Isnin, 6 November 2017

Kenali Bahan Bahan Merbahaya Di Dalam Produk Kecantikan

Kenali Bahan Bahan Merbahaya Di Dalam Produk Kecantikan | Setiap wanita inginkan wajah yang cantik, cerah dan gebu. Oleh kerana inginkan kulit wajah yang cantik sempurna, kebanyakan mereka sanggup melabur duit dan menanggung risiko dengan menggunakan produk produk tersebut yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat.

Kalau kita lihat sekarang ini, lambakan produk yang ada di pasaran sangat banyak dan dikhuatiri kebanyakannya mengandungi bahan bahan terlarang dan merbahaya. Jadi, amat penting bagi kita untuk mengambil tahu setiap kandungan yang digunakan dalam produk kecantikan. Selain daripada itu, sangat penting untuk mengetahui fungsi bahan bahan tersebut.

Apa kata kita kenali antara jenis jenis bahan merbahaya yang kebanyakkannya digunakan di dalam produk kosmetik.

1) Hydroquinone – Bahan ini biasanya didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaan dalam jangka masa yang panjang bileh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, mewujudkan masalah ginjal, kanser darah dan kanser sel hati.

2) Merkuri - Bahan ini juga digunakan dalam produk pemutih. Kesan menggunakannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru paru, muntah muntah dan kanser.

3) Paraben - Banyak digunakan pada deodoran dna kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan disyaki beh menyebabkan kanser payudara.

4) Rhodamin - Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti kerosakan hati dan gangguan pada pernafasan.

5) Isopropyl Alcohol - Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut di dalam produk kecantikan. Ia boleh merosakkan lapisan kulit dan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penuaan.

6) Polythyene Glycol (PEG) - Bahan ini menyebabkan gangguan pada kelembapan kulit, mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria.

7) Minyak Mineral - Bahan ini akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu di mana ia mengakibatkan jerawat pada kulit.

FUNGSI DAN KEGUNAAN


1) Bertindak sebagai pengawet - Penggunaan bahan bahan tersebut adalah untuk memberi perlindungan terhadap kosmetik daripada pencemaran kuman semasa digunakan serta mengurangkan kerosakan pada kosmetik yang berpunca dari pertumbuhan kuman. Selain daripada itu, pengawet digunakan untuk mencegah minyak di dalam kosmetik daripada menjadi tengit.

2) Pengawal Kelembapan - Digunakan untuk mencegah kehilangan air apabila kosmetik dibuka berulang kali. Bahan bahan yang digunakan di dalam losyen dan krim oelembao memudahkan penggunaan agar mudah disapu dan diratakan ke kulit.

3) Pewarna - Digunakan untuk menghasilkan warna yang menarik perhatian. Pewarna yang digunakan merupakan pewarna kimia seperti FD & C Merah atau pewarma asli seperti karotena, alkanet dan safron.

4) Sebagai pengimbang pH - merupakan bahan yang mengekalkan pH kosmetik supaya serasi dengan kulit. Antara bahan yang digunakan untuk mengimbangi pH ialah asid sitrik yang merupakan suatu asid atau ammonium karbonat yang meruoakan suatu bes. Di samping penambahan suatu asid atau bes, pengimbang pH juga merupakan campuran garam seperti ammonium bikarbonat.

5) Perasa - digunakan untuk menutup rasa bahan bahan kosmetik yang tidak enak apabila digunakan. Contoh bahan perasa ialah amil asetat dan etil asetat.

Ini antara bahan bahan merbahaya serta fungsi bahan bahan tersebut digunakan dalam produk kosmetik. Pendek kata, sebagai pengguna kita harus berhati hati dan lebih peka dengan kandungan bahan kosmetik yang digunakan. Kena ambil tahu dan ambil peduli baik buruk sesuatu bahan yang digunakan dalam bahan kosmetik.

Jangan terlalu inginkan kulit yang cerah sempurna sanggup membahayakan diri sendiri. Kesan selepas menggunakan memang menakjubkan dalam jangka masa pendek tetapi cuba fikir dan renungkan, jangka masa panjang nanti apa yang bakal kita lalui. Gunalah produk yang berasaskan bahan semulajadi yang tiada bahan merbahaya. Biarlah kesannya pada kulit lambat asalkan hasil yang kita dapat baik dan selamat.

9 ulasan:

  1. Zaman skrg byk sgt produk pemutih kulit. Takut nk sembarang pakai..jgn mudah terpengaruh.

    BalasPadam
  2. Kena pilih barangan yg xde jandungan dinatas lepas ni. Tq Mimi share

    BalasPadam
  3. Betul tu..sekarang akak berani pakai product yg guna bahan semulajadi je...kena tgok betul2..takut rosak muka

    BalasPadam
  4. banyak mana pun kita share, banyak mana pun awareness yang keluar still ramai yang degil terutamanya yang muda2 haihhhh

    BalasPadam
  5. memang penting tengok kandungan bahan-bahan pada kosmetik...! sayang kulit uiiii.. :)

    ...

    BalasPadam
  6. tq for sharing..mmg kena ati2 bahan2 merbahaya ni..nk cantik tp xlama ada efek lain bahaya kn

    BalasPadam
  7. saya pakai produk yang takde bahan terlarang.in sha Allah..
    Janji Kita

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.