Isnin, 9 April 2018

BERIADAH BERSAMA ANAK ANAK DI S2 CITY PARK

BERIADAH BERSAMA ANAK ANAK DI S2 CITY PARK  | Bila hujung minggu selalu duduk rumah bosan juga jadinya kan. Semalam, Mimi decide nak bawa anak  anak beriadah. Asyik terperap dalam rumah kesian anak anak juga kan. Jadi, semalam Mimi BERIADAH BERSAMA ANAK ANAK DI S2 CITY PARK.

BERIADAH BERSAMA ANAK ANAK DI S2 CITY PARK 

Masa tak ramai lagi yang datang


Sampai saja terus Mimi sewa beli tiga mangkuk berisi air sabun dan tiga batang yang hasilkan belon tu. Tak tahu pula namanya. Bila tengok anak anak seronok main belon, Mimi pun tumpang sekaki. Nampak diorang seronok bila keluar dari rumah. Yela kat rumah pun, Mimi bagi main di kawasan porch kereta saja. Kawasan di luar dari pagar tak dibenarkan. 


Seronok main belon dan kejar belon

Kakak Aina ajar Adhwa main belon

Nampak tak keterujaan Ummi diornag main belon juga

Happy masing masing

Sebelum ni, Mimi dan suami pernah juga bawa anak anak datang S2 City Park ni. Tahun lepas tak silap, Adhwa baru nak belajar berjalan. 


Lepas habis main belon, anak anak nak beli air. Tekak dah haus. So, Mimi belikan air, sosej, bebola udang dan pisang goreng cheese. Dah makan dan minum diorang request main dekat taman permainan pula. Ikutkan saja kehendak anak anak. Layankan saja kan.

Adhwa paling suka main gelongsor

Auni memang jenis lasak. Dia memang suka monkey climb ni
Pisang Goreng Cheese

Tak lama pun Mimi BERIADAH BERSAMA ANAK ANAK DI S2 CITY PARK  ni sebab Mimi ada urusan kena pergi bank pula. Nak bank in cek. Diorang dapat main sejam pun dah kira okeylah kan. Tu pun Mimi rasa macam lama sangat kat City Park. Lepas ni plan nak bawa anak anak tengok wayang pula.

5 ulasan:

  1. Seronok anak-anak sekali sekala dapat main macam nie kan..

    BalasPadam
  2. budak2 kalau pergi tempat mcm ni sure taknak balik dah

    BalasPadam
  3. Kitorg pn..weekend suka buat aktiviti luar dgn anak.

    Seronok tgk anak2 mimi. Happy faces

    BalasPadam
  4. anak2 seronok, omak pun namapk seronk main buih... kawasan pun luas

    BalasPadam
  5. kadang Bonde pon suka main belon ni he he he

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.