memang suka bunga Sakura tau. Sebab tu, blog Mimi pun ada bunga Sakura. Nampak tak betapa minat sangat dengan Sakura tu. Kalau pergi Jepun, memang berangan nak pergi waktu musim bunga. Baring bawah pokok Sakura, sambil tengok bunga Sakura gugur bertaburan atas badan. Feeling princess sangat! Nak tahu kenapa bunga Sakura istimewa sangat bagi Mimi. Jom baca entry ni lanjut.

Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.


Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.



Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.

Tokyo

Parti Memasak Bento dan Melihat Sakura

https://www.airbnb.jp/experiences/184175

Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.


Kamakura

Sakura & Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun


Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!



Kyoto

Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto


Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar! 


Terokai dunia Geisha & Kyoto Sebenar


Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.



Fukuoka

Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar


Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+ tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.

16 ulasan:

  1. Singapura bandar dia dan tempat dia semua bersih je kan.. takde sampah sarap.. TB teringin gak nak pi sana.. tapi belum berkesempatan.. Jepun dan Korea adalah tempat idaman TB nak pi selain Instanbul.. wowww

    BalasPadam
  2. Entah bila la dapat pergi Jepun ni kan mimi...impian akak gak ni...

    BalasPadam
  3. akak pun teringin ke negera yg ada musim bunga.... msti cantik kan tgk semua bunga2 mekar sana sini

    BalasPadam
  4. Jepun pun salah wishlist negara yang kita nak pergi. Nak tengok sendiri kemajuan nega tersebut dan budaya mereka yang menarik.

    BalasPadam
  5. Wishlist nak ke sini ni mimi. Lagi2 musim sakura.

    BalasPadam
  6. Samalah negara yg paling kami nak pergi jugak ni..hihi

    BalasPadam
  7. Wahhhh bestnya sakura betul, teringin nak pergi Jepun "dream"

    BalasPadam
  8. Seronok kan kalau dapat jalan-jalan melancong keluar negara nie Mimie..

    BalasPadam
  9. Kuala terengganu pun ada musim sakura jugak.

    BalasPadam
  10. dh penah sampai ke Jepun tapi bukan time musim bunga..hehe..nnti nk repeat lagi sbb family semua suka kat Jepun..negara selamat kata dorang utk kita yg melancong..

    BalasPadam
  11. Wahhhh bestnya kalau dapat sampai ke Negara Sakura ni... Teringin.. tapi dalam mimpi je lah. ehheheh

    BalasPadam
  12. alangkah bestnya kalau dpt menikmati sakura di jepun

    BalasPadam
  13. teringinnya.. simpan niat, moga ada rezeki sampai sana jugak

    BalasPadam
  14. bestnya kalau dapat pergi sana gak kan mimi

    BalasPadam
  15. Bestnya!! Teringin nak melihat sakura di Jepun. Pasti indah <3

    BalasPadam
  16. Bestnya...jepun ada dalam wishlist...tp uangnya asik xcukup...huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.