Buku Mewarna Terapi Diri Hadiah Top Commentator Blog Azlinda Alin

Buku Mewarna Terapi Diri Hadiah Top Commentator Blog Azlinda Alin | Kalau korang stress dan penat bekerja, apa yang korang buat untuk release tension dan stress korang? Macam Mimi sebelum ni kan kalau nak release tension dan stress Mimi makan dan makan. Selalunya makan coklat. Beli saiz besar mengadap seorang sekejap saja habis. Sebab tu badan bambam...Hahaha..Sekarang ni kalau stress Mimi suka window shopping tau. Sekarang ni, kalau tensipn atau stress ke Mimi ada cara lain nak release tensipn dan stress tu iaitu buat aktiviti mewarna dengan buku mewarna terapi diri hadiah top commentator blog Azlinda Alin.

BUKU MEWARNA TERAPI DIRI HADIAH TOP COMMENTATOR BLOG AZLINDA ALIN

Swafoto sikit dengan hadiah top commentator. Sorrylah ya tak adjust gambar.


Buku mewarna ni berbeza dari buku mewarna yang lain tau korang. Bukunya tebal dan disertakan 8 jenis warna pensil dan pengasah. Ada pelbagai corak lukisan yang perlu diwarna semua cantik dan memguji minda belaka tau. Kena bijak menggunakan dengan warna yang agak terhad untuk menghasilkan satu lukisan berwarna yang cantik. Sebab itulsh Mimi cakap BUKU MEWARNA TERAPI DIRI HADIAH TOP COMMENTATOR BLOG AZLINDA ALIN ni lain daripada yang lain.

Kena kreatif untuk hasilkan lukisan berwarna yang cantik dan sedap mata memandang. Memang bagus tau buku mewarna ni. Selain daripada buku mewarna, Mimi juga dapat keychain dari Bali tau serta name card daripada kak Azlinda Alin. First time tau Mimi menang top commentator di blog Kak Azlinda Alin.

Hadiah top commentator daripada blogger kak Azlinda Alin

Macam Mimi beritahu korang sebelum ni buku ni tebal kan. Buku ni tebal sebab ada pelbagai corak yang ada untuk diwarnakan. Mimi akan tunjukkan beberap corak yang ada.





Cantik cantik kan corak yang ada. Tapi bila tengok corak corak di atas agak agak menguji tahap kesabaran korang tak? Bagi seorang Mimi yang tangan tak berseni ni rasa memang menguji kesabaran sungguh. Itu bagusnya buku mewarna ni. Ajar kita menjadi orang yang lebih positif selain memberi kita ketenangan. Terima kasih kak Linda untuk hadiah yang cukup istimewa ni. Korang juga rajin rajinlah tinggalkan komen di blog kak Azlinda Alin - www.azlindaalin.com

Nota Kaki - Entry hadiah top commentator dari blog kak Suria Amanda pun bertapa dalam draf. Bila nak publish Mimi tak tahu. Harap dapat settle kan semua draf.

Post a Comment

19 Comments

  1. Seronoknya...Ya Allah...suka bermain dengan warna...rasa macam nak cari juga pulak...

    ReplyDelete
  2. Masa beli..xle tgk dalamnya..redha je design apa yg hado. Bila mimi biat review ni..ya Allah lawa2 design dalm tu.

    Btw...thbks sudi singgah blog amk

    ReplyDelete
  3. Bestnya....Nak kena cari satu la,, baru boleh rehatkan diri dari tengok laman sosial je..

    ReplyDelete
  4. Alaaaa cantiknya buku tu mimi. Best pula tgk. Kalau ana memang fail bab seni ni. X sabar jadinya lg2 bab mewarna. Hehe. By the way tahniah mimi.

    ReplyDelete
  5. kalau akak la, dpt buku ni bukan lg terapi diri tp serabutkan otak je nk color2 hahahha

    sbbnya akka tak minat2 nk color2 nih dik.... mmg seni tu takde dlm darah akak

    ReplyDelete
  6. Salam sis mimi, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    Bukan main berseni buku tu

    Tahniah ya memangn hadiah

    ReplyDelete
  7. eeeh bestnya..!! adult colouring book. mmg ralit ni kalo mewarna..

    ReplyDelete
  8. Kat mana la Linda beli buku ni Mimi oi....nak belikan utk dania ha...dania sure suka ni...

    ReplyDelete
  9. Cantiknya walaupun belum kalerkan lagi.. buat colorful sure lagi cantik ni

    ReplyDelete
  10. Wow bestnye buku mewarna ni..tahniah jd top komentator

    ReplyDelete
  11. Alaaaaaa... suka giler TB tengokkk.. TB pun pernah terjebak sekejap dalam emwarna ni.. masa tu masuk group mewarna tu.. ramai giler share gambar warna yang cantik2.. ada dalam ratusan ringgit pun ada diorang share beli pensil warna .. yarabbi.. jeles TB tengok.. mimi join la group tu.. mesti mimi pun ter excited lebih nanti.. huhu

    ReplyDelete
  12. Tahniah Mimie, cantiknya corak dalam buku nie. Kak Sue memang minat n suka kaler-kaler nie, kat rumah nie ada juga buku kaler macam nie, tapi belum habih kaler.. Ehehe..

    ReplyDelete
  13. kadang-kadang kembali ke zaman-zaman kanak-kanak ni best sebab tak perlu fikir hal dewasa, enjoy ja. macam mewarna ni la. fikir nak warna bagi cantik ja

    ReplyDelete
  14. wah bestnya... lama dah berangan nak ada buku macam ni..

    ReplyDelete
  15. Tahniah akak..rabia top komentar blog kak linda jugak..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com