Azam 2018 Seorang Insan Bernama Mimi


Azam 2018 Seorang Insan Bernama Mimi | Assalamualaikum dan selamat tahun baru korang!! Tahun 2017 dah pun melabuhkan tirainya dan tahun 2018 pula menjengah. Mimi pasti ada azam korang yang telah terlaksana atau mungkin belum terlaksana. Menjadi kebiasaan setiap tahun pasti ada azam baru kan. Mimi pun ada azam baru juga. Agak agaknya apa azam 2018 seorang insan bernama Mimi ni ya?


AZAM 2018 SEORANG INSAN BERNAMA MIMI



Tahun baru hari baru permulaan hidup yang baru mestilah Mimi nak sesuatu yang baik dalam hidup. Tahun lepas banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku. Tapi yang pahit tu memang Mimi tak nak kenang. Nak kenang yang baik baik saja. Hari ni dah 1 Januari. Sekejap saja kan. Bila masuk saja 1 Januari mestilah azam 2018 bakal dilaksanakan. Seperti biasa mestilah ada azam 2018 seorang insan bernama Mimi kan.

Tahun lepas dari segi kerjaya, alhamdulillah bertambah baik cuma sedang berusaha untuk mencapai gred yang lebih tinggi. Dari segi blogging, syukur sangat semakin meningkat naik dan maju ke hadapan. Sebelum ni Mimi pernah "rehat" seketika dari dunia blogging sebab nak beri tumpuan pada "sakit" yang Mimi hidapi ketika itu dan berikan sepenuh perhatian pada kandungan. Alhamdulillah selepas mendapat inspirasi daripada beberapa kawan blogger, Mimi bangkit dan mula berjinak semula dalam dunia blogging. Dan kali ini lebih serius dengan jadikan blog sebagai platform untuk Mimi jana pendapatan sampingan. Betul betul serius semula masa bulan Ogos dan syukur sangat income dari blog dah cecah 4 angka. 

Dari segi life as wife and Ummi, syukur dikurniakan suami yang sangatttt memahami minat isterinya dan dikurniakan tiga orang anak. Dua perempyan dan seorang lelaki. Finally, dapat berikan suami geng dia walaupun kena operation. Tak apalah asalkan baby selamat. Ini semua kisah tahun lepas. Tahun 2018? Tak siapa tahu apa akan jadi. Just follow the flow.

Ok berbalik pada azam 2018, adalah satu dua azam Mimi. Mimi cuma berazam nak jadi hamba Allah yang lebih baik dan baik. Sentiasa ingin baiki kelemahan yang ada. Tunjukkan prestasi yang baik dalam kerjaya. Dan kalau bolehlah Mimi berazam nak slow down sikap Mimi yang outspoken ni. Yalah, walaupun kita cakap benda yang betul tak semua orang nak dengar dan suka, ya tak? So, better banyakkan berdiam dari berkata kata sesuatu yang akan mengguris hati orangkan. In shaa Allah korang doakan.

Dannnn of course lah Mimi berazam nak jadi blogger yang berjaya dan dikenali dengan sikap yang humble dan rajin. Tahun ni Mimi berazam nak update entry di blog setiap hari. Nak naikkan UV PV dan yang apa yang penting nak tingkatkan income dari blog. Kena catat dalam buku berapa income dan berapa banyak yang disimpan. Ada yang kata blog tak membantu pun jana income. Hellooo!! Siapa kata tak? Ramai dah blogger yang berjaya jana income dari blog. Ada yang cecah 5 angka tau. Tak percaya? Rajin rajinkan diri cari info okey.

Itu saja azam 2018 seorang insan bernama Mimi. Walaupun azam tak banyak mana tapi wishlist ada tau. Nak kata banyak, taklah banyak mana. Uang penting wishlist 2018 yang Mimi nak, Mimi akan pastikan tercapai. Hopefully tercapailah semua wishlist Mimi kalau tak, alamatnya bawa ke tahun akan datang jawabnya.


Kemain lagi wishlist 2018 Mimi kan. Tapi tak salahkan ada wishlist macam ni. Apa yang Mimi hajatkan selalunya Mimi akan usaha sendiri. Cari duit dan kumpul. Lepas tu tunaikan wishlist yang Mimi nak tercapai. Tapi apa apa pun Mimi nak belikan handphone baru untuk ayah dahulu. Kesian dia pakai handphone lama yang jenis keypad tu dia tak berapa nampak sebab skrin dan tulisan kecil. Mata tak berapa nampak, rabun dekat. Buat masa ni Mimi bagi ayah guna handphone J1 Mini Mimi yang sound  pun slow. In shaa Allah dalam masa terdekat dapatlah ayah guna handphone baru. Dulukan ayah baru diri sendiri. Mama Mimi tak belikan sebab tahun lepas dah hadiahkan dia tab. 

Lepas dah belikan ayah handphone, baru cari lappy baru dan survey barang untuk workstation Mimi nanti. Senang nak buat kerja blogging kan. Buat small office untuk diri sendiri.

Apa azam 2018 korang pula? Mesti lagi power korang punta azam daripada Mimi kan? Mimi biasa saja azamnya cuma diharapkan azam tu tercapailah. 

Post a Comment

13 Comments

  1. Semoga impiana menjadi kenyataan. Selamat tahun baru mimi

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru Mimi, Wah dah cecah 4 angka income blogging. Tabik kat Mimi. Jgn lupa share kat akk ye :)

    ReplyDelete
  3. happy new year 2018...tk pernh update kt blog psl azam...semoga apa yg kita impikan insya allah dipermudahkan ...aaminnn

    ReplyDelete
  4. Happy new year 2018 .. Semoga apa yg kita impikan dipermudahkan.. Aaminn

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru mimi. Wah banyak azam tu. Semoga azam mimi tercapai hendaknya. Sama2 kita perbaiki diri kita ye. Muahhx

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru Mimie.. semoga tercapai azam Mimie semua ya.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  7. tahniah mimi.. selamat tahun baru jugak! akak pun nak pasang azam utk blog.. semoga lebih baik tahun ni untuk kita semua..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

    Mimi dah ada anak masuk sekolah darjah 1 ya

    Mesti teruja sebab anak dah makin besar

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru 2018 mimi..
    Semoga azam terlaksana dgn baik.

    ReplyDelete
  10. Akak xde azam tahun baru..malas nak set azam..just nak berada disisi family especially mak yg tgh sakit dan anadan anak dara akak..nak luangkan lebih banyak masa ngan diorang...

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya. khaty juga sedang menaik pulih semangat untuk update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun letak azam yang sama..tak pernah ubah..hehehe

      Delete
  12. Terbaikk.... semoga tercapai smua azam kakk.....AMIN.
    Zaman mencabar nih, memang perlu tambah income..ye dak..huhu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com