Ahad, 5 November 2017

Berkatkah Rezeki Kita?

Berkatkah Rezeki Kita? | Di zaman ekonomi yang semakin meruncing dan mencabar ini, ramai yang mengambil langkah untuk berjinak jinak di dalam bidang perniagaan. Sama ada secara online atau membuka butik. Tidak kira suri rumah, pelajar IPT, penjawat awam sama sama mencari rezeki dengan berniaga. Namun, sejauh manakah keberkatan rezeki yang kita perolehi itu?

BERKATKAH REZEKI KITA?


Keberkatan rezeki dalam rezeki merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan terutamanya golongan peniaga Islam. Ini kerana rezeki yang kita peroleh hasil daripada perniagaan yang dijalankan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan darah daging kita. Jadi, amat penting kits mencari keberkatan dalam mencari rezeki. Mungkin ada yang memandang enteng isu keberkatan ini. Namun, perlu diingatkan rezeki yang tidak berkat itu secara tidak langsung akan berkaitan dengan nasib, kejayaan, perhubungan dan segala aspek kehidupan kita.

SEBAB REZEKI TIDAK BERKAT


Antara sebab sebab rezeki yang kita perilehi tidak berkat ialah :

1) Datang dari sumber pendapatan haram seperti berjudi, mencuri, rasuah, pelaburan haram, nombor ekor, mengaut keuntungan yang banyak dan sebagainya.

2) Berlebih-lebihan menyatakan kehebatan produk kesihatan atau kecantikan yang dijual. Sedangkan produk tidaklah sehebat mana seperti yang digambarkan serta memudaratkan pengguna.

3) Mengurangkan kuantiti bahan bahan di dalam resepi penyediaan makanan.

4) Menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi untuk peroleh keuntungan yang banyak.

TANDA REZEKI KITA BERKAT


Tanda  tanda rezeki yang berkat ialah :

1) Hati kita selalu mengingati Allah SWT dan selalu dekat denganNya.

2) Menjaga solat lima waktu  dan sering melakukan amalan sunat.

3) Keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada pusat zakat atau bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan.

4) Lidah kita akan sentiasa basah dengan zikir dan memuji Allah SWT serta mengalunkan ayat ayat suci Al Quran.

5) Tidak merungut rezeki yang diterima tidak cukup malah sentiasa rasa bersyukur walaupun tidak banyak mana.

Jika rezeki yang kita perolehi itu berkat, pasti Allah SWT akan melipat gandakan lagi rezeki kita asalkan kita tidak melupakan Allah dan makhlukNya yang lain. Jika kita ditimpa sesuatu, muahasabahlah diri kerana dikhuatiri perkara tersebut terjadi berpunca daripada rezeki yang tidak berkat.

5 ulasan:

  1. Rezeki yang berkat walau sedikit tp rasa sentiasa cukup sedangkan rezeki sebaliknya banyak mcm mana pun tetap rasa tak cukup.

    BalasPadam
  2. sama2 kita beringat dan bekerja dengan penuh keikhlasan supaya keberkatan tu sentiasa ada dalam rezeki kita demi mencari sesuap nasi buat insan dan permata hati tersayang... amin..

    BalasPadam
  3. Setuju dengan ana...rezeki yang sedikit tetapi kita rasa cukup...tp lumrah manusi kan..mcm akak panik bila rezeki yg akak dh tentukan setiap bulan tetiba rasa macam x cukup...cuma akak selalu beringat..dlm rezeki kita tu ada juga rezeki org lain..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.