Blogger Azlina Alin Yang Mimi Kenali | Kali ni entry Mimi santai santai saja. Nak ajak korang baca dan share pendapat korang mengenai blogger Azlinda Alin yang Mimi kenali.
Kak Linda dan Pak Nil |
Serba ringkas mengenai kak Linda. Nama diberi Nur Azlinda. Seorang isteri yang bekerjaya dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Seorang blogger yang sangat aktif dalam parenting tau. Banyak ilmu parenting yang boleh dibaca pada blog kak Linda.
Sebenarnya, jujur Mimi katakan Mimi mula kenal kak Azlinda Alin a.k.a kak Linda dari blog kawan blogger lain yang kebetulan join giveaway yang kak Linda anjurkan. Tak ingat dah giveaway mana. Time tuh memang Mimi gila join contest dan giveaway. So, apa lagi tak lepas peluang join giveaway yang kak Linda anjurkan. Bila nak join giveaway tu, memang Mimi akan follow blog dan add friend di facebook. Seterusnya follow instagram. Dari situlah Mimi kenal kak Linda secara maya ya.
Mimi ingat lagi masa join tayangan Upin dan Ipin Jeng Jeng di IOI Mall, Mimi ternampak seseorang seperti kak Linda. Masa tu tak ada keyakinan nak tegur sebab Mimi ni ada masalah nak cam orang dan spesis penakut sikit. Buatnya salah orang malu tau.. Hahaha.. Sebab tengok dekat facebook lain bila dekat luar lain. Nak nak time tu tengok air muka "kak Linda" macam serius plus garang lagi bertambah takut Mimi nak tegur. Hati tertanya tanya betul ke ni kak Linda. Ke orang lain? So sampai habis program tak tegur sebab serius takut orang lain. Mana tahu pelanduk dua serupa kan.
Keluarga bahagia kak Linda |
Sehinggalah Mimi join satu group whatsapp di mana salah seorang ahlinya kak Linda, dari situ baru Mimi kenal kak Linda macam mana. Seorang ibu yang berdikari, suka share cerita, tak lokek kongsi ilmu, peramah dan seorang yang rajin bekerja tau. Selain bekerja tetap dan berblogging, kak Linda juga berniaga. Yang Mimi tahu kak Linda jual Ephyra dan Yassin. Siapa nak Ephyra stau order yassin yang comel boleh terjah kak Linda cepat. Hehehe..Hah, pasal cerita dekat IOI Mall tu, Mimi dah tanya kak Linda ada atau tak dia join tayangan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Sekali kak Linda jawab ada. So, maknanya betullah orang Mimi nampak tu kak Linda..huhuhu..Menyesal tak tegur dia. Kalau tak boleh berselfie sama sama.
Kak Linda juga suka memberi tau. Kenapa Mimi cakap macam tu? Sebab Mimi dengan tak tahu malunya dm kak Linda offer diri nak yassin + kad raya comel daripada kak Linda. Dan kak Linda okey saja reply tau. Dah lah tak kenal sangat buat muka tak tahu malu minta kat orang.
Inilah buku yassin kak Linda bagi tu. Cantik kan? |
Secara peribadi, kalau tak kenal kak Linda memang orang akan cakap sombong tau. Macam Mimi juga lah kalau orang tak kenal memang cakap Mimi sombong. Bila dah kenal baru tahu kan. Tak kenal maka tak cinta. Macam tu jugalah dengan kak Linda. Yang tak kenal akan assume dia sombong tapi bila dah kenal jauh beza sangat. Kak Linda memang sangat peramah dan baik tau korang.
Mimi harap suatu hari nanti Mimi dapat bertemu empat mata dengan kak Linda. Memang nak sangat jumpa kak Linda sebab dia banyak bagi inspirasi pada Mimi tau terutamanya dalam dunia blogging. Suka sangat baca blog dia yang sempoi tapi banyak informasi. Korang yang belum kenal kak Linda atau nak kenal lebih lagi jom terjah blog kak Linda www.azlindaalin.com.
17 Comments
Linda yang SA kenali sangat2 komited, tak kedekut ilmu dan alhamdulillah SA dan ramai lagi yang mengenali Linda senang berkawan dengan dia...semoga persahabatan indah ini kekal..sampai bila2
ReplyDeleteHye Kak Linda eheh
ReplyDeleteTak kenal maka tak cinta kan mimi. Bila dah kenal baru tau orgnya macam mana. Mamapun senang berkenalan Linda dan juga Mimi juga
ReplyDeleteSeronok bila dapat tambah kenalan blogger...
ReplyDeleteSuka ramai kawan..kalau boleh nak satu malaysia ni ada kawan
DeleteAna baru sekali jumpa kak linda. Walau baru jumpa sekali tp kak linda sgt friendly. Tak kekok lgsg rasanya.
ReplyDeleteKan..sama gak masa akak baru jumpa dia dulu
DeleteKak Linda my idola!..love u:).
ReplyDeleteBlog Linda antara blog yang akan Kak Sue usahakan terjah setiap hari, banyak info dan suka baca blog beliau..
ReplyDeleteHehe..tu la akk pun rabun. Masa Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Movie tak menyemlat juga bertegur sapa. Bawa askar yg ramai hehehe.
ReplyDeleteThanks sudi berkawan dengan akk. Hope kita bersahabat sampai bila2
dah follow rapat-rapat blog kak linda sebab banyak tips dan ilmu parenting
ReplyDeleteLinda memang peramah...tak percaya kena la jumpa...hehehe..
ReplyDeleteSuka follow sis linda..
ReplyDeleteDh pernh jmpa Linda beberapa kali kt event
ReplyDeletelinda peramah.. memang kalau tak kenal kata sombong ek.. sama la akak pun fikir macam tu memula.. blog linda best banyak tips parenting!
ReplyDeletepernah jumpa Azlinda kat event Shopee tahun ni dan masa tu dia baru lepas pantang kalau tak silap, nice and humble person
ReplyDeletelynda memang veserstyle..khaty suka tengok cara lynda sentiasa aktif dengan family. itu yang best
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com