Rabu, 25 Oktober 2017

Jual Muffin Nak Tampung Persekolahan Adik?

Jual Muffin Nak Tampung Persekolahan Adik? | Sebelum ni Mimi ada share dengan kawan kawan pasal dinner Mimi dan keluarga di Sate Kajang Hj Samuri Senawang. Masa tengah makan, ada berlaku something tau. Selalu baca pengalaman orang lain dekat facebook. Tak sangka pula semalam Mimi alami sendiri pengalaman yang sama.

Nak dijadikan cerita masa tengah makan datang seorang lelaki berbaju tee biru. Letak sesuatu atas meja kitorang makan. Letak dekat meja suami duduk. Mimi nampak macam keratan kotak nipis bentuk petak. Bila tengok, Mimi dah dapat teka apa benda. Mimi minta suami snap pic keratan tu dan beritahu dia jangan beli. Nak tahu apa yang di tulis pada kad tu, korang tengok gambar dekat bawah.


Kalau dari sudut positifnya, kita tak rugi apa apa pun kalau beli muffin yang djual. Sekurang kurangnya kita membantu penjual muffin tu kalau betul dia dalam kesusahan. Pahala pun dapat kan sebab niat bersedekah. Tapi dari sudut negatifnya, Mimi tak yakin dengan kejujuran penjual muffin tersebut sebab dia bukan rakyat Malaysia. Betul ke duit hasil jual muffin nak tampung persekolahan adik dia? Sedikit sebanyak Mimi kena berhati hati.

Bukan dekat meja Mimi saja dia letak keratan tu tau, semua meja yang ada pelanggan dia letak keratan yang sama. Semua tak nak beli. Yelah, semua orang mestilah berhati hati kan. Cuma Mimi tak pasti dia warga apa. Tengok macam Nepal tapi macam bukan. Hahaha...Confuse.

Sekarang ni kat mana mana ada saja warga asing berniaga kan. Kadang kadang Mimi rasa ada dekat Malaysia atau luar negara. Rasa rimas pun ada tau. Yang datang kerja dengan cara yang betul tak apalah juga. Yang datang cara haram? Lambakan warga asing di Malaysia ni Mimi tengok semakin serius. Harap sangat kerajaan segera selesaikan masalah legasi yang kita hadapi sekarang nih kan. Apa pendapat korang pasal lambakan warga asing kat Malaysia nih? Korang pernah tak alami situasi yang sama macam Mimi?

19 ulasan:

  1. Betul Mimi. Kena hati2 sekarang ramai org suka ambil kesemua

    BalasPadam
  2. Betul Mimi. Kena hati2 sekarang ramai org suka ambil kesempatan

    BalasPadam
  3. kena hati2..tp kalau niat kita baik, Insyaallah ganjaran yang baik juga utk kita

    BalasPadam
  4. Akak paling x suka kalau kat area Kg Baru KL...pi makan mana- mana restaurant sure ada pengemis dan orang buta datang mintak sedekah..akak bukan kedekut haji bakhil...cuma bila kita dah bagi sekali lagi ramai yang datang...kena la tau kan tak semua yang datang makan tu orang berada...kadang orang susah gak sesekali makan...situasi macam tu sangat mengaanggu orang nak makan...

    BalasPadam
  5. Ada baca pasal kes ni sebelum ni, tapi macam ada unsur penipuan.. hati2.. orang sekarang macam2.. nak tolong pun takut

    BalasPadam
  6. Dekat selayang ni pun sama. Kadang tu siap memaksa kita beli pun ada. Ana kalau tgk budak yg jual mcm donut ke muffin ke ana beli lah juga. Berbaik sangka je lah yg kita boleh.

    BalasPadam
  7. nieyl pun pernah beli dgn cara mcnie...
    cuma pada nieyl, sbg manusia dan hamba Allah, tidak ade ruginya kalau beli.. Sbb sebagai manusia kita mmg mempunyai perasaan kesian dan murah hati. Jadi, persoalannya adakah betul atau tidak tujuan dia menjual tu,tak apa la..itu di antara dia dan Allah swt.. tugas kita dah memberi seikhlas hati..ini hanya pendapat nieyl sndr..

    BalasPadam
  8. Pernah juga dapat haritu.Pelik juga kenapa tulis atas kertas, cakap je la direct. Rupa2nya warga asing. Benda ni dah jadi sindiket kan..
    Kaklong pun dah muak dah tengok warga asing ni. Walaupun ada je orang cakap jangan racist; bukan racist cuma menyampah.

    Big Apple pun guna warga asing jadi cashier, nak berkomunikasi pun susah. Yang bawa masuk warga asing ni pun orang atas2 juga dan dorang dapat komisen per kepala. Tu yang suka sangat bawak masuk tu.. :(

    BalasPadam
  9. dulu zaman belajar selalu kena. Diorang akan naik atas bas ekspres, at the meantime bas tunggu passengers penuh, paksa-paksa kita beli. Syeram tau. Bila dah tahu, lepas-lepas tu naik bas, selagi bas tak gerak, Annur buat-buat tido je terus haha

    BalasPadam
  10. Mimi, saya pernah jumpa diaorg di Paradigm Mall Kelana Jaya.. Ini seperti sindiket jual muffin. Elok juga diviral untuk peringatan orang awam..

    Kalau di AEON S2, diaorg akan terjah kita dgn hulur kertas menyatakan mereka bisu, minta duit untuk bantuan.. Sama juga seperti warga asing.. Berhati-hati..

    BalasPadam
  11. Warga asing di mana mana saja ..apa tindakan kerajaan seterusnya? Tunggu dan lihat saja? Malaysia oh malaysia ku..

    BalasPadam
  12. Wow....tak pernah lagi jumpa si penjual muffin, kat tempat saya..... paling2 pon mata tak nampak sangat, jalan teragak-agak gitu....

    BalasPadam
  13. kat sini pun sama juga, ada jer sindiket menjual macam macam barang , harga mak oiiii, agak mahal la juga ... lepas tu tulis atas kertas, apasal? buat2 tak tahu cakap pula ... hurm, memang kena hati hati ...

    BalasPadam
  14. bahaya sungguh lah..! baik berhati-hati daripada menyesal kemudian hari.. kan..
    kita tak tahu bahan apa dia guna untuk buat muffin tu, mana lah tahu ada letak benda tak elok ke.. kita pula makan dan bagi anak2 makan..

    Ya Allah.. semoga kita semua dilindungi dan dirahmati selalu..

    ...

    BalasPadam
  15. errmm. takut sindiket la.. sebelum ni sindiket pelajar tahfiz mintak derma, lepas dah kene kecam and ambil tindakan, timbul pula si penjual muffin. tapi tak tahu la kebenaran betul ke tidak si penjual muffin ni..

    BalasPadam
  16. Sekarang mmg ramai menjual muffin sbil bg kertas kdg beli jugak sbb trliur tgk muffin tu haha hurm soal menipu mmg byk kes penipuan tp xpelah anggap sedekah .. tipu or x biar dia pula menjawab dgn Allah nanti

    BalasPadam
  17. Sekarang mcm2 memang kena perlu lebih berhati-hati.. Tapi kalo nak sedekah je cukup menghulurkan apa yang mampu. pahal kita punya, menipu atau tidak bukan urusan kita. Tapi kalau dia menipu kita doa2 kan dia cepat insaf amin..

    BalasPadam
  18. Mereka ni ada orang tengahnya.
    Orang lain yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.