Khamis, 7 Disember 2017

Blogger Suria Amanda Yang Mimi Kenali

Blogger Suria Amanda Yang Mimi Kenali | Assalamualaikum dan selamat pagi korang!! Hari ni Mimi nak share dengan korang pasal blogger Suria Amanda yang Mimi kenali atau mesra di panggil kak SA. 

Blogger Suria Amanda Yang Mimi Kenali


Kak SA yang comel


Blogger Suria Amanda yang Mimi kenali ni seorang yang peramah dan baik hati tau. Mimi dah lama kenal kak SA sebab suka blogwalking ke blog dia. Kak SA suka memberi tau. Dia memberi sesuatu yang istimewa dengan menghargai top komentator blog dia. Mimi salah satu yang pernah jadi top komentator blog kak SA. Tak ingat berapa kali jadi top komentator blog kak SA. Semua yang Mimi dapat daripada kak SA, Mimi simpan tau. Tak kisahlah murah ke mahal Mimi hargai sangat pemberian orang. 

Mimi suka baca blog kak SA sebab blog kak SA banyak info berguna, tips dan review. Blog kak SA memang santai. Bila baca seolah olah kita berborak borak tau. 

Kak SA dan anak daranya Dania

Kak SA ni sama macam Mimi juga partimer blogger. Kitorang masing masing ada kerjaya tetap. Nak tahu apa kerja kak SA cari sendiri..hehehe..Kak SA ada seorang anak perempuan, Dania. Anak dan emak sama besar dah. Macam kawan kawan kan. 

Mimi dah berjumpa kak SA face to face semasa event Pelancaran Restoren Ayam Penyet Best. Masa tulah first time weols berjumpa okey. Masa jumpa tu tak rasa pun kekok atau janggal berborak dengan kak SA. Rasa macam dah banyak kali jumpa dan berborak tau. Kak SA memang tak sombong walaupun dia seorang blogger yang hebat. Kak SA juga tak kedekut ilmu tau. Dia suka share ilmu blogging pada kitorang, adik adik yang baru nak kenal dengan dunia blog. Banyak tip dan petua yang kak SA share tentang blog. Do's and dont's. Mimi pun banyak korek ilmu blogging dari kak SA.

Masa ni Mimi dan Kak Sa di event Ayam Penyet Best

Korang yang nak kenal kak SA dengan lebih rapat boleh terjah blog dan socmed dia. Kak SA antara rakan blogger yang Mimi kenal yang tidak sombong atau kekwat tau. Tak rugi kenal dengan kak SA. 

9 ulasan:

  1. Kak Sue pun rasa bertuah kenal dengan SA dan Mimie..

    BalasPadam
  2. dania tu sama cantik macam maknya.. suara pun sedap dua2 ni..

    BalasPadam
  3. kak SA memang blogger yg hebat kan mimi..

    BalasPadam
  4. Suka berkawan dengan Kak SA, macam adik beradik je rasanya

    BalasPadam
  5. Walau femes kak SA tak sombong pun kak. Siapa tak kenal maybe kata kak sA garang atau sombong tp bila dah kenal tau lah dia macam mana.

    BalasPadam
  6. Alalalalala....thanks Mimi sudi review akak..alahai..akak tak hebat mana pun biasa- biasa je..apapun kita share ilmu seciput yang ada ni ye...sharing is caring kan...terharu sgt dengan review ni...

    BalasPadam
  7. Seronoknya pernah berjumpa ye. Bilalah mama nk jumpa Mimi Dan Kak SA

    BalasPadam
  8. Suka bc blog SA yg slalu update die masak.. Bikin laparr aje... Pernah skali jmpa xsempt bergmbr bersama

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.