Beli Cermin Mata Baru di Kedai Optik Whoosh

Beli Cermin Mata Baru di Kedai Optik Whoosh | Mimi sebenarnya kan tak terfikir pun nak beli cermin mata baru tau. Duk fikir cermin mata yang suami beli ni tahan lama lah kan. Yelah bukan murah dia belikan. Nak dekat RM400 jugalah. Tapi tu lah nak buat macam mana. Akhirnya cermin mata ni patah di tangan Adhwa. Sebelum ni cubaan dia nak patahkan terbantut sebab Mimi dapat selamatkan. Kali ni berhuhuhu sajalah. Nak marah budak kecil apa dia tahu. Asyik pakai lens je mata jadi cepat letih, last last semalam ajak suami buat cermin mata. Tak boleh tahan. Mimi beli cermin mata baru di kedai optik Whoosh, Mydin S2.

BELI CERMIN MATA BARU DI KEDAI OPTIK WHOOSH




Mimi cuba juga pasang balik tapi tak boleh. Ikutkan tukar bingkai saja kan tapi stok macam Mimi nak tak ada. Lagipun bila check power mata dah naik dari 250 dua dua belah jadi 275. Patutlah bila pakai cermin mata lama nampak macam tak berapa jelas sangat. Bila tengok objek macam berbayang. Tu yang buat keputusan BELI CERMIN MATA BARU DI KEDAI OPTIK WHOOSH terus. Malas fikir lama lama.

Lagipun Mimi pun nak tukar style cermin mata tu. Kalau sebelum ni Mimi pilih sendiri kali ni Mimi suruh orang kedai tu pilihkan untuk Mimi ikut pada kesesuaian bentuk muka.

Pilih pun sekejap je. Sebab nak kejar masa. Tak kisah dia pilih janji selesa. Bingkai Mimi kali nih jenis plastik yang lembut dan elastik tapi tetap kena jaga betul betul takut patah lagi wei. Harga bingkai saja RM165.00. Nih bingkai paling murah yang ada di Whoosh. Tambah dengan lens jumlah semua RM260.00. 


Cermin mata lama Mimi. Cuba pasang tapi tak boleh. Terkepak dah. Takkan nak buang sayangkan. Nanti nak salotape tepi yang patah tu. Boleh pakai untuk tengok tv dan memasak. Cermin mata baru pakai bila nak drive pergi kerja atau jalan jalan saja kan.

Tempah semalam hari ni dah siap. So far pakai puas hati sebab lagi jelas dan terang. Nampak sangat makin umur meningkat makin naik power. Nak masak ke tengok tv ke memang Mimi pakai cermin mata. Kalau tak pakai seksanya mata lahai.


Agak agak mana yang sesuai? Cermin mata lama ke cermin mata baru? Cermin mata baru besar sikit dari yang lama plus bezanya cermin tu takkan bertukar jadi gelap kalau kena cahaya matahari. Yang lama dulu kena cahaya matahari automatik berubah jadi gelap. Sebab tu harga mahal sikit. Cermin mata baru ni Mimi cuma buat untuk silau dan protect mata bila ngadap komputer dan handphone. Kali ni Mimi tak boleh nak claim bantuan cermin mata kat tempat kerja sebab dah kali keempat. Kelayakan untuk claim tiga kali sepanjang perkhidmatan. Takpelah, tak ada rezeki. Harap harap cermin mata ni selamat daripada kerakusan Adhwa. Menangis air mata darah kalau patah lagi.

Post a Comment

9 Comments

  1. cermin mata baru lg stylo.. hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/isteri-perlu-ada-pendapatan-sendiri.html

    ReplyDelete
  2. Dua-dua cantik...samalah PC...tengok tv pakai cermin mata...hehehe..

    ReplyDelete
  3. akak punya pun dah patah mimi.. tp belum patah abis jadi guna lagi la.. haha.. eh ingat beli cermin mata kaler pink td.. hihi

    ReplyDelete
  4. cermin mata baru lagi sesuai kak

    ReplyDelete
  5. Dua-dua pun okay yunk. KekZa pun cermin mata tak bertukar2 lagi. Dah kena tambah power. Huhu..

    ReplyDelete
  6. Whoosh mmg mahal sikit Kak...dlu suka udha style Korea kat sana...sbb byk bingkai bulat² hahaha.. Btw, ok jugak design akk pilih

    ReplyDelete
  7. Ok lah dgn harga Tu.. dua2 cun Mimi sbab Mimi cun kot

    ReplyDelete
  8. wahhhhhh cantikc cermin mata baru akak..rabia pun beli cermin mata baru

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com