Sabtu, 14 April 2018

Makan Nasi Goreng Sotong di Bellamy

Makan Nasi Goreng Sotong di Bellamy | Hai korang! Siapa kat sini pernah makan di Bellamy, Kuala Lumpur. Orang KL mesti dah biasakan dengan Bellamy ni. Masuk ni dah tiga kali makan di Bellamy. Sekali pergi dengan family dua kali makan dengan kawan setugas. Kali ketiga datang Mimi MAKAN NASI GORENG SOTONG DI BELLAMY.

MAKAN NASI GORENG SOTONG DI BELLAMY


Kedai makan Bellamy ni memang menjadi tumpuan ramai tau. Ramai kata rojaknya sedap. Mimi kurang bab rojak ni. Kalau datang sini memang order nasi goreng sajalah. 


Harga semua makanan yang di Bellamy ni memang not bad lah. Okeylah kan. Kat sini tak silap Mimi kalau korang nak makan sotong yang besar gabak pun ada tau. Macam macam adalah.  

Masa order tu kepala otak duk bayangkan NASI GORENG SOTONG yang putih tu. Sekali bila dapat nasi goreng sotong merah. Kurang gemar sangat sotong merah ni tapi dah orang belanja makan, telan sajalah. Dah orang belanja banyak cikadak kan.


KEDAI MAKAN BELLAMY




Kedai makan Bellamy ni mengamalkan konsep layan diri. Kalau datang sini, kena beratur di kaunter dan beritahu menu yang korang nak pesan. Tunggu pesanan siap dan terus bayar di kaunter. Kalau apa yang korang pesan tu ambil masa nak siap, dia akan suruh duduk dulu dan pekerja diorang akan hantar. 

Selalunya time Mimi datang makan di Bellamy, orang tak ramai tau. So, memang sekejap saja dapat pesanan. Lepas duduk dan makan orang mula berpusu pusu masuk sampai panjanglah barisan tu. Kita yang duduk tengah makan ni rasa tak selesa pula. Rasa macam ada orang pandang saja kau makan! KEDAI MAKAN BELLAMY memang jadi tumpuan orang ramai tau. Walaupun lokasinya agak tersorok tapi apa ada hal. Waze ada Maps ada cari saja. So far, okeylah makan kat sini. Not bad! 

4 ulasan:

  1. sedapnya nasi goreng...my fav food ni.kemana2 sahaja rabia pergi kedai makan ke,mesti makan nasi goreng.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap nie Mimie, Kak Sue suka sotong macam nie.. sedap!

    BalasPadam
  3. klu kt bellamy ni biasa mkn nasi ngn ikan bkarnya, tp tu ada lah beberapa kli sampai sana...
    akak ni plk jns jarang nk jln jauh2 klu utk lunch...
    sutun tu menggoda lah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.