KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI 

YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.




Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.



Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.




Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.



Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

                                               ********

Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.


Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Post a Comment

31 Comments

  1. Sabun favorite syafi ni. Asal mandi sibuk minta sabun CR ni letak kt tgn dia.

    ReplyDelete
  2. Kita mmg suka dgn carrier junior.. Smpi ke skrg guna bedak talkum dia..hihi... Shower dia kdg2 amik ank buah punya..sbb wangi..

    ReplyDelete
  3. Anak- anak buah akak suka sangat ngan CJ ni..kalau balik weekend selalu mintak mandi kolam depan umah letak CJ banyak2 main buih..ala- ala mandi buih la konon...mentang2 free sesuka jer pam banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kalau tak p tengok dalam bilik air, memang gembira betul depa main sabun.

      Delete
  4. Carier junior ni antara produk yg paling zaza suka bauan dia.. Hehe.. Oh ya ada nya koleksi sukan ria mcm tu mmg best kan kak.. Anak2 sudah semestinya suka untum bermain.. :)

    ReplyDelete
  5. Seronok lah anak-anak, dapat mandi dengan Carrie Junior yang wangi n dapat mainan lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat mainan tuh best.... packaging yang comel...anak anak of course sukaaa...hehe

      Delete
  6. Betul..betul..time mandi mmg waktu kesukaan budak-budak..tambah2 ada carrie junior ni, lagi la budak2 tazabarrr nak mandi...

    ReplyDelete
  7. Hehe. Anak ida pon pakai carrie junior ni sebab bau dia macam buah real je. sedap sangat. hehe. sambil-sambil tunggu dia besar dapat kumpul mainan ni nanti dia da besar boleh main :)

    ReplyDelete
  8. Carry junior ni best, sampai sekarang guna lagi body bath diaaa yang grape 💜

    ReplyDelete
  9. Menarik! Anak Zeza pon Zeza guna mandian carrie junior ni. Ada perasan label mainan ni. Tapi tak tengok lagi kat dalam. Tunggu habis dulu nanti baru boleh tengok dapat figura apa. Tak sabar pulak rasa nak tahu.

    ReplyDelete
  10. Warghh...ade permainan baru ke..haritu tengok kat shopping mall AEON takdok lagi ..memang anak-anak Sal takleh berpisah dengan rangkain produk CARRIE JUNIOR

    ReplyDelete
  11. Bestnya kanak-kanak kalau dah tau tu mesti mainan duku diaorang akan cari. kak atin pon belek2 botol terus nak bukak mainan

    ReplyDelete
  12. Best ada mainan. Hehe. Carrie Junior ni bukan anak2 ja pakai, kita yg dewasa ni pun seronok guna.

    ReplyDelete
  13. Marsha suka toy dia sebab comel comel je. Kumpul pastu bleh main game.

    ReplyDelete
  14. carrier junior brand yg famous untuk budak2..

    ReplyDelete
  15. Zaman yana dulu takda nie semua.. Haha carrie junior memang best.. Wangi wangi

    ReplyDelete
  16. Ada mainan Tu yg beat. Apapun mama pun suka bau Carrie jr dah le Ada mainan

    ReplyDelete
  17. Ramai plak yg pakai carrie junior sis tgok skrg. Sis anak2 dah besar dah..masing2 dah pandai pilih sendiri. Kalau dah ada cucu leh lah beli utk cucu pulak..hehehe

    ReplyDelete
  18. TB suka gak carrie Junior ni.. wangi.. pastu ada toys tu.. part yang ni budak2 memang suka kan! excited nya kelihatan terpancar diwajah bila nak tengok dapat toys apa setiap kali beli mandian carrier junior ni...

    ReplyDelete
  19. Suka carrie junior sebab wangi. Tapi kena pantau sebab anak2 kalau dapat sabun memang sekejapan habis dikerjakannya.

    ReplyDelete
  20. Wangi...ada mainan. Allah ! Pakej betull

    ReplyDelete
  21. anak memang suka betul dengan mandian carrie junior ni. wajib ada dalam bilik air

    ReplyDelete
  22. Ni kalau anak ni harus beli la hahaha ada barang percuma mesti la teruja

    ReplyDelete
  23. Lia suka juga pakai bedak Carrie Junior ni sebab wangi. Kalau ada anak memang akan beli set mandian Carrie Junior bg anak pakai.

    ReplyDelete
  24. Memang comel, selamat....sesuai ngan kulit bebudak..

    ReplyDelete
  25. anak-anak memang suka carrie junior, mainan depa rembat dulu

    ReplyDelete
  26. ala mimi.. kitorang dapat mainan piala je kat belakang tu.. kecewa betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.ita tak pa, nanti beli lagi dapat mainan lagi comel kot

      Delete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com