Aneka Juadah Enak Majlis Makan Malam Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Baru baru ni Mimi dijemput hadir ke satu majlis makan malam dan semestinya yang paling seronok dapat merasa ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3. Majlis makan malam yang diadakan berjalan dengan lancar dan sangat meriah.
ANEKA JUADAH ENAK MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
Ramai juga para jemputan yang hadir malam tuh. Mimi macam biasa datang dengan suami dan anak anak. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis. Seterusnya ucapan aluan daripada pemilik UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan bacaan doa untuk memberkati majlis.
Kemudian kitorang dijemput menikmati juadah makan malam yang disediakan. Sambil menikmati juadah, majlis diserikan dengan penyampaian sijil khidmat cemerlang kepada staf UBE, sambutan hari lahir dan juga cabutan bertuah.
Kitorang dijamu dengan pelbagai menu yang sangat sedap dan cukup rempah dan rasanya. Semua ni juadah yang dihidangkan atas meja Mimi dan keluarga duduk. Nak lihat secara dekat menu menu ni boleh tengok gambar gambar di bawah.
Nasi Kuning D'Raja |
Ayam Golek |
Daging Goreng Beriani |
Kambing Masak Pedas |
Buah Tembikai dan Epal |
Buah dan asam |
Gambar di bawah ni semua menu yang ada di Gerai Pembuka Selera tau. Memang membuka selera sungguhlah. Rambang mata dibuatnya. Semua menu nak di makan.
Sup Perut Berempah |
Sambal Arab |
Acar Arab |
Ulam Timun |
Untuk pencuci mulut, Mimi minum cendol dan makan kek. Mimi suka cendol. Sedap, pekat dan cukup rasa. Kek pula Mimi makan sikit je sekadar nak rasa.
Lupa pula nak beritahu korang, majlis makan malam ni diadakan di UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Dewan ni besar tau korang boleh muat sehingga 2000 pax. Apa yang best, selain daripada mengadakan majlis perkahwinan, korang juga boleh sewa dewan untuk majlis makan malam atau pun aqiqah.
Yang Mimi suka, sudut mini taman permainan untuk anak anak yang ada di hujung dewan. Anak anak boleh bermain di hujung dewan sambil diperhatikan ibu bapa. Kira anak anak kecil tidak mengganggu sangat majlis yang ada.
Majlis makan malam di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ni sangat happening tau korang. Diceriakan lagi dengan lagu Hari Raya gitu. Memang puas hati sangat kalau korang atau keluarga nak buat apa apa majlis di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ni. Ambil saja pakej katering dan sewa dewan di UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ni, semua lengkap.
Baca sini : PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :
UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Facebook :
Instagram :
No.Telefon :
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748
Email :
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com
19 Comments
Menarik sangat Mimie, kelebihan pakej yang ada kat sini sudut mini taman permainan tu kan.. Kak Sue pun suka, senang anak nak main-main kat situ..
ReplyDeleteTeruja plak akak tengok makanan tu semua...nampak sedap..menarik presentable dan semua yg datang seolah2 ada kat kenduri kahwin kan
ReplyDeleteFuyooo.. Ada kambing tu..
ReplyDeleteMeriah menu2 dia..untung bakal2 pengantin skrg, sediakan ongkos je..yg lain ditanggung beres..hehe
ReplyDeleteMeriah nau lah menu-menu ube catering ni. Baru lah tetamu happy balik dr kenduri bila ada lauk pauk cmni kan.
ReplyDeleteBila tengok ayam golek dan kambing tu kan, dan dan berkeroncong perut...huhu
ReplyDeleteAYam golek tu mencabar keimanan betul lah. sedapnya!
ReplyDeletepelbagai menu dan pakej lengkap disediakan...terbaik!!
ReplyDeleteMenunya macam kenduri kawen, meriah je tengok. Macam2 ada
ReplyDeleteDaging goreng beriani tu nampak sedap sangat kak Mimi..
ReplyDeleteBest tgok menu semua sedap2 belaka
ReplyDeletemenu banyak sure rambang uiii
ReplyDeletexpe janji dapat merasa semua keenakan masakan mlm tu alhamdulilah
menu ni kalau time bulan ramadham tengok mau terliur meleleh2 ..huhuhu.. hidangan semua sedap2 je ni
ReplyDeletesemuanya sedap2..tapi tak boleh lawan cendol la..kan??akak pun penggemar cendol ..heheh
ReplyDeleteOrang yg tengah diet memang X bolh tengok ni ^^ batal diet hahaha
ReplyDeleteSedapnya semuaa..jadi lapar pulak..syok juga makanan sini ye
ReplyDeleteUuuu nampak menyelerakanlah
ReplyDeletenampak enak-enak segala hidangan makanan tu. datang sini of course kena rasa semua
ReplyDeleteSegala menu dia nampak menarik. Untung mimi dapat rasa. Senang lah orang nilai nak cari caterer
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com