Shopping Carlo Rino Tote Bag Di Lazada

Shopping Carlo Rino Tote Bag Di Lazada | Dah lama Mimi tak beli handbag. Kadang kadang pakai beg yang sama berulang kali. Selagi tak jahanam selagi tah duk lenjan. Tapi terfikir juga sampai bila nak pakai beg yang sama kan. So, Mimi decide beli handbag baru sebagai reward diri sendiri. Kebetulan tahun lepas kan banyak web online yang sedang buat sale kan. Mimi apa lagi tershopping Carlo Rino Tote Bag di Lazada.

SHOPPING CARLO RINO TOTE BAG DI LAZADA


Carlo Rino Tote Nag

Rasa berbaloi sangat shopping Carlo Rino Tote Bag di Lazada sebab tengah sale. Mimi tengok harga asal beg ni pun dah cecah RM300++ tau. Bila tengah offer dapat dalam RM140++ apa lagi kan memang tak lepas peluang. Sebelum beli Mimi ushar dulu ori ke tak. Tapi Alhamdulillah memang ori dari butik Carlo Rino. Kebetulan Mimi ada baucer RM100 apa lagi beli beg guna baucer saja. Baki selebihnya Mimi tambah duit sendiri. 

Carlo Rino Tote Bag ni Mimi memang pakai pergi kerja sebab boleh sumbat banyak barang dalam tu. Selalunya pergi kerja Mimi akan bawa beg mekap, pencil case, buku nota, planner, wayar usb, earphone, handphone dan sebagainya. Segala benda Mimi sumbat dalam handbag.

Carlo Rino Sling Bag

Rasa berbaloi sangat beli sebab tote bag ni dengan harga RM140++. Dapat dua beg sekali. Masa kerja Mimi pakai Tote Bag yang atas tu. Kalau keluar berjalan Mimi pakai sling bag yang bawa tu. Senang tukar tukar bag saja. Lepas ni nak simpan duit lagi nak beli beg Carlo Rino juga. Mimi dah ushar dekat web Carlo Rino memang berkenan dengan satu beg tu.

Sling bag Carlo Rino ni Mimi pakai masa tengok wayang hari tu. Mula mula beli dulu ingatkan dapat kecil saja tapi bila dah dapat no bad lah saiz dia. Sling bag ni Mimi masukkan handphone dan beg duit saja. 
Gambar atas ni Mimi pakai masa pergi Popular semalam. Teman suami cari barang dia nak. Memang selesa sangat beg ni. Bahu tak rasa terbeban dan sakit. Selesa terletak pada bahu. Yang best mestilah tahan lasak. Warna pun cantik. Suka sangat. Sesekali beli untuk reward diri sendiri tak salah kan. Mimi kalau dah berkenan dengan sesuatu beg tu tak kisahlah harga mahal ke murah ke Mimi akan usaha sampai dapat tau. 
So far, memang puas hati sangat pakai tote bag ni. Besar dan memang taste Mimi beg macam ni. Berbaloil sangat beli.

Post a Comment

18 Comments

  1. cantiknya beg pandai mimi pinjam

    ReplyDelete
  2. lawa dah berbali harga tu Mimi..

    ReplyDelete
  3. Cantik la...warna pun cantik..akak sekarang pun suka sling bag...x tau la pesal ntah

    ReplyDelete
  4. Cantik Mimie, Kak Sue pun suka Carlo Rino.. dan ada beg yang seakan sama macam Mimie beli nie juga..

    ReplyDelete
  5. Emi pun suka brand Carlo RIno tapi so far tak pernah beli carlo rino secara online. Tgk depan2 puashati sket. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya beg, senang nak bawa barang beg besar. Sy pun jarang beli beg Klu dah selesa itu je la di pakainya

    ReplyDelete
  7. cantik kaler n design dia..ni yg x leh duduk ni..nk p usha gak lah kat lazada haha

    ReplyDelete
  8. Lawa kak.. Zaza pun minat warna soft pink mcm ni.. Betul.. Mcm zaza juga xkisah mahal ke murah.. Kalau dh bkenan mmg beli.. Tp bt masa ni mampu yg murah2 je hihi

    ReplyDelete
  9. cantik colornya... harga pun mmg berbaloi2 siap dpt dua beg lg... mmg rugi tak grab bila sale

    ReplyDelete
  10. cantiknye... warna pink, suka brand ni tahan lama.

    ReplyDelete
  11. Sweet nye kaler beg tu mimi. Memang kena dgn jiwa mimi nampaknya. CR memang cantik2 design dia. Ana pun berkenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi dan pink berpisah tiada kan..mama pink ni...

      Delete
  12. Cantiknya beg.. Suka tengok warna tu

    ReplyDelete
  13. Cantik la kulit dia. De love2. Rs lain dri yg lain

    ReplyDelete
  14. Ok, simple tapi cantik..yang penting..TAK SAKIT BAHUUUU....hahha~
    Tak pernah lagi simpan Bag Carlo Rino.....nanti leh ushar...

    ReplyDelete
  15. berbaloi kan. cantik n simple ja design CR. khaty suka warna ni.

    ReplyDelete
  16. pink lagi..hahaha eh kalau akak reward diri mesti makan je tau.. pastu tanya napa tak kurus huhu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com