Hari Pertama Persekolahan Aina Dan Auni | Semalam merupakan hari pertama anak anak mulakan persekolahan mereka. Macam tu juga Aina dan Auni. Pagi ni Aina dan Auni tak buat perangai pun bila kejutkan diorang mandi. Yelah hari pertama persekolahan Aina dan Auni mestilah diorang excited kan.
Hari Pertama Persekolahan Aina dan Auni
Tahun ni Aina darjah dua, Auni pula darjah satu. Rasa macam baru semalam je lahirkan diorang tau. Tup tup dah besar dah diorang. Betapa cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah besar dah anak anak dara Mimi. Semakin besar semakin besar cabaran membesarkan diorang ni. Macam macam perangai ada. Geram ada kelakar pun ada tengok perangai anak anak ni kan. Sabar sajalah.
Nak dijadikan cerita, hari pertama Aina dan Auni ke sekolah dah berlaku kejadian tak diingini tau korang. Masa nak masuk pagar sekolah, Aina tersadung kaki adik dia Adhwa. Dua dua jatuh tapi Adhwa, Mimi sempat pegang. Cuma Aina saja tak dapat nak sambut. Nasib baik baju tak koyak cuma kotor sikit bahagian bawah baju kurung. Sampai kantin, abi dia basuh kotoran tu dengan air dan sental sikit sikit. Tuh yang nampak baju dia basah bahagian bawah. Kenangan hari pertama persekolahan buat Aina. Masa ni diorang kena berkumpul di dewan terbuka sebab ada perhimpunan pagi.
10 Comments
haah, Qekra baru nak cakap eh macam kembar jer hehe..
ReplyDeleteSaya pun ingat kembar .. rupanya beza setahun umur dorg.
ReplyDeleteSelesai dah semua urusan sekolah anak-anak ya Mimie.. lega dah..
ReplyDeleteAkak untuk dania semua dah settle dah..dah boleh tarik nafas lega..nasib xde banyak yuran pun cuma PIBG tu je la..Dania kena RM130 ...
ReplyDeleteselamat bersekolah
ReplyDeleteMacam kembar. Esk2 dhia n dzal cam ni kot. Jarak dorang 1 thn juga tu
ReplyDeleteSelamat tak luka masa jatuh tu mimi. Kalau syafi mau dah drama swasta dah. Haha. Semoga semua berjalan dgn lancar buat aina dan auni. Belajar rajin2 dan berjaya di dunia dan akhirat.
ReplyDeletecantiknye blog😍 jemput ke blog saya juga. www.hannanseri.com
ReplyDeletecomel ja dua dua gugurl ni. rajin belajar ye gugurl
ReplyDeletekalau setahun satu dan sama jantina memang ornag akan cakap kembar kan..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com