Khamis, 4 Januari 2018

FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi

FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi | Sekarang ni kan Mimi ada hobi baru selain daripada baca novel. Mimi suka kumpul koleksi lipmattte pula. Tak kisah lah dari jenama apa pun kalau warna menarik dan cantik mesti Mimi nak beli. Sebelum cuti hujung tahun lepas Mimi beli lipmatte jenama FAME yang sedang meletop letop tuh. Sudah semestinya FAME Lipmatte Envy dan Candy jadi pilihan Mimi sebab warna dia menarik minat pula untuk Mimi cuba.

FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY PILIHAN MIMI

FAME Lipmatte Envy dan Candy Pilihan Mimi

Tengok semua koleksi FAME Lipmatte tak tentu arah dibuatnya tau. Warna cantik cantik. Tapi kali ni FAME Lipmatte Envy dan Candy pilihan Mimi. Bulan lepas kan FAME buat promosi kan. Jadi, Mimi grab duit lipmatte dapatlah RM50. 

FAME Lipmatte Envy dan Candy


Warna FAME Lipmatte ni cantik cantik tau. Bila pakai di bibir mudah kering. Pakai nipis pun dah cantik. Kalau pakai tebal nanti nampak fake pula. Apa yang best FAME Lipmatte ni tak keringkan bibir pun. Kira bibir tak kering dan mengelupas lah. Sapuan pada bibir pun jadi rata dan sekata. 

FAME LIPMATTE ENVY DAN CANDY

FAME Lipmatte Candy yang Mimi pakai semalam


Mimi dapat lipmatte ni pun pagi semalam sebab beli melalui kawan. Minggu lepas dia pun sama juga dengan Mimi, cuti rehat. Jadi, semalam barulah dapat. Lepas solat Zohor semalam Mimi cuba pakai FAME Lipmatte Candy. Masa pakai rasa nak gelak pun ada sebab tak pernah cuba warna ni kan. Tapi bila tengok macam cantik pula kan.



Hari ni pergi kerja cuba pakai FAME Lipmatte Envy pula. Nampak cantik pula sebab warna ni pun Mimi tak ada. Memang duk cari warna macam ni. Fefeeling Neelopak lah pula kan. Masa ni duk layan Naagin sebab datang awal kan. Serius muka..hahaha

Lepas ni nak beli warna lain pula. Bila dah ada hobi baru ni, memang tak boleh nak tahan nafsu tengok lipmatte. Tak kisah lah jenama apa pun asalkan selamat digunakan dan original. Kalau fake rosak pula bibir ni. Sebelum ni Mimi dah ada koleksi lipmatte dari Ephyra, Seqy Beauty dan NYX. Kali ni beli koleksi FAME pula. Baru baru ni Mimi dapat kod diskaun dari HERMO, sempena bulan kelahiran. Kepala otak dah fikir nak beli lipmatte lagi..hahaha...

Bila dah jadi hobi tak rasa membazir pun sebab guna bukan buat hiasan kan. Betul tak? Sama macam hobi Mimi baca dan kumpul novel. Tak rasa membazir pun, nanti anak anak dah besar boleh baca. Korang ada tak sama hobi macam Mimi duk gila nak kumpul lipmatte juga. Kalau sama kita geng. Kot manalah tahu kan kita boleh bertukar tukar hadiah lipmatte kan.

29 ulasan:

  1. Wow...baru tau yg ni pun boleh jadi hobi juga. Mengumpul koleksi lipstik. Hahaha...sangat rare.
    Harga mahal tak kalau tak ada promosi?

    BalasPadam
  2. Akak mmg pki fame.. Dh byk juga koleksi color dr fame lipstick tp paling fav color gossip

    BalasPadam
  3. Cantik Mimie.. ala hobi Kak Sue kumpul fridge magnet je Mimie.. hahaha..

    BalasPadam
  4. Cantik semua kaler yg Mimi pakai. Envy Pula mama tengok hiks

    BalasPadam
  5. Warna soft je, takde pekat sngt. Elok utk event santai

    BalasPadam
  6. Lawalah... best kalau mudah kering dan tak merekah..
    Rose tak pernah cuba Fame..

    BalasPadam
  7. Wah..sama lah kita.. Lipmatte lover.. Pantang nmpk lipmatte ade je nak beli..hehe...cntik kaler yg k.mimi pilih tu..

    BalasPadam
  8. Mmg tingin nak pakai fame lipmatye ni..smpai skrg x beli2 lg hihi..nice color

    BalasPadam
  9. Hobi saya pula kumpul buku nota yang comel-comel hehe. FAME Lipmate envy tu nampak sesuai sangat dekat u. nice ! :D

    BalasPadam
  10. Ya Allah...nmpk kaler mcm sama je tapi bila dah pakai beza betul! Sally pun byk lipstick.. Byk yg dpt kt event.. Haha

    BalasPadam
  11. wahh sesuai warna tu dengan awak! warna dia lembut. :D

    BalasPadam
  12. Terjatuh hati tengok lipstik ni code colour envy.macam sesuai dengan CCL

    BalasPadam
  13. Tak pernah try lip matte fame. Nampak cantik dan sesuai bila mimi pakai..

    BalasPadam
  14. wahhh, kalau kumpul macam ni, boleh pakai hari-hari lain. Iday baru ada satu. sebab jarang keluar rumah. nanti nak check la lipmatte ni, warna dia cantik :)

    BalasPadam
  15. Saya pun pakai FAME jugakk! hehe
    Tapiii, baru try Violet, sebab tak terlalu menyerlah..saya suka colour violet..hehe

    Meh baca review Nona lak~
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/review-kosmetik-fame-lip-matte-ringan.html

    BalasPadam
  16. Cantik la warna lipmatte ni. Soft je. Kinah pun ada hobi sama macam kak mimi, suka kumpul novel. Tapi sebelum beli kinah kena confirm dulu dengan adik kalau dia ada beli kinah tak yah beli. Kiranya exchange novel gitu hihi.

    BalasPadam
  17. Menarik gak eh FAME ..K.Sal tak pernah try lagi..tp kadang tu lipstick ni ikut darah gak , org pakai lawa je. .tang kita cam tak kena.

    BalasPadam
  18. lembut jer nampak dan senang bawa ke mana2 :)

    BalasPadam
  19. pernah try masa attended kelas makeup haritu, cantiknya ! nak tanya you punya blog sangat cantik la I suka tengok ;)

    BalasPadam
  20. Memang tengah mencari ni. Boleh cuba ni nnti. Sama saya pun suka kumpul dan baca novel.

    BalasPadam
  21. Cantiknya gincu dia..kita idamkn lipmatte ephyra

    BalasPadam
  22. Wanita n lipstick memang xdpt dipisahkan.hehe.. cantik warnanya.. suka juga kumpul koleksi.senang nk buat pilihan..

    BalasPadam
  23. auwww cantik kedua-dua warna tu. Mai selalu pakai lipbalm je sebab tak tahan selain daripada tu.. macam nak cuba jugak la lipmatte ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  24. Pernah juga cuba Fame ni. Fame bnyak warna nude. Saya ada kod warna Ladyboss.

    BalasPadam
  25. Hahahah..gimme 5..kita ada semua collection fame lipmatte...suka sangat...
    Kita agen fame ...hahahha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.