Selasa, 12 Disember 2017

Bakal Pengantin Dijemput Hadir Ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam

Bakal Pengantin Dijemput Hadir Ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam | Bila cuti sekolah bermula, maka bermulalah musim orang berkahwin. Pastinya ramai bakal pengantin yang sibuk membuat persiapan majlis masing masing. Tidak lama lagi tahun 2017 akan menutup tirainya. Dan bakal pengantin 2018 pula berdebar menanti saat bahagia mereka. Buat semua bakal pengantin dijemput hadir ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam

BAKAL PENGANTIN DIJEMPUT HADIR KE JOM REWANG 2018 DI PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM




Terimbau kenangan pada tahun 2008, di mana Mimi dan suami melangsungkan perkahwinan. Time tu tema kami warna ungu (pihak perempuan) dan warna coklat gold (pihak lelaki). Dulu dulu tidak banyak pilihan pakaian pengantin,  pelamin dan hantaran. Sekarang ini,  pelbagai pilihan yang ada dengan design yang cantik dan kreatif. Rambang mata jadinya. Majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng, perlukan perancangan yang teratur dan teliti. Kena pastikan segala yang dirancang teratur rapi. Perlunya senarai semak untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan dan merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Boleh rujuk senarai semak di bawah sebagai panduan bakal pengantin. 


Buat korang yang sedang merancang mengadakan majlis pertunangan atau mendirikan rumahtangga, ada berita baik buat korang semua. Untuk pengetahuan korang,  Puspawangi Event Management kini sedang bekerjasama dengan Kerja Kahwin menganjurkan event JOM REWANG 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26hb Januari hingga 28hb Januari 2018 mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam. Bakal pengantin dijemput hadir ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam bagi memeriahkan lagi majlis ini. 

Sumber : Google

Apa itu JOM REWANG 2018? JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan pakej lengkap di bawah satu bumbung yang sama bagi perkhidmatan persiapan perkahwinan untuk para pengunjung yang bakal mendirikan rumahtangga nanti. Jadi, para pengunjung terutamanya bakal pengantin mempunyai banyak pilihan untuk pakaian pengantin, pelamin, hantaran dan katering untuk majlis perkahwinan mereka nanti. 

KENAPA BAKAL PENGANTIN PERLU DATANG KE JOM REWANG 2018?




Buat semua bakal pengantin korang perlu datang ke JOM REWANG 2018 tau. Kenapa bakal pengantin perlu datang ke Jom Rewang 2018? Di JOM REWANG 2018 banyak kelebihan yang akan korang dapat jika mengunjungi event ini. Antara kelebihan dan tarikan utama event ini ialah :

1. Terdapat lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. 

2. Sebanyak 300 syarikat perkahwinan dari pelusuk negara alan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. 

3. Para pengunjung juga akan mendapat kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah Plaza Alam Sentral. 

4. Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya. 

Sumber : Google

Berita baik buat semua pengusaha butik pengantin yang berminat dan ingin turut serta dalam pameran JOM REWANG 2018 serta ingin menyewa tapak, boleh dapatkan maklumat lanjut di :

Instagram : https://www.instagram.com/jomrewang/
Email : puspawangieventmanagement@gmail.com

10 ulasan:

  1. masa Nurul lambat lagi.. hehehe. kalau tak memang dah pergi dah..

    BalasPadam
  2. senang sangat sekarang ni.. kalau dulu byk buang masa ke hulu hilir semata2 nak tempah kad je.. kalau ada event macam ni lagi jauh mudahnya..

    BalasPadam
  3. Teringat zaman nak kawen dulu, semua pameran kitorang nak pergi hehehe.

    BalasPadam
  4. Jom la temankan akak pi karnival ni...ajak org lelaki pyh...biar org ppuan je pegi

    BalasPadam
  5. senang kan sekarang bakal2 pengantin kalau nak cari pakej2 kawhin ni. tak macam kita dulu kena g satu butik ke satu butik.

    BalasPadam
  6. Siapa yang suka suasana rewang elok pergi kan mimi

    Tak boleh lepaskan peluang

    BalasPadam
  7. Bakal pengantin harus kena datang event nie kan, mesti banyak pilihan nie..

    BalasPadam
  8. Senangkan ada event macam ni. Nora suka pegi sekadar usya design dan mencari idea. Heheheh

    BalasPadam
  9. Menariknya. Walaupun dh perantin lama tapi mama suka je tgk pelamin, baju perantin yg cantik2 ni

    BalasPadam
  10. Panjang kan checklist tu..duit oh duit..haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.