Jumaat, 30 Mac 2018

PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Berita baik buat bakal pengantin di sekitar Nilai 3, Mimi nak kongsi dengan korang PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 di mana bagi Mimi sangat berbaloi dan menarik untuk korang menggunakan perkhidmatan mereka.


PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3



UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ini terletak di Nilai 3 , Negeri Sembilan. Kedudukannya yang strategik boleh dilihat dari tepi jalan dan kawasan parkir kereta juga luas. Memang sesuai menjadi pilihan buat korang yang ingin mengadakan majlis di sini terutamanya yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Lengkap semua pakej yang korang nak dari makanan sehinggalah sewa dewan semua ada, korang pilih saja tema apa korang nak, pasti akan direalisasikan.

Tidak kira apa jenis majlis korang ingin adakan sama ada majlis makan malam, reunion, perkahwinan, pernikahan, graduasi dan aqiqah. Semua pasti boleh hanya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3.

Apa yang menariknya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3, pakej sewaan dewan ini juga lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, meja makan untuk tetamu dan beberapa dekorasi lain terutamanya kalau korang adakan majlis perkahwinan. Tak perlu pening kepala nak  cari dan sewa perkhidmatan perkahwinan yang lain.

Mimi berpeluang datang ke UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan melihat sendiri perkhidmatan sewa dewan yang disediakan. Serius cakap, dewannya besar dan luas, dekorasi dewan  serta pelamin sangat cantik. Nampak mewah dan esklusif.

Dewan yang besar dan luas

Hiasan pelamin tampak ringkas tetapi eksklusif sangat. Memang cantik

Meja makan beradab
Meja makan tetamu yang dihias ringkas tetapi cantik
Meja untuk pelbagai juadah dan live cooking

Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga ada disediakan surau lelaki dan perempuan, tandas dan bilik VIP (bilik persalinan pengantin). Kiranya apa yang korang inginkan semua ada di sini. 

UBE CATERING SERVICES

Selain menyediakan sewaan dewan dan pelamin, di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga menyediakan perkhidmatan katering yang di kelolakan di bawah UBE CATERING SERVICES. Ia mula bertapak dalam bidang katering sejak tahun 1998 dan telah menerima banyak tempahan makanan untuk pelbagai majlis. UBE Catering Services menyediakan pelbagai pilihan menu yang menarik dan pastinya sedap. Ada lebih 100 menu yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing dan yang penting mempunyai sijil HALAL kelulusan JAKIM.

Sudut yang mempamerkan sijil Halal Jakim dan menu yang disediakan


Mimi berkesempatan makan tengahari dan mencuba pelbagai menu yang disediakan oleh UBE Catering Services baru baru ini. Jujur Mimi beritahu korang, menu yang disediakan memang sangat sedap dan cukup semua rempah ratus dan rasanya. 

Nasi Minyak
Ayam Masak Madu
Daging Rendang Minang
Dalca Sayuran

Acar Jelatah Sri Mersing
Papadom Selembut Awan
Tembikai
Oren
Air Punch dan Air Mineral
Mimi paling suka Daging Rendang Minang yang disediakan. Sedap sangat. Memang Mimi bagi 5/5 lah. Semua menu yang disediakan memang sangat sedap tapi lauk daging tetap pilihan nombor satu. Secara keseluruhannya Mimi bagi 5/5 untuk semua menu yang disediakan. Sedap sedap belaka tau korang!

Tengok saja dah terliur tau

Bukan Mimi saja cakap sedap okey, kawan kawan yang lain pun cakap sedap. Serius tak tipu tak korang. Kalau tak sedap Mimi akan cakap tak sedap. Tapi  semua menu yang UBE Catering Services sediakan memang sedap sangat.

Untuk korang yang berminat ingin menggunakan perkhidmatan di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 boleh lihat pakej menarik yang ditawarkan :

SRI TANJUNG (1000/PAX)
HARGA ASAL - RM25.50 
HARGA PROMOSI - RM19.90

Menu hidangan :
🌸Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
🌸Daging Masak Kari / Gulai Kawah
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Kashmir
🌸Buah Tembikai
🌸Air Sirap Kampung
🌸Air Mineral

Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸25 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸250 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸2 Unit Dom Berhidang
🌸12 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering


SRI KEKWA (1000/PAX)
HARGA ASAL - RM30.50 
HARGA PROMOSI RM23.50

Menu hidangan :
🌸Nasi Beriani / Nasi Minyak
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Goreng Serai / Berempah
🌸Daging Masak Hitam / Maska Beriani
🌸Dalca Sayuran
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Taj Mahal
🌸Buah Tembikai + Oren
🌸2 Jenis Kuih (Manis + Pedas)
🌸Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
🌸Teh Tarik dan Kopi O
🌸Air Punch
🌸Air Mineral

Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸30 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸300 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Pelamin Dewan (18 kaki)
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸3 Unit Dom Berhidang
🌸13 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering

Mesti korang dah tertarik kan dengan perkhidmatan dan pakej yang disediakan. Hah apa tunggu lagi.  Buat semua bakal pengantin yang bakal berkahwin selepas Hari Raya atau hujung tahun ini, korang boleh buat tempahan sekarang dan paling best sekarang diadakan promosi hebat untuk tahun ini.

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Web :
www.ubecatering.com

Facebook :

Instagram :

No.Telefon : 
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email : 
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com

26 ulasan:

  1. dewannya luas mimi.. pelamin tu.. cantiknyaaa..

    BalasPadam
  2. wahhhh besar ehhh dewan dia. Tgk menu pun mcm² nampak sedap. Pelamin tu cantiknya. Rasa nak sanding lg je. Aci x?

    BalasPadam
  3. pakej ube catering ni menarik juga... siap ada potongan diskaun lagi bolehlah nnt info dekat budak office he he he

    BalasPadam
  4. Cantik hiasan dewan dan pelamin tu. Makanan pun nampak sedap. Senang amik dengan pakej. Tak yah pening kepala.

    BalasPadam
  5. Wah... Pakej yang menarik. Siapa yang nak kawin tu memang sdsuai sangat pakej ni.

    BalasPadam
  6. Bakal pengantin yg tgh mencari dewan utk majlis bole tgk2 la tempt ni.. Lapar plak tgk lauk pauk yg disediakan tu

    BalasPadam
  7. waa luas dan cantik deco dewan, pelamin dan meja tu semua! Lauk pauk pon nampak sedap dan menyelerakan! Siapa yang nak kahwin tu dah bolehlah masukkan dalam survey list ni hehe. Good sharing!

    BalasPadam
  8. suka hiasan majlis ni. Harga promosi pun berpatutan. Terima kasih!

    BalasPadam
  9. nampak menu semuanya sedap..ciktom pun suka daging masak minang..tapi cik tom dah kawin..hehe..memang bagus pakej katering dan dewan pada bakal pengantin yang tengah mencari..

    BalasPadam
  10. Memang nampak eksklusif tau dewannya dengan prop pelamin, meja makan dan lain2 tu. Kalau mini kata makanan pun sedap2 kira memang berbaloi sangatlah pakej yang ditawarkan. ha apa lagi orang nilai? hehe

    BalasPadam
  11. Sedap pulak tgk makanan tu..kenduri kahwin kalo lauk tak sedap mmg org bercerita selalu sebab tu penting juga memilih katering ni kan?

    BalasPadam
  12. Kawasan untuk buat wedding kita memang cari parking sebab selalu orang akan susah nak datang kalau susah nak parking sini macam selesa banyak dan kawasan luas.. Harga berpatutan juga..

    BalasPadam
  13. menarik juga pakej ni. semuanya ada...lauk pauk yang dihidangkan pun nampak menarik. dengan keluasan dewan luas mmg dapat memberi keselesaan tetamu pengantin

    BalasPadam
  14. Interesting package they have and the venue is beautiful and grand look. Wanna recommend this to my friend la...

    BalasPadam
  15. Banyak dah servis katering kahwin macam ni. Bagus juga banyak competitors, baru servis best.

    BalasPadam
  16. Pelamin hiasan semua cantik. Makanan nampak sedap. Untung orang nilai dan berdekatan

    BalasPadam
  17. Luas juga ye dewannya. Ramai jemputan boleh masuk ni. Pilihan menu pun banyak. Kira berbaloi lah dengan harga yang ditawarkan. Orang Nilai kena booking cepat sebelum full.

    BalasPadam
  18. Cantiknya deko dia.senang la macam ni dah siap dewan dan makanan tak payah susah nak mencari lagi.menu pun nampak sedap bleh la rekomen dkt adik sdra

    BalasPadam
  19. Ruby suka sekarang makin banyak pakej majlis perkahwinan di syorkan. Mudah utk keluarga dan pengantin mencari. Penting buat perbandingan diantara catering dan Lokasi. Barulah dapat berjimat. Orang nak kawin ni selalunya dah bertahun menabung. Hehe

    BalasPadam
  20. yeah memang best dewan ube ni. makan sedap. fuh dewan cantik dan besar. sangat2 selesa. guna kerusi mahal pulak tu. wuuu nangis kita hehhe. Tqpi bajet kena ada juga ah ye kalau nak kawin ok

    BalasPadam
  21. Banyaknya pakej dia, makanan tentu sedapkan?

    BalasPadam
  22. Package yg menarik ya kak. Makanan pun nmpk sedap2 semua.

    BalasPadam
  23. Wah menarik lauk pauk nya Mimie, senang kan sekarang nie semua siap dah. Pilih aja pakej yang mana kita berkenan..

    BalasPadam
  24. Bagus juga tempat ini, dewan luas and decoration pun kelas. The food wise also got many choices and the most important is that the price memang ok, very reasonable.

    BalasPadam
  25. Menarik juga pakej katering dan dewan yang disediakan... Terasa macam nak kahwin lagi, tak pun maybe boleh cadangkan dekat memember.. dapat gak makan kenduri dorang dekat sini nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.