Review : Catrice Cosmetics All Matt Plus - Shine Control Powder

Review : Catrice Cosmetics All Matt Plus - Shine Control Powder | Korang meh lah dekat dekat sikit. Nak sharing dengan korang satu produk kosmetik yang best sangat tau iaitu Catrice Cosmetics. Kali ni review peribadi Mimi sebagai pengguna tau. Review ikhlas okey. Mimi nak REVIEW : CATRICE COSMETICS ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER yang Mimi beli melalui online di web Guardians masa tengah sale tu.

REVIEW : CATRICE COSMETICS ALL MATT PLUS -SHINE CONTROL POWDER




Sebelum Mimi share dengan korang review Mimi selepas menggunakannya, jom baca mengenai Catrice Cosmetics All Matt Plus - Shine Control Powder.

Apa yang best sangat guna CATRICE COSMETICS ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER kerana ciri ciri yang istimewa ada padanya. Ciri cirinya ialah :

1) serbuk matt dan tahan sehingga 12 jam
2) teksturnya yang bebas minyak
3) untuk kulit yang segar dan sempurna
4) vegan

ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER ini merupakan serbuk matt yang menjadikan kulit kita bebas dari zon berminyak. Teksturnya tidak berminyak dan membuatkan kulit kelihatan matt serta tahan lama. Ia juga membuatkan kulit wajah menjadi lembut dan halus.


Sebelum ni Mimi memang pakai bedak compact dari jenama P*** tau. Lama dah setia dengan P***. Tapi bila ada ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER ni tiba tiba rasa nak curang pulak. Taklah curang terus talakkan P*** tu. Tetap juga pakai cuma P*** sekarang terpaksa bermadulah kan dengan Catrice. 

REVIEW MENGENAI ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER



Packagingnya kalau tengok simple saja tapi nampak juga eksklusifnya dan ia mempunyai keunikannya tersendiri. Dan yang menariknya ada tulisan Matt pada permukaan powder yang menyerlahkan lagi kemewahan produk ni. Mungkin packagingnya tak segah jenama lain tapi itu semua tak penting. Yang penting fungsi dan kesannya kan. Betul tak? 

Mimi suka pakai ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER ni sebab utamanya ialah muka Mimi jenis cepat berpeluh dan mempunyai kulit jenis kombinasi. Jadi disebabkan faktor ni, Mimi sekarang memang mencari dan menggunakan mekap jenis matte ni. Bila pakai mekap jenis matte ni rasa yakin tu ada. Kalau berpeluh pun mekap tak bercapuk. 



Bila Mimi dah guna All Matt Plus - Shine Control Powder, muka berpeluh pun tak risau sebab tak bercapuk. Kulit muka di kawasan T-Zon pun tak berminyak. Dannnn Mimi 100% setuju teksturnya yang tidak berminyak membuatkan kulit muka Mimi lembut dan halus. Suka usap usap pipi sebab lembut licin je tau korang.

Sekarang keluar mana mana, Mimi just apply foundation jenis matte juga lepas tu sapu terus ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER. Sapu sekata dah siap dah. Tak payah mekap tebal tebal pun muka tetap nampak segar dan bermaya.

ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER ini didatangkan dengan empat kod warna iaitu :

001 Universal (Baru)
010 Transparent
025 Sand Beige
030 Warm Beige

Mimi pakai kod 030 Warm Beige. Memang sesuai dengan warna kulit muka Mimi. Berat produk ini ialah 10 gram. Harga ALL MATT PLUS - SHINE CONTROL POWDER yang Mimi beli ini ialah RM9.45 ( termasuk GST). Ini harga masa sale 50% tau. Harga asal RM18.90. Bagi Mimi harga Catrice Cosmetics ni still lagi kategori harga mampu milik.

Kalau korang nak beli All Matt Plus - Shine Control Powder ni korang boleh beli saja di Watsons dan Guardian berdekatan. 

Post a Comment

29 Comments

  1. Murah jugak ye. Nanti Fiza try usha di watson. Hehe. Tq atas infonya ya :)

    ReplyDelete
  2. Produk baru ya kak.. Nanti zaza nak tgk la kat watson kalau ada.. Zaza ni mmg suka tgk bedak or foundation.. Mesti nm cuba jgk :)

    ReplyDelete
  3. Kita suka gila brand catrice.. Ritu nk beli yg ni tp tmpt kita dah abis lak..sedih... Nnti nk beli lahh... Hrp2 ade sales lagi..hihi

    ReplyDelete
  4. owhhhh boleh promote dekat kakak den nih
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Haritu Masa sale dekat guardian, mmg habis licin benda ni. Betul lah harga dia mampu milik,hehe. Matte finish mmg best, muka nampak tak berminyak.lawa kak Mimi mekap.

    ReplyDelete
  6. Macam macam kosmetik ada di pasaran kan. Pilih je mana mana asalkan selamat

    ReplyDelete
  7. murah mimi.. berbaloi beli tu.. beli byk2 buat stok sementara harga murah

    ReplyDelete
  8. warna macam ni dah jadi trending sekarang. kalau tekstur bebas minyak, sesuai sgt utk org yang ada masalah oily face

    ReplyDelete
  9. Hari tu masa ada sales kat guardian teringin gak nak beli catrice ni..tapi takut tak sesuai pulak

    ReplyDelete
  10. Lia pernah try juga produk Catrice ni tapi tak penah cuba lagi Shine Control Powder ni lagi. Catrice salah satu product drugstore yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. produk ini sangat terlihat elegan :D

    ReplyDelete
  12. I tried this All Matt Plus - Shine Control Powdew too, it so convenient for everyday use and long lasting too. As for price wise, it s also very affordable.

    ReplyDelete
  13. Nampak flawless. Tak pernah lagi jumpa dan dengar brand ni. Tq for sharing ya

    ReplyDelete
  14. Kak Sue nie tak reti sangat make up nie semua tapi macam tertarik pulak baca review Mimie nie tau..

    ReplyDelete
  15. Wah ada tgk brand ni kat watson nampak best. Lps baca review mimi bleh masuk list dah ni

    ReplyDelete
  16. El pun kuli sllu berpeluh..nti boleh try ni

    ReplyDelete
  17. Akak X reti nak mekap2 ni tp seronok lah baca review mimi

    ReplyDelete
  18. Fuhhh..macam bestla sebab Sal dah lama tak pakai compact powder..menarik gak all matt plus ni..harga berbaloi..

    ReplyDelete
  19. I wanna try this. Always have problem with my sweaty face and I believe this could help to maintain the make up. Time to shopping again

    Racheal

    ReplyDelete
  20. Murahnya mimi. Berbaloi beli kan. Nk try lah juga nanti.

    ReplyDelete
  21. Brand ni ada kat Guardian kan..akak suka eyeliner dia..nanti nak cuba la all matt ni...nampak cantik..

    ReplyDelete
  22. Bestnyaaa. Indah suka baca review review makeup gini xD tapi tak makeup pun, tak pandai hehe

    ReplyDelete
  23. Dulu kak sha guna ni..tp pores makin membesar..mungkin tak ssuai dgn skin type kot..hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/cepatnya-anak-membesar.html

    ReplyDelete
  24. sesuailah dgn kulit sy yg berminyak di t zone...

    ReplyDelete
  25. Boleh cari gak nanti.. Lama tak nyoping barang mekap up

    ReplyDelete
  26. sesuai untuk uzu yg muka oily eheh

    ReplyDelete
  27. Wahhh cantiknya warna dia tu..rabia rasa kena beli ni..rabia skrg suka beli dan kumpul alat-alat mekap

    ReplyDelete
  28. Wahduhhh, terpaksa bermadu pulak ya..hahaha~ nampak natural, and simple je...nice one sis!
    Pipi lembut menjadi idaman semuaaa ~

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com