Review Huawei Y3ii Yang Mimi Beli Untuk Ayah | Sebelum ni Mimi ada share dengan korang Mimi belikan ayah handphone Huawei Y3ii untuk kegunaan dia kan. Beli di Lazada. Harga RM339++ tapi masa beli tu ada diskaun kan, jadi, harga Huawei Y3ii lepas diskaun jadi RM265. Then guna pula baucer free dapatlah RM250. kira okeylah kan berbaloi. Dekat luar still RM339 lagi tau. Jom baca review Huawei Y3ii yang Mimi beli untuk ayah.
Huawei Y3ii |
HUAWEI Y3ii YANG MIMI BELI UNTUK AYAH
Huawei Y3ii |
Masa handphone ni mula mula sampai, not bad lah. Memang sesuai sangat dengan ayah Mimi tau. Dengan harga RM250, memang berbaloi sangat tau beli. Selain daripada handphone, dapat charger, earphone, casing dan protector screen.
Dapat je, terus Mimi pasangkan protector screen. Memang mencabar betul nak pasang protector screen ni. Nak nak dapat orang cerewet macam Mimi ni kan. Senget sikit buka balik protector screen. Ada gelembung sikit Mimi buka. Banyak kali buka pasang buka pasang, sampai puas hati.
Baca sini : Beli Huawei Y3ii Untuk Ayah
Baca sini : Beli Huawei Y3ii Untuk Ayah
Sebelum bagi ayah, Mimi cuba dulu beberapa ciri yang ada pada HUAWEI Y3ii ni.
1) Sound
Yang ni memang Mimi akan check dulu sebab penting untuk ayah Mimi. Dia kalau sound slow slow ni tak suka. Tak dengar katanya. Ala kita pun kalau handphone slow pun tak dengarkan. Sound HUAWEI Y3ii memang kuat dan clear sebab ia dilengkapi dengan super speaker. Ni wonder lah sound kuat dan clear kan.
2) Kamera
Kalau kerjaya blogger macam kita ni tak sesuai pakai sebab kamera tak cun. Mimi dah cuba tangkap gambar. Kalau nak snap gambar kena kawasan tu pengcahayaan cantik baru okey. Kalau selfie tak cantik..Walaupun kameranya ada beauty dan boleh adjust tetap juga tak cantik kalau selfie. Kamera belakang okeylah. Sesuailah untuk ayah kan. Ayah Mimi pun bukan kaki selfie.
Gambar ni Mimi snap guna kamera belakang Huawei Y3ii ketika kereta sedang bergerak pada waktu pagi |
Gambar ni Mimi snap menggunakan pengcahayaan dari pejabat saja |
3) Ringan
HUAWEI Y3ii ni sesuailah untuk ayah Mimi guna sebab ringan. Tak berat sangat pun. Muatlah nak masuk dalam poket seluar kan.
4) Tidak terlalu besar atau kecil
Handphone ni sesuailah untuk ayah. Sebab ayah dha oesan awal awal tak suka hanphone besar besar. Jadi, Mimi pilih Huawei Y3ii sebab memang ngam ngam tapak tangan. Skrin handphone 4.5" okey sangatlah kan
Perbezaan saiz Huawei Y3ii dan Xiaomi 4A (skrin 5") |
5) Touch key
Ini pun Mimi ambil kira juga sebab nak tahu fungsi setia button yang diberikan. Puas hati dengan setiap fungsi button dan key yang ada. Mudah dan tidak terlalu susah sangat nak guna. Mimi dah ajar ayah cara nak lock handphone dan cara nak jawab panggilan. Alhamdulillah sekejap saja ajar ayah dah faham. Tak susahlah warga emas seperti ayah Mimi nak guna.
Inilah 5 ciri yang Mimi titik beratkan. Lain tak kisah mana pun. Yang menariknya HUAWEI Y3ii bila caj bateri lampu di bahagian handphone akan menyala warna merah tau. Kemudian akan hilang beberapa saat kemudian menyala semula. Dah nama pun dilengkapi dengan rainbow light kan.
Lampu pada kamera belakang akna menyala bila di caj |
Sehingga ke hari ni tak ada pula ayah komplen pasal handphone baru dia. Kalau ayah komplen maknanya ada bendalah yang dia tak puas hati. Ada juga tanya okey ke tak handphone tu tapi ayah cakap okey tak ada masalah pun. Lega hati dengar.
Ini pertama kali Mimi beli handphone dekat Lazada. Masa beli tu risau, takut dan cdmas semua ada. Yalah, bukan tak pernah shopping di Lazada. Dah banyak kali pun tapi kalau beli hanphone memang pertama kali lah. Sebelum nak beli memang makan masa berminggu jugalah Mimi nak survey handphone untuk ayah. Kena tengok fungsi, saiz, review daripada pelanggan. Semua tu memang Mimi titikberatkan. Alhamdulillah, semuanya okey dan selamat sampai pada tangan walaupun pertama kali beli handphone di Lazada.
Kalau korang nak hadiahkan handphone ni orang tua korang sangat sangat highy recommend. Sangat sesuai untuk diorang guna. Nih kalau untuk orang tua korang yang jenis tak pandai canggih manggih nih. Kalau yang jenis memang terror bab IT atau aktif di media sosial, tak payahlah belikan. Sangat tak sesuai. Ayah Mimi okeylah sesuai sebab dia tak tahu pun pasal media sosial ni semua. Dia tahu handphone tu hanya untuk call saja. Mesej pun tak layan apa entah lagi whatsapp. Nak beli? Cari saja di Lazada search Huawei Y3ii ya korang.
22 Comments
wowww.. macam best je guna..
ReplyDeletesama la dengan abah Mat. ada handphone canggih, last-last terbiar je dalam laci. telefon yang ada keypad jugak jadi pilihan. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..gembira bila penerima berpuas hati...yang membelikan pun lega.
ReplyDeleteMenarik jugak Huawei jenama ni. Murah pulak tu. Gambar mimie ambik pun ok. Tq atas infonya.
ReplyDeleteSharp gambar dia walaupun ambil masa tgh bergerak. Mesti ayah Mimi suka kan
ReplyDeleteKannn..Huawei gambar cantik...
DeleteOkay juga kan Mimie kalau untuk pengguna yang tak aktif dengan media sosial..
ReplyDeletewowww, tq entri....ok, nanti nak survey jugak..hehe
ReplyDeleteCantik juga kamera dia mimi. Berbaloi sgt dengan harga tu. Yg penting ringan dan mudah nak guna.
ReplyDeleteSetujuuuu, ringan tu penting, nak bawak pon rasa best je..... kemudahan untuk ayah sendiri.....berbaloi kan
DeleteAlhamdulillah.. mesti ayah gembira kan..
ReplyDeleteSatu kepuasan kalau kita dapat gembirakan hati ibu bapa kan...
Deletehans pun pakai huawei
ReplyDeletekamera cantik juga dan bateri cepat charging
SA suka Huawei Nova 2i...kamera dia cantik ada Bokeh
DeleteAkak aritu pn riso gk ms nk bli hp utk Papa akak kt lazada tp tawakal jela.. Nasibaik ok.. Wah terror mimi pasang sdiri screen protector.. Akak antar kedai je
ReplyDeleteMimi ni multi tasking..semua dia cuba buat..akak pun hantar kedai je..x reti nak pasang
DeleteWaaa...beli kat Lazada..SA x berani..tp nak gak cuba la
Deletewah..bertuah bapa nye..kalau bapa khaty lagi suka yang 3310 sebab bunyi kuat dan senang bawa. telefon baru dia kata susah sebab besar. huaweii memang menjadi pilihan hati khaty juga
ReplyDeleteKalau abah SA lagi canggih lagi dia suka..3310 macam mak SA..dia x reti yang canggih2 ni
Deletebagusnya ada anak macam mimi ni.. kita nak jadi anak awak jugak boleh tak?
ReplyDeleteHAHAHAHA...lawak la ITA..
Deletewahhh bagusnya kakak..beli phone untuk ayah kak..semoga akak dimurahkan rezeki ye.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com