Appeton, salah satu jenama farmaseutikal terunggul di Malaysia, melancarkan rangkaian ‘A-Z Vitamin C' dengan pembungkusan baru hari ini, bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, di Pusat Membeli-belah One Utama.
Duta Jenama - Datuk Dr Sheikh Muszaphar |
Selama lebih 30 tahun Appeton mengutamakan kanak-kanak dalam segala usahanya. Ia memahami bahawa kanak-kanak adalah masa depan kita dan kesihatan mereka harus sentiasa dilindungi agar mereka dapat mencapai potensi sebenarnya. Ia juga percaya bahawa kanak-kanak harus digalakkan, diberi inspirasi dan dipupuk dari usia muda untuk sentiasa berfikir secara kreatif.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkongsi mengenai penglibatan MOSTI di dalam kempen |
Apabila jenama ini memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk rangkaian 'A-Z Vitamin C’ menjalani pembaharuan, mereka telah melaksanakan perkara lazim yang kebanyakan jenama lakukan - menjalankan penyelidikan mendalam. Tidak menghairankan, penyelidikannya mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa - iaitu demografi teras mereka - masih inginkan anak-anak mereka untuk menjadi doktor atau peguam walaupun terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi tempatan atau di seluruh dunia. Pada pendapat mereka, kedua-dua kerjaya ini merupakan kemuncak kebanggaan, profesionalisme dan prestij.
Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma, Cheah Ming Loong |
Berdasarkan hasilnya, jenama ini memutuskan untuk memasukkan karikatur kedua dua kerjaya mulia ini, bersama dengan seorang angkasawan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh, dan harus sentiasa menyimpan impian yang lebih besar. 'Menjadi doktor atau peguam adalah pencapaian yang hebat - tetapi mengapa berhenti di sini? Kanak-kanak boleh bercita-cita menjadi seorang doktor atau peguam yang juga merupakan seorang angkasawan. Mereka hanya perlu digalakkan untuk tidak menghadkan diri mereka mengikut status quo,’ kata Cheah Ming Loong, Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma.
Ini adalah 'idea besar' yang mendorong Appeton untuk bekerjasama dengan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Sebagai yang pertama, dan pada masa ini, satu-satunya angkasawan Malaysia yang berjaya terbang di angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap yang terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton - beliau telah bekerja keras untuk menjadi seorang doktor, tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan.
Datuk Dr Sheikh Muzaphar, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika perasmian packaging baru Appeton |
Sebagai seorang pakar bedah ortopedik, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memahami kepentingan kesihatan dan mengekalkan perlindungan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh diri sendiri. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau sentiasa terpesona dengan perjalanan di angkasa lepas. Beliau bernasib baik kerana ibu bapanya sentiasa menyokong impiannya dari awal lagi; mereka memupuk dan menyokongnya sepanjang perjalanan, dan memastikan bahawa beliau sihat, dan tetap dilindungi sepanjang zaman kanak-kanaknya.
'Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang peneraju yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang melalui semangat, keazaman dan inovasi berterusannya, tanpa mengorbankan pendirian asas beliau. Kami mahu meneroka sejarah latar belakangnya, dan juga pencapaiannya, untuk menggerakkan mesej kami ke pelanggan teras kami, dan inilah pencetus kolaborasi kami,” tambah Cheah.
Datuk Dr Sheikh Muzaphar, YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika sesi bergambar |
Sebagai sebahagian daripada Kempen Impian Besar Appeton, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya, dipaparkan dalam iklan televisyen dan papan iklan 'Dream Big' Appeton di sepanjang beberapa lebuhraya terpilih di seluruh Malaysia. Satu pepotong beliau dalam sut angkasa lepas juga akan menyambut pengguna di farmasi-farmasi utama di seluruh negara.
Aktiviti bersama orang ramai ketika majlis |
Acara pelancaran menyaksikan ibu bapa dan anak-anak menyertai pelbagai permainan pentas, beberapa kuiz, seni pasir, seni dan kraf, serta teka-teki abjad. Mereka juga berjaya mengambil gambar dengan angkasawan berani yang menjadi ahli perniagaan, bersama anak-anak perempuannya yang cantik, Sophea Isabella (6 tahun) dan Sophea Natasha (4 tahun).
Datuk Dr Sheikh Muszaphar ketika sesi autograf |
Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkata, 'Saya telah mengenali jenama Appeton sejak dari dulu lagi. Mereka terkenal kerana memperjuangkan kesihatan kanak-kanak; dan sebagai seorang doktor, kesihatan adalah teras kerjaya saya, dan oleh itu, ia dekat dengan hati saya.
Sebagai kanak-kanak, kita selalu beranggapan bahawa tiada yang dapat mengalahkan kita - iaitu tiada apa yang boleh berlaku kepada kita. Tetapi adakalanya kita jatuh sakit dan menghidap selesema, serta penyakit biasa yang lain. Apa yang saya sedar, pada usia yang sangat muda, ialah apabila kita menjaga diri kita sendiri, sama ada melalui senaman, makanan, atau cara lain, kita membenarkan diri kita untuk lebih bersuka-ria.Tahap tenaga kita telah meningkat, dan kita boleh terus berusaha untuk melakukan perkara perkara yang kita nikmati.
Sebagai seorang bapa kepada dua anak perempuan, dan sekarang, anak lelaki kembar, saya berusaha sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak saya kekal sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia. Maka, apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya telah melihat sinerginya secara serta-merta dan terus berkata ya. Hakikatnya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka - saya berharap bahawa penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘Memiliki Impian Besar', dan mengingatkan ibu bapa untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi, agar mereka dapat mencapai bintang-bintang.'
Dalam persekitaran perniagaan penjagaan kesihatan hari ini, dengan peningkatan berterusan dari segi persaingan dan perubahan yang semakin pesat, Appeton tetap teguh dalam usaha memenuhi permintaan untuk produk penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Mengaplikasikan kombinasi unik kepakaran serta penyelesaian industri dengan konsep yang betul, Appeton terus berusaha untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada semua.
Rangkaian 'A-Z Vitamin C' Appeton boleh didapati di farmasi-farmasi utama dan kedai perubatan Cina di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Appeton, sila layari www.appeton.com.
11 Comments
Dlu anak akak bg mkn appeton utk bg die tambah selera mkn..
ReplyDeleteRasanya Kak Sue pernah juga bagi anak-anak Kak Sue makan vitamin Appeton nie..
ReplyDeleteKanak kanak memang punya masa depan cerah
ReplyDeleteterpulang pada mak ayah untuk berusaha
Appeton jenama yang sangat dikenali di kalangan ibubapa
ReplyDeleteBestnya dpt jumpa angkasawan negara.
ReplyDeleteAppeton ni bgs utk di beri utk anak2 yg sedang membesar
hi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
i last met him back in high school.
ReplyDeletebagus program cam ni.. saya sendiri mengajar anak berimpian dan capai impian.. bukan sekadar angan-angan.. hee~
ReplyDeleteBestnya dpt jumpa angkasawan negara.. Appleton mmg jenama yg boleh dipercayai kan
ReplyDeleteJenama yang Sha suka..
ReplyDeletemasa kecik2 dulu rabia makan appeton ni..sekarang tak makan dh hehehe..rindu pulak nak makan appeton ni.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com