Jumaat, 9 Mac 2018

Membongkar Paradoks Sakit Sendi

Memperkenalkan Lanconone®: Formula Herba Terkini Membantu Pesakit Sendi

NuvaLanconone baru-baru ini telah menganjurkan satu acara yang empatetik, berinformasi dan sukar dilupakan yang bertajuk “Membongkar Paradoks Sakit Sendi” di mana hasil penyelidikan herba telah dibongkarkan. Pihak media telah mendapat penjelasan mengenai masalah kesakitan sendi artiritis, iaitu satu keadaan yang menyakitkan jika tidak dirawat dan bertambah teruk apabila dirawat dengan ubat tahan sakit. Dilema ini merupakan satu seksaan harian buat kira-kira 60% penduduk di seluruh dunia yang berumur 65 tahun ke atas dengan sedikit harapan untuk menjalani pembedahan yang berjaya. Dr Shalini Srivastava, penyelidik utama sains herba ini telah berada di Malaysia untuk berkongsi bagaimana Lanconone mampu menawarkan lebih banyak alternatif kepada penderita sendi kronik.



Wajah-Wajah Pesakit Sakit Sendi Degeneratif 

Anda mungkin berusia 45 tahun ke atas, berkemungkinan dalam linkungan lewat 50-an. Anda tidak sakit atau kelihatan seperti seseorang yang tidak sihat. Anda mungkin sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi ataupun kolesterol tetapi siapa sahaja yang tidak mengambilnya pada hari dan zaman ini? Sebelum kekuatan sendi anda merosot dalam beberapa bulan atau tahun, anda menjalani kehidupan yang aktif dan memuaskan - berjalan kaki setiap pagi, perjalanan jauh penuh aktif, menikmati sukan, malahan bermain dengan cucu anda. Anda adalah orang yang diharapkan untuk memasak setiap kali keluarga berkumpul, untuk pergi bercuti bersama, untuk mendaki bersama ... anda masih hidup aktif dan mudah bergerak di usia puncak anda.



Sendi anda semakin merosot sementara atiritis berkembang, maka semuanya telah berubah. Setiap hari berakhir dengan kesakitan yang tidak dapat ditanggung pada lutut manakala setiap pagi pula bermula dengan cubaan untuk memanaskan lutut anda yang kejang. Ia bukanlah sejenis kesakitan seperti patah tulang yang akhirnya menjadi lebih baik, tetapi ia merupakan kesakitan dan kekejangan pada sendi yang sentiasa ada. Kebanyakan orang mengalami kesakitan sendi di lutut mereka di mana risiko mengalami osteoarthritis lutut seumur hidup kini dianggarkan sekitar 45%. Ada juga yang mengalami sakit sendi di jari, bahu dan belakang.

Setiap hari merupakan satu perjuangan menentang kesakitan sendi kerana anda bertarung antara keupayaan dan kekurangan upaya. Anda ingin berjalan di waktu pagi seperti biasa tetapi anda hanya perlu mengambil beberapa langkah untuk diingatkan tentang batasan anda. Anda mahu menyertai keluarga anda ke pusat membeli-belah di hujung minggu tetapi hanya memikirkan tanggadan anda akan menyerah kalah kepada kesakitan sendi.



Kebiasaannya, anda akan memasak untuk keluarga anda tetapi kini membeli-belah dan juga berdiri lama adalah sesuatu yang anda tidak boleh lagi lakukan. Anda mungkin telah kehilangan beberapa kawan kerana sakit sendi anda telah menghadkan keupayaan anda untuk menyertai acara bersama. Tidak lama kemudian, kesakitan sendi anda mengehadkan banyak penglibatan sosial yang pernah menjadi sebahagian dari hidup anda.

Namun, anda tidak dapat berkongsi apa yang anda rasai walaupun dengan insan yang terdekat dan paling anda sayangi. Anda tidak kelihatan sakit tetapi anda berasa terpinggir, kalah dan terperangkap dalam kesakitan sendi anda. Bagaimana untuk mereka fahami anda? Artritis telah meragut keupayaan anda, mobiliti dan norma harian anda. Tidak hairanlah anda berasa kecewa.

Tetapi anda cuba membantu diri anda sendiri. Ubat tahan sakit bukanlah apa yang anda mahukan begitu juga kesakitan sendi yang anda lalui setiap hari. Oleh itu, anda berkompromi dan memilih ubat-ubatan yang dapat melegakan kesakitan setiap hari. Ini adalah sebagai tambahan kepada ubat-ubatan lain yang sudah anda ambil, sama ada untuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau diabetes.

Anda telah diberi amaran mengenai kesan sampingan ubat tahan sakit, kepada perut anda, jantung atau buah pinggang anda. Walaupun anda merasakan gastititis dan ransangan ubat-ubatan ini ...namun anda masih mahu menanggungnya. Kerana bagi anda, beberapa jam bebas dari kesakitan adalah lebih baik daripada hidup dengan kesengsaraan setiap hari.

Anda kemudian belajar bahawa ubat tahan sakit yang telah diambil, biasanya ubat Anti-Radang Tanpa Steroid, atau NSAIDs, telah didapati  mempercepatkan perkembangan artritis di samping kesan sampingan lain (pendarahan gastrik, serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal antara lain). Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil NSAID memerlukan pembedahan penggantian sendi lebih awal daripada pesakit yang tidak mengambilnya.

Pada ketika ini, anda bersedia menyerah kalah. Paradoks sakit sendi adalah perjuangan yang tidak boleh dimenangi, dilihat dari sudut mana sekalipun.

Artritis adalah Degeneratif 

Tanpa diketahui ramai, artritis bukanlah sekadar masalah penuaan. Artritis, yang mana osteoarthritis adalah bentuk yang paling biasa, adalah penyakit sendi yang aktif dan degeneratif yang menyebabkan tisu sendi menjadi reput pada kadar yang cepat. Tanpa rawatan, artritis biasanya menjadi lebih teruk dari masa ke masa dan boleh mempengaruhi semua sendi utama dalam badan, termasuk tulang belakang, tangan, pinggul, dan lutut. Risiko pergembangan penyakit sendi degeneratif meningkat dengan usia begitu juga jika anda seorang perempuan dan mempunyai berat badan berlebihan.

Sakit sendi adalah punca utama penderitaan penghidap artritis. Sakit sendi memberi kesan kepada pesakit secara fizikal dan mental - memburukkan lagi keadaan adalah persepsi pesakit tentang keadaan mereka senditi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Arthritis Research UK, 80% pesakit mengalami sakit sendi pada kebanyakan hari, manakala 60% pesakit mengalami sakit sendi setiap hari. Sakit sendi bukan sahaja seperti hilang keupayaan fizikal malahan menggangu kesihatan mental kerana ia meningkatkan tekanan, kesusahan dan kemurungan di kalangan penghidap artritis.

Pengurusan Sakit Secara Konvensional

Ubat ubat penahan sakit NSAIDs (ibuprofen, naproxen, celecoxib, etoricoxib) adalah ubat yang paling biasa diberikan untuk mengatasi kesakitan sendi, menjadikannya industri bernilai berbilion di seluruh dunia. Malah, dianggarkan sebanyak 70% individu berusia lebih 65 tahun mengambil NSAID sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan kira-kira separuh daripada kumpulan ini mengambil NSAID setiap hari.

Oleh kerana artritis merupakan penyakit kronik dan degeneratif, tidak hairanlah ramai pesakit bergantung kepada ubat penahan sakit ini secara berkala untuk mengatasi sakit sendi mereka. Walaupun NSAID berfungsi untuk melegakan simptom kesakitan sendi, bukti baru telah menunjukkan kesan buruk jika diambil untuk jangka masa panjang. Pada tahun 2006, Osteoarthritis Research Society International (OARSI) membentuk sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk mengkaji semula semua garis panduan yang relevan dan bukti saintifik untuk rawatan osteoarthritis. Berdasarkan bukti yang menunjukkan fungsi sendi semakin merosot, dan peningkatan keperluan penggantian pinggul dan lutut pada pesakit osteoartritis yang mengambil NSAID, jawatankuasa telah menasihatkan untuk tidak menggunakan NSAID untuk rawatan jangka panjang osteoarthritis.

Membongkar Gengaman Paradoks Sakit Sendi

Ini meninggalkan pesakit Artritis dalam gengaman Paradoks Sakit Sendi. Anda mahu melegakan kesakitan sendi anda, tetapi keselesaan ubat penahan sakit sebenarnya memburukkan lagi keadaan anda. Menjalani kehidupan seperti ini  adalah beribu-ribu pesakit sakit sendi, tanpa harapan untuk penyelesaian alternatif yang berkesan atau selamat. 



Sehinggalah Lanconone®.

Lanconone® adalah formula herba sakit sendi yang dikaji secara klinikal yang telah diuji melawan ubat tahan sakit NSAID, ibuprofen. Didapati bahawa ubat herba ini berfungsi dengan cepat dan berkesan seperti ubat  NSAID untuk melegakan kesakitan sendi sementara menyokong pemulihan sendi pada masa yang sama. Terdiri daripada tujuh herba Ayurvedik yang disahkan dalam satu formula yang dipatenkan, Lanconone® kini boleh d idapati di Malaysia, yang menjadi asas kepada acara media ini.

Penyelidikan mengenai Lanconone® bermula sedekad yang lalu dengan kajian terbaru terhadap Ibuprofen yang diterbitkan dalam jurnal Trials 2016. Lanconone® menonjolkan kemampuannya untuk memberikan kelegaan  sakit sendi sepantas Ibuprofen. Selain daripada melegakan kesakitan, fungsi sendi  di kalangan pesakit sebenar dengan osteoarthirtis juga didapati bertambah baik selepas 12 minggu rawatan dengan Lanconone®. Keputusan ini menunjukkan keupayaan Lanconone untuk membolehkan sendi membaiki dirinya. Formula herba ini sesuai untuk vegetarian dan yang paling penting, ia telah terbukti selamat.

Penceramah

Datin Swanee Teh, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn. Bhd. Yang menjadi tuan rumah majlis itu menyampaikan pengenalan.



Datin Teh, seorang ahli farmasi dan terapi semulajadi berkongsi, "Artritis adalah penyakit sendi yang dahsyat, yang perlahan-lahan menghisap semua warna dalam kehidupan seseorang. Ia boleh merubah walaupun orang yang positif menjadi bayang-bayang diri mereka kerana gejala utama sakitan sendi - merosakkan keupayaan diri, mobiliti dan kehidupan normal pesakit sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Bukan sahaja pesakit yang terjejas, malahan keluarga juga turut terkesan kerana 76% daripada pesakit yang mengalami artritis tidak dapat menyertai aktiviti bersama keluarga mereka. Bayangkan cucu anda tidak mempunyai atauk dan nenek untuk berjalan-jalan, bermain malahan pergi bercuti bersama.



Nuvanta diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan Enovate Biolife dalam membawa penyelesaian semulajadi yang terbukti secara klinikal seperti Lanconone® ke Malaysia. Hari ini, anda tidak hanya akan mendengar tentang kesakitan tetapi juga manfaat produk herba kelas dunia yang disokong oleh sains yang memberikan harapan baru untuk pesakit sakit sendi.

Turut hadir pada majlis itu adalah Amol Pathak seorang ahli farmasi berdaftar dan Pengarah Bersekutu Enovate Biolife. Amol telah memperjuangkan produk asli India selama hampir dua dekad di hampir empat puluh negara di seluruh dunia. Pada masa ini, beliau telah menjadi sebahagian daripada evolusi produk Ayurvedic ke dalam produk pelbagai kategori kesihatan termasuk makanan tambahan, makanan berfungsi, makanan perubatan, derivatif bioaktif, ubat-ubatan herba dan phyto-farmaseutikal.



Amol berkongsi, "Semua orang mahu mencari penyelesaian untuk masalah ini kerana artritis melemahkan semua orang - secara fizikal, mental dan kewangan. Sebagai seorang ahli farmasi, saya telah mengamalkan perubatan Barat sebagai satu-satunya cara penyelesain. Saya gembira berada di sini hari ini untuk berkongsi alternatif, ubat-ubatan Ayurvedic yang terbukti secara klinikal dalam bentuk Lanconone®. Berita baiknya adalah, YA ada cara lain untuk menyelesaikan paradoks sakit sendi ini dengan berkesan dan selamat. Sekarang, anda tidak perlu membuat pilihan yang mengerikan antara menderita sakit sendi atau menambah kerosakkan artritis anda atau mencederakan perut atau buah pinggang anda. "

Dr Shalini Srivastava adalah salah seorang penyelidik utama di Lanconone®. Dilatih sebagai seorang doktor dari Universiti Perubatan Negeri Rusia di Moscow, Dr Shalini telah mendedikasikan sebahagian besar waktunya untuk penyelidikan klinikal dan mempunyai kajiannya diterbitkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Pengalaman selama tujuh belas tahun dalam bidang ini telah menyaksikan beliau menyandang jawatan di beberapa organisasi penyelidikan klinikal terkemuka di India dan hospital praktikal. Dr Shalini memegang ijazah pascasiswazah dalam Penyelidikan Klinikal (MSc) dari Cranfield University, UK dan merupakan pengurus projek yang disahkan oleh Universiti Adelaide, Australia. Sebagai ahli aktif Kolej Perubatan Amerika, Dr. Shahlini terus terlibat dalam membangunkan penyelesaian gaya hidup baru. 

Beliau berkata, "Apabila kami memulakan kajian membandingkan Lanconone® kepada salah satu ubat penahan sakit yang paling terkenal di dunia hari ini, dengan harapan kejayaan kami akan diterjemahkan kepada penyelesaian alternatif yang lebih berkesan tetapi selamat untuk pesakit sakitan sendi di luar sana. Dengan rendah hati, kita kini dapat berkongsi Lanconone® dengan rakyat Malaysia. "

Testimonial

Eddie Choong, Bapa Serena C’s:
“Saya sudah mengambilnya (Lanconone) secara tetap sejak 3 minggu lalu. Sakit belakang di awal pagi sudah kurang dan pergerakan saya lebih baik kini.”

Datuk Hafidz Roshdi, Mohd Jabar @ Ibrahim b Ismail:
“Lanconone adalah yang terbaik: kesannya dapat dirasai dalam tiga atau empat hari sahaja. Saya boleh berjalan lebih jauh dan menunaikan solat dengan selesa, dan Alhamdulillah tiada sebarang kesan sampingan yang saya, seorang warga emas rasai. Tahniah Lanconone!”

Lanconone dijual pada harga RM160 sebotol yang mengandungi 50 biji kapsul. Ia boleh di dapati di Guardian, Caring, AA dan farmasi-farmasi terkemuka diseluruh Malaysia. Artikel ini dibawa kepada anda oleh bahagian Nuvaceuticals Nuvanta.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-5636 3758 atau email pharmacist@nuvanta.com

10 ulasan:

  1. klo lompat2, mesti rasa skit lutut nii

    BalasPadam
  2. Kak Sue pun kadang-kadang terasa juga macam sakit kat lutut nie ha..

    BalasPadam
  3. takut pulak baca. nanti nak solat pun susah

    BalasPadam
  4. kene jaga kesihatan dari sekarang..usia makin bertambah

    BalasPadam
  5. Tak larat rasa, kalau asyik bergantung pada ubat penahan sakit.... sama-sama kita ambil berat akan kesihatan diri..

    BalasPadam
  6. Kadang2 kita yang muda ni pun, ada yg dah mula rasa sakit2 sendi, especially dekat bahagian lutut. Tapi sebab fikir umur masih muda, jadi kurang peduli. Kena cegah dari awal. Bagus produk ni sbb herba.

    BalasPadam
  7. El lau naik tgga mesti sakit lutut..haii masih mencari ubat yg boleh hilangkan sakit ni..nti cuba produk ni

    BalasPadam
  8. Sakit lutut orang muda pun boleh kena..bila sakit lutut dah sukar nak berjalan. Dapat tau ubat ni, boleh la rekemen dekat sesiapa yang sakit lutut tu.

    BalasPadam
  9. good info ! saya selalu sakit bahagian tulang belakang hingga ke dada. Bahagian lutut x pernah .

    BalasPadam
  10. Haihhh kite pun tgah sakit lutut sekarang sebab hari2 drive jauh.... thank you kongsikan info yang menarik ni....

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.