Ahad, 28 Januari 2018

Review Huawei Y3ii Yang Mimi Beli Untuk Ayah

5:24:00 PTG 22 Comments
Review Huawei Y3ii Yang Mimi Beli Untuk Ayah | Sebelum ni Mimi ada share dengan korang Mimi belikan ayah handphone Huawei Y3ii untuk kegunaan dia kan. Beli di Lazada. Harga RM339++ tapi masa beli tu ada diskaun kan, jadi, harga Huawei Y3ii lepas diskaun jadi RM265. Then guna pula baucer free dapatlah RM250. kira okeylah kan berbaloi. Dekat luar still RM339 lagi tau. Jom baca review Huawei Y3ii yang Mimi beli untuk ayah

Huawei Y3ii


HUAWEI Y3ii YANG MIMI BELI UNTUK AYAH


Huawei Y3ii


Masa handphone ni mula mula sampai,  not bad lah. Memang sesuai sangat dengan ayah Mimi tau. Dengan harga RM250, memang berbaloi sangat tau beli. Selain daripada handphone,  dapat charger,  earphone,  casing dan protector screen. 



Dapat je,  terus Mimi pasangkan protector screen. Memang mencabar betul nak pasang protector screen ni. Nak nak dapat orang cerewet macam Mimi ni kan. Senget sikit buka balik protector screen. Ada gelembung sikit Mimi buka. Banyak kali buka pasang buka pasang,  sampai puas hati.

Baca sini : Beli Huawei Y3ii Untuk Ayah

Sebelum bagi ayah,  Mimi cuba dulu beberapa ciri yang ada pada HUAWEI Y3ii ni.

1) Sound 
Yang ni memang Mimi akan check dulu sebab penting untuk ayah Mimi. Dia kalau sound slow slow ni tak suka. Tak dengar katanya. Ala kita pun kalau handphone slow pun tak dengarkan. Sound HUAWEI Y3ii memang kuat dan clear sebab ia dilengkapi dengan super speaker. Ni wonder lah sound kuat dan clear kan. 

2) Kamera
Kalau kerjaya blogger macam kita ni tak sesuai pakai sebab kamera tak cun. Mimi dah cuba tangkap gambar. Kalau nak snap gambar kena kawasan tu pengcahayaan cantik baru okey. Kalau selfie tak cantik..Walaupun kameranya ada beauty dan boleh adjust tetap juga tak cantik kalau selfie. Kamera belakang okeylah. Sesuailah untuk ayah kan. Ayah Mimi pun bukan kaki selfie. 

Gambar ni Mimi snap guna kamera belakang Huawei Y3ii ketika kereta sedang bergerak pada waktu pagi

Gambar ni Mimi snap menggunakan pengcahayaan dari pejabat saja


3) Ringan 
HUAWEI Y3ii ni sesuailah untuk ayah Mimi guna sebab ringan. Tak berat sangat pun. Muatlah nak masuk dalam poket seluar kan. 

4) Tidak terlalu besar atau kecil
Handphone ni sesuailah untuk ayah. Sebab ayah dha oesan awal awal tak suka hanphone besar besar. Jadi,  Mimi pilih Huawei Y3ii sebab memang ngam ngam tapak tangan. Skrin handphone 4.5" okey sangatlah kan 

Perbezaan saiz Huawei Y3ii dan Xiaomi 4A (skrin 5")
5) Touch key
Ini pun Mimi ambil kira juga sebab nak tahu fungsi setia button yang diberikan. Puas hati dengan setiap fungsi button dan key yang ada. Mudah dan tidak terlalu susah sangat nak guna. Mimi dah ajar ayah cara nak lock handphone dan cara nak jawab panggilan. Alhamdulillah sekejap saja ajar ayah dah faham. Tak susahlah warga emas seperti ayah Mimi nak guna. 

Inilah 5  ciri yang Mimi titik beratkan. Lain tak kisah mana pun. Yang menariknya HUAWEI Y3ii bila caj bateri lampu di bahagian handphone akan menyala warna merah tau. Kemudian akan hilang beberapa saat kemudian menyala semula. Dah nama pun dilengkapi dengan rainbow light kan. 

Lampu pada kamera belakang akna menyala bila di caj

Sehingga ke hari ni tak ada pula ayah komplen pasal handphone baru dia. Kalau ayah komplen maknanya ada bendalah yang dia tak puas hati. Ada juga tanya okey ke tak handphone tu tapi ayah cakap okey tak ada masalah pun. Lega hati dengar. 

Ini pertama kali Mimi beli handphone dekat Lazada. Masa beli tu risau, takut dan cdmas semua ada. Yalah,  bukan tak pernah shopping di Lazada. Dah banyak kali pun tapi kalau beli hanphone memang pertama kali lah. Sebelum nak beli memang makan masa berminggu jugalah Mimi nak survey handphone untuk ayah. Kena tengok fungsi,  saiz,  review daripada pelanggan. Semua tu memang Mimi titikberatkan. Alhamdulillah,  semuanya okey dan selamat sampai pada tangan walaupun pertama kali beli handphone di Lazada.

Kalau korang nak hadiahkan handphone ni orang tua korang sangat sangat highy recommend. Sangat sesuai untuk diorang guna. Nih kalau untuk orang tua korang yang jenis tak pandai canggih manggih nih. Kalau yang jenis memang terror bab IT atau aktif di media sosial, tak payahlah belikan.  Sangat tak sesuai. Ayah Mimi okeylah sesuai sebab dia tak tahu pun pasal media sosial ni semua. Dia tahu handphone tu hanya untuk call saja. Mesej pun tak layan apa entah lagi whatsapp. Nak beli? Cari saja di Lazada search Huawei Y3ii ya korang. 

2018 Tahun Untuk Johor Bahru Travel Mimi Sekeluarga

3:15:00 PG 28 Comments
2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA | Siapa pernah pergi Johor? Angkat tangan. Rasanya semua orang pernah pergi Johor kan. Johor sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air yang sangat unik dan menarik untuk dikunjungi. Macam Mimi sendiri selalu sangat pergi Johor tetapi selalunya pergi jalan jalan di Muar dan Serom tapi belum sampai lagi di Johor Bahru. Memandangkan 2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA, Mimi dan suami nak bawa anak anak melawat beberapa tempat yang menarik dan terkenal. Johor memang terkenal dengan sejarahnya tersendiri selain daripada tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Rugi sangat kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak jelajah Johor kan.

2018 TAHUN UNTUK JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA

Negeri Johor
Sumber : Google

Dah nama 2018 TAHUN JOHOR BAHRU TRAVEL MIMI SEKELUARGA, mestilah Mimi nak kongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Johor. Tapi sebelum itu,  Mimi nak kongsi mengenai sejarah negeri Johor dengan korang. Kenalah ambil tahu serba sedikit sejarah Johor kan. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Untuk pengetahuan korang, Johor merupakan salah sebuah negeri tertua yang pernah menerima pengaruh dari Kerajaan Seriwijaya. Johor disebut sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang Undang Siam pada tahun 1438, Johor disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yang bermaksud air yang jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis, Godinho d’Eridia, Marco Polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yang sama juga telah disebut di dalam Hikayat Jawa ‘negara Kertagana’ yang ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah paling selatan benua Asia.

Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yang singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yang membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yang bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Delangkyu dan orang orang Jawa menyebut Johor sebagai galuh. Kedua-dua perkatan ini membawa maksud batu permata. Orang orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.

Itu serba ringkas mengenai sejarah Johor yang Mimi dapat kongsikan dengan korang. Bila pergi Johor, pastinya korang tidak akan melepaskan peluang singgah ke Johor Bahru kan? Mimi juga yang belum merasa pergi Johor Bahru lagi. Bila merancang nak pergi Johor Bahru ada saja kekangan yang menghalang Mimi tau. Mimi doa semoga perancangan JOHOR BAHRU TRAVEL Mimi tercapai nak bawa anak anak pergi Johor Bahru. Rasa tak lengkap senarai Cuti Cuti Malaysia Mimi kalau tak singgah sana kan.

Korang tahu tak, Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung Puteri diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim) bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang sultan yang amat dikenang. Pada awalnya, ia merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai Johor Bahru sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaan dari teluk Belanga di Singapura.

Sekarang korang dah tahu sejarah Johor dan Johor Bahru kan? Sekarang Mimi nak kongsi pula dengan korang tempat tempat menarik yang wajib dikunjungi. Rugi kalau tak singgah tempat tempat menarik yang ada di Johor mahupun Johor Bahru. Tempat tempat yang menarik menjadi tarikan para pelancong di dalam dan luar negara ialah :

Puteri Harbour
Sumber : Google


Puteri Harbour 

Tanjung Puteri atau Puteri Harbour merupakan sebuah tempat yang mempunyai pantai yang bersih dan luas. Merupakan kawasan pelabuhan yang memberi ketenangan kepada pengunjung yang ingin bersantai bersama keluarga. Puteri Harbour juga terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri iaitu mengenai tokoh pahlawan yang tidak didendangkan kewujudannya iaitu Si Bongkok Tanjung Puteri. Sejarah perjuangannya yang masih tidak diketahui ramai pihak. Jika korang meminati dengan sejarah, pastinya pusara Si Bongkok di Tanjung Puteri akan menjadi salah satu tempat yang korang ingin kunjungi. Puteri Harbour juga terdapat pelbagai rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Jadi, sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan bergambar kenangan bersama keluarga.   

Sanrio Hello Kitty Town
Sumber : Google

Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town

Anak anak pasti suka singgah di Sanrio Hello Kitty Town kerana di sini mempunyai rumah yang lengkap berkonsepkan Hello Kitty di mana rumah tersebut mempunyai bilik tidur, dapur dan ruang tamu. Anak anak mesti akan seronok ketika berada di rumah Hello Kitty. Selain daripada itu, di Thomas Town, kereta api Thomas boleh didapati selain daripada replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter Ride dan kereta api untuk dinaiki. Di sini juga terdapat pelbagai karakter yang popular di kalangan anak anak iaitu Angry Bird, Barney, Bob The Builder dan Pingu. Pengunjung juga boleh membeli belah di sini dan menikmati pelbagai menu juadah di restoren dan kafe yang disediakan.

KUSO 3D Art Gallery

KUSO 3D Art Gallery merupakan yang pertama di Johor. Di sini terdapat mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality) di mana pengunjung berpeluang berlawan dengan zombie, dinosaur dan raksasa yang besar dan menggerunkan.

Danga Bay

Danga Bay merupaan sebahagian daripada Pantai Lido yang telah ditambak menjadi pusat pelancongan. Terdapat tarikan utama di sini iaitu pusat membeli belah iaitu Danga City Mall dan danga World Mini Theme Park di mana ia mempunyai permainan karnival yang menarik untuk di cuba seperti Ferris Wheel, Merry-Go-round dan Pirate Ship Ride.

Kilang Bateri
Sumber : Google

Kilang Bateri

Kilang bateri merupakan salah satu tempat menarik yang wajib korang kunjungi tau. Bazaar ala hipster ini asalnya merupakan kilang bateri. Setelah kilang bateri ditutup, kilang ini diubahsuai menjadi sebuah bazaar yang suasananya sangat santai dan bersahaja. Terdapat pelbagai jenis makanan yang popular ada dijual di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh Lobby Bros dan kacang pool oleh Cupchai. Pengunjung juga boleh membeli pakaian di butik terkenal seperti SuperSunday dan JohoBaru. Kilang bateri ini telah mendapat perhatian oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Johor Premium Outlet (JPO)

JPO merupakan pusat membeli belah di mana terdapat pelbagai variasi kedai berjenama yang menjual pakaian, kasut, beg tangan di mana potongan harga dari 25% sehingga 65% tau. Buat korang yang kaki shopping tu, memang wajiblah singgah ke JPO ni. Rugi kalau korang tak singgah sini. Bangunan JPO ini juga sangat unik dan menarik di mana binaannya berkonsepkan colonial dan landskap tamannya yang cantik dan unik sangat sesuai dijadikan tempat untuk mengambil gambar sebagai kenang kenangan.

Legoland
Sumber : Google

Legoland

Legoland merupakan salah satu tempat yang wajib juga dikunjungi oleh seisi keluarga di mana Legoland ini terdapat pelbagai binaan mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan sebagainya. Terdapat juga  mercu tanda yang dibina di sini seperti Taj Mahal dan Angkor Wat daripada blok Lego. Semua ini korang boleh lihat di Miniland. Korang juga boleh melihat Legoland secara menyeluruh di Imagination. Nikmati percutian yang menarik dan menyeronokkan bersama keluarga dengan membina lego sendiri, menaiki pelbagai ride dan menonton wayang 4D. 

Legoland juga dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Boleh juga membeli belah di Mall of Modini dan menginap di Hotel Legoland yang sangat unik pembinaannya dimana setiap biliknya ditetapkan tema seperti Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninja Go dengan harga yang berlainan mengikut tema.

Hutan Bandar

Hutan Bandar ini terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Ia merupakan pusat rekreasi yang memelihara fauna semulajadi dengan pengubahsuaian yang minima supaya alam semulajadi sekelilingnya kekal terpelihara.  Bagi korang yang mempunyai anak anak kecil sangat sesuai bawa mereka melawat Hutan Bandar kerana di sini terdapat Taman perairan yang dinamakan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi untuk anak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan di sini.

Pasar Karat JB

Buat kaki shopping, korang kena datang ke Pasar Karat JB ini kerana di sini terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian bundle, barangan antik, kraftangan, barangan baru dan juga pelbagai aneka makanan yang sedap untuk dicuba. Antara juadah yang dijual di sini ialah juadah Thailand dan juga kopi dan teh yang terkenal.

Mercu Tanda Tanjung Piai
Sumber : Google

Tanjung Piai National Park

Tempat ini sangat terkenal dan menjadi tarikan para pelancong kerana Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di benua Asia di mana ia terletak dalam mukim Kulup, Pontian, Johor. Ia juga menjadi nama untuk kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai National Park ini terkenal dengan restoren makanan laut. Ia juga terkenal dengan hutan paya bakau yang sangat indah dan belum terdedah kepada pencemaran dan pembangunan. Di sini juga korang boleh lihat bangunan pencakar langit Singapura dimana ia dipisahkan oleh Selat Johor. Mercu tanda yang dibina di pada tahun 2001 iaitu sebagai ‘Tanda Terselatan Benua Asia’.

Masjid sultan Abu Bakar
Sumber : Google

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar merupakan masjid negeri Johor yang dibuka secara rasmi oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada tahun 1900 yang diberi nama sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim. Masjid ini dibina di sebuah bukit kecil tepi Selat Tebrau di mana ia mempunyai 4 menara menyerupai beberapa buah masjid di Negara Negara Asia barat terutamanya Mesir. Masjid ini sangat unik pembinaannya kerana berbentuk 2 tingkat bulat di bahagian atas dan 4 persegi di bawahnya serta berkubah. Seni reka bentuk bangunan masjid ini telah di reka oleh Tuan Hj. Mohamad Arif bin Punak di bawah pengawasan jentera YB Dato' Yahya bin Awalludin. 

Banyak juga tempat menarik yang boleh dikunjungi di Johor kan. Nampaknya Mimi kena rancang betul betul percutian JOHOR BHARU TRAVEL Mimi sekeluarga kali ni supaya tidak terlepas peluang mengunjungi tempat menarik. 

Dah puas berjalan sana sini di Johor mestilah penat dan akan rasa lapar kan. Takkan lah berjalan sehari suntuk saja langsung tak makan minum. Bila kita mengunjungi sesuatu tempat pastilah kita nak cari restoren atau kedai makan yang menyediakan juadah yang enak untuk dimakan seisi kelaurga. Puas tahu cari sana sini restoren atau kedai makan yang perlu dikunjungi bila nak ke Johor nanti. Di sini Mimi senaraikan beberapa restoren atau kedai makan yang menarik dan patut dikunjungi.

Aneka juadah Asam Pedas Botak
Sumber : Google

Asam Pedas Botak

Masakan Asam Pedas memang sangat terkenal di Johor. Asam pedas yang terkenal biasanya dikaitkan dengan Parit Jawa dan Kota Laksamana sebagai tempat makan asam pedas. Tetapi di Johor Bahru restoren Asam Pedas Botak  terkenal dengan kesedapan Asam Pedas hingga menjadi pilihan utama. Selain daripada asam pedas menu lain yang boleh dicuba ialah nasi ayam penyet. Ikan yang dijual juga segar. Asam pedas dan ikan goreng merupakan menu wajib apabila makan di restoren ini.

Roti bakar bersama Kacang Pool
Sumber : Google

Kacang Pool Haji

Kedai makan Kacang Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin Bomba di mana ia merupakan kedai yang tidak asing lagi di Johor Bahru. Menu utama yang dijual di kedai ini sudah tentulah Kacang Pool. Bagi korang yang pertama kali mendengar tentang menu kacang pool, set roti bakar disediakan dan dimakan bersama kuah pekat yang terhasil daripada kacang pool. Telur mata juga diletakkan di atas kuah untuk di makan bersama.

Haji Wahid Mee Rebus

Haji Wahid Mee rebus ini terletak di Plaza Angsana Johor Bahru di mana ia dikatakan kedai makan lagenda di Johor Bahru. Dikatakan ia sudah lama wujud dan mempunyai susur galur tersendiri. Ia bermula daripada Wak Baidali yang menjual mee rebus pada tahun 1918 sebelum anaknya haji wahid mengambil alih perniagaan bapanya pada tahun 1938. Kedaia ini juga turut dikenali sebagai Mee Rebus Baidali.


Murtabak Majid Special Cheese No1
Sumber : Google

Murtabak Majid Special Cheese No1

Buat peminat murtabak, korang boleh merasai keenakkan murtabak yang sangat menarik ini di No.38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia. Apa yang istimewanya murtabak yang dijual di sini ialah murtabak cheese yang banyak dan pastinya peminat cheese tidak akan melepaskan peluang merasai keenakkan murtabak cheese ini.

Beriyani Mohd Shah

Buat peminat nasi beriyani, korang wajib datang dan merasa keenakkan makanan di sini. Lokasinya yang terletak di Medan Selera Benteng Batu Pahat Johor ini menjadi pilihan orang ramai yang ingin makan nasi beriyani. Beriyani Mohd Shah menjadi pilihan utama pengunjung makan di sini kerana nasi beriyaninya dikatakan panjang panjang kerana menggunakan beras yang mahal dan berkualiti. Portion nasi dan lauk juga dikatakan banyak. Harga nasi beriyani yang dijual juga  harga mampu milik. 

Kapten Steamboat & Grill
Sumber : Google

Kapten Stemboat & Grill

Penggemar steamboat dalam suasana yang santai dan selesa korang boleh datang ke Kapten Steamboat & Grill kerana ia merupakan restoren yang sangat sesuai untuk dikunjungi. Korang boleh buat pilihan sama ada ingin makan steamboat secara buffet atau set. Steamboat di sini sangat segar dan pelbagai jenis. Terdapat juga menu ala carte lain seperti nasi, mee dan sebagainya. Terdapat juga makanan grill seperti ayam, kambing, daging dan makanan laut. Kambing grill mereka dikatakan antara yang terbaik di Johor Bahru.

Sebenarnya banyak lagi tau tempat tempat menarik dan juga restoren atau kedai makan yang boleh korang kunjungi di Johor tapi Mimi senaraikan tempat yang menjadi pilihan utama para pengunjung bila bercuti di Johor. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Johor, korang boleh layari web ini : https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia

Rabu, 24 Januari 2018

Kulit Cantik Dengan Mask ID.Az Derm

8:08:00 PTG 18 Comments
Kulit Cantik Dengan Mask ID.Az Derm | Wanita dna kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Bila bercakap soal kecantikan wajah, pastinya kaum hawa akan mencari produk yang selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Selain menggunakan pencuci muka, skrub, serum,  pelembab dan sebagainya, penggunaan mask juga sangat penting bagi wanita. Menggunakan mask yang sesuai dan selamat untuk wajah mestilah dititikberatkan. Jadi, Mimi nak share dengan korang mask yang Mimi guna untuk mendapatkan kulit cantik dengan Mask ID.Az Derm

KULIT CANTIK DENGAN MASK ID.AZ DERM




Sebelum Mimi share dengan korang pengalaman Mimi kulit cantik dengan Mask ID.Az Derm ni Mimi nak nak beri sedikit pengenalan mengenai mask ini. ID.Az Derm ini dicipta oleh ID Health Care Group. ID Health Care Group merupakan sebuah syarikat yang mengkaji mengenai bentuk wajah. 

Memandangkan ramai yang tidak berpuas hati dengan bentuk wajah dan kulit,  ID Health Care Group mula mencari alternatif kepada masalah yang dihadapi. Dari situlah bermulanya ID Pla Cosmetics. Tujuan ID ialah bertanggungjawab dalam penjagaan kulit sensitif dan juga mencari kosmetik yang sesuai untuk menjaga bentuk wajah.



Dan dari situlah terciptanya MASK ID.AZ DERM yang dicipta dan direka untuk mengatasi masalah kulit wajah. Ada tiga jenis MASK ID. AZ DERM iaitu ID.AZ DERM iaitu Hydrating Mask, Brightening Mask dan Deep Nourishing Mask. 

ID.Az Dermatic  Water Fit-Mask (Hydrating Mask) - RM12.90


Mask ini bertujuan memberi kelembapan secara mendalam pada kulit wajah. Sangat sesuai digubakan oleh mereka yang memerlukan kelembapan pada kulit wajah dan juga sesuai untuk kulit wajah yang alergik selepas penggunaan produk yang salah. Mask ini terbuat daripada deep sea water, sea water collagen,  hyaluronic asid,  panthenol,  betaine,alantoin.

Masa mula mula nak pakai,  Mimi tengok mask ni sangat nipis dan dilapisi dengan lapisan seperti kain kasa. Nak cabut lapisan tu kena hati hati sebab sangat nipis tau korang. 


Sebelum nak pakai mask ni kena cuci muka dengan pembersih muka selepas itu pakai toner. Kemudian barulah pakai mask. Masa pakai mask ni kalau kulit muka korang rasa gatal dan pedih itu maknanya skincare yang korang guna tidak sesuai dengan kulit wajah korang tau. 


Tak ketara sangat kan nampak pakai mask sebab ia memang nipis tau. Mask ni kena pakai selama 15 hingga 20 minit. Bila dah kering tanggalkan mask. Korang boleh rasa selepas menggunakannya tau. Mimi sendiri teruja selepas pakai sebab kulit muka rasa lembap dan lembut saja. 


Sebelum dan selepas Mimi menggunakan ID.AZ DERMATIC WATER-FIT MASK (HYDRATING MASK). Sekali penggunaan pun dah nampak kesan menggunakan mask. Nampak kulit muka lebih sihat dan lembap. 

Untuk ID.Az Dermatic Water-Fit Mask (Hydrating Mask) Mimi bagi 4.5/5


ID.Az Dermatic  Bright Fit-Mask (Brightening Mask) - RM12.90



Buat korang yang inginkan kulit cerah dan putih mask ini sesuai dipakai. Ia juga sesuai untuk yang berkulit gelap dan mempunyai binti gelao di wajah dan kulit wajah kelihatan kusam. Ia diperbuat daripada perar,  hyaluronic acid, green tea, licorie, Witch Hazel, raspberry, blueberry dan trehalos.

Mask ini berbeza sikit daripada mask hydrating tu kerana cecair yang terdapat di dalam packaging berwarna putih susu dan wangi. 



Cara nak pakai mask ni sama saja dengan hydrating mask,  cuci muka dan sapu toner. Kemudian apply mask pada muka biarkan 15-20 minit. Bila dah kerimg tanggalkan mask. Selepas guna, memang nampak perbezaan pada kulit muka. Nampak juga cerah pada kulit muka.


Nampakkan perbezaan sebelum dan selepas guna mask. Nampak muka cerah dan glowing gitu. Kulit pun lembut dan licin. 

Untuk ID.Az Dermatic Bright-Fit Mask (Brightening Mask) Mimi bagi 5/5

ID.Az Dermatic  Golden Fit-Mask (Nutrition Mask) - RM19.90



Gold mask ini sesuai dipakai untuk mereka yang memerlukan nutrisi untuk kulit yang kering dan rosak. Ia juga sesuai untuk korang yang ingin memiliki skin care yang nampak mewah dan juga sesuai untuk yang inginkan skin care yang sangat istimewa dipakai pada hari yang istimewa. 

Mimi paling suka gold mask nih sebab rasanya lembut dan licin tau. Mask ni pun masa nak keluarkan dari oackagimg kena hati hati tau korang sebab mudah sangat terkoyak. Masa Mimi nak keluarkan mask ni, mask gold ni terkoyak sikit di bahagian dahi dan terputus di bahagian atas bibir tu.



Gold mask ni dilapisi plastik untuk menjaga reka bentuk mask ni. Nak tarik mask ni kena perlahan lahan.



Nampak tak kat bahagian atas bibir tu terkoyak dan putus dua. Semuanya gara gara tertarik kuat sangat tau. Gold mask ini dihasilkan dengan gabungan gold,  honey, royal jelly, propolis, red ginseng collagen, ceramide, aloe dan panthenol.



Cara nak pakai mask pun sama macam mask lain yang Mimi dah cuba sebelum ni. Setakat ni,  memang tak ada apa efek negatif pun selepas pakai gold mask. Memang sesuai sangat dengan kulit Mimi tau. Selepas pakai muka memang rasa segar saja tau. Sesekali seronok juga muka bertukar jadi gold. Bersinar sinar gitu.

Untuk ID.Az Dermatic Golden-Fit Mask (Brightening Mask) Mimi bagi 4.8/5

Kesimpulannya,  Mimi sangat berpuas hati dan suka dengan kesemua ID.AZ DERM MASK. selalunya kalau pakai mask lain,  ada sesetengahnya membuat kulit muka Mimi rasa pedih dan rasa agak tegang. Tetapi ID.AZ DERM MASK muka Mimi langsung tak sakit atau tegang. Malahan kulit jadi lembut, lembap dan segar. ID.Az Derm Mask memang lain daripada yang lain kerana ia merupakan PREMIUM MASKS!

Jika korang berminat nak memiliki ketiga tiga mask ni korang boleh dapatkan kesemuanya di outlet outlet Watsons dengan harga pengenalan yang cukup iatimewa. Kesemua mask ini telah oun berada di Watsons sejak Disember 2017.Ada berita baik buat korang,  bagi belian kedua mask ini korang akan dapat dengan harga hanya RM1 sahaja tau.  Untung tak?  Jadi, apa tunggu lagi. Jom cepat cepat daptakn ID.Az Derm Mask ini sekarang! 

Sabtu, 20 Januari 2018

Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather Melindungi Kad Bank Daripada Di Godam

11:34:00 PTG 46 Comments
Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather Melindungi Kad Bank Daripada Di Godam | Sebelum ni kan Mimi tak pakai purse pun tau. Mimi pakai coin bag yang jenis panjang tu. Segala duit,  resit, kad kad semua sumbat dalam tu. Survey punya survey, akhirnya dapat juga purse yang Mimi nak iaitu Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather melindungi kad bank daripada di godam

PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER MELINDUNGI KAD BANK DARIPADA DI GODAM


Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather Pristine


Jenis Mimi kan kalau dah berkenan pada sesuatu barang tu tak kisahlah murah ke mahal ke memang Mimi akan beli. Macam purse RFID Jovi Leather ni memang harganya agak mahal tapi bagi Mimi ciri ciri keselamatan dan kualiti yang bagus ada pada PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER MELINDUNGI KAD BANK DARIPADA DI GODAM. Dalam keadaan zaman sekarang yang memerlukan kita lebih berhati hati,  purse ni sangat membantu melindungi data peribadi yang ada pada kad pengenalan mahu pun kad bank. Bagi Mimi,  korang pun patut ada satu PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER ni tau.

Masa mula mula dapat purse ni Mimi speechless sangat sebab purse ni di datangkan dengan kotak yang eksklusif tau korang. Sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang tau. 

Kotak Jovi Leather yang ekslusif


Kenapa Mimi cakap korang patut memiliki PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER kerana ciri ciri yang ada padanya sangat bagus. Tak rugi pun korang memilikinya merana di jamin korang berpuas hati.  Mimi sendiri sangat berpuas hati dengan PURSE RFID JOVI LEATHER ni tau. 

6 SEBAB MIMI SUKA DENGAN PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER

1) RFID Paywave Protection - Ni sebab utama kenapa Mimi suka purse Jovi Leather ni. Sekarang ni semua kad debit ada paywave kan. Jadi, purse ni melindungi kad debit dan kredit kita daripada digodam. Korang boleh klik link ni  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1058349970934765&id=695685017201264 dan tonton video demo bagaimana purse ni melindungi kad debit dan kredit korang. 

2) Diperbuat dari kulit lembu original - Tak perlu korang pertikaikan harga purse ni sebab purse diperbuat dari kulit lembu yang original. Sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi. So,  memang affordable lah harga dengan kualiti purse ni.

3) Zip yang tahan lasak dan smooth - Zip purse Jovi Leather ni memang tahan lasak dan smooth saja bila digunakan. Tak ada tersekat ke apa bila buka zip beg. 

Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather Pristine


4) Mempunyai 14 slot kad - Yang ni Mimi suka sebab sejenis yang banyak kad. Muatlah Mimi sumbat segala jenis kad dalam tu. Kad debit,  kad pengenalan, kad keahlian,  kad nikah semua ada. 

5) Jahitan yang kemas dan kukuh - Purse Jovi Leather ni sangat kemas dan cantik buatannya kerana jahitannya kemas dan kukuh.

Purse RFID Paywave Protection Jovi Leather Pristine


6) Panjang dan lebar - Antara ciri ciri purse yang Mimi cari bila nak beli purse ialah panjang dan lebar.  Mimi kurang gemar purse yang pendek dan kecil. Sebab Mimi suka sumbat segala bagai dalam purse tau. Resit ke apa memang suka sumbat dalam purse. Boleh juga sumbat handphone dalam purse ni. Memang muat. 

Setakat ni PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER ada tiga warna iaitu : 

1) Jovi Navy - N/P RM180  S/P RM150

Jovi Navy 

2) Jovi Jet Black - N/P RM220  S/P RM190

Jovi Jet Black



3) Jovi Pristine - N/P RM220  S/P RM190

Jovi Prestine

Tidak lama lagi akan ada warna baru tau iaitu warna pink dan maroon. Bila dapat tahu ada warna pink meroyan terus Mimi dibuatnya. Kejam sungguh tau!  Keluar warna pink lepas Mimi dah beli JOVI PRISTINE. 

Walau bagaimanpun,  memang Mimi tak rasa rugi  pun labur duit beli PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER ni sebab memang Mimi berkenan betul dengan purse jenis macam ni. Memang taste Mimi kalau purse style macam ni. Cantik,  besar dan selesa. Nampak bergaya tau pakai purse ni. Lantaklah orang kata mahal ke apa kan. Asalkan hati puas dan suka dengan kualitinya. 

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut mengenai PURSE RFID PAYWAVE PROTECTION JOVI LEATHER ni boleh layari :

Single Terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’

8:12:00 PTG 14 Comments
Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.



Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu.

SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4



SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee. 

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), 

Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010. 

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

Khamis, 18 Januari 2018

Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut

8:30:00 PG 27 Comments
Belanja Anak Anak Makan di Pizza Hut | Jumaat lepas, Mimi kerja half day sebab nak perbaharui  lesen kereta yang nak luput keesokkannya. Lepas dah selesai semua Mimi belanja anak anak makan di Pizza Hut. 

BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT




Sebenarnya memang dah jadi rutin setiap bulan Mimi akan belanja anak anak makan. Selalunya diorang nak KFC tak pun Pizza Hut saja. Tapi Mimi jarangggggg sangat bawa anak anak makan di Pizza Hut. Setahun sekali saja. Banyak makan di KFC atau restoren makan biasa. 

Dah niat sempenan hari lahir Mimi, Mimi nak BELANJA ANAK ANAK MAKAN DI PIZZA HUT. Mimi decide ambil set untuk dua  ke tiga orang makan iaitu Set Double Fortune Meal. Dalam set tu ada 1 regular Cheese Sang Cheesy Bites,  2 sup cendawan,  1 appetizer Mimi ambil Cheesy Garlic FlatBread dan 2 air ambil soya. Menu tambahan Mimi order 2 aiskrim untuk Aina dan Auni dan Mama Mia Meatballs.

Mula mula macam biasa sup dan air sampai. Lepas tu, Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mia Meatballs.

Makan tak pandang kiri kanan dah sebab sedap sangat

Masa ni Aina main tarik cheese tu sampai panjang

Auni cakap sedappp

Garlic Cheesy Flatbread. Salah satu menu favourite Mimi

Mama Mia Meatballs yang boleh tahan sedapnya

Bila Garlic Cheesy Flatbread dan Mama Mka Meatballs habis barulah Cheese Sang Cheesy Bites sampai. Kira watak utama dalam menu yang Mimi order. 

Cheese Sang Cheesy Bites ni ada Crispy Tempura Prawns,  Sos Telur Masin dan bahagain tepi pizza yang dipenuhi dengan cheddar dan mozarella. Bila nak makan korang kena perah lemon tu kat atas pizza. Kalau tak perah lemon pun boleh juga tetap sedap tapi rasa pelik sebab telur masin tu rasa macam tak berapa serasi. Bila perah lemon,  baru rasa tu serasi dan lagi sedap. 

Pizza ni dipotong kepada 6 bahagian tapi tak habis pun,  Mimi minta tolong staff  Pizza Hut bungkuskan.


Cheese Sang Cheesy Bites Pizza

Akhir sekali baru aiskrim anak anak sampai.  Aina aiskrim coklat Auni pula aiskrim strawberi. Tak sempat nak ambil gambar licin aiskrim.

Alhamdulillah,  tertunai sudah niat nak belanja anak anak makan pizza. Lepas ni tak tahu bila lagi dapat bawa anak anak makan pizza. In shaa Allah ada rezeki anak anak lepas ni makan lagi di Pizza Hut. 

Selasa, 16 Januari 2018

Tiga Warna Menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi

9:59:00 PG 51 Comments
Tiga Warna Menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi | Sebelum ni Mimi ada share dengan korang hobi Mimi suka kumpul lipmatte kan.  Hah,  kali ni bertambah lagi koleksi lipmatte Mimi iaitu tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color pilihan Mimi

TIGA WARNA MENARIK PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR PILIHAN MIMI

Tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi


Sempena birthday Mimi bulan Januari,  Hermo Malaysia beri hadiah tau. Hadiah apa?  Of course hadiah baucer percuma kan. Mula mula Mimi ignore juga tapi bila fikir semula why not beli hadiah untuk diri sendiri sempena birthday kan.  Memandangkan Mimi suka sangat kumpul lipmatte,  Mimi pun try ushar web Hermo Malaysia kot kot ada lipmatte yang berkenan kan. 

Tengok punya tengok, sekali terberkenan pula tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color pilihan Mimi iaitu Cashmere,  Sateen dan Borcade. Setakat ni Mimi dah ada beberapa koleksi lipmatte dari beberapa jenama seperti Ephyra,  SeqyBeauty dan Fame. 


Sebenarnya,  masa Mimi duk ushar lipmmate Palladio ni mata memang berkenan dengan beberapa warna yang ada. Tapi sayang seribu kali sayang,  ada warna yang Mimi nak dah out of stock pula. Lama fikir nak ambil yang mana,  last Mimi decide ambil tiga warna iaitu Cashmere,  Sateen dan Borcade. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color + Blending sponge + Suu Balm + Hermo Birthday Card



Masa mula mula dapat box dari Hermo tu dah super excited sebab selain daripada lipmatte,  Mimi dapat juga dua blending sponge warna pink dan ungu, Suu balm sachet + RM5 voucher dan kad ucapan hari lahir Hermo. 

REVIEW PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR


Jom baca lanjut review Palladio Velvet Matte Cream Lip Color yang Mimi dah guna ni. Masa mula mula dapat lipmatte ni kan ada cerita lawak sebenarnya tau. Packaging lipmatte ni kan permenant. Jadi, memang  boleh nampaklah kan isi dan warna lipmatte tu. Masa mula mula dapat Mimi quite shocked juga sebab ingat lipmatte ni jenis berus tu rupanya jenis stick. So tak kisahlah kan janji lipmatte. Lepas tu masa nak guna,  Mimi nak buka lah sarung lipmatte tu tapi tak tanggal. Pelik juga kenapa tak boleh buka nak kata kena seal dah buka pun sealnya. Mimi pun try, try dan try nak buka tapi tak boleh juga. Gila ketat penutup lipmatte ni. Dah mati akal tau nak buka sarung. Duk tarik tarik tak boleh. Tiba tiba terfikir nak putar sarung lipmatte tu. Barulah terbuka. Rupa rupanya memang lipmatte ni jenis berus. Yang bentuk stick, design bekas rupanya. Malu gila tau. Nampak sangat old fashion dak Mimi ni. Hahaha.. Ye yelah ingatkan Palladio lipmatte ni bentuk stick. 

Apa yang menariknya mengenai PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR? Apa yang menarik mengenai Palladio lipmatte ni ialah lipmatte ini kaya dengan kemasan matte yang diformulasikan dengan krim cecair yang melembapkan bibir, sapuan menjadi sekata kerana ia lembut dan mudah disapu pada bibir. Yang paling best sekali lipmatte ni tahan lama tau korang. Ada sesetengah lipmatte akan melekat pada cawan atau gelas yang korang gunakan untuk minum. Tapi kalau korang apply PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR warnanya tidak melekat pada cawan ataupun gelas. Jadi, tak perlulah nak apply lipmatte dua tiga kali pada bibir. Kalau nak tanggalkan lipmatte pada bibir silalah guna make up remover ya. 

Macam Mimi tak suka sangat pakai lipmatte tebal tebal tau korang.  Suka sapu nipis nipis je pada bibir. Bila pakai Palladio lipmatte ni,  Mimi sapu nipis saja pada bibir. Palladio lipmatte ni kalau sapu tebal tebal nampak menyerlah sangat tau warna dia. Sapu nipis pun dah pekat,  apa entah lagi kalau sapu tebal tebal. Kira struktur lipmatte ni lembut tapi likat. Walaupun jenis matte tapi bila di sapu pada bibir terasa lembabnya tau. tak perlu risau bibir kering atau mengelupas. 

Cara nak guna pun senang saja tau korang. Sapukan PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR dari tengah bibir kemudian ratakan sapuan hingga ke hujung bibir. Terpulanglah pada korang nak sapu nipis ke tebal ke janji hasilnya meletop gitu. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Sateen RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Sateen

Mimi suka warna Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Sateen ni sebab apa apa warna pink memang jadi favourite lah kan. 



Warna Sateen ni sesuailah nak pakai waktu siang atau malam. Sama ada pakai pergi ke pejabat atau bersiar siar kan. Macam dalam gambar ni Mimi apply nipis saja tapi nampak pekatkan warnanya.

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Cashmere RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Cashmere

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color -  Cashmere pun tidak kurang cantiknya. Mimi suka juga warna ni. Warnanya lebih pada pink orange macam tu. Sesuai juga pakai waktu siang dan malam. 


Warna ni kalau pergi pejabat memang Mimi pakai nipis saja tau. Tak tebal sangat sebab warnanya agak menyerlah. Tak naklah masa pakai dari jauh orang nampak bibir dulu. Hahaha.. Pakai waktu siang nipis saja dah cukup cantik dah. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Borcade RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Borcade

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Borcade ni warnanya agak daring. Bila pakai memang cantik tapi bagi Mimi tak sesuai kalau Mimi pakai waktu siang. Menyerlah sangat tau. 


Menyerlahkan warna dia. Kalau pakai nipis pun tetap nampak menyerlah. Sesuai juga di pakai waktu siang dan malam. Tapi bagi Mimi, Mimi lebih prefer lipmatte Borcade ni di pakai waktu malam. Waktu malam Mimi memang suka pakai mekap warna yang agak menyerlah tapi tengok mood juga lah nak pakai.

Secara keseluruhannya, Mimi berpuas hati dengan warna,  packaging dan hasil dan harganya. Lepas ni,  PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR masuk dalam senarai perlu beli.

Rating Mimi : 4/5

Kalau korang nak ushar Palladio Velvet Matte Cream Lip Color atau produk lain,  boleh layari :