Selasa, 27 Februari 2018

Glow Gelenggang Merawat Masalah Kegatalan dan Resdung

Glow Gelenggang Merawat Masalah Kegatalan dan Resdung | Siapa ada masalah gatal - gatal dan resdung macam Mimi, angkat tangan! Rasa stress tau bila ada masalah gatal - gatal dan resdung ni. Mimi akan gatal  - gatal pada bahagian muka sebab ada resdung. Bila tumis cili, bersin memang tak berhenti punya. Stress oii bersin banyak kali. Bukan Mimi saja mengalami gatal - gatal, Adhwa pun sama. Alhamdulillah, Mimi dah jumpa penyelesaian kepada masalah yang Mimi dan Adhwa hadapi iaitu Glow Gelenggang Merawat Masalah Kegatalan dan Resdung.

GLOW GELENGGANG MERAWAT MASALAH KEGATALAN DAN RESDUNG


Produk Organic Herbal Glow Gelenggang


Pernah dengar tak mengenai GLOW GELENGGANG MERAWAT MASALAH KEGATALAN DAN RESDUNG sebelum ni? Mesti ada yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar kan? Jadi, Mimi nak share dengan korang secara terperinci produk GLOW GELENGGANG ni. Sebelum tu mesti ada  antara korang yang masih janggal dan tidak pernah dengar apa itu gelenggang kan?

Daun Gelenggang
Sumber : Google


Untuk pengetahuan korang, gelenggang merupakan pokok herba yang merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam kelompok sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plang, Tingworm Tree atau "candle tree". Selain dipanggil gelenggang ada juga yang memanggil herba ini ludangan dan ketepeng badak. Gelenggang ni banyak kegunaannya antaranya ialah merawat masalah kurap, panau, gatal - gatal, ekzema, gigitan serangga, sembelit dan banyak lagi. Banyak tau kegunaan herba gelenggang ni. 



Itu serba sedikit mengenai gelenggang. Jadi mudah sikit Mimi nak terangkan kepada korang mengenai produk Glow Gelenggang ni. GLOW GELENGGANG merupakan produk herba organik yang membantu melegakan gatal- gatal kulit yang disebabkan oleh resdung dan juga merawat dengan berkesan penyakit berkaitan kulit seperti ekzema, kudis buta, panau, bisul, kurap dan psoriasis. Produk GLOW GELENGGANG adalah 100% diperbuat daripada bahan semulajadi yang tepilih, 5x lebih berkesan dan sangat selamat digunakan oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur.

Boleh tonton juga channel Mimi di youtube : GLOW GELENGGANG - PRODUK ORGANIK BERASASKAN HERBA GELENGGANG

Produk Glow Gelenggang terdiri daripada dua jenis produk iaitu ORGANIC HERBAL SOAP GLOW GELENGGANG dan ORGANIC HERBAL OIL GLOW GELENGGANG.

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang


Mimi suka sangat dengan Organic Herbal Soap Glow Gelenggang ni sebab baunya yang wangi dan rupanya yang unik. Ada bentuk love lagi pada sabun tau. Sabun ini macam bau coklat tau korang. Tak jemu nak hidu baunya. 

Organic Herbal Oil Glow Gelenggang
Mula mula guna minyak ni kan Mimi tak suka sangat sebab bau macam kacang bepang tu. Serius tak suka. Tapi lama lama guna dah lali dengan bau tu. Tak kisah dah. Hehehe.. Walaupun baunya kurang menyenangkan hidung Mimi tapi Mimi suka dengan kesan positif selepas menggunakannya. 

KANDUNGAN BAHAN GLOW GELENGGANG 



Korang mesti nak tahu bahan bahan yang digunakan dalam produk GLOW GELENGGANG kan. Bahan bahan yang digunakan memang dari sumber bahan semulajadi jadi tak perlulah korang ragu ragu nak gunakan. Bahan bahan yang digunakan ialah :

1) Herba Gelenggang : agen anti-bakteria dan anti-kulat
2) Habbatus Sauda : mengurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
3) Susu Kambing : mencerah, melembut, melembap, cegajmh kulit kasar, kering dan kusam
4) Minyak Argan: supaya kulit halus dan licin, mudah menyerap ke dalam kulit
5) Minyak Zaitun : sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit 
6) Menthol : menyejukkan kulit, tidak panas

Mimi dah banyak kali guna produk Glow Gelnggang ni memang best. Kulit muka rasa sejuk berangin dan lepas sapu herbal oil kulit rasa lembut dan moist gitu macam kulit bayi.

KESAN SELEPAS PENGGUNAAN PRODUK GLOW GELENGGANG

Testimoni diri sendiri selepas menggunakan produk GLOW GELENGGANG ialah masalah kegatalan pada muka terutamanya dan resdung Mimi semakin berkurang tau korang. Kurang dah aktiviti mengaru garu muka sejak pakai produk GLOW GELENGGANG ni. Yang paling best muka lembut dan lembap saja. Lagi satu kan korang, baru baru ni perut Mimi melecet secara tiba tiba tau. Tak tahu apa punca. Tak menggaru pun tapi tiba tiba rasa pedih saja. Teringat ORGANIC HERBAL OIL GLOW GELENGGANG terus sapu pada beberapa tempat yang melecet dan kemerahan tu. Esoknya melecet terus hilang tau korang cuma kesan kemerahan ada sikit sikit. Memang mujarab sungguh.



Mimi juga sapukan Organik Herbal Oil Glow Gelenggang pada Adhwa. Adhwa dah lama alami scabies tau korang. On off scabies yang dialaminya. Bawa pergi klinik doktor suruh jauhkan daripada  benda benda yang menjadi punca scabies ni terjadi. Kasihan sangat tengok Adhwa tergaru garu pada bahagian tangan kiri kanan dia. Bila dia mengaru naik biji biji halus kadang sampai luka tau. Sejak Mimi sapu herbal oil GLOW GELENGGANG, Alhamdulillah scabies Adhwa beransur kering dan pulih.

HARGA PRODUK GLOW GELENGGANG

SABUN HERBA

1 unit Sabun Herba Organik RM47
2 unit Sabun Herba Organik RM70 (jimat RM24)
4 unit Sabun Herba Organik RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba Organik bernilai RM47 (jimat RM95)

MINYAK HERBA

1 unit Minyak Herba Organik RM47
2 unit Minyak Herba Organik RM70 (jimat RM24)

SET (mengandungi sabun herba organik + minyak herba organik) 
1 set RM70 (jimat RM24)
2 set RM140 + FREE 1 unit Sabun Herba Organik bernilai RM47 (jimat RM95)

**Setiap pembelian akan menerima FREE Gift dari Glow Gelenggang

Cas postage
FREE postage umtuk seluruh Malaysia
RM50 untuk luar dari Malaysia


Berita baik korang pembaca blog www.mimiazirah.com, korang akan dapat DISKAUN RM10 dengan setiap pembelian produk GLOW GELENGGANG dengan memasukkan KOD DISKAUN : MIMI10 semasa korang membuat pesanan.


Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat pesanan produk GLOW GELENGGANG, korang boleh layari laman web dan FB Page GLOW GELENGGANG seperti di bawah :

FB Page : Glow Gelenggang

Atau hubungi 

Whatsapp : +60 14 544 5951

47 ulasan:

  1. Dulu digunakan cara traditional..sekarang khasiatnya sama cuma kaedah yang berbeza...lebih memudahkan...

    BalasPadam
  2. Memang bagus daun gelenggang, mengandungi macam-macam bahan terbaik kan..produk nih~
    Thanks info ! Huhu, siap dapat diskaun......untunglahh...heheee

    BalasPadam
  3. Best kan bau sabun dan minyak ni..sedap jer bau dia rasa nak kunyah2..akak suka pakai time mandi pas tu sapu minyak dia..so far alhamdulillah masalah jerawat belakang badan dah mula pulih..jerawat kat muka pun dah mula kurang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bonde mmg suka bau dia, Bonde rasa bau coco butter.. mcm bau cookies

      Padam
  4. Selama ini kami kawal makanan seafood untuk elak resdung menjadi jadi

    BalasPadam
  5. sapa ada masalah resdung tu kena cuba nih

    BalasPadam
  6. Marsha sekeluarga pakai produk ni memang wangi dan elok untuk rawat kulit gatal

    BalasPadam
  7. Mula2 kan macam pelik skit eh nape gelenggang kan. Rupanya memang ada pokok tu yang boleh merawat gatal

    BalasPadam
  8. Bonde suka produk ni... memang dah guna best sekali :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA pun suka bonde..nak keep on guna sabun ngan minyak ni la..SA mmg ada masalah jerawat blkg badan..sejak guna sabun ni..dh makin kurang dh..

      Padam
  9. dulu ingat time kecik ade panau.. nenek soh tepek daun gelenggang ni. skrang da majuu ade sabun da =D

    BalasPadam
  10. bagus kan ada produk organik macam ni, terasa selamat bila nak guna.

    BalasPadam
  11. Makin dikenali produk daun gelenggang ni..lepas ni kalau sapa ada masalah kulit, tak susah nak cari daun gelenggang..dah siap pattern cam ni..senang & praktikal...

    BalasPadam
  12. Saya kadang ada masalah gatal2 , bagus juga produk ni takde la tergaru-garu

    BalasPadam
  13. memang best kan glow gelenggang ni. mama pakai hari2 tau

    BalasPadam
  14. Kak Sue pun guna Glow Gelenggang nie, best sangat..

    BalasPadam
  15. akak suka ni tau sebab abah akak suka.. mak pulak suka bau dia..

    BalasPadam
  16. Dulu dulu pny Bli sbun dr daun ni. Skrng dh dikomersialkan dh.

    BalasPadam
  17. Kalau la masa ibu kena panau dulu ada...mmg dah beli dah satu set!

    BalasPadam
  18. Absolutely love organic products so will certainly check this out. Also it looks very comfortable and easy to use as well :)

    BalasPadam
  19. best sangat produk ni. Paling ina tertarik dengan sabun dia. sedap betul wat mamdi.. badan rasa fresh dan gatal gatal hilang.Nak kena repeat lg ni

    BalasPadam
  20. Nampak bagus produk glow gelanggang ni. Bahan2 pun berasaskan organik, jadi memang selamat digunakan dan tak risau tentang kesan2 bahan kimia dan sebagainya. Packagingnya pun menarik juga. Thanks sharing info :)

    BalasPadam
  21. Akl suka sgt produk ni..sesuai sgt dgn kani anak beranak

    BalasPadam
  22. Dengar kata ramai...produk ni bagus, nanti nak.cuba bagi anak pakai

    BalasPadam
  23. Banyak baca review pasal produk ni. Dah test dah! Wangi baunya..pakai pun selesa

    BalasPadam
  24. Hope the product help on your kid from itchiness. Using organic ingredients that safe to use on skin.

    BalasPadam
  25. Pernah dengar pasal daun gelanggang ni. Ramai yg kata bagus. Sebenarnya elok pakai produk herba ni

    BalasPadam
  26. i memang suka produk glow gelennggang ni sebab bau coklat dia menusuk sampai ke lubang jantung ku, sedap je bau dia boleh hilang stress tau selain dapat membantu merawat kegatalan pada kulit

    BalasPadam
  27. Organic products are the best, they have no chemicals to irritate our skin, recently I've been slowly changing all my product to organic because of my sensitive skin. Hope this works for u.

    BalasPadam
  28. never heard about the daun gelanggang, but if can cure the itchiness then why not to try! i always have itchiness at joint, eczema, when i was a kid. :S

    BalasPadam
  29. Ramai dah review tentang produk ni. Pasti terbaik kesannya kalau dah ramai yang guna & review kan? Ada rezeki boleh cuba.

    BalasPadam
  30. Kita suka bau dia..mcm coklat.. Kita pakai time kne gatal2 sbb hama.. Lega sikit xgatal2 sgt... Mmg best guna GG ni

    BalasPadam
  31. Ramai jgk ya dah cuba sabun ni..bahan dia pun mmg elok untuk kulit2 gatal..

    BalasPadam
  32. Wow.. 5x lebih berkesan.
    Boleh cuba ni. So serata badan boleh sapu ke?

    BalasPadam
  33. Tengok pokok herba dan bunga kat depan rumah boleh jadi satu produk kesihatan yang bagus. Saya juga ada gatal-gatal resedung tambah-tambah bila main dengan habuk rasa nak dapatkan produk ni bagus juga...

    BalasPadam
  34. serius akak memang tak pernah tengok pokok gelenggang ni.. kalau kat kampung2 mungkin ada la..kan??

    minyak herba dia sayang sangat nak guna banyak2..heheh,,takut habis..

    BalasPadam
  35. TB suka sangat produk ni dah la wangi sabun dia tu TB tengah guba sekarang rasa segar bugar je badan sebab ada bau sedap tu kan

    BalasPadam
  36. Cantik sabun dia tu...
    Tertarik betul dengan khasiat minyak gelenggang tu...
    Bagus kan utk kita semua

    BalasPadam
  37. Read a lot about this review and it really makes me wanna buy it so much right now for my sensitive skin. Not only that im really having worried when i scratch on my itchy skin and hope this could really help me to solve my skin problem and worry

    Racheal

    BalasPadam
  38. mula mula tertarik dgan packaging dia. tapi lepas tgok ramai post pasal product ni. rasa macam kena try sekali je ni

    BalasPadam
  39. Great to have natural products to get rid of itchiness problem.. Nice one!

    BalasPadam
  40. Best guna Glow Gelenggang ni kan kak?. Wangi.

    BalasPadam
  41. rabia baru tahu pasal produk baru ni..tq for share.sbb resdung rabia pun agak teruk dgn tak pantang makan nya.asyik makan seafood

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.