Jumaat, 27 Oktober 2017

Aiskrim Wall's Hershey's

Aiskrim Wall's Hershey's | Siapa suka makan aiskrim, angkat mouse! Siapa yang tak suka aiskrim ye tak. Mimi memang hantu aiskrim. Anak anak lagi lah. Pantang nampak orang jual aiskrim nak saja. Dua hari lepas Mimi belikan anak anak aiskrim Wall's yang ada flavour tu Strawberi, Coklat dan Vanila. Mimi pula beli aiskrim Wall's Hershey's. Cari flavour Mimi Vanila + Berry tu tak ada.

AISKRIM WALL'S HERSHEY'S


Aiskrim Wall's Hershey's


Ni lah aiskrim yang Mimi beli untuk diri sendiri. Semangkuk ni RM13.30 tau. Mahal tapi berbaloi. Rasa aiskrim Wall's ni memang tak boleh dipertikaikan lagi. Memang sedap. Bila makan tu memang terasa coklat Hershey's tu tau ditambah pula dengan coklat cip lagilah bertambah sedap.

Aiskrim Wall's Hershey's

Sebenarnya Mimi jarang jarang beli aiskrim tau. Sekali beli biar berbaloi rasanya kan. Aiskrim ni pun tahan dua hari saja dalam peti sejuk.hahaha..
Bila maman aiskrim ni rasa kenyang pula perut tak nak makan nasi. Bahaya betul kan..hehehe...

Dulu Mimi rajin juga buat aiskrim tau sebab anak anak suka makan kan. Sekarang ni nak buat aiskrim tu bercinta sikit sebab dah ada baby ni faham faham sajalah. Tengah nak membesar memang lasak dia lain macam. Aiskrim yang selalu Mimi buatkan untuk anak anak aiskrim coklat campur dengan coklat cip. Sekali buat dapat dua mangkuk aiskrim tau. Kalau nak tahu resipi dan cara buat aiskrim, korang klik ayat bawah nih.

Baca sini >> Aiskrim Chocolate Rice <<

Bila la kerajinan nak buat aiskrim ni ada kan? Kalau buat kira kira jimat banyak kalau buat aiskrim sendiri kan daripada beli di luar. Tapi tuhlah, penyakit M melanda memang taklah nak buat. Kalau teringin nak aiskrim memang beli lah jawabnya. Hah, korang pula suka aiskrim apa?

6 ulasan:

  1. wohoo lazatnya.. baru tadi mama mkn sundae hershey mcdonald sedap gak

    BalasPadam
  2. mmg suka yg hershey ni...terasa coklat hershey

    BalasPadam
  3. Terus rasa nak makan ais krim...dapnyaaaaa

    BalasPadam
  4. Wahhh sedapnyer...kalau makan degn yaya mesti dia lagi banyak makan ni...haha

    BalasPadam
  5. My favorite chocolate..
    Tak boleh jadi, kena beli dan rasa sendiri 😋..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.