Selasa, 26 Disember 2017

Persiapan Untuk Anak Anak Kembali ke Sekolah

Persiapan Untuk Anak Anak Kembali ke Sekolah | Hari ni dah 26hb Disember. Sekejap saja masa berlalu kan. Tak lama lagi anak anak pun dah mula sekolah. Persiapan sekolah anak anak korang dah siapkan ke? Mimi pula persiapan untuk anak anak kembali ke sekolah dah siap pun. Tahun depan dua orang anak anak Mimi bersekolah, seorang darjah dua seorang lagi darjah satu.

PERSIAPAN UNTUK ANAK ANAK KEMBALI KE SEKOLAH



Mimi dan suami beli baju sekolah anak anak di Giant Senawang. Memang dah plan anak anak balik dari kampung saja nak beli barang persiapan untuk anak anak kembali ke sekolah nanti. Khamis lepas balik dari kerja terus keluar beli barang keperluan sekolah anak anak. Kakak request tak nak pakai beg beroda dah. Nak pakai beg biasa macam kakak abang senior pakai. Cepat sangat matang anak dara Mimi sorang ni tau.

Baju sekolah yang ada di jual di Giant Senawang pun jenama Canggih. Tengok harga, sakit jantung tengok. Jauh beza dengan harga baju sekolah zaman kita bersekolah dulu kan. Nak nak sekarang jual asing asing. Baju harga lain kain harga lain. Di Giant Senawang ni Mimi belikan 2 pasang baju dan 2 pasang kain setiap seorang. Stokin 3 pasang seorang dan 1 beg sekolah seorang. Jumlah semua untuk dua orang RM316.95.

Jumlah ni tak termasuk tudung sekolah dan kasut sekolah tau. Bukan tak nak beli sekali tapi kasut jenis sarung saiz kaki diorang dah habis. Tudung sarung pun yang tinggal saiz kecil. Kalau pakai confirm pendek. Mimi decide kasut dan tudung beli hari lain. Hari Jumaat pula time rehat Mimi keluar dengan officemate pergi Terminal One nak singgah Popular beli stationery untuk anak anak. Mimi belikan diorang pensil warna yang ada 24 jenis warna tu dua kotak seorang. Nampak macam membazirkan tapi bagi Mimi jimat sangat sangat sebab Mimi ambil yang value pack. Satu value pack ada 2 kotak pensil warna x 24pcs hanya RM19.99. Beli dua packs dapat 4 kotak pensil warna. Memang bagi Mimi cukup murah dah tu. Lepas tu, Mimi beli pemadam yang ada 6 ketul dalam 1 pack, pembaris 1 saja beli untuk kakak sebab Auni dah ada pembaris dan Mimi beli sekotak pensil 2B Faber Castell. Untuk diri sendiri beli juga, sebuah novel...hehehe..



Tudung sekolah anak anak Mimi beli online saja. Beli tudung sekolah yang popular tu dari TudungSiComel.com tak silap. Mimi beli melalui kawan blogger kak Ina a.k.a blogger IntanBerlian. Beli 6 helai sekaligus jumlah RM99.00. Hari Sabtu pula, singgah Ten Ten Port Dickson cari kasut sekolah pula. Memang plan nak beli kasut sekolah saja dan pencil case untuk kakak. Sekali sampai Ten Ten takda maknanya beli kasut sekolah dan pencil case semata. Anak anak nak botol air la, nak gam la, singlet lah. Ikutkan saja. 

Akhirnya settle beli barang keperluan sekolah anak anak. Lega dah, tinggal nak beli buku sekolah dan bayar yuran saja. Percaya tak Mimi cakap jumlah hangus beli keperluan sekolah dua orang saja habis RM610.97. Lagi berapa ratus saja nak seribu kan. Menggigil tangan dibuatnya. Tapi takpe rezeki anak anak. Habiskan duit pada anak anak mana tahu lepas ni diberikan rezeki yang melimpah ruah kan. Kawan kawan habis banyak juga ke beli barang sekolah anak anak?

13 ulasan:

  1. akk baru beli pensil color 24pcs kat tesco rm9.90

    BalasPadam
  2. Selesai dah beli keperluan anak-anak ya.. lega dah. Memang sekarang semua barang mahal, nak tak nak kena beli juga kan. Tak apa lah ada rezeki lain nanti Allah bagi.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. Memang kalau dah selesai beli semua kelengkapan budak-budak, hilang beban kepala. Tinggal nak mula sekolah je lagi :)

    BalasPadam
  4. Mahal ye barang2 sekolah skrg ni. Memangbjauh beza dgn zaman kita dulu. Macam mana lah org yg anak banyak dan gaji tak banyak. Kena jimat jimat pakai. Mana yg boleh pakai lagi pakai semula kan.

    BalasPadam
  5. Hampir semua dah beli Mimi. Masih sorang sekolah thn ni.. So boleh lagi rilek nak shopping. Hehe...

    BalasPadam
  6. Rasa lega Kan bila dah setel barang2 sekolah lah dah setel

    BalasPadam
  7. Dah tinggal beberapa hari lagi tentu ada persiapan akhir sebelum buka sekolah.

    BalasPadam
  8. Akak xsetel lg tp xde la bli byk.. Tmbh2 mn yg dh lama.. Mmg mahal smua skarang nk2 gst lg kn

    BalasPadam
  9. Senang Hati kalau dah settlekan barang2 anak kan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dah siap persiapan anak ke sekolah ya

    Makin ramai anak makin banyak belanja kena keluar

    BalasPadam
  11. tulah, zmn skrg ni... baru beli keperluan anak sekolah dh sampai beratus.... mcmne lah bg family yg ramai anak2 n kurang berkemampuan...

    bdk perempuan selalu mmg cpt matang dik... akak debo jgk sbb aiyan thn dpn msk darjah 1

    BalasPadam
  12. hari ni dah pun bermula sesi orientasi, sekejap je cuti sekolah ni kan mimi

    BalasPadam
  13. Ema pun sama dah setel bab baju dan buku...nak cari songkok jer lagi... ema beli di Longwan...memang berbaloi harga..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.