Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia

Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia | Mimi yakin dan pasti semua tahu apa itu SSPN1M yang telah ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan PTPTN. Mimi nak kongsi dengan semua KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA untuk anak anak.



Sebelum tu, jom imbas semula apa itu PTPTN dan SSPN1M. Untuk pengetahuan semua, PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 (Akta 566) berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Ia berfungsi untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.

Manakala SSPN1M ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dimana ia telah dijenamakan semula. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang lebih dikenal sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus dikenali sebagai SSPN-i Plus. Ciri ciri produk masih dikekalkan dan masih relevan untuk penabungan pendidikan anak anak.

KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA




Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan yang terbaik untuk masa depan anak anak kita. Banyak perkara yang akan kita lakukan untuk mereka antaranya ialah membuka akaun simpanan untuk mereka. Dan kenapa tidak kita sebagai ibu bapa memilih untuk menabung dengan SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA kerana banyak kebaikan yang  boleh perolehi dengan membuka akaun SSPN1M-i.

Mimi memilih menabung dengan PTPTN SSPN1M-i untuk anak anak kerana kebaikan dan kelebihan yang diperolehi apabila membuka akaun dengannya.

KEBAIKAN PTPTN SSPN1M-i 




1) merupakan satu cara yang sangat mudah untuk anak anak memohon pinjaman pendidikan sekiranya mereka menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

2) skim ini menawarkan pelan simpanan yang sangat menarik

3) mempunyai perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan berjumlah RM1000 ke atas.

4) kadar dividen yang kompetetif 

5) simpanan terjamin oleh kerajaan

6) pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga RM10,000 satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat

7) layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Tahukah anda semua, kebaikan pelan simpanan ini sangat bagus jika kita membuka akaun SSPN1M-i kerana sebagai ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang, kita diberi pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada jumlah simpanan bersih bagi tahun semasa. Perlu diingatkan, sekiranya membuka akaun SSPN1M-i untuk diri sendiri tidak akan diberi pelepasan taksiran cukai.

Jadi, kenapa tidak kita mula menabung di SSPN1M-i untuk pendidikan anak anak sekarang. Bukan sahaja banyak kebaikan yang diperolehi malahan ia juga memberikan keuntungan kepada kita. Menabung merupakan satu amalan yang sangat bagus diamalkan. Jom ramai ramai menyimpan di SSPN1M-i.



Berita baik buat semua yang sudah mempunyai akaun SSPN1M-i, anda layak menerima Insentif Geran Sepadan RM500 dimana ia diperkenalkan pada 1 Januari 2081 sehingga 31 Disember 2018.

Untuk melayakkan anda menerima insentif ini, perlulah membuat simpanan sekurang kurangnya RM500 pada tahun 2018. Dan syaratnya mestilah mempunyai akaun SSPN1M-i dan penerima manfaat (tahun 2018) berusia 7 sehingga 12 tahun atau belajar di sekolah rendah.

Bagi mereka yang tiada akaun SSPN1M-i, boleh buka akaun secara online dengan melayari web www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN yang berdekatan dan juga melalui ejen ejen sah yang dilantik mengikut syarat syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.




Sebelum Mimi terlupa, sekarang ini sedang berlangsung kempen 1 SIMPANAN 3 CABUTAN dan berpeluang memenangi hadiah pelancongan dan ganjaran tunai melalui CABUTAN WOW! SSPN1M-i Plus. Untuk maklumat lanjut sila layari << WEB INI>>

Post a Comment

35 Comments

  1. menabung tu sendiri amalan yg baik apatah lg dgn sspn kan...

    ReplyDelete
  2. bila baca ni terus rasa nak gi buka akaun SSPM utk syafi

    ReplyDelete
  3. Bagusnya dapat pulangan menarik! Simpan RM 500 percuma RM 500

    ReplyDelete
  4. Kedua-dua anak dah daftar sspn-i ni...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Mujur zarra dah ada akaun SSPN so nak dpt percuma 500 nora kena simpan lg 500. Menarik hope ada rezeki zarra.

    ReplyDelete
  6. El mmg dh lama ada akaun ni..mmg mcm satu pelaburan dan masa depa anak2

    ReplyDelete
  7. kesedaran perlu ada dari awal untuk anak-anak kan..

    ReplyDelete
  8. bagus amalan menabung ni.Dengan adanya SSPN-i lagilah bagus untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak akan datang

    ReplyDelete
  9. I pun baru simpan di sspn untuk anak-anak I..

    Bagus dapat buka account di sspn..

    ReplyDelete
  10. menarik, hari tu pun saya ada dengar dekat radio, simpan dapat duit rm500. bagus tu. dapat menyemai sikap menabung.

    ReplyDelete
  11. Bagus anak-anak sekarang boleh meneruskan pengajian kerana sudah ada simpanannya.Tak perlu fikir pinjaman lagi.

    ReplyDelete
  12. Tahun depan dah boleh start menabung utk Zahra kt sspn ni..duit raya simpan masuk sini je lah nanti..senang nak belajar besar nnt..

    ReplyDelete
  13. wah bagus ni.menarik.terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info mimi. Memang kena buat akaun SSPN untuk anak-anak ni. Untuk kesenangan diorang bila nak sambung belajar nanti.

    ReplyDelete
  15. Wah , bagus ni boleh la start riki dan menyimpan nanti.

    ReplyDelete
  16. Kempen yang baik oleh kerajaan. Syok juga simpan 500 dapat 500. Zaman akan datang kos belajar mesti lagi tinggi. Kita yang dah habis belajar ni pun samapai la ni tak habis lagi membayar hutang. Memang penting ada tabungan untuk pendidikan anak-anak. Boleh dapat pelepasan cukai.

    ReplyDelete
  17. MENARIK LA SSPN-I NI..jom la menyimpan..tapi dania dah besar plak..ada sspn biasa je..hahaha..apapun program ni bagus untuk kemudahan anak -anak pada masa depan kan..

    ReplyDelete
  18. Kita boleh ker nak buka akaun simpanan dengan SSPN1M ni heheheh sebab kita dah dewasa dan tak ada niat nak sambung belajar lagi wakakaka otak dah beku...

    ReplyDelete
  19. Betul tu. Memang bagus sebenarnya! Mak ayah saya pun dah daftarkan masa kecil-kecil dulu. Memang sangat membantu untuk masa depan anak-anak. Lagipun amalan menabung memang sentiasa menguntungkan, kalau tidak sekarang, di masa hadapan.

    ReplyDelete
  20. Bagus ni, masa depan lebih mencabar, better mula awal untuk menyimpan untuk anak2.

    ReplyDelete
  21. Benda macam ni bagus untuk masa depan, terjamin duit untuk anak-anak. Kita tak tau apa akan jadi future kan.

    ReplyDelete
  22. cabutan bertuah dan dapat percuma RM500 tu yang best!

    ReplyDelete
  23. Nanti dah ada anak memang kena plan baik2 kewangan untuk pendidikan mereka.senang nak smbung belajar

    ReplyDelete
  24. bagus sangat kempen ni sebab boleh membantu anak-anak kita in the future saving plan, nanti anak nak ke menara gading tak de pening pening nak buat loan je all the times.. ni dah habis belajar pun masih terkial-kial bayar hutang ptptn hehe

    ReplyDelete
  25. Kempen ni bagus untuk kita mulakan menabung kat sspn. Kena fikir jangka pnjang untuk anak2 juga kan

    ReplyDelete
  26. Bagus kempen menabung dengan SSPN nie Mimie, untuk pembelajaran anak-anak juga kan..

    ReplyDelete
  27. Bagus galakkan anak-anak menabung nti bila besar sudah ada simpanan utk belajar di kolej

    ReplyDelete
  28. Bagus ada kempen macam nie kan,untuk persediaan anak-anak nak belajar ke IPT nanti..

    ReplyDelete
  29. This is a great campaign, plus with savings,the kids will be able to have the opportunity to do the education that they would want in the future.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Mimi, terima kasih sebab sudi tinggal jejak di blog onie nah. Maaf atas kelewatan untuk balas kunjungan ini. SSPN? Simpan RM500 dapat RM500 lagi. Beruntung 500k+ pelajar yang bertuah :)

    ReplyDelete
  31. Good sharing kak, bagus kan untuk masa depan anak2.

    ReplyDelete
  32. Bagus betul kalau menyimpan di SSPN ni banyak manfaat dan kelebihan.

    ReplyDelete
  33. Bagusnya SKim SSPN. Rasanya dulu Ika ada buka juga, tapi tak ingat la kad tu letak kat mana. macam mana ye nk check tengok DIviden kita ke or nak tutup MIMI?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com