Isnin, 23 April 2018

Blogger Anil Wanina Yang Mimi Kenali

11:33:00 PG 0 Comments
Blogger Anil Wanina Yang Mimi Kenali | Assalamualaikum dan hai korang! Lama sangat entry ni bersapau dalam draf. Kali ni Mimi nak sudahkan tugas yang tergendala tentang pendapat Mimi mengenai rakan blogger. Mimi nak kongsi cerita tentang BLOGGER ANIL WANINA YANG MIMI KENALI.

BLOGGER ANIL WANINA YANG MIMI KENALI

Blogger Kak Anil


Mimi tahu mengenai blog kak Anil lama dah. Masa blogwalking. Tapi kenal secara rapat tu tak lah. Apa entah lagi berjumpa empat mata. Mimi suka baca blog Kak Anil sebab dia rajin travel tau. Tapi Mimi lebih pada silent reader.

Banyak tempat yang Kak Anil pergi tau. Suka baca pengalaman Kak Anil. Beri inspirasi untuk Mimi travel tengok negara orang. Ditakdirkan tahun lepas Mimi join satu group di mana Kak Anil salah seorang ahli group tu juga. Dari situ lah Mimi kenal Kak Anil secara dekat. Kak Anil juga merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Nak tau kerja apa sila tanya Kak Anil sendiri. Kak Anil sama juga macam Mimi part time blogger.



Alhamdulillah, akhirnya kitorang berjumpa empat mata juga ketika sama sama terlibat dengan Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Bukan setakat jumpa Kak Anil saja tai, blogger Kak Shuhaida a.k.a Kak Sue dan blogger Ana Suhana pun pertama kali Mimi jumpa. 



Kali kedua jumpa Kak Anil masa makan di Cyberview Resort & Spa, Jumaat baru ni. Kak Anil sangat peramah tau korang. Seronok kenal dan berkawan dengan Kak Anil tau. Korang ada yang masih belum kenal Kak Anil? Kalau belum korang boleh terjah blog dan media sosial Kak Anil seperti di bawah :

Blog :

Facebook :

Instagram :

Ahad, 22 April 2018

BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA

6:37:00 PTG 16 Comments
BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA | Hai korang! Sihat ke tidak? Harap sihatlah hendaknya. Jumaat baru baru ni Mimi bawa anak anak makan kat satu tempat tau. Dah janji dengan anak anak nak bawa diorang makan sedap sedap kat satu tempat. Syukur, Mimi dapat tunaikan hajat demi anak anak. Nak tahu Mimi bawa anak anak makan kat mana? Mimi BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA. 

Cyberview Resort & Spa

BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA


Lepas balik kerja terus gerak pergi Cyberjaya. Mimi anggarkan dalam pukul 6.30 petang sampai tapi Mimi dan anak anak sampai pukul 6.50 petang. Dengan hujan lebat lepas tu ada kemalangan pula dekat highway. Memang menguji kesabaran. Tapi tak apalah janji kitoramg selamat sampai.

Sampai saja di Cyberview Resort & Spa, kitorang di sambut oleh staf staf yang sangat peramah dan murah dengan senyuman. Bahasa yang digunakan sangat sopan menyambut tetamu. Siap diorang tunjukkan arah dan hantar sampai ke Verandah.

Masuk saja dalam Verandah, meja penuh. Adalah sebuah meja kosong, so, Mimi dan anak anak duduk di situ. Masa bangun nak pergi tengok menu menu yang dihidangkan anak anak datang. Sekali diorang cakap meja dah ada orang duduk. Jadi, satu masalah nak tunggu meja kosong. Faham sajalah ibu tiga anak ni nak handle tiga orang anak yang pelbagai ragam. Tapi masalah tu diselesaikan dengan cepat apabila seorang staf menunjukkan meja yang ada seorang saja pelanggan di situ. Nasib baik, dia tak kisah sebab dia seorang saja. Syukur. Terima kasih staf Cyberview Spa & Resort kerana bertindak dengan pantas selesaikan masalah yang timbul. Mimi lupa nama staf tuh tapi it's okay Mimi cam muka dia. 

VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA

Selesai masalah, Mimi suruh anak anak stay sekejap di meja sementara Mimi ambilkan diorang makanan. Tapi nama pun budak kan, tak ada makna diorang duduk diam. Menyibuk juga diorang datang dekat Mimi. Nak bagi diorang duduk diam, Mimi bawa diorang pergi di bahagian Kidz Corner salah satu station yang ada di VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA.

Kidz Corner
Kidz Corner ni meriah sangat tau korang. Colourful sungguh. Budak budak memang suka. Di sini ada coklat fountain, aiskrim, candies counter, popcorn, cup cakes, cookies dan pelbagai lagi. Untuk berikan keselesaan kepada ibu bapa menikmati juadah mereka diiringi dengan alunan merdu muzik Ghazal, ada disediakan playroom untuk anak anak menonton movies dan permainan juga disediakan.

Kidz Corner yang colourful. Ada coklat fountain, candies, cup ckaes, popcorn
Ice Kacang Counter


Dah selesai entertain anak anak dan diorang pun behave saja makan,Mimi ambil gambar dan video menu yang ada dulu sebelum makan. Ada 26 stall disediakan, di mana stall di dalam dinamakan Verandah Station dan stall di luar dinamakan Al Fresco Station. Ada pelbagai jenis menu disediakan tau korang. Ada menu hidangan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Spanish dan Mexico.

BBQ Station

Korang yang suka BBQ pun ada dihidangkan pelbagai menu seperti udang yang di grill menggunakan arang, sotong, jumbo sosej, filet daging dan banyak lagi. Mimi dah cuba filet daging. Memang sedap, lembut dan juicy cicah pula dengan sos cendawan memang terbaik. Aina, Auni dan Adhwa pun suka dan berselera diorang makan tau.

Hidangan tradisi masakan Melayu yang wajib ada seperti masak lemak, gulai kawah dengan daging, ayam, itik dan ikan salai serta seput sedut juga ada di sini tau. Nak cerita 4 hari 3 malam tak habis. Banyak sangat menu yang ada.

Kat sini Mimi kongsikan dengan korang beberapa  gambar station dan menu yang sempat Mimi snap ada di Verandah, Cyberview Spa & Resort selain dari Kidz Corner tadi. 

Nasi Kukus Station

Nasi Pelangi

Sotong Masak Kicap

Kambing Kurma

Gulai Ayam

Sambal Udang Petai

Masak Lemak Daging Salai Rebung
Di Laksa Station ada pelbagai pilihan laksa yang boleh dicuba tau. Mimi tak cuba pun laksa. Sekadar lalu ambil gambar saja. Sebenarnya dah rambang mata tak tahu nak buat pilihan makan apa.

Kat sini ada Laksa Sarawak, Laksa Penang, Curry Laksa, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan bahan bahannya.

Laksa Station

Kuah kari untuk Laksa Kari



Aneka bahan untuk laksa
Japanese Counter

Sushi, Noodles 
Apa yang Mimi nampak selain dari pelbagai pilihan menu menarik yang dihidangkan tidak ketinggalan juga satu sudut yang menghidangkan pelbagai jenis kerabu, ulam ulaman, kuih muih, biskut, kurma, roti, jeruk, sambal dan pencuci mulut. Rambang mata tengok semua menu yang terhidang. Habis melayang layang diet seorang Mimi. 

Pelbagai jenis Ulam Ulaman dan Kerabu : Kerabu Kacnag Oanjang dan Udang, Kerabu Mangga, Kerabu Betik, Kerabu Jawa dan lain lain

Aneka jenis sambal
Antara biskut yang ada

Aneka jenis jeruk dan kurma


Antara 15 jenis kuih Melayu dan roti

Antara 20 menu pencuci mulut

Dah selesai ambil gambar menu yang ada, apa lagi makanlah kan. Sambil ambil gambar sambil usha nak makan apa tadi kan, Mimi tertarik nak cuba Nasi Pelangi. Warna nasinya menarik minat Mimi nak mencubanya. Mimi makan dengan Gulai Ayam dan Masak Lemak Daging Salai Rebung. Untuk Aina dan Auni pun menu yang sama juga.

Serius cakap, memang sedap tau korang Nasi Pelangi makan dengan Gulai Ayam dan Masak Lemak Daging Salai Rebung. Bukan nak kipas ke apa ya. Antara Aina dan Auni, Auni seorang anak yang berterus terang kalau apa yang dia makan tu tak sedap, tawar, manis atau pahit. Kalau bawa diorang makan, Mimi paling risau dengan Auni sebab kalau tak sedap memang dia cakap tak sedap dan tak nak makan. 



Tapi bila Mimi tanya sedap ke tak, respon yang Auni bagi cukup legakan hati. Dia cakap sedap, adik suka! Hahh, bukan senang tau nak dengar seketul budak bernama Auni ni puji makanan sedap tau tak. Ummi dia kadang kadang masak tak kena dengan tekak dia pun terus terang Ummi masak tak sedap. Sentap tau! Bila dia puji tu seribu rahmat. Bukan setakat tu saja, apa saja yang dia makan malam tu memang dia cakap semua sedap. Lega kali kedua. Tak sia sia lah usaha Mimi BELANJA ANAK ANAK RASAI IFTAR KE 20 DI CYBERVIEW RESORT & SPA. 

Last but not least Mimi sempat mencuba menu yang tak pernah Mimi dmakan iaitu Ikan Salmon dengan kuah tempoyak. Perghhh..Memang terbaik. Ikan lembut, kuah sedap. Cukup rasa dan pedasnya. Den memang suko makan podeh podeh ni. Tak sia sia staf kat Asam Pedas dan Masak Tempoyak Stall pujuk Mimi suruh cuba. Terima kasih ye adik adik sebab suruh akak cuba. Memang terbaik! 

Salmon dan Kuah Masak Tempoyak. Minta Salmon separuh saja. Nampak je macam ni tapi rasanya sedap, kaw dan pedas. Yang tak tahan pedas jangan cuba. Satu tong air tak cukup. Hahaha




Walaupun tak semua menu Mimi dapat makan tapi Mimi dapat rasakan ke semua menu yang dihidangkan sedap sedap belaka. Pengunjung pun tak putus putus datang. Ada yang Mimi tengok duk repeat makan dan makan lagi termasuklah Mimi sendiri. Mimi bagi rate ikut pada apa yang Mimi lihat, alami dan rasa ya.

Layanan : 10/10
Perkhidmatan : 9/10
Menu : 10/10
Suasana : 9/10

Korang mesti nak makan dekat VERANDAH CYBERVIEW RESORT & SPA juga kan, kan. Kalau korang juga nak ada pengalaman makan dekat sini, korang boleh walk-in je. 

Harga : 
RM149 nett (Dewasa)
RM75 nett (Kanak Kanak)
RM100 nett (Warga Emas)

Baucer untuk Early Bird juga boleh didapati dalam tempoh masa yang terhad di mana harga untuk dewasa hanya RM120 nett dan kanak kanak RM45 nett manakala 20% diskaun buat korang yang bayar menggunakan kad kredit.



Sempena sambutan ulang tahun CYBERVIEW RESORT & SPA yang ke 20 pada 20 Mei 2018 ni, sebanyak 40% diskaun ditawarkan pada hari itu sahaja. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang tidak jemu memberi sokongan, Cyberview Resort & Spa menawarkan Hot Air Balloon Sunrise Ride untuk 2 pax bagi setiap tempahan awal berkumpulan 150 pax ke atas untuk bufet Iftar.

Untuk sebarang pertanyaan dan tenpahan, maklumat lanjut boleh hubungi :

No. Tel : 03-8312 7042 / 7041

Web : 

Facebook :

Instagram :

Sabtu, 21 April 2018

YASIN MURAH 50 SEN DI SELANGOR

10:39:00 PTG 4 Comments
YASIN MURAH 50 SEN DI SELANGOR  | Hai korang! Trend kini mana mana majlis yang diadakan tak kiralah majlis perkahwinan, aqiqah, hari lahir dan sebagainya pasti akan ada door gift sebagai tanda kenang kenangan. Ada yang bagi mug, kicap, sos, tuala dan kuih muih. Ada juga bagi yasin tapi jarangkan? Kenapa tidak kalau korang jadikan yasin sebagai door gift. Tetamu pasti suka. Kalau korang nak dapatkan yasin dan terjemahan yang murah Mimi tahu satu tempat yang menawarkan yasin murah. YASIN MURAH 50 SEN DI SELANGOR memang yasin termurah setakat ini yang Mimi jumpa tau.



YASIN MURAH 50 SEN DI SELANGOR 

Mimi pun ada YASIN MURAH 50 SEN ni daripada owner yang sama tau. Isi kandungan yasin bukanlah fotostat dan tulisan juga sangat jelas.

Dah lama ada yasin murah. Watermark pun dah expired punya. Lama tak lama yasin ni Mimi ada. Kualiti yasin memang tip top okey!

Ada pelbagai corak dan design kulit YASIN MURAH 50 SEN yang ada dan korang boleh pilih mana satu pilihan korang. Semua cantik cantik tau korang. 

Yasin murah 50 sen di Selangor

Yasin murah 50 sen di Selangor

Yasin murah 50 sen di Selangor

YASIN MURAH 50 SEN ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah pada customer korang (kalau korang seorang seller jual baju, tudung atau apa sahaja). Dari tak tahu nak bagi hadiah apa kat customer, ni ideanya!  Yasin dan doa pilihan ni.

Yasin ni, boleh beli borong atau loose pun boleh juga. 

Korang nak tahu tak apa yang menarik tentang Yasin Murah di Selangor ni :-

1. Delivery setiap hari bekerja sekiranya korang membuat bayaran masuk sebelum 10 pagi. 


Penghantaran yasin murah 50 sen setiap hari

2. Bukan pre order tau korang. Yasin murah 50 sen ni ready stock! 

3. COD pun ada, setiap Isnin hingga Khamis di Star Avenue Shah Alam ( 6 petang atau ke atas)

4. Saiz cun habis! 10 x 15cm.



5. Kulit tebal, bukan glossy paper. Tak ada cop jari atau cop tangan boleh orang lain dapat.

6. Tulisan jelas bukan versi photostat 

7. Boleh muat envelope kecil. Kalau korang nak buat sebagai kad ucapan pun, boleh jugak!

8. Ada testimoni positif daripada pelanggan tau.




9. Trusted seller.

Macamana nak beli? Korang boleh membuat tempahan melalui whatsapp. Hanya whatsapp saja tau  untuk membuat pesanan yasin murah 50 sen yang korang nak tuh ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524

Nak POSTAGE PERCUMA? Nak beli pakai KAD KREDIT / DEBIT.

Boleh beli di :

FB :

IG :

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN

11:00:00 PG 20 Comments
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN | Hai korang! Semalam seharian Mimi sibuk tau. Dari pagi sampai habis kerja, jadual pack sangat. Pagi semalam Mimi terlibat dengan PERTANDINGAN PEMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN di Dewan Tan Sri Khalid, Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan.


PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN


PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ini disertai seramai 44 orang peserta di mana setiap jabatan menghantar wakil 4 orang termasuk 4 orang VIP yang terdiri daripada isteri Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan.



Dah nama pun pertandingan permainan tradisional kan, tema pertandingan tu tema gadis kampung ayu ayu gitu. Hahaha. Semua peserta kena berbaju kurung Kedah berkain batik. Baru nampak meriah dan suasana kampung tu kan.





Pertandingan dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan dijangka habis pukul 12.00 tengahari. Pertandingan dimulakan dengan permainan congkak. Selesai congkak main batu seremban pula. Yang mana terror main batu seremban pun kalah sebab banyak ketawa daripada fokus. Kalah menang adat pertandingan. Kitorang sebenarnya lebih nak seronok dan happy happy.




Pertandingan selesai pukul 11.45 pagi awal dari masa yang dijangkakan. Hadiah disampaikan oleh Penasihat dan Penaung PERKEP IPK Negeri Sembilan oleh ACP Nor Azman bin Muhammad Yusuf. 



Apa apa pun memang enjoy habis. Tak kiralah peserta tu pegawai polis ke, anggota polis ke, ketua kerani ke, kerani ke tapi semua tuh bukan penghalang untuk kitorang bersama sama jayakan pertandingan ni. Seronok sama sama kan.


Rabu, 18 April 2018

200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

9:43:00 PTG 27 Comments
200 Hidangan Mewah Dari Hidangan Melayu, Barat Dan Timur Hanya Di Bangi Golf Resort | Hai korang! Baru baru ini Mimi berpeluang merasai keenakan menu iftar Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terdapat banyak menu menarik yang dihidangkan tau. Masa tengok ke semua menu yang ada memang terliur sekejap di buatnya. Korang juga berpeluang menikmati menu menarik di BGR dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak kanak. Jom tengok antara 200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT.


200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

Sempena Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menjamu para tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

Korang tak perlu ragu ragu untuk menikmati semua hidangan yang ada di Bangi Golf Resort kerana sejak 2009 lagi ia disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktirafkan sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar pada tahun 2017.

BGR juga terkenal dengan hidangan gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidang Melayu, Barat dan Timur.

Mimi tak sabar nak kongsi dengan korang menu menu yang ada di BGR ni. Mimi sempat juga rasa beberapa menu yang ada. Nak makan semua memang tak mampu sebab banyak sangat tau korang. Ikut tekak nak makan semua tapi apa kan daya perut saiz kecil tak muat nak sumbat semua.

Kambing Bakar

Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak merupakan sajian eksklusif dan popular di kalangan para tetamu. Cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak tau korang. Selain daripada itu, korang boleh juga menikmati hidangan istimewa yang lain seperti Satay Daging, Satay Ayam, Kway Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan secara langsung di depan tetamu.

Satay Daging


Satay Ayam

Fries Kway Teow


Korang juga boleh menikmati beberapa hidangan Melayu yang disediakan. Hidangan Melayu yang dihidangkan sangat istimewa tau korang kerana ia menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di premis Bangi Golf Resort di mana cef akan memetik sayur sayuran organik dan menghidangkannya ketika Bufet Ramadhan.

Nasi Kerabu atau Nasi Biru dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan yang lain. Warna biru pula dari kelopak Bunga Telang yang juga di tanam di kebun. Laksa Sarawak dan Laksa Singapore pasti akan memenuhi citarasa korang turut dihidangkan.


Laksa Sarawak

Lasak Singapore

Okey korang dah tahu menu hidangan Melayu yang dihidangkan. Jom tengok pula menu hidangan Barat pula. Untuk hidangan Barat, korang boleh menikmati keenakan Penne Carbonara dan juga Spaghetti Bolognese.

Penne Carbonara

Hidangan side dish yang menjadi pilihan tetamu dan Mimi juga pastinya Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma. Mimi belum pernah lagi makan telur separuh masak yang direbus sempurna dan sesedap ni dekat mana mana tau. Inilah pertama kali Mimi rasa telur separuh masak yang sangat sedap! Rugi pula ambil satu saja.

Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma

Untuk hidangan Timur, BGR menghidangkan Nasi Ayam Hainan di mana setiap ketulan ayam dimasak secukupnya, empuk dan berjus. Nasi yang dimasak sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikan nasi kelihatan berkilau dan penuh rasa. Nasi Ayam Hainan turut dihidangkan bersama dengan sos bawang putih dan halia serta cili. Tidak ketinggalan juga kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan menu baru BGR iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Nasi Ayam Hainan

Deeo Fried Fish Fillet ith Golden


Untuk pencuci mulut korang boleh menikmati keenakan Churros Sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, pelbagai kuih muih Melayu, puding, agar agar dan buah buahan. Korang mesti rambang mata dengan pelbagai hidangan pencuci mulut yang disajikan.

Aneka kuih muih dan puding

Aneka kuih muih

Roll On Cake

Aneka Pencuci Mulut

Aneka kek

Menarik bukan hidangan yang disajikan oleh BGR. Ini sebahagian daripada menu yang ada tau. Ikutkan banyak lagi. Nak tahu banyak lagi menu mewah dan istimewa di BGR, apa kata korang bawa keluarga iftar di sini. Pasti tidak mengecewakan tau.

Sambil menikmati hidangan mewah dan sedap di BGR, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Buat korang yang mengunjungi BGR, korang  tak perlu risau dengan parking kereta kerana lebih dari 800 lot parkir disediakan. Surau dengan ruang solat yang luas  juga disediakan untuk memudahkan dan memberikan korang keselesaan untuk menunaikan solat Maghrib. 

Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi memenuhi janji mereka untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Buat korang yang ingin membuat tempahan iftar  di BANGI GOLF RESORT sempena Ramadhan yang bakal menjelma, korang boleh dapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :  


Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor Darul Ehsan

Tempahan dan Pertanyaan : 
1-700-81-8557
Email : 
sales@bgrrest.com
Laman Web : 
Facebook : 
Instagram :