Rabu, 6 Disember 2017

Blogger CeritaIta Dari Pandangan Mimi

Blogger CeritaIta Dari Pandangan Mimi | Sebelum ni Mimi ada share secara santai tentang blogger kak Azlinda Alin. Hari ni Mimi nak cerita mengenai blogger CeritaIta atau Mimi lebih suka panggil kak Ita. 

Mimi mula kenal kak Ita melalui blog miliknya iaitu blog ceritaita.com. Macam biasalah kenal melalui blogwalking dan terus follow blog kak Ita. Kira kenal secara maya sajalah. Sehinggalah Mimi join group AFB baru Mimi kenal kak Ita secara lebih dekat. Dari AFB Mimi baru tahu kak Ita seorang doktor veterinar. Nampak sangat sebelum ni tak ambil tahu kan.. Hahaha teruk betul Mimi ni. Yang penting jangan pandang blogger sebelah mata okey. Bukan calang calang blogger Malaysia ni. Mantap mantap kerja blohger Malaysia ni tau. 

Gaya seorang Doktor Veterinar

Walaupun sama sama dalam AFB, Mimi kurang menyampuk sangat dalam group sebab baru join kan. Terasa diri kerdil di situ al maklumlah bidak baru katakan. So,  jaranglah borak borak dengan kak Ita. Tapi bila Mimi join satu group dan salah seorang ahli group tu kak Ita, baru Mimi ada keberanian berborak dengan kak Ita. Best tau borak dengan kak Ita. Macam dah lama kenal. Yang penting kak Ita tak sombong okey. 

Mimi kagum tau dengan kak Ita. Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai doktor, kak Ita tetap punya masa update blog dan meluangkan masa bersama keluarga. Sangat supermak okey. Blog kak Ita juga banyak beri inspirasi tau. Seronok baca. Kak Ita juga tak lokek untuk kongsi ilmu. Sharing is caring kan. Bukan senang tau bergelar blogger part time dan dalam masa yang sama kena tumpu dan fokus pada kerjaya tetap dan keluarga. Banyak menuntut pengorbanan di situ. Hanya yang mengalami saja yang faham. 

Blogger CeritaIta.com - Kak Ita


Kak Ita juga seorang yang tidak kedekut untuk kongsi rezeki dengan kawan kawan yang lain tau. Eh memang tak rugi lah kenal dengan kak Ita. 

Keluarga bahagia Kak Ita

Setakat ni Mimi belum berkesempatan nak jumpa kak Ita kat mana mana event, hopefully sangat dapat jumpa kak Ita face to face. Confirm happening!! Korang yang belum follow blog kak Ita dan nak kenal dengannya lebih dekat jom terjah socmed kak Ita. 

4 ulasan:

  1. Teringin nak jumpa semua .. bilalah nak gather ye

    BalasPadam
  2. Kak ita mmg tak kedekut..moga murah rezeki kak ita

    BalasPadam
  3. Teringin nak jumpa k.ita di luar.insahaallah klu ada rezzki nanti

    BalasPadam
  4. teringin nak jumpa mimi cantik jugak.. entah bila dapat pergi event.. hihi.. duduk jauh-jauh macam ni la.. semoga perkenalan kita berkekalan ya dik!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.