YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!
Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.
Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.
Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.
Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.
Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
********
Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.
31 Comments
Sabun favorite syafi ni. Asal mandi sibuk minta sabun CR ni letak kt tgn dia.
ReplyDeleteKita mmg suka dgn carrier junior.. Smpi ke skrg guna bedak talkum dia..hihi... Shower dia kdg2 amik ank buah punya..sbb wangi..
ReplyDeleteAnak- anak buah akak suka sangat ngan CJ ni..kalau balik weekend selalu mintak mandi kolam depan umah letak CJ banyak2 main buih..ala- ala mandi buih la konon...mentang2 free sesuka jer pam banyak2
ReplyDeleteSA kalau tak p tengok dalam bilik air, memang gembira betul depa main sabun.
DeleteCarier junior ni antara produk yg paling zaza suka bauan dia.. Hehe.. Oh ya ada nya koleksi sukan ria mcm tu mmg best kan kak.. Anak2 sudah semestinya suka untum bermain.. :)
ReplyDeleteSeronok lah anak-anak, dapat mandi dengan Carrie Junior yang wangi n dapat mainan lagi kan..
ReplyDeleteDapat mainan tuh best.... packaging yang comel...anak anak of course sukaaa...hehe
DeleteBetul..betul..time mandi mmg waktu kesukaan budak-budak..tambah2 ada carrie junior ni, lagi la budak2 tazabarrr nak mandi...
ReplyDeleteHehe. Anak ida pon pakai carrie junior ni sebab bau dia macam buah real je. sedap sangat. hehe. sambil-sambil tunggu dia besar dapat kumpul mainan ni nanti dia da besar boleh main :)
ReplyDeleteCarry junior ni best, sampai sekarang guna lagi body bath diaaa yang grape 💜
ReplyDeleteMenarik! Anak Zeza pon Zeza guna mandian carrie junior ni. Ada perasan label mainan ni. Tapi tak tengok lagi kat dalam. Tunggu habis dulu nanti baru boleh tengok dapat figura apa. Tak sabar pulak rasa nak tahu.
ReplyDeleteWarghh...ade permainan baru ke..haritu tengok kat shopping mall AEON takdok lagi ..memang anak-anak Sal takleh berpisah dengan rangkain produk CARRIE JUNIOR
ReplyDeleteBestnya kanak-kanak kalau dah tau tu mesti mainan duku diaorang akan cari. kak atin pon belek2 botol terus nak bukak mainan
ReplyDeletedepa lagi pantas tau pasal mainan kan bonde
DeleteBest ada mainan. Hehe. Carrie Junior ni bukan anak2 ja pakai, kita yg dewasa ni pun seronok guna.
ReplyDeleteMarsha suka toy dia sebab comel comel je. Kumpul pastu bleh main game.
ReplyDeletecomel sangat. gajah warna pink..hihihi
Deletecarrier junior brand yg famous untuk budak2..
ReplyDeleteZaman yana dulu takda nie semua.. Haha carrie junior memang best.. Wangi wangi
ReplyDeleteAda mainan Tu yg beat. Apapun mama pun suka bau Carrie jr dah le Ada mainan
ReplyDeleteRamai plak yg pakai carrie junior sis tgok skrg. Sis anak2 dah besar dah..masing2 dah pandai pilih sendiri. Kalau dah ada cucu leh lah beli utk cucu pulak..hehehe
ReplyDeleteTB suka gak carrie Junior ni.. wangi.. pastu ada toys tu.. part yang ni budak2 memang suka kan! excited nya kelihatan terpancar diwajah bila nak tengok dapat toys apa setiap kali beli mandian carrier junior ni...
ReplyDeleteSuka carrie junior sebab wangi. Tapi kena pantau sebab anak2 kalau dapat sabun memang sekejapan habis dikerjakannya.
ReplyDeleteWangi...ada mainan. Allah ! Pakej betull
ReplyDeleteanak memang suka betul dengan mandian carrie junior ni. wajib ada dalam bilik air
ReplyDeleteNi kalau anak ni harus beli la hahaha ada barang percuma mesti la teruja
ReplyDeleteLia suka juga pakai bedak Carrie Junior ni sebab wangi. Kalau ada anak memang akan beli set mandian Carrie Junior bg anak pakai.
ReplyDeleteMemang comel, selamat....sesuai ngan kulit bebudak..
ReplyDeleteanak-anak memang suka carrie junior, mainan depa rembat dulu
ReplyDeleteala mimi.. kitorang dapat mainan piala je kat belakang tu.. kecewa betul
ReplyDeletek.ita tak pa, nanti beli lagi dapat mainan lagi comel kot
Delete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com