Antioksidan – anda mungkin pernah dengar istilah ini di
sekitar kedai makanan kesihatan di bandar atau pun perbincagan mengenai topik
kesihatan dan pencegahan penyakit.
Carian melalui Google
menunjukkan penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekat
yang lalu ini, selaras dengan peningkatkan minat dalam permakanan hidup yang
lebih sihat. Tetapi tahukan anda apa itu antioksidan sebenarnya?
Merujuk kepada kamus,
antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang
berpotensi merosakkan organisma hidup didalam badan. Pengoksidaan di dalam
tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang
boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.
Malah process
metabolisme atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan, atau
penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilakan radikal bebas seperti
itu.
Tubuh kita adalah
penciptaan tuhan yang menakjubkan, kerana ia juga boleh menghasilkan
antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun,
kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang
terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semaking tercemar
ini.
Oleh itu, untuk
membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang
berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan menghilangkan radikal bebas.
Inilah sifat alam
semulajadi yang menyediakan apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan
boleh didapati di kebanyakkan makanan yang ber asaskan tumbuh-tumbuhan seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan
coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular
adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Andajuga mungkin pernah dengar
mengenai flavanols – yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di
dalam tomato.
Salah satu sebab
disebalik kenaikkan minat terhadap jus buah-buahan an sayur-sayuran baru-baru
ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang
boleh diperolehi daripada mereka.
Ambil minuman
Heartbeat daripada Juice Works, yang mengabungkan kebaikkan antioksidan yang
kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.
Ia mempunyai
hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan
fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang.
Selain daripada antioksidan
alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan
kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk
kesihatan mata.
Di samping kaya dengan vitamn A dan C, limau gendang juga
mempunyai antioksidan naringenin, yang telah didapati untuk membantu hati
memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat
bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan.
Timun, mempunyai banyak
antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia
mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser
dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung. Epal juga
adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis
kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih
daripada 1,5000 miligram vitamn C.
Jadi apa yang anda tunggukan? Dapatkan secawan Heartbeat – atau
mana-mana jus pilihan anda dari Juice Wroks hari ini - dan bantu badan anda
melepaskan radikal bebas yang jahat!
P/s: Khusus yntuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama
dengan Face – dahulu dikenali sebagai Groupon – unutk menawarkan RM 5 Diskaun
untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari www.myfave.com atau muat turun aplikasi
Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!**
**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017
**Ia tidah boleh
digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain
4 Comments
thanks sharing
ReplyDeletegood info. tq
ReplyDeleteGood info untuk kesihatan kak. Terbaik kak. :D
ReplyDeletetq for sharing...rabia mmg ada toksin dalam badan ni..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com