Rabu, 29 November 2017

Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja | Hai korang. Dah beberapa hari rasanya Mimi tak update blog sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Hari ni mood nak update blog dah ada. Kali ni Mimi nak share dengan korang barang yang Mimi di Lazada. Nak tahu Mimi beli apa? Mimi beli pengering rambut Philips mudah dibawa ke mana sahaja. 

Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja


Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja


Kenapa Mimi cakap pengering rambut Philips mudah dibawa ke mana sahaja? Sebab pengering rambut ni tak besar pun tau kecil saja memang mudah untuk dibawa travel. Yang best ia ringan. Tak payah risaulah beratkan beg korang tu. 

Lagi best pengering rambut ni warna pink...hahaha.. gelak jahat...Mimi dan pink berpisah tiada okey. Cara nak guna pun mudah saja, pasang plug dan on saja. 

Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Ada dua suhu yang boleh kita adjust ikut apa yang kita nak. Yang tanda freeze tu kalau korang nakkan suhu yang suam suam panas saja. Manakala yang nombor dua tu suhu yang memang panas tapi taklah sampai hangit bau rambut nanti. 

Mimi baru guna pagi tadi. Memang best tau.  Mimi beli sebab Mimi ni ada sejenis perangai suka cuci rambut time pagi pagi nak pergi kerja.  Nak pakai tudung takkan dengan rambut basahkan. Selalu Mimjiakan keringkan guna tuala duduk depan kipas keringkan rambut. Memang itulah cara Mimi keringkan rambut tau setiap kali lepas cuci rambut. 

Lepas ni tak perlu duduk depan kipas keringkan rambut dengan tuala. Guna saja pengering rambut Philips mudah dibawa ke mana sahaja. Pengering rambut Philips ni juga boleh dilipat tau korang. So, tak makan ruang pun kalau simpan dalam beg. Sebab tu Mimi cakap pengering rambut Philips mudah dibawa ke mana sahaja. Dahlah kecil,  ringan boleh lipat pulak tu jimat ruang. 

Pengering Rambut Philips Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Tak rugi tau korang kalau beli pengering rambut Philips ni. Untuk harga pengering rambut yang Mimi beli ni harganya RM39.99 tambah kos penghantaran RM1.50. Jumlah RM41.49. Tolak diskaun, harganya jadi RM35.49. murahkan? Mimi order guna aplikasi Lazada, jadi masukkan kod yang diberikan dapatlah diskaun. 

Bagi Mimi berbaloi sangat beli pengering rambut Philips ni. Murah, ringan, kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Korang yang nak dapatkan pengering rambut Philips macam ni cepat cepat terjah laman web Lazada Malaysia. 

8 ulasan:

  1. Menarik nak terjah Lazadalah nak rembat seketul pengering rambut #philips ni. Sebab yang dekat rumah rosak

    BalasPadam
  2. Murah tu. Comel pula sebab warna pink. Nk terjah lazada juga lah

    BalasPadam
  3. Senang nk bw travel tu bgs.. Tp kt hotel biasa ada disediakn pengering rambut

    BalasPadam
  4. Pink! Cantik sudah semestinya.Ros pun rasa macam nak beli juga pengering rambut.

    BalasPadam
  5. macam best pengering rambut philips ni..paling menarik boleh bawa travel..

    BalasPadam
  6. Klu kecik dan ringan mmg mudah nak dibawa ke mana2

    BalasPadam
  7. Wah mmg senang nak bawa kemana2 sebab size Dan boleh lipat gitu. Senanglah nak travel lepas ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.