Sabtu, 30 Disember 2017

Pertama Kali Hadir Orientasi Tahun 1

Pertama Kali Hadir Orientasi Tahun 1 | Hari ni pagi pagi dah bangun sebab nak sambung jahit lencana sekolah pada tudung Auni dan gosok baju Auni. Yelah hari ni merupakan hari orientasi untuk murid tahun 1. Hari ni pertama kali hadir orientasi tahun 1 tau. Tahun lepas, masa Aina dulu suami Mimi pergi seorang. 

PERTAMA KALI HADIR ORIENTASI TAHUN 1



Tahun lepas masa Aina orientasi tahun 1 Mimi memang nak datang tapi suami tak bagi sebab masa tu Adhwa baru 6 bulan. Dia suruh duduk rumah saja. Kali ni Mimi pertama kali hadir orientasi tahun 1 Auni.

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi tapi kitorang dah sampai sekolah pukul 7.35 pagi. Tak ramai parent yang ada. So, Mimi terus masuk dalam dewan. Suami duduk sekejap saja lepas tu dia bawa Aina dan Adhwa pergi kantin bawa anak anak makan.

Sesi taklimat bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi. Mimi dengar sikit sikit saja sebab semua yang diterangkan pada taklimat Mimi dah tahu sebab masa Hari Kecemerlangan tahun lepas benda yang sama dimaklumkan. Tapi bukan Mimi tak ambil peduli langsung. Mana mana maklumat baru, Mimi ambil perhatian. Yang dah biasa, Mimi dengar sepintas lalu sebab masa tu duk layan Naagin dekat handphone. Teruk betul perangai kan. Jangan tiru seperti Mimi. 

Masa Mimi dalam dewan dengar taklimat, suami pergi daftarkan kelas KAFA petang untuk Auni. Bayaran RM50 setahun. Pembahagian kelas pula di buat mengikut urutan nama. Murid tahun 1 2018 seramai 85 orang untuk 3 buah kelas. Tak wujud kelas murid pandai atau tak. Sekolah ni memang agihkan murid ikut urutan nama. Kalau zaman Mimi belajar dulu setiap kelas yang ada akan bermula dengan nama murid huruf A dan asing pelajar pandai atau tak. Kelas Auni saja bermula dengan huruf N..A...

Sesi taklimat bagi tahun 1 habis lebih kurang pukul 9.45 tapi untuk pra sekolah masih diteruskan di dewan. Masa ni dah tak layan youtube dah. Sebab nak bayar yuran sekolah Auni. Jumlah yuran kena bayar RM95.00 termasuklah baju sukan, seluar sukan, t-shirt sekolah,buku peraturan dan sebagainya. Lepas tu, Mimi serah sekali fail peribadi Auni yang dah lengkap diisi. Tak lama mana pun nak bayar yuran ni. Sekejap saja.

Selesai saja, kitorang terus balik. Alhamdulillah, selesai pun semua urusan sekolah Auni. Untuk Aina pula, hari pertama sekolah iaitu Selasa depan baru uruskan. Masa tu Mimi dan suami memang cuti lagi so, tak ada masalah nak uruskan pasal sekolah Aina. Janji buku diorang dah selesai. Tahun 2018, Aina tahun 2 Auni tahun 1. Pejam celik pejam celik sekejap saja masa berlalu. Rasa cepat pula anak anak membesar kan?

11 ulasan:

  1. Selamat melangkah ke sek ren auni. Belajar rajin2 semoga berjaya dunia akhirat.

    Alhamdulillah selesai satu bab ye mimi. Selasa ni sekali lagi ye.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selesai urusan kak mimi dan suami dftr ank sekolah.. Depa pun mst tak sbr nk bljr dan jumpa kawan2..

    BalasPadam
  3. Wahhh besar dah anak dara mimi.. Sekejap jah kan.. Semoga dipermudahkan urusan mimi dan family

    BalasPadam
  4. huhuhu.. TB pulak berdebar baca.. konon nerbes time anak nak masuk sekolah nanti. walhal jauh lagi masanya tu.. hahaha

    BalasPadam
  5. Belajar rajin2 ya dekat sekolah, cuti sekolah dah nk habis. Mesti budak2 tak sabar nk gi sekolah

    BalasPadam
  6. Selamat menempuh alam persekolahan, Auni :)

    BalasPadam
  7. Best de anak kan.. dpt tempuh moment cmnii. Cik en bila la.. hihi

    BalasPadam
  8. Tahun nie bertambah lagi anak yang bersekolah ya Mimie, bila anak dah mula bersekolah nie sedar tak sedar nanti tau-tau anak dah nak sekolah menengah pulak.. Cepat betui masa berjalan kan..

    BalasPadam
  9. Sekejap je dah besar anak dara akk. Masuk sek rendah dah. Tinggal la adhwa je. Hehe

    BalasPadam
  10. Selamat ke sekolah auni.. Mmg cpt rasa ank2 membesar kn

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.