Khamis, 5 April 2018

APABILA AYAH DAN MAMA DAH PANDAI LAYAN WHATSAPP

Mungkin bagi korang itu fenomena biasa bila mak ayah korang pandai berwhatsapp. Tapi bagi Mimi itu satu fenomena yang luar biasa. Sebab sebelum ni memang mama dan ayah Mimi ada phone tapi diorang tak tahu apa itu whatsapp.

Sebelum ni kitorang ajar mama cara nak layan whatsapp. Macam mana buka aplikasi whatsapp, cara nak taip dan sebagainya. Alhamdulilkah mama.kitorang dah faham cuma bila time dia menaip tu memang lama nak tunggu tau. Mama is typing tuh bukan makan masa lagi nak tunggu. Kucing yang bunting pun dah beranak. Bila baca whatsapp Mama memang kitorang ketawa berdekah dekah sebab ayat dia guna memang kelakar. Sekarang ni ayah pula mula berjinak layan whatsapp. Sebelum ni kalau hantar mesej dia baca saja tak tahu nak taip. Dia terus call saja. Sejak ada whatsapp, dia belajar sikit sikit. 


First whatsapp ayah dalam group family. Memang masa baca ni tergelak besar dah. Jenuh nak fahamkan apa dia taip.


Ayah dah pandai taip dengan cara yang betul tapi kitorang adik beradik pertikaikan pulak. Betul ke ayah yang taip mama? Tapi bila mama mengaku dia yang ajar ayah menaip, Mimi tak boleh move on. Comel sangat. Yelah sebelum ni dua dua tak pernah layan whatsapp tau. Bila kitorang sebut whatsapp diorang tanya apa benda tu?


Actually ayah Mimi dah 61 tahun pun, mama pula dah 53 tahun. Dah tua ni baru pandai nak layan whatsapp. Kalau tak memang tak dilayannya diorang ni. At least terhibur baca whatsapp mama dan ayah. Orang tua biasalah kalau menaip panjang panjang lepas tu bahasa baku tak macam kita taip guna shorform je kan.  Macam macam ragam pula mama dan ayah Mimi ni. Ayah ada whatsapp pun kitorang tak tahu tau. Tahu pun sebab adik cakap ayah ada baca status whatsapp dia masa tu reaksi kitorang what??? Jangan main main orang veteren sekarang semakin maju tau.

5 ulasan:

  1. Kan.. Rasa lucu bila tengok mak ayah reti guna teknologi. Kena jugak ajar dorang. At least di waktu kecemadan dorang tau nak guna macam mana.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan salam jumaat dari saya. SInggah blogwalking :)

    Ayah saya lagi terer bahagian whatsap dari saya yang muda ni

    BalasPadam
  3. comel sgt kan.. tapi bagus juga bila mak ayah kita dah start guna whatsapp

    BalasPadam
  4. zaman mula-mula whatsapp diperkenalkan mmg ada adegan macam ni... sis mudah terhibur

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.