Konvokesyen Tadika Permata Ummi Solehah

Konvokesyen Tadika Permata Ummi Solehah | Dah lama konvokesyen Auni diadakan hari ni baru nak up entry. Auni pun dah berseronok bercuti dekat kampung. Sebelum cuti sekolah bermula, tadika Auni mengadakan konvokesyen Tadika Permata Ummi Solehah

KONVOKESYEN TADIKA PERMATA UMMI SOLEHAH




Sepanjang Auni belajar di Tadika Permata Ummi Solehah banyak peningkatan dia yang Mimi tengok. Dari tak lancar baca doa dia jadi lancar. Dan kagum sangat sebab Auni mampu hafal banyak doa. 

Selain daripada belajar, tadika ni juga terapkan aktiviti sihat seperti memanah. Bagi Mimi bagus sangat galakkan anak anak belajar memanah. Jadikan mereka lebih fokus dan berkeyakinan. 


Semasa konvekesyen Auni dianugerahkan Pelajar Cemerlang bagi pelajar 6 Tahun. Alhamdulillah syukur sangat. Bila cikgu beritahu perkembangan Auni yang sangat bagus dan cemerlang dalam pelajaran Mimi speechless sebab tak sangka. Yelah, dekat rumah bila suruh belajar tak nak. Life Auni dekat rumah kartun, kartun, kartun. Tak nampak dia belajar. Bila suruh baca buku ada saja jawapan dia tau. Geram saja tengok. Kalau bosan tengok kartun, dia mula biat aktiviti yang bikin Ummi dia urut dada. Hahaha... 

Tapi Mimi tahu Auni ni lebih ke arah kreativiti. Dia suka memikir dan bertanya kalau dia tak tahu. Kadang kadang soalan yang dia tanya buat Mimi krik krik krik sebab tak tahu nak jawab apa.  Soalan dia soalan bikin Ummi sakit jantung dengar. Hahaha... 

Masa konvokesyen, Auni ada buat persembahan tapi Mimi tak larat nak bangun banyak kali snap gambar dia buat persembahan. Mampu snap gambar dia masa terima sijil. Masa dia konvo,  Mimi tak berapa sihat. Tapi anak punya pasal gagahkan diri juga hadirkan diri. 


Untungkan budak budak sekarang,  seawal usia 4 tahun dah merasa pakai jubah konvokesyen. Zaman kita dulu merasa pakai jubah konvo bila dah tamat belajar. Betapa untung budak budak sekarang. 

Alhamdulillah, walaupun hanya belajar di tadika tapi tetap bangga dengan pencapaian Auni. Tahun depan dah darjah satu. Sekejap saja rasanya. Dah besar anak anak dara Mimi ni. 

Post a Comment

9 Comments

  1. hai sis jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ank2 sekarang dah berkonvo sedari kecil...geram comel-comel semua...

    ReplyDelete
  3. kerlass budak2 skrg..kat tadika dah pakai baju konvo..hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah auni. Clever girl auni ye. Tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan dah dia

    ReplyDelete
  5. Tahniah Auni.. semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.. aamiin..

    ReplyDelete
  6. Tahniah auni. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.

    Betul mimi. Ana merasa pakai jubah masa konvo dip dulu. Hehe. Waktu tadika pakai baju tadika kemas warna merah kotak2 tu je. Hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah

    dah convo anak mimi

    Cepatnya membesar

    kena jaga betul betul ni

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..untung bebudak skrg, kecil kecil dah boleh konvo.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com