8 Cara Untuk Pastikan Projek Ubah Suai Rumah Tidak Melebihi Bajet

Keputusan untuk membuat pengubahsuaian rumah adalah satu perkara yang besar untuk pemilik rumah. Perasaan berdebar sama ada semuanya akan berjalan lancar atau tidak, semestinya sentiasa bermain di fikiran.

Selain itu, pelbagai perkara lain seperti pemilihan reka bentuk yang diingini, mengupah kontraktor dan proses mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib juga perlu diambil kira. Mimi rekemen baca tips memilih kontraktor rumah yang bagus di dawaibesi.com. Jika perancangan awal dan teliti tidak dilakukan, pemilik rumah akan terdedah kepada masalah kos yang berlebihan dan tempoh ubah suai yang terlalu lama.

Jadi, sebelum anda memulakan projek ubah suai rumah, pastikan anda beri perhatian kepada 9 perkara di bawah ini.

1. Dapatkan maklumat tentang proses mengubah suai rumah

Permit/surat kebenaran yang diperlukan untuk kerja-kerja ubah suai, bahan-bahan binaan, dan garis masa serta senarai kerja yang dilakukan adalah antara perkara yang perlu difahami tentang proses mengubah suai rumah.

Jika anda mempunyai semua maklumat di atas, anda bukan sahaja akan nampak lebih bijak dan bersedia semasa berbincang dengan renovation contractor atau interior designer yang diupah, malah anda juga boleh membuat keputusan dengan lebih cepat.



Rumah teres di Temasya Citra, Glenmarie. Projek oleh Meridian Inspiration.

2. Upah kontraktor yang profesional


Memastikan setiap kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang diupah itu mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja yang telah ditetapkan. Contohnya, jika anda hendak membuat tempahan kabinet dapur, pastikan syarikat yang diupah itu adalah pakar dan mempunyai rekod baik dalam melakukan kerja tersebut.

Langkah awal yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda mengupah kontraktor yang profesional, lihat porftolio projek mereka yang sudah siap dan dapatkan anggaran sebut harga untuk mana-mana reka bentuk yang menarik minat anda.


Bilik mandi bertema Bali di Damansara Foresta. Reka bentuk oleh La Conception Hauz.



3. Kongsi maklumat lengkap dengan kontraktor

Sama ada anda menggunakan khidmat renovation contractor atau interior designer, pastikan anda berkongsi sebanyak mungkin maklumat tentang keperluan dan kemahuan anda berkenaan projek tersebut dengan mereka. Jangan tapis sebarang maklumat.

Luangkan masa untuk lakukan sedikit bacaan dan kajian tentang tema yang anda mahu dan simpan keratan majalah atau gambar yang menarik minat anda di laman Pinterest untuk dikongsikan dengan kontraktor anda nanti. Jika anda anda membuat lawatan ke ekspo atau pameran ubah suai rumah, dapatkan contoh atau brosur barang yang menarik minat anda.

4. Bandingkan beberapa sebut harga dan spesifikasi bahan

Apabila anda sudah mempunyai idea dan maklumat lengkap tentang apa yang anda mahu untuk projek tersebut, dapatkan anggaran sebut harga daripada beberapa kontraktor atau pembekal khidmat dengan segera. Pastikan setiap sebut harga yang diterima itu mempunyai maklumat lengkap seperti kuantiti bahan yang diperlukan, jenama, nombor kod, upah buruh, GST dan sebagainya. Dengan adanya sebut harga yang terperinci, anda akan dapat membuat perbandingan yang lebih adil.

Selain itu, jika boleh, aturkan sesi lawatan tapak (site visit) percuma supaya pihak kontraktor tersebut dapat melihat ruang yang akan diubah suai dan mengukur keluasan ruang yang terlibat.


Bilik tidur moden di Nadi Bangsar. Reka bentuk oleh Double Art.

5. Lindungi hak anda

Sepanjang tempoh kerja ubah suai dilakukan, rumah anda akan terdedah kepada risiko masalah kerosakan, kebakaran dan kemalangan. Jika salah satu masalah ini berlaku, ada kemungkinan yang kontraktor tersebut tidak akan dapat menyiapkan projek tersebut seperti yang dijanjikan.

Jadi, untuk memastikan hak anda sentiasa dilindungi, anda boleh mendapatkan perlindungan insurans untuk projek ubah suai rumah. Pihak insurans akan menanggung masalah atau kerugian yang terpaksa anda lalui.


6. Pastikan projek mengikut garis masa yang telah dipersetujui

Selain daripada menjejaskan momentum projek anda, kelewatan penyelesaian projek juga akan menyebabkan kemungkinan kos yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, permit dan insurans mungkin akan tamat tempoh dan anda dipaksa untuk mengeluarkan wang untuk memperbaharui documen-documen tersebut. 

Jadi, pastikan kontraktor mengikut jadual garis masa yang ditetapkan untuk memastikan projek berjalan dengan lancar.




Ruang tamu moden kontemporari di Hatch Interior Studio. Reka bentuk oleh Hatch Design.

7. Sediakan bajet untuk hal-hal kecemasan

Sepanjang kerja ubah suai berlangsung, pasti akan ada perkara yang tidak dijangka akan terjadi. Contohnya, masalah ukuran yang tidak tepat, bahan yang dipesan kehabisan stok atau anda rasa kurang gemar dengan warna cat yang dipilih. Kejadian seperti ini akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk memastikan projek dapat diteruskan.

Mengikut nasihat yang dikongsikan oleh renovation contractor, kebiasannya kos ubah suai rumah akan meningkat 10%-15% berbanding sebut harga asal. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan dengan menyediakan sedikit bajet untuk hal-hal yang tidak dijangka.

8. Elakkan perubahan di saat-saat akhir

Kerja ubah suai rumah akan mengambil tempoh yang lama, dan semestinya sepanjang tempoh itu pelbagai idea baru akan bermain di fikiran anda. Tetapi sebarang perubahan yang anda minta setelah kerja ubah suai bermula akan menyebabkan kerja tergendala dan kemungkinan besar anda akan terpaksa menanggung kerugian.

Ingat betapa tertariknya anda dengan rekaan dan bahan yang telah anda pilih dulu? Simpan perasaan itu sehingga projek tersebut selesai. 

Ubahsuailah rumah mengikut bajet anda

Jika anda mahukan pengalaman mengubah suai rumah yang tidak menyakitkan kepala, pastikan anda menggunakan khidmat kontraktor ubah suai yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Recommend.my mempunyai lebih 900 kontraktor ubah suai daripada seluruh negara yang berdaftar dengannya. Kongsi maklumat tentang rumah impian anda dan terima anggaran sebut harga dengan percuma.

Post a Comment

30 Comments

  1. Good sharing nie Mimie, berguna sangat untuk Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  2. tunggu ada rumah sendiri dan bajet yang mencukup baru puas hati untuk ubahsuai..

    ReplyDelete
  3. Peekongsian yg sgt bagus. Ramai yg plan nak ubah suai tp terlepas pandang banyak perkara kan. At last kos meningkat dan melebihi bajet.

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik ni Mimie. Mana tau satu hari nanti nak buat renovation.

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni Mimi. Nak bookmark lah boleh refer nanti

    ReplyDelete
  6. betul tu, kena pandai buat bajet, kalau idak habis lah duit hehehe.. Thnaks sharing :)

    ReplyDelete
  7. Xsbr tgu umh siap nextyear.. Bole la deco2..tq share ni

    ReplyDelete
  8. wah bagus info ni . berguna sangat.. nti boleh la lisa list2 kan .. terimakasih kak mimi

    ReplyDelete
  9. Perubahan di saat akhir memang meurmitkan.....risau lain jadiknya..bajet pon boleh lari..hoho............
    Memang kena plan sebetulnya...setuju sangat...

    ReplyDelete
  10. info yang bagus mimi. nak ubah suai umah memang kena fikir betul-betul, takut kena kontraktor tu lari nanya kita.

    ReplyDelete
  11. no 8 tu setuju sgt.. kalau ada perubahan mesti nanti akan naikkan bajet..

    ReplyDelete
  12. Belum dizinkan untuk ada rumah sendiri. InsyaALLAH akan datang. Kan best blh deco deco rumah kita. Style yg kita nak.

    ReplyDelete
  13. Wah!! bagus tips-tip yang dikongsikan ni. nak nak untuk mereka yang baru beli rumah. mesti pening dengan bajet nak ubahsuai rumah baru mereka.

    ReplyDelete
  14. tq mimie akak take note ni nanti nak refer sini

    ReplyDelete
  15. Great sharing.haritu pon nak renovate rumah husband kat kuantan asyik bertangguh sebab banyak betul benda nak kena pk..seram tgk bajet..hehe

    ReplyDelete
  16. BAGus artikel ni dan sgt membantu untuk mereka yg nak ubah suai rumah. No 8 tu mmg betul sgt

    ReplyDelete
  17. Salam sis mimi, perkongsian yang menarik. Nanti kalau rin nak beli rumah dah ada ilmu tentang ini, terbaik .

    ReplyDelete
  18. Selalu dgr masalah kontraktor bila buat renovation ni. Yang paling kerap dgr tak siapkAn on time. MintK tambah duit, mintak tambah hari. Saya sendiri pernah kena , dek kerana ambil indonesia bukan profesional

    ReplyDelete
  19. Good tips. Thank you for sharing. The pictures you used for this post are good too.

    ReplyDelete
  20. Memang cantik sungguh lah rumah contoh tu. Kalau dapat memang tido terus tak bangun2. haha. Nak ubahsuai mmg kena teliti semua untuk elak bajet terlebih-lebih. Biasa memang akan terlebih punya lah kan. Btw, tq for the tips.

    ReplyDelete
  21. Betul tu tips yang dikongsikan memang berkesan dan juga sangat membantu dalam memastikan kita tidak terlebih bajet untuk membuat pengubahsuaian rumah dan juga dapat hasil yang berkualiti huhuhuhu. Tapi kita nak renovate rumah juga bajet tak ada ni wakakakak...

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas tips yang diberikan. untuk saya yang masih belum mempunyai rumah dan sebagainya, mungkin tips2 ni akan berguna di masa akan datang.

    ReplyDelete
  23. Renovate rumah ni memang kena betul-betul ada bajet baru boleh buat. Kebiasaannya mesti burst bajet la. jarang dengar save bajet. Silap-silap double dari bajet sebenar.. adoiiii

    ReplyDelete
  24. Perkongsian yg sangat berguna. Nnti bila AM nak ubahsuai rumah, boleh la rujuk artikel mimi nie.. 😍 😍 😍

    ReplyDelete
  25. tengah tunggu kumpul duit untuk beli rumah, macam macam nak hias. Tema saya, saya suka, terang, cerah dan lapang. Minimal konsep. Bajet kene pandai pandai , nanti takut memvbazir kat benda yang tak sepatutnya

    ReplyDelete
  26. Bagus la artikel. Sesuai sangat kalau nak renovate rumah. Tips yg bagus. Belum rezeki lagi nak dapat rumah sendiri. Inshaallah satu hari nanti

    ReplyDelete
  27. setuju dengan semua di atas. mek tak sabar nak buat rumah sendiri. tapi untuk masa terdekat tidak lagi. kawan mek tengah proses pembikinan rumah, memang dia mencari info quoatation bagai. penat tapi berinfo. so puas hati bila dah siap nanti.

    ReplyDelete
  28. teringin nak ubahsuai rumah ni..cntik tengok rumah cantik-cantik..memng tips yang berguna..lagi2 part perlindungan tu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com