Dinner Di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang

Dinner Di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang | Siapa pernah makan ayam penyet? Angkat mouse. Mimi suka juga makan ayam penyet tapi selalu beli dekat pasar malam atau bazar Ramadhan. Tapi ada yang sambalnya sedap ada yang so-so saja. Baru baru ini Mimi sekeluarga singgah dinner di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang

DINNER DI RESTOREN AYAM PENYET BEST, MYDIN SENAWANG


Dinner di Restoren Ayam Penyet Best, Mydin Senawang


Sebelum ni memang plan nak makan di Restoren Ayam Penyet Best tapi tak berkesempatan sebab ada saja halnya kan. So, bila Ahad baru baru ni sekolah Auni ada sukan di Kombes, Paroi, Mimi ajak suami makan dekat Ayam Penyet Best sebab dah dekat sangat. Rugi kalau tak guna baucer yang ada.

Restoren Ayam Penyet Best Mydin Senawang ni tak lah besar mana pun tapi masih lagi sesuai untuk bawa keluarga jamu selera di sini. Susun atur kedai teratur dan kemas. Tak sempat nak snap gambar restoren sebab asyik snap gambar keluarga dan makanan. Apa yang penting restoren Ayam Penyet Best ni mengekalkan tema mereka hijau pucuk pisang. Nice colour.

PELBAGAI MENU DI RESTOREN AYAM PENYET BEST, MYDIN SENAWANG


Terdapat pelbagai menu di restoren Ayam Penyet Best antaranya sudah tentulah Ayam Penyet Best, aneka jenis nasi goreng Penyet, aneka jenis mee, western food dan pelbagai lagi.

Antara menu yang ada di restoren Ayam Penyet Best

Menu yang kitorang pilih untuk dinner di restoren Ayam Penyet Best ialah Ayam Penyet Best untuk suami, Nasi Goreng Cina Penyet untuk Aina dan Auni dan Nasi Goreng Penyet untuk Mimi. Untuk Adhwa, Mimi belikan Fish & Chips. Air pula kitorang order sirap bandung untuk Aina dan Auni, suami pula Air Epal Hijau. Untuk dessert, Mimi order Banana Split.

Fish & Chips untuk Adhwa

Banana Split
Dessert Banana Split

Apa yang istimewa pada menu yang kitorang order ialah sambalnya yang marvellous. Memang rasa sedap sangat sambal dia walaupun makan dengan nasi goreng tau. Sambal Mimi dah habis, Mimi bedal sambal suami. Rasa tak cukup tau. Hopefully, kuantiti sambal di banyakkan pada masa akan datang. Untuk Mimi saja! Hahaha..

Menikmati juadah di Restoren Ayam Penyet Best

Harga bagi setiap menu bagi Mimi sangat berpatutan. Jumlah keseluruhan untuk semua menu yang kitorang order ialah RM76.00. Suami Mimi cuma bayar RM26.00 sahaja selepas tolak dengan baucer RM50.

Korang pun boleh try menu menu yang ada di restoren Ayam Penyet Best yang berdekatan. Sesekali cuba makan di restoren ini , memang best. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Penyet Best korang boleh layari :

Fb : Ayam Penyet Best

Post a Comment

6 Comments

  1. Wah macam sedap ja nie, tambah part sambal sedap tu.. kalau ke sini kena cuba nie..

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya.. budak2 sukalah ayam penyet

    ReplyDelete
  3. Ayam penyet tak pernah tak sedap. Baca entri ni tetiba teringin nak makan ayam penyet pulak. Aduhhh. Hehe

    ReplyDelete
  4. Pencuci mulut banana split tu memang anak anak suka

    ReplyDelete
  5. sedapnya ayam penyet. Dah lama tak makan...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com