Sabtu, 30 Disember 2017

Pertama Kali Hadir Orientasi Tahun 1

5:43:00 PTG 15 Comments
Pertama Kali Hadir Orientasi Tahun 1 | Hari ni pagi pagi dah bangun sebab nak sambung jahit lencana sekolah pada tudung Auni dan gosok baju Auni. Yelah hari ni merupakan hari orientasi untuk murid tahun 1. Hari ni pertama kali hadir orientasi tahun 1 tau. Tahun lepas, masa Aina dulu suami Mimi pergi seorang. 

PERTAMA KALI HADIR ORIENTASI TAHUN 1



Tahun lepas masa Aina orientasi tahun 1 Mimi memang nak datang tapi suami tak bagi sebab masa tu Adhwa baru 6 bulan. Dia suruh duduk rumah saja. Kali ni Mimi pertama kali hadir orientasi tahun 1 Auni.

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi tapi kitorang dah sampai sekolah pukul 7.35 pagi. Tak ramai parent yang ada. So, Mimi terus masuk dalam dewan. Suami duduk sekejap saja lepas tu dia bawa Aina dan Adhwa pergi kantin bawa anak anak makan.

Sesi taklimat bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi. Mimi dengar sikit sikit saja sebab semua yang diterangkan pada taklimat Mimi dah tahu sebab masa Hari Kecemerlangan tahun lepas benda yang sama dimaklumkan. Tapi bukan Mimi tak ambil peduli langsung. Mana mana maklumat baru, Mimi ambil perhatian. Yang dah biasa, Mimi dengar sepintas lalu sebab masa tu duk layan Naagin dekat handphone. Teruk betul perangai kan. Jangan tiru seperti Mimi. 

Masa Mimi dalam dewan dengar taklimat, suami pergi daftarkan kelas KAFA petang untuk Auni. Bayaran RM50 setahun. Pembahagian kelas pula di buat mengikut urutan nama. Murid tahun 1 2018 seramai 85 orang untuk 3 buah kelas. Tak wujud kelas murid pandai atau tak. Sekolah ni memang agihkan murid ikut urutan nama. Kalau zaman Mimi belajar dulu setiap kelas yang ada akan bermula dengan nama murid huruf A dan asing pelajar pandai atau tak. Kelas Auni saja bermula dengan huruf N..A...

Sesi taklimat bagi tahun 1 habis lebih kurang pukul 9.45 tapi untuk pra sekolah masih diteruskan di dewan. Masa ni dah tak layan youtube dah. Sebab nak bayar yuran sekolah Auni. Jumlah yuran kena bayar RM95.00 termasuklah baju sukan, seluar sukan, t-shirt sekolah,buku peraturan dan sebagainya. Lepas tu, Mimi serah sekali fail peribadi Auni yang dah lengkap diisi. Tak lama mana pun nak bayar yuran ni. Sekejap saja.

Selesai saja, kitorang terus balik. Alhamdulillah, selesai pun semua urusan sekolah Auni. Untuk Aina pula, hari pertama sekolah iaitu Selasa depan baru uruskan. Masa tu Mimi dan suami memang cuti lagi so, tak ada masalah nak uruskan pasal sekolah Aina. Janji buku diorang dah selesai. Tahun 2018, Aina tahun 2 Auni tahun 1. Pejam celik pejam celik sekejap saja masa berlalu. Rasa cepat pula anak anak membesar kan?

Selasa, 26 Disember 2017

Persiapan Untuk Anak Anak Kembali ke Sekolah

11:50:00 PG 16 Comments
Persiapan Untuk Anak Anak Kembali ke Sekolah | Hari ni dah 26hb Disember. Sekejap saja masa berlalu kan. Tak lama lagi anak anak pun dah mula sekolah. Persiapan sekolah anak anak korang dah siapkan ke? Mimi pula persiapan untuk anak anak kembali ke sekolah dah siap pun. Tahun depan dua orang anak anak Mimi bersekolah, seorang darjah dua seorang lagi darjah satu.

PERSIAPAN UNTUK ANAK ANAK KEMBALI KE SEKOLAH



Mimi dan suami beli baju sekolah anak anak di Giant Senawang. Memang dah plan anak anak balik dari kampung saja nak beli barang persiapan untuk anak anak kembali ke sekolah nanti. Khamis lepas balik dari kerja terus keluar beli barang keperluan sekolah anak anak. Kakak request tak nak pakai beg beroda dah. Nak pakai beg biasa macam kakak abang senior pakai. Cepat sangat matang anak dara Mimi sorang ni tau.

Baju sekolah yang ada di jual di Giant Senawang pun jenama Canggih. Tengok harga, sakit jantung tengok. Jauh beza dengan harga baju sekolah zaman kita bersekolah dulu kan. Nak nak sekarang jual asing asing. Baju harga lain kain harga lain. Di Giant Senawang ni Mimi belikan 2 pasang baju dan 2 pasang kain setiap seorang. Stokin 3 pasang seorang dan 1 beg sekolah seorang. Jumlah semua untuk dua orang RM316.95.

Jumlah ni tak termasuk tudung sekolah dan kasut sekolah tau. Bukan tak nak beli sekali tapi kasut jenis sarung saiz kaki diorang dah habis. Tudung sarung pun yang tinggal saiz kecil. Kalau pakai confirm pendek. Mimi decide kasut dan tudung beli hari lain. Hari Jumaat pula time rehat Mimi keluar dengan officemate pergi Terminal One nak singgah Popular beli stationery untuk anak anak. Mimi belikan diorang pensil warna yang ada 24 jenis warna tu dua kotak seorang. Nampak macam membazirkan tapi bagi Mimi jimat sangat sangat sebab Mimi ambil yang value pack. Satu value pack ada 2 kotak pensil warna x 24pcs hanya RM19.99. Beli dua packs dapat 4 kotak pensil warna. Memang bagi Mimi cukup murah dah tu. Lepas tu, Mimi beli pemadam yang ada 6 ketul dalam 1 pack, pembaris 1 saja beli untuk kakak sebab Auni dah ada pembaris dan Mimi beli sekotak pensil 2B Faber Castell. Untuk diri sendiri beli juga, sebuah novel...hehehe..



Tudung sekolah anak anak Mimi beli online saja. Beli tudung sekolah yang popular tu dari TudungSiComel.com tak silap. Mimi beli melalui kawan blogger kak Ina a.k.a blogger IntanBerlian. Beli 6 helai sekaligus jumlah RM99.00. Hari Sabtu pula, singgah Ten Ten Port Dickson cari kasut sekolah pula. Memang plan nak beli kasut sekolah saja dan pencil case untuk kakak. Sekali sampai Ten Ten takda maknanya beli kasut sekolah dan pencil case semata. Anak anak nak botol air la, nak gam la, singlet lah. Ikutkan saja. 

Akhirnya settle beli barang keperluan sekolah anak anak. Lega dah, tinggal nak beli buku sekolah dan bayar yuran saja. Percaya tak Mimi cakap jumlah hangus beli keperluan sekolah dua orang saja habis RM610.97. Lagi berapa ratus saja nak seribu kan. Menggigil tangan dibuatnya. Tapi takpe rezeki anak anak. Habiskan duit pada anak anak mana tahu lepas ni diberikan rezeki yang melimpah ruah kan. Kawan kawan habis banyak juga ke beli barang sekolah anak anak?

Isnin, 25 Disember 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

2:34:00 PG 4 Comments
Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy
-->


Ahad, 24 Disember 2017

Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan

4:54:00 PTG 12 Comments
Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan | Bila hujung minggu macam macam aktiviti yang boleh dibuatkan. Hujung minggu biasanya Mimi suka jalan jalan tapi tak sihat duduk rumah sajalah. Masak pun biasa biasa saja. Sesuai dengan tekak orang tak sihat. Mimi nak share dengan korang resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan.

RESIPI AYAM MASAK ASAM YANG MUDAH DISEDIAKAN

Ayam Masak Asam


Resipi ni memang mudah disediakan tau korang. Yang tak tahu atau tak pandai masak pun boleh buat. Main campak campak saja. Kalau yang baru mula nak belajar masak apa kata korang cuba resipi Ayam Masak Asam yang mudah disediakan ni.

RESIPI AYAM MASAK ASAM

3 ketul ayam dipotong dadu (potong besar)
Serbuk kunyit
1 inci halia di hiris halus
1 biji lada merah dihiris
Bawang besar merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji tomato dibelah 8
Sedikit garam

Cara masak :

Gaulkan isi ayam yang dicampurkan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak, jangan garing sangat tau. Kemudian panaskan minyak, tumiskan bawang, halia, bawang putih dan lada masak yang dihiris sehingga naik bau. Lepas tu, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sekejap sampai kuah asam menggelegak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa ya kalau lupa tawar la lauk korang. Akhir sekali masukkan tomato dan gaul sebati. Dah siap boleh makan dengan nasi panas. Sedap tau korang.

Ayam Masak Asam



Kalau tak tahu nak masak apa, cuba masak ayam masak asam ni. Sesekali makan lauk macam ni memang sedap. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan masakan kita cuma tu lah antara rajin dan malas. Kadang kadang mood rajin nak masak tu ada tapi tuhlah ketandusan idea nak masak apa. Korang yang baru nak belajar masak tu apa kata korang rajin cari resipi di Google atau beli buku resipi yang ada dijual di kedai kedai buku.

Dari seekor ayam tu kan sebenarnya macam macam resipi boleh buatkan. Masak lemak cili api, kari, sup, asam pedas, masak kicap, sambal, padprik dan pelbagai aneka jenis masakan yang boleh dimasak dan disediakan. Janji bahan ada dan cukup semua jadi kan. Korang ada tak yang suka masak macam Mimi. Mimi suka masak tau. Suka try and error. Sedap masak dan masak lagi. Tak sedap cari punca makanan tuh jadi tak sedap. Habis cerita. Masak ni kena ada minat tau. Tak suka atau memang tak minat masak, korang lah lapar. Lagi best makna masakan air tangan sendiri dari makan di luar. Sesekali makan di luar boleh saja tapi janganlah hari hari, betul tak?

Rabu, 20 Disember 2017

Balm Bayi Tasneem Naturel Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

7:00:00 PG 35 Comments
Balm Bayi Tasneem Naturel Wajib Ada Dalam Setiap Rumah | Hai korang! Sihat tak? Hopefully korang semua sihat. Mimi nak share dengan korang mengenai kelebihan balm bayi Tasneem Naturel dan kenapa balm bayi Tasneem Naturel wajib ada dalam setiap rumah.

Balm Bayi Tasneem Naturel


Baru baru ni kan Mimi tengah makan tengahari dengan officemate dekat office. Time tu bawa Adhwa datang office sebab pengasuh cuti dua minggu. Tengah makan tu, Adhwa tiba tiba meraung. Terperanjat tau. Rupa rupanya dia poo poo keras ataupun bahasa mudahnya sembelit. Hati ibu mana tak risau kan. Tapi lepas sapu balm bayi Tasneem Naturel Tummy Time nampak dia lega dan dia poo poo lagi sekali dengan senang. Memang patut sangatlah balm bayi Tasneem Naturel wajib ada dalam setiap rumah tau korang! 

BALM BAYI TASNEEM NATUREL WAJIB ADA DALAM SETIAP RUMAH


Balm Bayi Tasneem Naturel



Balm bayi Tasneem Naturel wajib ada dalam setiap rumah ini bukan sahaja sesuai untuk kegunaan bayi sahaja tetapi orang dewasa pun boleh guna. Balm bayi Tasneem Naturel merupakan produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (essential oil ) yang bermutu tinggi. Kandungannya diperakui selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Yang paling penting produk ini telah mendapat kelulusan KKM.

Balm bayi Tasneem Naturel ini untuk kegunaan dari bayi sehingga orang dewasa tau korang. So,  bukan anak saja boleh guna korang pun boleh guna juga. Untuk pengetahuan korang semua,  balm bayi Tasneem Naturel mempunyai 4 jenis di mana setiap satu balm bayi Tasneem Naturel mempunyai aroma, fungsi dan cara penggunaan yang berbeza  iaitu :

Coughflu Time :
- membantu mengurangkan selsema dan cairkan kahak
- bantu melegakan asma
- mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna : sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada

Ramuan : Lemon, Sweet Orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Balm Bayi Tasneem Naturel Coughflu Time


Calm Time :
- memberikan keselesaan kepada bayi
- mengurangkan keletihan dan tekanan
- membantu anak lebih tenang

Cara guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki,  nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan. 

Ramuan : Lavendar, Naval Orange, Tangerine, Geranium, Marjoram,  Frankinsense, Bergamot, Chamomile

Balm bayi Tasneem Naturel Calm Time



Sleep Time
- membantu anak mudah tidur lena
- membantu anak bangun dalam mood ceria
- membaiki kualiti tidur

Cara guna : sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ramuan : Cedar, Vetiyer, Roman Chamomile, Sweet Orange, Marjoram, Targerine Fruit Fermet,  Ylang Ylang

Balm bayi Tasneem Naturel Sleep Time



Tummy Time :
- membuang angin dalam perut
- membantu melegakan perut sebu dan kembung

Cara guna : sapu pada perut dengan pergerakan "I LOVE YOU" dan tapak kaki

Ramuan : Fennel, Ginger, Wild Mint, Tangerine, Patchouli,  Lemongrass, Anise, Juniper

Balm bayi Tasneem Naturel Tummy Time



Korang dah tahu jenis,  fungsi dan cara guna kesemua balm bayi Tasneem Naturel kan? Sekarang ni Mimi nak share sendiri pengalaman Mimi dan anak Mimi Adhwa menggunakan balm bayi Tasneem Naturel ni. 

BALM BAYI TASNEEM NATUREL MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN KE ARAH YANG LEBIH POSITIF 


Tadi, Mimi ada share dengan korang Adhwa sembelit kan. Selain tu kan korang,  Adhwa ni ada satu lagi masalah yang Mimi tak sanggup nak hadap tau. Bayangkan hari hari dia tidur lewat antara pukul 11.30 malam hingga 12.00 malam. Mimi dahlah bekerja tau korang, kena bangun awal. hari hari layan karenah dia tidur lewat rabak mata jadinya. Dah lah tidur lewat lepas tu makan masa lak tu nak tunggu dia pejam mata. Bertambah tambah "panda" mata dibuatnya. Bertabah sajalah Mimi tau. Tapi bila ada balm bayi Sleep Time memang sangat membantu Mimi tau korang. Hanya sapu pada tulang belakang,  tapak kaki, nadi, belakang telinga dan pergelangan tangan in shaa Allah sekejap saja Adhwa tidur. Lega sangat. Tak payah bersengkang mata tunggu dia tidur. 

Lagi satu balm bayi yang kerap Mimi guna ialah Tummy Time. Bukan guna pada Adhwa saja tau. Mimi sendiri pun guna okey. Sejak Jumaat lepas Mimi alami sakit perut sehingga semalam. Lama tak lama lah sakit perut sebab terlalu banyak angin sampai terasa mencucuk cucuk dalam perut selepas kena diarrhea. Hari hari sapu Tummy Time dekat perut tau nak bagi angin keluar.  Alhamdulillah, hari ni sakit perut pun berkurangan dan angin keluar dengan jayanya. Lega tau korang. Ternyata balm bayi Sleep Time baiki kualiti tidur dan Tummy Time melegakan sakit perut dengan berkesan.

Balm Bayi Tasneem Naturel



Manakala untuk Calm Time,  Mimi akan sapu setiap kali selepas Adhwa mandi. Bagi dia tenang setenangnya. Untuk Coughflu Time Mimi dah guna pun semalam. Sebab Mimi dah mula batuk berkahak ni. Untuk pengetahuan korang, Mimi memang penghidap asma sejak usia 15 tahun tau. Baru saja pulih dari asma lepas ambil neb di klinik. Sekarang ni macam dah mula nak kena asma semula sebab tanda tanda tu dah ada. Buat apa nak tunggu sampai kena ambil neb kan, balm bayi Coughflu Time kan dah ada. Apa lagi gunakan balm bayi Tasneem Naturel ni sebaik mungkin untuk bantu cairkan kahak dan cegah sebelum kena asma. Selepas guna,  memang nampak perbezaan ketara. Batuk dah berkurangan kahak pun dah tak ada. Terasa dada lebih ringan tau. Ternyata kesemua balm bayi Tasneem Naturel membantu meningkatkan kesihatan ke arah yang lebih positif

TESTIMONI PENGGUNA PENGGUNA BALM BAYI TASNEEM NATUREL 


Rasa was was dengan cerita Mimi ke? Ya ya saja Mimi ni ceritakan. Betul ke tidak lah tu. Ya Allah,  betul tau korang. Balm bayi Tasneem Naturel memang bagus dan patut ada dalam setiap rumah tau. Standby untuk kegunaan time emergency. 

Kalau korang tak percaya lagi,  korang boleh tengok testimoni pengguna pengguna balm bayi Tasneem Naturel ni. 






Hah, sekarang percayakan? Balm bayi Tasneem Naturel memang best tau korang. Rugi kalau korang tak beli. Bukan mahal pun. Masih mampu untuk dibeli. Apa? Korang pun nak beli balm bayi Tasneem Naturel juga? Okey, korang boleh dapatkan kesemua jenis balm bayi Tasneem Naturel ni di :

Tasneem Naturel Network
15-1, Jalan Putra Kajang, 
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor
Hotline : 011-2096 4665 (ORDER) 
010-845 3469 (DAFTAR AGEN & STOKIS) 

IG : TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ) 

Selasa, 19 Disember 2017

Blogger Nora Yang Mimi Kenali

1:24:00 PTG 11 Comments
Blogger Nora Yang Mimi Kenali | Sebelum ni Mimi ada up entry mengenai beberapa blogger yang Mimi kenal. Hari ni sambung semula selepas rehat beberapa lita. Kali ni Mimi nak cerita mengenai blogger Nora Yang Mimi Kenali

BLOGGER NORA YANG MIMI KENALI



Nora baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya awal bulan Disember tau. Nora ada jemput Mimi tapi tak dapat nak hadir sebab suami kena bertugas. So,  terperap sajalah duduk di rumah tak ke mana mana. Masih belum terlambat untuk Mimi ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nora. 



Sebelum ni Mimi tak berapa kenal dan tahu sangat pasal Nora tau. Lepad tu Mimi join satu group blogger. Dari situ kenal Nora tapi tak secara mendalam lah. Sampailah kitorang sama sama terlibat dalam satu event di Senawang. Masa tu barulah tahu Nora ni blogger blog Monolog Tanpa Suara. Dulu pernah singgah blogwalking tapi tak kenal sangat pun. Walaupun kitorang kali pertama jumpa tapi Nora sangat peramah tau. Nora juga ada seorang anak perempuan yang comel sangat. Nora dan Mimi sebaya. 



Nora pun sama macam Mimi partime blogger sebab kami sama sama kerja di sektor kerajaan. Cuma bezanya Nora kerja di sekolah,  Mimi pula IPK. Walaupun partime blogger tapi Nora juga banyak buat review produk dan servis tau. Nora juga rajin pergi event. Korang yang berminat nak Nora review apa apa produk atau servis boleh saja pm tepi Nora. 

Nak kenal Nora dengan lebih dekat korang boleh follow blog dan socmed dia seperti di bawah :

Blog : www.ummizarra.com
Fb : https://www.facebook.com/izarraqistina
Ig : https://www.instagram.com/zarraqistina/