Sabtu, 31 Mac 2018

Resipi Asam Pedas Ikan Pari

7:34:00 PTG 4 Comments
Resipi Asam Pedas Ikan Pari | Hai korang! Hari ni korang masak apa? Mimi macam biasalah kalau time cuti Sabtu Ahad mood nak masak tu lain macam. Kalau weekdays nak masak pun tak ada mood sebab penat baru balik kerja kan. Selalunya weekdays, Mimi masak simple dan paling senang nak sediakan. Kalau Sabtu Ahad, memang sampai dua tiga menu Mimi masak. Hari ni Mimi nak share dengan korang RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI yang Mimi masak untuk makan tengahari tadi.

RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Asam Pedas Ikan Pari


Bahan Bahan diperlukan :

5 ketul ikan pari
Air Asam Jawa
Air
Minyak masak
Daun Kesum
1 biji tomato (belah 8)
Segenggam cili kering - dikisar
1 biji bawang besar merah(belah 4) - dikisar/dihiris
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - 1/2 inci dikisar / 1/2 inci dihiris
1 sdt lada hitam - dikisar
Garam

Cara masak :

1. Rendam ikan pari dengan air asam untuk hilangkan hanyir ikan pari.
2. Cili kering, 3 bahagian bawang besar yang dibelah, bawang putih, halia, lada hitam, sedikit air dikisar hingga lumat.
3. Panaskan minyak, tumiskan 1 bahagian bawang besar yang dihiris serta halia yang dihiris. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Gaul dan biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan pari. Biarkan sekejap.
5. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan seketika hingga kuah menggelegak.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan tomato. Gaul sekejap. Tutup api. Boleh dihidangkan.

Korang juga boleh tonton video yang Mimi sertakan di bawah.



Mimi suka makan Asam Pedas versi macam ni. Sedap. Sebelum ni Mimi buat Asam Pedas ikut style mak mertua. Tak berapa pedas sangat. Ada bahan yang tak digunakan. Itu kalau masak ikut style Melaka. Kalau masak ikut style PD pula atau versi mama Mimi, dia campur sikit rempah kari ikan bagi lagi kaw. Lada hitam tuh letak lagi banyak. Memang terbaiklah. 

Tadi masak Asam Pedas pun buat macam biasa cuma tak guna rempah kari ikan. Bahan yang ada ni pun terlebih cukup tu pun Mimi kurangkan lada hitam sebab risau suami tak tahan. Isteri dia ni memang hantu pedas. Pelik juga tau dulu Mimi memang tak tahan pedas. Sejak mengandung anak kedua sehinggalah sekarang menjadi jadi kuat pedasnya. Tapi jangan amalkan selalu okey.

Korang yang teringin nak makan Asam Pedas Ikan Pari ni bolehlah cuba resipi ni. Kalau korang tak suka tomato boleh je gantikan dengan bendi ikut kreativiti korang bila memasak okey. Selamat mencuba!

Jumaat, 30 Mac 2018

PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

8:02:00 PTG 26 Comments
PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Berita baik buat bakal pengantin di sekitar Nilai 3, Mimi nak kongsi dengan korang PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 di mana bagi Mimi sangat berbaloi dan menarik untuk korang menggunakan perkhidmatan mereka.


PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3



UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ini terletak di Nilai 3 , Negeri Sembilan. Kedudukannya yang strategik boleh dilihat dari tepi jalan dan kawasan parkir kereta juga luas. Memang sesuai menjadi pilihan buat korang yang ingin mengadakan majlis di sini terutamanya yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Lengkap semua pakej yang korang nak dari makanan sehinggalah sewa dewan semua ada, korang pilih saja tema apa korang nak, pasti akan direalisasikan.

Tidak kira apa jenis majlis korang ingin adakan sama ada majlis makan malam, reunion, perkahwinan, pernikahan, graduasi dan aqiqah. Semua pasti boleh hanya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3.

Apa yang menariknya di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3, pakej sewaan dewan ini juga lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, meja makan untuk tetamu dan beberapa dekorasi lain terutamanya kalau korang adakan majlis perkahwinan. Tak perlu pening kepala nak  cari dan sewa perkhidmatan perkahwinan yang lain.

Mimi berpeluang datang ke UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan melihat sendiri perkhidmatan sewa dewan yang disediakan. Serius cakap, dewannya besar dan luas, dekorasi dewan  serta pelamin sangat cantik. Nampak mewah dan esklusif.

Dewan yang besar dan luas

Hiasan pelamin tampak ringkas tetapi eksklusif sangat. Memang cantik

Meja makan beradab
Meja makan tetamu yang dihias ringkas tetapi cantik
Meja untuk pelbagai juadah dan live cooking

Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga ada disediakan surau lelaki dan perempuan, tandas dan bilik VIP (bilik persalinan pengantin). Kiranya apa yang korang inginkan semua ada di sini. 

UBE CATERING SERVICES

Selain menyediakan sewaan dewan dan pelamin, di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 juga menyediakan perkhidmatan katering yang di kelolakan di bawah UBE CATERING SERVICES. Ia mula bertapak dalam bidang katering sejak tahun 1998 dan telah menerima banyak tempahan makanan untuk pelbagai majlis. UBE Catering Services menyediakan pelbagai pilihan menu yang menarik dan pastinya sedap. Ada lebih 100 menu yang boleh dipilih mengikut citarasa masing masing dan yang penting mempunyai sijil HALAL kelulusan JAKIM.

Sudut yang mempamerkan sijil Halal Jakim dan menu yang disediakan


Mimi berkesempatan makan tengahari dan mencuba pelbagai menu yang disediakan oleh UBE Catering Services baru baru ini. Jujur Mimi beritahu korang, menu yang disediakan memang sangat sedap dan cukup semua rempah ratus dan rasanya. 

Nasi Minyak
Ayam Masak Madu
Daging Rendang Minang
Dalca Sayuran

Acar Jelatah Sri Mersing
Papadom Selembut Awan
Tembikai
Oren
Air Punch dan Air Mineral
Mimi paling suka Daging Rendang Minang yang disediakan. Sedap sangat. Memang Mimi bagi 5/5 lah. Semua menu yang disediakan memang sangat sedap tapi lauk daging tetap pilihan nombor satu. Secara keseluruhannya Mimi bagi 5/5 untuk semua menu yang disediakan. Sedap sedap belaka tau korang!

Tengok saja dah terliur tau

Bukan Mimi saja cakap sedap okey, kawan kawan yang lain pun cakap sedap. Serius tak tipu tak korang. Kalau tak sedap Mimi akan cakap tak sedap. Tapi  semua menu yang UBE Catering Services sediakan memang sedap sangat.

Untuk korang yang berminat ingin menggunakan perkhidmatan di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 boleh lihat pakej menarik yang ditawarkan :

SRI TANJUNG (1000/PAX)
HARGA ASAL - RM25.50 
HARGA PROMOSI - RM19.90

Menu hidangan :
🌸Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
🌸Daging Masak Kari / Gulai Kawah
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Kashmir
🌸Buah Tembikai
🌸Air Sirap Kampung
🌸Air Mineral

Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸25 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸250 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸2 Unit Dom Berhidang
🌸12 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering


SRI KEKWA (1000/PAX)
HARGA ASAL - RM30.50 
HARGA PROMOSI RM23.50

Menu hidangan :
🌸Nasi Beriani / Nasi Minyak
🌸Nasi Putih
🌸Ayam Goreng Serai / Berempah
🌸Daging Masak Hitam / Maska Beriani
🌸Dalca Sayuran
🌸Acar Jelatah
🌸Papadom Taj Mahal
🌸Buah Tembikai + Oren
🌸2 Jenis Kuih (Manis + Pedas)
🌸Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
🌸Teh Tarik dan Kopi O
🌸Air Punch
🌸Air Mineral

Pakej termasuk :
Sewaan Dewan
🌸30 Unit Meja Bulat + Alas (top) mengikut tema
🌸300 Unit Kerusi Chiavary
🌸2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
🌸1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
🌸Pelamin Dewan (18 kaki)
🌸Set Meja Makanan Beradab / Makanan
🌸Gubahan bunga artificial di meja makan beradab dan sekuntum bunga di setiap meja tetamu
🌸3 Unit Dom Berhidang
🌸13 Orang Pelayan Beruniform
🌸Peralatan Katering

Mesti korang dah tertarik kan dengan perkhidmatan dan pakej yang disediakan. Hah apa tunggu lagi.  Buat semua bakal pengantin yang bakal berkahwin selepas Hari Raya atau hujung tahun ini, korang boleh buat tempahan sekarang dan paling best sekarang diadakan promosi hebat untuk tahun ini.

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Web :
www.ubecatering.com

Facebook :

Instagram :

No.Telefon : 
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email : 
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com

Khamis, 29 Mac 2018

Cabaran Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Eucerin ® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

7:49:00 PTG 30 Comments
Sertai Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12000!

Musuh utama Mimi mestilah jerawat! Ingat dulu semasa zaman belajar di UiTM, muka Mimi memang breakout gila. Jerawat tumbuh melata dekat muka ni. Masa tuh memang tak pernah pakai apa apa produk kulit pun. Memang tahap keyakinan Mimi masa tu jatuhlah. Malu nak berdepan dengan orang sebab kulit muka penuh jerawat merah dan besar. Sekarang bila umur dah meningkat tak ada dah jerawat merah dan besar tumbuh macam tu. Jerawat akan tumbuh sekali tiga empat biji kemerahan sama ada kecil atau sederhana.



Sekarang ni jerawat akan tumbuh bila lagi seminggu nak period. Eh ikut suka dia nak tumbuh dekat mana kan. Jadi, bila jerawat tumbuh dekat muka memang Mimi menyampah betul. Lepas tu, ditambah pula kulit muka berminyak dan pori besar. Lagi jadi menyampah tau. Sehinggalah Mimi jumpa dan mencuba produk Eucerin® ProACNE Solution A.I untuk merawat masalah jerawat dan kulit berminyak serta pori besar Mimi.

Cabaran Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Eucerin ® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment




Eucerin® merupakan salah satu jenama dermo- kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu EUCERIN® PROAXNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit.



Diformulasikan dengan bahan bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat.

Mesti korang tertanya apa itu jerawat komedon? Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu kepada yang mengalami masalah jerawat.

Tekstur dan warna krim Eucerin® ProACNE


Korang yang ada masalah jerawat bolehlah mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah :

  • Langkah 1 : Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari .
  • Langkah 2 : Poskan gambar "sebelum dan selepas" korang dan kongsi pengalaman mencubakan produk ini di halaman facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000 manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.


CABARAN KULIT BEBAS-JERAWAT EUCERIN® 14 HARI


Jerawat tumbuh di bahagian bawah pipi dan dahi tanda nak period


Mimi telah sahut CABARAN KULIT BEBAS-JERAWAT EUCERIN® 14 HARI. Dan hasil selepas menggunakannya memang memuaskan tau. Jerawat cepat kecut dan paling best tidak meninggalkan kesan hitam langsung pada muka. Kulit Mimi kalau tumbuh jerawat, walaupun tak sentuh tetap tinggalkan bekas hitam yang gelap dan payah nak hilang. Tak suka tau. Tapi selepas guna Eucerin® sangat puas hati tau.

Cabaran 14 Hari menggunakan Eucerin® ProACNE Soluion A.I. Clearing Treatment



Cara nak gunakan pun senang saja tau korang. Pastikan sebelum guna Eucerin® cuci muka bersih bersih. Lap muka sehingga kering dan sapukan Eucerin® ProACNE secara rata di muka. Tonton video di bawah.




Memang best sangat selepas Eucerin® ni tau. Memang nampak perbezaan muka Mimi sebelum dan selepas menggunakan Eucerin®. Selain daripada jerawat cepat kecut, tidak meninggalkan bekas jerawat, kulit muka Mimi dah kurang berminyak, lembab dan lembut saja tau. Memang terbaiklah Eucerin® ni. Keluar rumah tak payah pakai bedak dah. Sapu Eucerin®, pakai lipstick dan celak. Cukup dah. Yang paling best sejak guna Eucerin® jerawat segan silu nak tumbuh dekat muka. Dalam sebulan muka Mimi wajib naik tiga empat biji jerawat tau. Sekarang dah tak ada. Suka suka.

Percaya tak semasa gambar ni diambil Mimi hanya pakai Eucerin® ProACNE, lipstick dan celak saja. Bebas dari sbarang foundation, concealer atau compact powder


Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaianq yang sama kini tersedia dalam bungkusan ysng diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY

Selasa, 27 Mac 2018

Yakin dengan diri anda, #makeyourmark dengan Bio-Oil

11:14:00 PTG 9 Comments
Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.

Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.

"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.

Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.

Berikut adalah perkongsian beberapa wanita luar biasa tentang pengalaman mereka dengan Bio-Oil:




“Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. "  kata Elaine Daly, seorang Pelakon, Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan, dan Pengarah Saluran www.hurr.tv.



“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant.



“Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.


Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable

Kempen #makeyourmark adalah yang pertama dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.

Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia

4:23:00 PTG 35 Comments
Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia | Mimi yakin dan pasti semua tahu apa itu SSPN1M yang telah ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan PTPTN. Mimi nak kongsi dengan semua KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA untuk anak anak.



Sebelum tu, jom imbas semula apa itu PTPTN dan SSPN1M. Untuk pengetahuan semua, PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 (Akta 566) berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Ia berfungsi untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.

Manakala SSPN1M ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dimana ia telah dijenamakan semula. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang lebih dikenal sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus dikenali sebagai SSPN-i Plus. Ciri ciri produk masih dikekalkan dan masih relevan untuk penabungan pendidikan anak anak.

KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA




Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan yang terbaik untuk masa depan anak anak kita. Banyak perkara yang akan kita lakukan untuk mereka antaranya ialah membuka akaun simpanan untuk mereka. Dan kenapa tidak kita sebagai ibu bapa memilih untuk menabung dengan SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA kerana banyak kebaikan yang  boleh perolehi dengan membuka akaun SSPN1M-i.

Mimi memilih menabung dengan PTPTN SSPN1M-i untuk anak anak kerana kebaikan dan kelebihan yang diperolehi apabila membuka akaun dengannya.

KEBAIKAN PTPTN SSPN1M-i 




1) merupakan satu cara yang sangat mudah untuk anak anak memohon pinjaman pendidikan sekiranya mereka menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

2) skim ini menawarkan pelan simpanan yang sangat menarik

3) mempunyai perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan berjumlah RM1000 ke atas.

4) kadar dividen yang kompetetif 

5) simpanan terjamin oleh kerajaan

6) pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga RM10,000 satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat

7) layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Tahukah anda semua, kebaikan pelan simpanan ini sangat bagus jika kita membuka akaun SSPN1M-i kerana sebagai ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang, kita diberi pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada jumlah simpanan bersih bagi tahun semasa. Perlu diingatkan, sekiranya membuka akaun SSPN1M-i untuk diri sendiri tidak akan diberi pelepasan taksiran cukai.

Jadi, kenapa tidak kita mula menabung di SSPN1M-i untuk pendidikan anak anak sekarang. Bukan sahaja banyak kebaikan yang diperolehi malahan ia juga memberikan keuntungan kepada kita. Menabung merupakan satu amalan yang sangat bagus diamalkan. Jom ramai ramai menyimpan di SSPN1M-i.



Berita baik buat semua yang sudah mempunyai akaun SSPN1M-i, anda layak menerima Insentif Geran Sepadan RM500 dimana ia diperkenalkan pada 1 Januari 2081 sehingga 31 Disember 2018.

Untuk melayakkan anda menerima insentif ini, perlulah membuat simpanan sekurang kurangnya RM500 pada tahun 2018. Dan syaratnya mestilah mempunyai akaun SSPN1M-i dan penerima manfaat (tahun 2018) berusia 7 sehingga 12 tahun atau belajar di sekolah rendah.

Bagi mereka yang tiada akaun SSPN1M-i, boleh buka akaun secara online dengan melayari web www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN yang berdekatan dan juga melalui ejen ejen sah yang dilantik mengikut syarat syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.




Sebelum Mimi terlupa, sekarang ini sedang berlangsung kempen 1 SIMPANAN 3 CABUTAN dan berpeluang memenangi hadiah pelancongan dan ganjaran tunai melalui CABUTAN WOW! SSPN1M-i Plus. Untuk maklumat lanjut sila layari << WEB INI>>

Sabtu, 24 Mac 2018

Gigi Putih dan Sihat Dengan Tooth Beauty Kit

12:15:00 PG 18 Comments
Gigi Putih dan Sihat dengan Tooth Beauty Kit | Siapa yang tak nak gigi putih berseri dan sihat kan? Semua orang ingin memiliki gigi yang putih. Tahu tak korang sekarang ni kan ada produk yang mampu memutihkan gigi kita tau. Tak percaya? Jom baca entry ini selanjutnya bagaimana nak dapatkan gigi putih dan sihat dengan Tooth Beauty Kit.


GIGI PUTIH DAN SIHAT DENGAN TOOTH BEAUTY KIT




Banyak faktor yang menyebabkan gigi kuning antaranya faktor pemakanan, merokok dan sebagainya. Bila gigi kuning pastinya kita akan merasa kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang malahan buat kita tidak rasa selesa untuk bercakap dengan orang lain. Pastinya kita akan berusaha mencari jalan macam mana nak putihkan gigi. Antaranya ialah mencari tips putihkan gigi dengan selamat di media massa.

Mimi nak berkongsi dengan korang cara putihkan gigi dengan berkesan. Caranya ialah korang boleh cuba Tooth Beauty kit iaitu COMBO GIGI BERSINAR yang mempunyai 2 produk iaitu SUPER CARBON dan PEN PEMUTIH GIGI.

Untuk pengetahuan korang set pemutih gigi ini salah satu produknya ialah SUPER CARBON. Apa itu SUPER CARBON? Mesti korang nak tahu apa itu SUPER CARBON kan? Selamat atau tidak menggunakannya. Yalah takut gigi terhakis ke apa kan. Korang tak perlu risau menggunakan SUPER CARBON kerana ia merupakan serbuk arang di mana ia adalah cara paling selamat dan terkawal  kerana ia dari bahan semulajadi dan tidak menghakis.

SUPER CARBON ini ada kelebihannya tau korang. Antara kelebihan SUPER CARBON ialah :


  • Melindungi gusi dari jangkitan bakteria
  • Meneutralkan masalah nafas berbau
  • Menghilangkan karat karat pada gigi
  • Menstabilkan pH dalam mulut 100% dari bahan semulajadi
  • Mencegah masalah kaviti
  • Menguatkan gigi
  • Mendapat kelulusan KKM

KELEBIHAN PEN PEMUTIH GIGI 




Okey, korang dah tahu dengan lebih jelas apa itu SUPER CARBON kan? Sekarang Mimi nak share dengan korang mengenai PEN PEMUTIH GIGI pula. Apa itu PEN PEMUTIH GIGI? PEN PEMUTIH GIGI adalah sejenis pen yang mengandungi gel khas untuk memutihkan gigi kerana ia merupakan alat pemutih gigi yang berkesan.

Antara kelebihan pen pemutih gigi yang selamat perlu korang tahu ialah :

a) Gel berkualiti tinggi ini tidak sama sekali merosakkan enamel tapi ia membuang kotoran yang melekat padanya.

b) Bahan yang digunakan telah melalui ujikaji. Mempunyai sijil CE, MSDS & FDA. Probabiliti pengguna yang mengalami masalah gigi sensitif dan iritasi adalah terlalu kecil.

c) Senang dibawa dan mudah dipakai

d) Mempunyai kelulusan KKM



Korang tidak perlu ragu ragu menggunakan PEN PEMUTIH GIGI kerana ia adalah Halal tau. Bahan bahan yang digunakan telah pun dirujuk sebelum di ambil dari kilang. Jadi tiada unsur unsur haram digunakan. Bahan yang digunakan dalam produk ini adalah sama digunakan oleh para doktor gigi dalam proses cuci gigi atau servis gigi. Penggunaan PEN PEMUTIH GIGI ini juga tidak ada kesan sampingan.

Mesti korang nak tahu juga kan apakah bahan yang digunakan dalam PEN PEMUTIH GIGI ini. Untuk pengetahuan korang, terdapat dua jenis pen pemutih gigi iaitu jenis Peroxide iaitu ia menghakis tetapi tidak berbahaya dan Non-Peroxide yang tidak menghakis. Jadi, bahan yang digunakan adalah Non-Peroxide. Produk yang mengandungi Peroxide tidak diterima masuk ke negara Eropah atas sebab sebab tertentu. Hanya Non-Peroxide sahaja yang dibolehkan.



Satu set pemutih gigi yang berkesan ini boleh tahan sehingga 60 kali sapuan pada gigi di mana jika seminggu tiga kali sapuan boleh tahan sehingga 2 hingga 3 bulan. Jimatkan? Nampak kecil tapi tahan lama.

Oh ya, untuk makluman korang kesan awal pemutih gigi boleh dilihat seawal 1 hingga 2 minggu penggunaan bergantung kepada konsistensi pemakaian dan penjagaan minuman seperti kopi, nescafe dan sebagainya. Kesan pada gigi juga boleh jadi kekal jika penjagaan gigi diutamakan di mana produk ini membersihkan atau membuang daki kuning pada gigi supaya kelihatan putih atau cerah seperti sediakala. Jadi, amat penting mendisiplinkan diri untuk menjaga dan mengekalkan gigi putih berseri. Tapi perlu diingatkan produk ini bukanlah produk yang dapat mengekalkan kerana ia bukan seperti cat mewarnakan untuk kekal.

Sebelum korang mengimpikan nak dapat gigi yang putih dan bersih, korang perlulah tahu apa dan bagaimana cara dapatkan gigi yang putih terlebih dahulu. Ini tidak, cakap nak gigi putih berseri tapi diri sendiri tak ada disiplin menjaga kebersihan gigi. Betul tak?



Mesti korang dah tak sabar nak memiliki dan ingin mengetahui cara putihkan gigi dengan selamat tanpa perlu ragu dan was was kan? Okeylah, korang boleh dapatkan Tooth Beauty Kit ini dengan harga hanya RM70.00 sahaja tau korang. Murah kan? Harga mampu milik tau. Nak gigi putih dan cantik berseri, cepat cepat dapatkan Tooth Beauty Kit. Produk terbaik untuk putihkan gigi dengan selamat dan berkesan.

Cara untuk buat pembelian Tooth Beauty Kit ini mudah sahaja korang. Korang boleh klik terus link whatsapp yang Mimi sertakan di bawah ni.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk pemutih gigi ini, korang juga boleh layari :

Rabu, 21 Mac 2018

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE

10:19:00 PTG 40 Comments
Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.



Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE, MAMEE, MAMEE MONSTER,

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program sepertiMobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.

“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

SHINSEGAE MAMEE LANCAR PRODUK FOODSERVICE, MAMEE, MAMEE MONSTER,


Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.

Selasa, 20 Mac 2018

Hadiah Top Commentator Bulan Mac

3:36:00 PTG 18 Comments
Assalamualaikum dan selamat petang korang. Dah dua hari tak update blog rasa lemau sungguh badan sebab tak sihat. Entry kali ni Mimi nak update mengenai hadiah top commentator bagi bulan Mac.

Sebelum ni top commentator dapat hadiah eye shadow Focallure. Untuk bulan Mac ni hadiah masih sama iaitu eye shadow Focallure. Kali nih Mimi bagi kod 02 pula.


Masih dalam kotak dan berbalut dengam plastik tau korang. Hah siapalah yang beruntung dapat hadiah eye shadow ni kan. Eye shadow ni best tau pigmented. Doakan Mimi diberi rezeki yang melimpah. Mana tahu top commentator yang kedua pun dapat hadiah juga kan.


Kalau nak tengok warna kod 02 ni dengan lebih jelas korang boleh baca entry ni  http://www.mimiazirah.com/2018/02/hadiah-top-commentator-bulan-februari.html?m=1

Good luck ya korang!

Ahad, 18 Mac 2018

Resipi Sotong Goreng Berempah Versi Derhaka

12:52:00 PTG 24 Comments
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu korang. Hari ni Mimi up entry santai je korang. Asyik share pasal review saja kan. Kali ni Mimi up resipi pula. Hari hari masak otak boleh tepu tau sebab jadi blur nak masak apa. Tengok dalam fridge banyak saja lauk basah. Ikan ada 4 jenis, sotong, udang, ayam tapi bila tengok blur tak tahu nak masak. 

Selalunya kan korang kalau Mimi dah blur sangat tak tahu nak masak apa, Mimi rujuk buku 1 HARI 1 RESIPI Chef Hanieliza. Dalam tu banyak tau resipi yang dikongsikan. Belek punya belek, Mimi tertarik pula nak cuba satu resipi yang dikongsikan oleh Chef Hanieliza. Tapi resipi Mimi ni verai derhaka sebab Mimi guna saja bahan apa yang ada. Nak keluar rumah beli bahan yang tak ada malas. Guna saja apa yang ada janji resipi tuh menjadi. Jadi, jom tengok RESIPI SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA yang Mimi masak untuk makan tengahari hari ni.

RESIPI SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA


Sotong Goreng Berempah

BAHAN BAHAN :

Sotong (ikut korang nak banyak mana)
2 sudu besar rempah kari (Mimi guna rempah kari ikan) - dibancuh dengan air
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (resipi asal tak ada. Suka hati jiwa raga tambah)
1 labu Bawang besar merah (dihiris bentuk bulat gelang)
1 labu Bawang besar merah saiz kecil (Mimi guna bawang merah India) - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk

CARA MENYEDIAKAN :

Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing sikit. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh. Masak hingga pecah minyak. Bila korang tengok rempah tadi dah pecah minyak, masukkan sotong dan air asam jawa. Gaulkan sebati. Masukkan kiub pati ikan bilis. Gaul lagi dan biar seketika. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bentuk bulat gelang. Biar seketika kemudian bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sotong Goreng Berempah


Senang dan ringkas saja korang nak sediakan SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA ni. Kalau versi asal resipi Chef Hanieliza ni, kena tumis bahan yang ditumbuk tadi dengan halba dan daun kari. Lepas tu ada masukkan tomato. Tapi rumah Mimi tiga bahan ni dah habis, jadi masak saja dengan apa yang ada. Sebab tu Mimi cakap resipi ni versi derhaka. Lepas ni Mimi nak pastikan segala rempah ratus ada di rumah, bila nak masak senang semua ada. Bila habis memang malas nak keluar rumah. Nanti korang boleh try resipi ni makan dengan nasi panas panas sedap.

Jumaat, 16 Mac 2018

Tips Untuk Dapatkan Bounce Rate Blog Rendah

4:41:00 PTG 34 Comments
Tips Untuk Dapatkan Bounce Rate Blog Rendah | Sebelum ni kan Mimi tak ambil peduli pun pasal bounce rate blog ni. Tapi sejak baca entry daripada blog tuan Hasrul Hassan, baru Mimi sedar betapa pentingnya bounce rate untuk sesebuah blog. Sebelum ni bounce rate blog Mimi agak tinggi tapi sekarang alhamdulillah bounce rate blog Mimi dah rendah. Nak tahu TIPS UNTUK DAPATKAN BOUNCE RATE BLOG RENDAH korang baca selanjutnga macam mana Mimi buat untuk dapatkan bounce rate blog rendah.

TIPS UNTUK DAPATKAN BOUNCE RATE BLOG RENDAH



Macam Mimi cakap sebelum ni kan bounce rate blog Mimi sangat tinggi tau. Mimi buat perbandingan bounce rate blog sebelum dan selepas ikut tutorial yang diberikan tuan Hasrul Hassan.

Bounce Rate blog Mimi dari 01/01/2018 - 15/01/2018 : 88.97%

Bounce Rate blog Mimi dari 01/02/2018 - 15/02/2018 : 88.63%

Bounce Rate blog Mimi dari 01/03/2018 - 15/03/2018 : 10.95%

Nampak jauh bezakan bounce rate blog Mimi bulan Januari dan Februari dengan bounce rate bulan Mac. Untuk makluman korang, bulan Januari dan Februari tu bounce rate Mimi tinggi sangat sebab belum ikut cara tuan Hasrul Hassan lagi. Selepas ikut tutorial yang dikongsikan beliau, alhamdulillah bounce rate  blog bulan Mac jadi rendah.

Mungkin ada yang berpendapat bounce rate ni tak penting, macam Mimi fikir dululah. Sejak baca entry dari blog tuan Hasrul Hassan yang ini >> https://www.hasrulhassan.com/2014/04/apa-itu-bounce-rate.html?m=1 << terus jadi jadi insaf. Nampak sangat tak ambil tahu sangat pasal blog. Tapi sekarang dah insaf tau.

TIPS UNTUK DAPATKAN BOUNCE RATE BLOG RENDAH senang saja korang. Ikut step yang diajarkan oleh tuan Hasrul Hassan betul betul, mesti boleh punya. Macam Mimi, selepas ikut tutorial yang diberikan, Mimi PM tuan Hasrul Hassan tanya cara yang Mimi buat tuh betul atau tidak. Alhamdulillah dia kata betul. Dan hasilnya memang menjadi. Tak sia sia tau ikut tutorial yang diberikan, hasilnya sangat memuaskan hati Mimi. Teruja pulak bila tengok bounce rate blog rendah.

Nak TIPS UNTUK DAPATKAN BOUNCE RATE BLOG RENDAH korang boleh klik link ini >> https://www.hasrulhassan.com/2016/06/tips-trik-dapat-bounce-rate-blog-rendah.html?m=1 << dan korang ikut step yang diajarkan oleh tuan Hasrul Hassan. In shaa Allah berhasil. Kalau tak faham boleh saja tanya tuan Hasrul Hassan. Nak tanya Mimi pun boleh. So, korang yang bounce rate tinggi bolehlah cuba tips ini. Good luck!