2018 Tahun Untuk Johor Bahru Travel Mimi Sekeluarga

2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA | Siapa pernah pergi Johor? Angkat tangan. Rasanya semua orang pernah pergi Johor kan. Johor sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air yang sangat unik dan menarik untuk dikunjungi. Macam Mimi sendiri selalu sangat pergi Johor tetapi selalunya pergi jalan jalan di Muar dan Serom tapi belum sampai lagi di Johor Bahru. Memandangkan 2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA, Mimi dan suami nak bawa anak anak melawat beberapa tempat yang menarik dan terkenal. Johor memang terkenal dengan sejarahnya tersendiri selain daripada tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Rugi sangat kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak jelajah Johor kan.

2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA

Negeri Johor
Sumber : Google

Dah nama 2018 TAHUN JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA, mestilah Mimi nak kongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Johor. Tapi sebelum itu,  Mimi nak kongsi mengenai sejarah negeri Johor dengan korang. Kenalah ambil tahu serba sedikit sejarah Johor kan. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Untuk pengetahuan korang, Johor merupakan salah sebuah negeri tertua yang pernah menerima pengaruh dari Kerajaan Seriwijaya. Johor disebut sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang Undang Siam pada tahun 1438, Johor disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yang bermaksud air yang jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis, Godinho d’Eridia, Marco Polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yang sama juga telah disebut di dalam Hikayat Jawa ‘negara Kertagana’ yang ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah paling selatan benua Asia.

Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yang singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yang membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yang bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Delangkyu dan orang orang Jawa menyebut Johor sebagai galuh. Kedua-dua perkatan ini membawa maksud batu permata. Orang orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.

Itu serba ringkas mengenai sejarah Johor yang Mimi dapat kongsikan dengan korang. Bila pergi Johor, pastinya korang tidak akan melepaskan peluang singgah ke Johor Bahru kan? Mimi juga yang belum merasa pergi Johor Bahru lagi. Bila merancang nak pergi Johor Bahru ada saja kekangan yang menghalang Mimi tau. Mimi doa semoga perancangan JOHOR BAHRU TRAVEL Mimi tercapai nak bawa anak anak pergi Johor Bahru. Rasa tak lengkap senarai Cuti Cuti Malaysia Mimi kalau tak singgah sana kan.

Korang tahu tak, Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung Puteri diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim) bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang sultan yang amat dikenang. Pada awalnya, ia merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai Johor Bahru sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaan dari teluk Belanga di Singapura.

Sekarang korang dah tahu sejarah Johor dan Johor Bahru kan? Sekarang Mimi nak kongsi pula dengan korang tempat tempat menarik yang wajib dikunjungi. Rugi kalau tak singgah tempat tempat menarik yang ada di Johor mahupun Johor Bahru. Tempat tempat yang menarik menjadi tarikan para pelancong di dalam dan luar negara ialah :

Puteri Harbour
Sumber : Google


Puteri Harbour 

Tanjung Puteri atau Puteri Harbour merupakan sebuah tempat yang mempunyai pantai yang bersih dan luas. Merupakan kawasan pelabuhan yang memberi ketenangan kepada pengunjung yang ingin bersantai bersama keluarga. Puteri Harbour juga terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri iaitu mengenai tokoh pahlawan yang tidak didendangkan kewujudannya iaitu Si Bongkok Tanjung Puteri. Sejarah perjuangannya yang masih tidak diketahui ramai pihak. Jika korang meminati dengan sejarah, pastinya pusara Si Bongkok di Tanjung Puteri akan menjadi salah satu tempat yang korang ingin kunjungi. Puteri Harbour juga terdapat pelbagai rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Jadi, sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan bergambar kenangan bersama keluarga.   

Sanrio Hello Kitty Town
Sumber : Google

Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town

Anak anak pasti suka singgah di Sanrio Hello Kitty Town kerana di sini mempunyai rumah yang lengkap berkonsepkan Hello Kitty di mana rumah tersebut mempunyai bilik tidur, dapur dan ruang tamu. Anak anak mesti akan seronok ketika berada di rumah Hello Kitty. Selain daripada itu, di Thomas Town, kereta api Thomas boleh didapati selain daripada replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter Ride dan kereta api untuk dinaiki. Di sini juga terdapat pelbagai karakter yang popular di kalangan anak anak iaitu Angry Bird, Barney, Bob The Builder dan Pingu. Pengunjung juga boleh membeli belah di sini dan menikmati pelbagai menu juadah di restoren dan kafe yang disediakan.

KUSO 3D Art Gallery

KUSO 3D Art Gallery merupakan yang pertama di Johor. Di sini terdapat mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality) di mana pengunjung berpeluang berlawan dengan zombie, dinosaur dan raksasa yang besar dan menggerunkan.

Danga Bay

Danga Bay merupaan sebahagian daripada Pantai Lido yang telah ditambak menjadi pusat pelancongan. Terdapat tarikan utama di sini iaitu pusat membeli belah iaitu Danga City Mall dan danga World Mini Theme Park di mana ia mempunyai permainan karnival yang menarik untuk di cuba seperti Ferris Wheel, Merry-Go-round dan Pirate Ship Ride.

Kilang Bateri
Sumber : Google

Kilang Bateri

Kilang bateri merupakan salah satu tempat menarik yang wajib korang kunjungi tau. Bazaar ala hipster ini asalnya merupakan kilang bateri. Setelah kilang bateri ditutup, kilang ini diubahsuai menjadi sebuah bazaar yang suasananya sangat santai dan bersahaja. Terdapat pelbagai jenis makanan yang popular ada dijual di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh Lobby Bros dan kacang pool oleh Cupchai. Pengunjung juga boleh membeli pakaian di butik terkenal seperti SuperSunday dan JohoBaru. Kilang bateri ini telah mendapat perhatian oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Premium Outlet (JPO)

JPO merupakan pusat membeli belah di mana terdapat pelbagai variasi kedai berjenama yang menjual pakaian, kasut, beg tangan di mana potongan harga dari 25% sehingga 65% tau. Buat korang yang kaki shopping tu, memang wajiblah singgah ke JPO ni. Rugi kalau korang tak singgah sini. Bangunan JPO ini juga sangat unik dan menarik di mana binaannya berkonsepkan colonial dan landskap tamannya yang cantik dan unik sangat sesuai dijadikan tempat untuk mengambil gambar sebagai kenang kenangan.

Legoland
Sumber : Google

Legoland

Legoland merupakan salah satu tempat yang wajib juga dikunjungi oleh seisi keluarga di mana Legoland ini terdapat pelbagai binaan mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan sebagainya. Terdapat juga  mercu tanda yang dibina di sini seperti Taj Mahal dan Angkor Wat daripada blok Lego. Semua ini korang boleh lihat di Miniland. Korang juga boleh melihat Legoland secara menyeluruh di Imagination. Nikmati percutian yang menarik dan menyeronokkan bersama keluarga dengan membina lego sendiri, menaiki pelbagai ride dan menonton wayang 4D. 

Legoland juga dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Boleh juga membeli belah di Mall of Modini dan menginap di Hotel Legoland yang sangat unik pembinaannya dimana setiap biliknya ditetapkan tema seperti Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninja Go dengan harga yang berlainan mengikut tema.

Hutan Bandar

Hutan Bandar ini terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Ia merupakan pusat rekreasi yang memelihara fauna semulajadi dengan pengubahsuaian yang minima supaya alam semulajadi sekelilingnya kekal terpelihara.  Bagi korang yang mempunyai anak anak kecil sangat sesuai bawa mereka melawat Hutan Bandar kerana di sini terdapat Taman perairan yang dinamakan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi untuk anak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan di sini.

Pasar Karat JB

Buat kaki shopping, korang kena datang ke Pasar Karat JB ini kerana di sini terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian bundle, barangan antik, kraftangan, barangan baru dan juga pelbagai aneka makanan yang sedap untuk dicuba. Antara juadah yang dijual di sini ialah juadah Thailand dan juga kopi dan teh yang terkenal.

Mercu Tanda Tanjung Piai
Sumber : Google

Tanjung Piai National Park

Tempat ini sangat terkenal dan menjadi tarikan para pelancong kerana Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia di mana ia terletak dalam mukim Kulup, Pontian, Johor. Ia juga menjadi nama untuk kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai National Park ini terkenal dengan restoren makanan laut. Ia juga terkenal dengan hutan paya bakau yang sangat indah dan belum terdedah kepada pencemaran dan pembangunan. Di sini juga korang boleh lihat bangunan pencakar langit Singapura dimana ia dipisahkan oleh Selat Johor. Mercu tanda yang dibina di pada tahun 2001 iaitu sebagai ‘Tanda Terselatan Benua Asia’.

Masjid sultan Abu Bakar
Sumber : Google

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar merupakan masjid negeri Johor yang dibuka secara rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada tahun 1900 yang diberi nama sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim. Masjid ini dibina di sebuah bukit kecil tepi Selat Tebrau di mana ia mempunyai 4 menara menyerupai beberapa buah masjid di Negara Negara Asia barat terutamanya Mesir. Masjid ini sangat unik pembinaannya kerana berbentuk 2 tingkat bulat di bahagian atas dan 4 persegi di bawahnya serta berkubah. Seni reka bentuk bangunan masjid ini telah di reka oleh Tuan Hj. Mohamad Arif bin Punak di bawah pengawasan jentera YB Dato' Yahya bin Awalludin. 

Banyak juga tempat menarik yang boleh dikunjungi di Johor kan. Nampaknya Mimi kena rancang betul betul percutian JOHOR BHARU TRAVEL Mimi sekeluarga kali ni supaya tidak terlepas peluang mengunjungi tempat menarik. 

Dah puas berjalan sana sini di Johor mestilah penat dan akan rasa lapar kan. Takkan lah berjalan sehari suntuk saja langsung tak makan minum. Bila kita mengunjungi sesuatu tempat pastilah kita nak cari restoren atau kedai makan yang menyediakan juadah yang enak untuk dimakan seisi kelaurga. Puas tahu cari sana sini restoren atau kedai makan yang perlu dikunjungi bila nak ke Johor nanti. Di sini Mimi senaraikan beberapa restoren atau kedai makan yang menarik dan patut dikunjungi.

Aneka juadah Asam Pedas Botak
Sumber : Google

Asam Pedas Botak

Masakan Asam Pedas memang sangat terkenal di Johor. Asam pedas yang terkenal biasanya dikaitkan dengan Parit Jawa dan Kota Laksamana sebagai tempat makan asam pedas. Tetapi di Johor Bahru restoren Asam Pedas Botak  terkenal dengan kesedapan Asam Pedas hingga menjadi pilihan utama. Selain daripada asam pedas menu lain yang boleh dicuba ialah nasi ayam penyet. Ikan yang dijual juga segar. Asam pedas dan ikan goreng merupakan menu wajib apabila makan di restoren ini.

Roti bakar bersama Kacang Pool
Sumber : Google

Kacang Pool Haji

Kedai makan Kacang Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin Bomba di mana ia merupakan kedai yang tidak asing lagi di Johor Bahru. Menu utama yang dijual di kedai ini sudah tentulah Kacang Pool. Bagi korang yang pertama kali mendengar tentang menu kacang pool, set roti bakar disediakan dan dimakan bersama kuah pekat yang terhasil daripada kacang pool. Telur mata juga diletakkan di atas kuah untuk di makan bersama.

Haji Wahid Mee Rebus

Haji Wahid Mee rebus ini terletak di Plaza Angsana Johor Bahru di mana ia dikatakan kedai makan lagenda di Johor Bahru. Dikatakan ia sudah lama wujud dan mempunyai susur galur tersendiri. Ia bermula daripada Wak Baidali yang menjual mee rebus pada tahun 1918 sebelum anaknya haji wahid mengambil alih perniagaan bapanya pada tahun 1938. Kedaia ini juga turut dikenali sebagai Mee Rebus Baidali.


Murtabak Majid Special Cheese No1
Sumber : Google

Murtabak Majid Special Cheese No1

Buat peminat murtabak, korang boleh merasai keenakkan murtabak yang sangat menarik ini di No.38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia. Apa yang istimewanya murtabak yang dijual di sini ialah murtabak cheese yang banyak dan pastinya peminat cheese tidak akan melepaskan peluang merasai keenakkan murtabak cheese ini.

Beriyani Mohd Shah

Buat peminat nasi beriyani, korang wajib datang dan merasa keenakkan makanan di sini. Lokasinya yang terletak di Medan Selera Benteng Batu Pahat Johor ini menjadi pilihan orang ramai yang ingin makan nasi beriyani. Beriyani Mohd Shah menjadi pilihan utama pengunjung makan di sini kerana nasi beriyaninya dikatakan panjang panjang kerana menggunakan beras yang mahal dan berkualiti. Portion nasi dan lauk juga dikatakan banyak. Harga nasi beriyani yang dijual juga  harga mampu milik. 

Kapten Steamboat & Grill
Sumber : Google

Kapten Stemboat & Grill

Penggemar steamboat dalam suasana yang santai dan selesa korang boleh datang ke Kapten Steamboat & Grill kerana ia merupakan restoren yang sangat sesuai untuk dikunjungi. Korang boleh buat pilihan sama ada ingin makan steamboat secara buffet atau set. Steamboat di sini sangat segar dan pelbagai jenis. Terdapat juga menu ala carte lain seperti nasi, mee dan sebagainya. Terdapat juga makanan grill seperti ayam, kambing, daging dan makanan laut. Kambing grill mereka dikatakan antara yang terbaik di Johor Bahru.

Sebenarnya banyak lagi tau tempat tempat menarik dan juga restoren atau kedai makan yang boleh korang kunjungi di Johor tapi Mimi senaraikan tempat yang menjadi pilihan utama para pengunjung bila bercuti di Johor. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Johor, korang boleh layari web ini : https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia

Post a Comment

28 Comments

  1. Tahun lepas Bonde ada 2 kali pergi... Explore Negeri Johor dan dalam Plan tu memang ada cadang nak singgah Kilang bateri, tapi x berkesempan pada masa tu sebab dah lama dok menyoping dekat JPO. Tahun ni misi nak JJCM juga dekat situ... banyak lagi tempat menarik yg Bonde tak pergi.. bila tengok link yg Mimi share tu... So tau dah mana nak g.. tq sharing

    ReplyDelete
  2. Akak kalau JOhor sampai Muar ngan JB je baru..blom lagi explore sepenuhnya..nak pi sanrio Hello Kitty anak pun dh besar..

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi tempat ana tak singgah dan makan di johor. Nak ke sana lagi lah. Especially ke legoland tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah kak....tak rugi singgah....enjoy habis...kalau ke Legoland :)

      Delete
  4. Kitorg asal dr Johor. Keturunan dari Daeng Lajat smpi ke dato bentara luar -mohd salleh b perang. Sejarah yg sedang di bukukan. Separuh sejarh dh di bukukan.

    Walaupn keturunn pure johor. Byk tpt yg mash belum hbis kami terjh

    ReplyDelete
  5. Tq Mimi sharing ni. Nampak lengkap sekali boleh mama jadikan la duan kalau nak jln2 Johor nanti

    ReplyDelete
  6. Johor pun byk keistimewaannya kan.. Zaza tak pernah pergi lagi..nanti kalau ada peluang nak jugak jln2 johor pergi tempat2 menarik.. Johor pun ada pulau2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila...mari ke Johor..hehe~
      Pulau...ada...ada pulau.......
      Air terjun pon leh tahan banyak..hehe

      Delete
  7. 2x kut p johor..x sempat nk jln2..insyallah ada rezeki boleh g sana..menarik gak mcm2 ada ni ha

    ReplyDelete
  8. Yeay..semua dh penah gi dan merasa especially masjid tu kerap sgt sbb dlu study kt maahad dkt ngn masjid..hihi..cuma pearl habour, legoland & hello kitty je tak minat even ank buah ajk pi sne..hehhee..

    ReplyDelete
  9. Banyaknyaaa makanan sedap kat negeri Johor! Sally pernah sampai Kluang dengan Muar je kak! ishhh...nak buat JJCM kat Johor laa..InsyaAllah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jomm...jalan jalan cari makannn.....
      Sambil makan, sambil berjalan.....sambil merehatkan diri ~

      Delete
  10. Banyak juga tempat menarik Kat johor ya. Semua tak pnah pegi

    ReplyDelete
  11. Dh lama x gi joho.. dh byk berubah.. leh gi la.. jalan jalan

    ReplyDelete
  12. Dalam bnyak2 tempat ni..legoland je pernah pergi..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ekin pernah pergi johor baharu, sempat la singgah dangay bay,plaza angsana,pasar karat tu, lagi dah lupa lama dah zaman kerja ada kursus dekat jb tika tu.. Rupanya banyak lagi tempat menarik dekat johor

    ReplyDelete
  14. Tak habis pusing johor lagi. Ada banyak tempat yang belum akak pergi. Boleh letak dalam wishlist tahun ni..

    ReplyDelete
  15. tak pernah sampai lagi JB hewhew.. paling jauh Mersing je kot..

    ReplyDelete
  16. Menarik betul. Tak sangka nama johor tu erti dia ada kaitan dengan batu permata ye. Saya tak pernah lagi explore johor ni. Kalau pergi pun dulu sbb kerja, area JB je. Shopping sana pun tak pernah. Datang, jumpa kawan, ambik gambar dan balik .. kah kah. Tapi ada la lalu bbrp tmpat menarik area JB.

    ReplyDelete
  17. hehehehe....
    yes banyak tempat2 best dekat johor

    ReplyDelete
  18. Teringinnya nak p sanrio hello kitty tu kak. Anak sy peminat hello kitty

    ReplyDelete
  19. Hello Kitty tu lama dh nk bw anakdara tp xsmp2 lg tp Hello Kitty kt Seoul Korea dh smp

    ReplyDelete
  20. Kak Sue belum pernah sampai Johor lagi, plan asyik tak menjadi ja last minit. Akan diusahakan ke sana jugak nanti nie.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sialalah datang kak... arrange time....memang best

      Delete
  21. Whoaaa, welcome to Johor ! Heehehe~
    Nona orang Johor, tapi kedai makan kat area larkin, tak pernah singgah...hoho~
    Nona suka hutan bandar...........tenang je............

    ReplyDelete
  22. banya nya tempat menarik di johor, rasa pernah sampai batu pahat dan muar, teringin sanat nak try kacang pool tu

    ReplyDelete
  23. baru balik dari johor dan murtabak cheese tu mengecewakan.. huhu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com