Isnin, 12 Mac 2018

Jalan Jalan di Pameran Ketenteraan Sempena Hari Tentera Ke 85

Jalan Jalan di Pameran Ketenteraan Sempena Hari Tentera Ke 85 | Selalunya hujung minggu, Mimi lebih selesa duduk di rumah. Tapi minggu ni tak tahulah kenapa rasa bosan duduk di rumah. Mimi pun ada beritahu suami teringin nak JALAN JALAN DI PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA HARI TENTERA KE 85.

JALAN JALAN DI PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA HARI TENTERA KE 85



Mula mula kitorang pergi Pantai Cahaya Negeri sebab ingatkan pameran ada kat sana. Sekali suami cakap pergi Pantai Saujana kot ada dekat sana. Sekali betul ada dekat Pantai Saujana. Kitorang salah lokasi. Masa datang nasib baik orang tak ramai sangat. Cuaca masa ni panas tau. Berpeluh juga Mimi dengan anak anak. Tapi nak JALAN JALAN DI PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA HARI TENTERA KE 85 punya pasal, tahan sajalah cuaca panas tu kan.


Berkerut kening Adhwa menahan panas. Mimi teringin juga nak naik kereta kebal ni tapi pakai dress kan. Takkan nak panjat plak. Tak sesuai.


Sempat juga bergambar depan khemah 24 RAMD. Tak pasti pula Mimi apa nama senjata ni. Lupa pula nak tanya suami apa nama senjata ni.


Mimi lupa apa nama kenderaan ni tapi kan Mimi sempat lagi berfikir macam mana keadaan tentera yang duduk dalam ni tak panas ke diorang dengan pakai baju loreng lagi kan? Tapi best jugalah walaupun menahan panas tapi Mimi tahu juga macam mana keadaan sebenar kenderaan tentera ni.

Banyak juga gambar Mimi ambil semasa JALAN JALAN DI PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA HARI TENTERA KE 85 ni. Tapi Mimi share beberapa saja lah untuk korang tengok.


Kenderaan ni namanya ADNAN AMC 120 MM. Tak pasti fungsi kenderaan. Nak tanya tentera yang ada ni Mimi agak segan sikit. Walaupun suami tentera kita tanya dia, dia suruh tanya orang yang jaga. Memang taklah nak tanya.


Ini Mealson Wheel. Tempat untuk cuci tangan dan basuh pinggan mangkuk dan cawan. Masa Mimi lalu punyalah fikir apa la bendanya. Unik kan tempat nak basuh tangan tentera ni?


Auni request nak naik kenderaan ni. Mimi tak ingat apa namanya. Jenuh nak ingat satu satu nama kenderaan yang digunakan tentera ni korang tau. Kalau suruh Mimi ingat nombor nombor ke tak apa memang kerja Mimi related dengan nombor nombor ni.


Auni seronok nak cuba dan rasa sendiri pengalaman naik kenderaan tentera. Aina kurang teruja, dia tengok je. Auni je semangat lain macam.



Ini lah pondok unit 24 RAMD. Ada macam macam senjata kat sini. Mimi ada juga angkat sikit senjata yang ada. Berat tak larat nak angkat. Suami cakap tak berat, ringan je. Banyaklah dia punya tak berat. Putus urat kentut kalau angkat senjata. Memang tak sesuai jadi tentera Mimi ni. Hahahaha....


So far, Mimi puas hatilah dapat kenal dengan lebih dekat kenderaan tentera yang ada, senjata yang digunakan, peralatan yang digunakan oleh unit Semboyan dan pelbagai lagi. Tak rugi pun JALAN JALAN DI PAMERAN KETENTERAAN SEMPENA HARI TENTERA KE 85 ni. Sekurang kurangnya kita boleh timba pengalaman dan ilmu baru mengenai bidang ketenteraan ni. 

5 ulasan:

  1. Sally tak pernah excited nak g pameran kak..entah kenapa..hahaha..best jugak la dapat jalan-jalan weekend

    BalasPadam
  2. seronok si kecik tengok kereta kebal
    hehehe

    BalasPadam
  3. anak22 laa yg plg excited kn dpt tgk sendiri dpn mata

    BalasPadam
  4. Menarik juga pameran nie Mimie, seronok anak-anak dapat jalan-jalan hujung minggu..

    BalasPadam
  5. Menarik jugak ni..rabia jarang sangat pergi pameran macam ni..sbb my parents tak nak pergi..heheh.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.