KFC Chizza Indah Khabar Dari Rupa

KFC Chizza Indah Khabar Dari Rupa | Hari ini lepas balik kerja,  terus ajak suami pergi restoran KFC sebab nak try Chizza yang tengah hot sekarang ni. Kebanyakan review yang Mimi baca KFC Chizza indah khabar dari rupa

KFC Chizza Indah Khabar Dari Rupa



Bila tengok iklan KFC mengenai produk baru mereka, peminat setia KFC mestilah teruja kan. Termasuklah Mimi tau. Nak nak sekarang sana sini sibuk duk up pasal KFC chizza. Tengok iklan memang craving terus dibuatnya tau. Dahlah seorang Mimi memang sejenis manusia yang "hantu" cheese. Dahlah ada cheese besar pula kan. Confirm puas hati makan. Tapi bila baca review ramai yang luahkan KFC Chizza indah khabar dari rupa. Betul atau tak? Hah kena baca sampai habis entry ni okey. 


Hah,  tengok gambar je pun dah panas punggung ye tak?  KFC Chizza All Chicken. No Crust. hah gitu trademark nya. Sebelum tu, apa kata tengok bahan bahan yang digunakan untuk KFC Chizza ni. 


Dari gambar kat atas ni boleh nampak dengan jelas bahan bahan yang digunakan untuk KFC Chizza kan?Ada chicken fillet, Tangy pizza sauce, potongan nanas, mozarella, bawang dan emping cili dan parsli. Tapi rasanya macam mana pula kan? Setanding dengan iklan yang diwar warkan atau tak. 

Mimi pilih set kombo A ada Chizza, kentang goreng dan air. Tapi gambar kentang tak ada lupa nak snap sekali. Lepas tu,  Mimi ambil Chewy Cheese. Kan dah cakap Mimi memang "hantu" cheese. Rasa kurang sesuatu kalau tak makan cheese tau. Kalau makan di restoran KFC, selalunya Mimi akan order set Zinger Burger. Jarang sangat order ayam. Memang akan order burger Zinger. Kalau air pula memang Mimi tak ambil air bikarbonat sebaliknya tukar dengan air oren Twister atau Milo tanpa ais. Sejenis yang tak boleh minum air sejuk berais sebab mudah batuk dan semput. Tapi bila tekak teringin minum juga. Sekali dilanda batuk dan semput baru nak menyesal. 

Set kombo A KFC Chizza,  air dan kentang goreng (tak ada dalam gambar).  Tambahan Chewy Cheese

Okeylah,  banyak bebel pula Mimi ni.Jom jom baca pendapat Mimi mengenai makanan yang Mimi order. Untuk Chewy Cheese, rasanya so-so saja. Cheese pun taklah banyak macam dalam iklan kat televisyen tu kan. Rasa kulit bebolanya pula terlalu garing sangat. It's okay kalau garing tapi janganlah garing sangatkan. Rasa keras pula. Tak feel  bila nak makan. 

Chizza pula kalau kita tengok dekat iklan nampak besar kan? Otak dah membayangkan mesti Chizza ni saiznya sama dengan size Pizza yang small. So, kira puas hatilah kan kalau size macam tu. Berbaloi. Tapi, bila dah buka kotak dan tengok depan mata Chizza ni taklah sehebat macam iklan di televisyen. Betullah apa yang dikatakan KFC Chizza indah khabar dari rupa

KFC Chizza

Ni lah rupa KFC Chizza yang disebut sebutkan tu. So far, tengok semua bahan yang digunakan ada. Cuma saiz saja tak sama macam dalam iklan. Saiz lebih kurang saiz ayam burger Zinger. Rasa Chizza pula, ayam macam biasalah rasanya kan, crsipy. Yang paling best part cheese dan potongan nanas yang juicy tu. Memang serasikan. Cuma sos Tangy  tu serius tak ada rasa apa pun. Kalau kita makan pizza, sos memang terasa sedapnya kan tapi sos yang digunakan untuk Chizza ni sorry to say memang tak rasa apa pun. Tawar. Sos pun sikit saja buat syarat. Lebih pada nanas dan cheese. Bawang awal awal dah tolak tepi sebab tak suka bawang. 

Secara keseluruhan, bagi Mimi Chizza ni rasanya tak lah sesedap mana yang boleh buat orang nak repeat makan dua tiga kali. Mimi sendiri cukuplah sekali ni saja makan. Untuk Chizza ni Mimi rate  2/5 saja. Tapi, lain orang lain citarasanya kan. Mimi makan rasa biasa saja orang lain mungkin rasa sedap sangat. Ada yang kata lain outlet lain cara hidangannya. So, korang dah makan Chizza juga ke? Macam mana? Sama tak dengan kualiti Chizza yang Mimi makan ni atau kualiti Chizza yang korang makan lagi sedap dan besar macam dalam iklan? 

Post a Comment

12 Comments

  1. Amboi dah cuba menu baru dari KFC ya.. nanti Kak Sue nak cuba juga nak tengok dan rasa macam mana KFC - Chizza kat rumah Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  2. Ramai jugak yang review kcf chizza ni indah khabar dari rupa . Cheese dan saiz chizza tak macam digambarkan dalam iklan .

    ReplyDelete
  3. boleh la nak try nanti.. hope kena la dengan tekak ni..

    ReplyDelete
  4. Singgah sini, x makan lagi chizza ni.. ramai dok komen benda sama huu. Tapi x tahu la kot lain tekak lain rasa plak.

    ReplyDelete
  5. sama saja...sekali rasa..tak repeat dah kot...

    ReplyDelete
  6. Ada yg kata sedap juga. Ana nak cuba lah nanti. Kadang dia ikut outlet juga kan. Ada outlet yg sedap ada yg tak.

    ReplyDelete
  7. Marsha belum cuba lagi ni...insyaAllah akan cuba nanti

    ReplyDelete
  8. Tak cuba lagi chizza ni. Dah ramai kata tak sedap rasa macam malas nak cuba hihi.

    ReplyDelete
  9. blm penah try, niat nk try tp tgk review mcm tak berapa memberansangkan hehehhe...

    ReplyDelete
  10. Tula depend pd outlet.. Ms nk try riso juga sbb byk bc komen negative je tp bila dpt not bad juga.. Bole la mkn tp nk repeat tkla.. Chewy cheese tu pn xtry lg.. Ada outlet ok.. Ada outlet xok.. Slalu order snack plate or snackerbox

    ReplyDelete
  11. rasanya not bad...baru nk buat review pada pandangan akk dan anak2..hehe

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com